Ahad, 2009 Disember 27



Antara tuduhan penjahat dan jahat



Utusan Malaysia dituduh akhbar yang mengapi-apikan sentimen perkauman yang boleh menggugat keharmonian kaum. Lebih ekstrem lagi, akhbar ini dilabelkan sebagai penjahat. Jika akhbar itu penjahat bermakna wartawan, kolumnis dan juga penulis akhbar ini juga penjahat.


Persoalan saya, apakah akhbar tabloid parti ultra kiasu dan parti-parti politik perkauman lain dan mereka yang bersekongkol tidak jahat?


Parti ultra kiasu dan kuncu-kuncunya bukan sahaja jahat, tetapi terang dan nyata lagi berniat jahat dengan menolak kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan serta mencabar perkara-perkara sensitif yang telah dipersetujui bersama. Rakan sekutu parti ultra kiasu langsung tidak berani bersuara kerana takut hilang sokongan.


Bila mereka tidak dapat apa yang dihajatkan maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah mendapatkan simpati. Rakan-rakan perkauman mereka dalam komponen Barisan Nasional (BN) sebenarnya mempunyai pendirian yang sama. Mereka pandai berstrategi. Ultra kiasu menyalak di luar, di dalam rakan-rakan mereka menjalankan kerja. Mereka sebenarnya senada. Cuma kita masih terlepas pandang.


Saya tidaklah menyatakan bahawa Utusan Malaysia semuanya baik. Tidak ada sesuatu yang sempurna di dunia, kecuali Allah SWT dan Rasul-Nya. Ingatan saya kepada ultra kiasu, janganlah gajah depan mata tidak nampak, kuman seberang laut jelas kelihatan. Berpada-padalah dalam memberikan pandangan. Jangan asyik nampak kesalahan orang lain, tanpa muhasabah diri.


Dalam memahami politik Malaysia, isu-isu perkauman dibangkitkan untuk mendapatkan sokongan politik dan menyedarkan kaum masing-masing siapa mereka dan apa yang sepatutnya diperolehi. Manakala isu-isu sensitif dibangkitkan untuk mendapatkan hak sama rata dan sama rasa bagi kumpulan ultra kiasu. Mereka tahu perkara ini tidak boleh dibangkitkan secara terbuka kerana ia boleh dikenakan tindakan di bawah akta hasutan. Mereka sengaja mahu menguji UMNO yang ketika ini berada dalam keadaan agak tertekan disebabkan tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Parlimen dan perpecahan Melayu Islam.


Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti tahu bahawa konsep sama rata dan sama rasa tidak menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan, walaupun konsep Malaysian Malaysia yang selalu dilaung dan didesak oleh parti ultra kiasu. Ingat, agama Islam agama majoriti masyarakat negara ini. Jika ada 'kelebihan' pada agama Islam, ia bukanlah satu diskriminasi kerana selaku majoriti, Melayu Islam berhak, apatah lagi ia telah dipersetujui melalui kontrak sosial. Tidak perlu dipertikaikan atau dituduh tidak adil.


Untuk mengelakkan daripada parti ultra kiasu ini menjadi bertambah jahat, setidak-tidaknya kita mesti menggariskan formula bagi menyelesaikan kejahatan ini. Formula saya adalah berasaskan kepada pecahan statistik agama dan bangsa di negara ini. Mengikut bancian tahun 2000, anutan agama rakyat Malaysia adalah seperti berikut 60.4 peratus Islam, 40 peratus bukan Melayu (12 peratus-Buddha-Taoisme- Konfusius, 9 peratus Kristian, 6 peratus Hindu, 3 peratus lain-lain). Formula ini boleh diaplikasikan dalam konteks kehidupan bernegara termasuk hak-hak beragama dan sambutan perayaan setiap kaum, bagi mendapatkan keadilan. Formula ini menepati sebahagian maksud keadilan dalam Islam yang membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya walaupun tidak sepenuhnya.


Atas dasar toleransi, formula ini boleh dikatakan langsung tidak diterima pakai, sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial.


Saya fikir, umat Islam di negara ini amat berlembut dan bertoleransi tinggi. Upacara perayaan keagamaan dan kematian begitu beradab serta mudah. Jalan raya tidak sesak. Kuburnya begitu kecil.


Formula yang saya sebutkan perlu dijadikan panduan. Adakah adil bila mana bilangan orang bukan Islam tidak ramai, tetapi kubur mereka menenggelamkan kubur orang Islam. Pernahkah kita bertanya pandangan orang Islam dan sensitiviti mereka? Mereka yang mempunyai wang akan membina kubur setinggi-tinggi dan seluas-luas serta secantik-cantik kubur dengan patung-patungnya yang didirikan saujana mata memandang. Sedangkan kubur orang Islam, apa jua kedudukannya, kuburnya amat sederhana kerana Islam tidak percaya kepada reka bentuk kubur. Tiada kubur pun tidak ada masalah. Apa yang penting ialah iman dan takwa yang dibawa ke alam kubur atau barzakh.


Contoh lain, seorang profesor Kristian di tempat kerja saya berhujah dengan saya baru-baru ini. Katanya, hak beragama mesti berasaskan formula sama rata sama rasa. Antara contoh yang diketengahkan ialah jika ada kelas baca yasin dan solat Jumaat untuk pelajar-pelajar Islam, maka pelajar Kristian mesti diberikan hak yang sama untuk mempelajari agama mereka dan membawa paderi masuk.


Bacaan


Saya katakan kepada beliau, bacalah kitab masing-masing ketika itu, lagipun bacaan yasin dan solat jumaat bukanlah 'kelas agama' ia adalah tanggungjawab individu Islam. Kalau ada kelas agamapun untuk orang Islam, tidak semesti orang bukan Islam sama keadaannya. Tambahan pula, bilangan pelajar Kristian atau bukan Islam amat sedikit bilangannya, cukup dengan kemudahan yang telah disediakan selama ini. Profesor ultra kiasu ini dengan nada beremosi mengatakan itulah adalah hak mereka yang mesti ditunaikan. Saya jawab, apakah hak mereka selama ini tidak ditunaikan? Apakah kita pernah menghalang mereka untuk ke gereja setiap hari ahad? Jangan bandingkan dengan umat Islam kerana cara ibadat kita berbeza. Keperluan kita berbeza. Begitu juga dengan keperluan sembahyang jamaah.


Justeru, konsep sama rata dan sama rasa hendaklah berasaskan formula yang telah digariskan dalam Perlembagaan dan pecahan kaum (agama). Marilah kita melakukan perubahan sebelum terlambat. Jangan akhirnya nanti agama kita merempat di bumi sendiri. Ketika itu sudah terlambat.


Lihat pula dalam toleransi politik. Terbaru, Gerakan begitu marah dengan cadangan UMNO agar kerusi pengerusi BN digilirkan di Pulau Pinang kerana UMNO mempunyai kerusi majoriti. Pengerusi Gerakan dan BN Pulau Pinang berkata, kerusi pengerusi BN telah disandang selama 35 tahun. Kenapa perlu diserahkan kepada orang lain? Persoalan saya, jika UMNO boleh korbankan kerusi parlimen Gerik, kenapa tidak Gerakan? Siapakah yang lebih bertoleransi dan bersifat memberi?


Saya masih ingat, setelah sekian lama UMNO bertanding di parlimen Gerik, kawasan majoriti Melayu, tiba-tiba kerusi itu diserahkan kepada Gerakan. Bekas Menteri Besar Perak ketika itu sedih untuk melepaskan kerusi tersebut. Tetapi disebabkan oleh semangat setiakawan dan kerjasama dalam BN, UMNO terpaksa tunduk dan patuh dengan menyerahkan kerusi Gerik kepada Gerakan. Majoriti Melayu terpaksa mengundi bukan Melayu (Gerakan) walaupun pahit. Inilah sifat mulia Melayu Islam. Adakah toleransi ini dihargai? Ibarat anjing menggigit tuannya, masihkah kita ingat bahawa Ahli Parlimen Grik Gerakan inilah yang mengeluarkan kenyataan bahawa Melayu itu juga adalah pendatang?


Kenapa Gerakan terlalu kuat menentang? Mereka takut selepas ini kerusi Ketua Menteri akan terlepas kepada UMNO jika ditakdirkan BN memerintah semula. Pokok pangkalnya semua kuasa, kuasa, kuasa dan sikap ultra kiasu. Semua meletakkan kepentingan bangsa di hadapan bukannya kepentingan nasional. Kalau inilah cara pembawaannya, saya fikir, gagasan 1Malaysia terlalu jauh untuk dicapai. Ia hanya akan diperalatkan oleh mereka bersikap musang berbulu ayam dan gunting dalam lipatan. Pada mereka kuasa bangsa mesti dipertahankan walaupun apa jua alasan dan cabaran mendatang. Persoalan saya, siapakah yang sebenar penjahat dan lebih jahat?


Jumaat, 2009 Disember 25

SUBSIDI MINYAK MILIK SEMUA RAKYAT

Tidak perlu ada mekanisme baru dalam pemberian subsidi minyak oleh kerajaan. Jika niat pengubahsuaian subsidi minyak untuk membezakan antara warganegara dan bukan warganegara maka mungkin perlu satu bentuk mekanisme untuk mengatasi masalah tersebut. namun untuk kerajaan membezakan antara rakyat berpendapatan rendah dan tinggi dari segi subsidi minyak rasanya tidak lah begitu adil kepada rakyat.

Sebagaimana yang kita tahu bahawa rakyat berpendapatan tinggi terpaksa membayar cukai pendapatan yang tinggi dan kebanyakan juga menggunakan minyak petrol pad akaar yang banyak ddan ini akanmenyumbang balik kepada industri minyak negara. Tidak timbul soal subsidi yang banyak kerana ianya telah diatasi oleh harga minyak yang tinggi jika penggunaannya tinggi. Sebaliknya Rakyat berpendapatan rendah pula terutama penduduk kampung dan desa yang kurang penggunaan minyaknya ( bukan semua orang kampung susah ) juga tidak akan begitu merasa dengan subsidi minyak yang diperolehi kerana penggunaan yang sedikit sahaja.

Perbezaan harga ini akan memberi kesan kepada industri jika harga minyaknya lebih tinggi dan ini akan memberikan kesan kepada harga barangan. Seterusnya kenaikan harga barangan ini akan memberikan kesan kepada pengeluaran dan juga barangan akhir pengguna akan naik. Akhirnya pengguna tak mengira berpendapatan tinggi atau rendah akan menerima kesan kenaikan harga barang dan kesan subsidi untuk mengurangkan beban rakyat tidak akan memberi kesan kepda rakyat.

Sesuatu perkara atau dasar yang hendak dilaksanakan mestilah dikaji dengan baik dan sempurna terutamanya kesan yang akan ditanggung oleh penguna iaitu rakyat sendiri. Jangan hanya kerana mengejar NKRA dan KPI maka slogan Rakyat Didahulukan hanyalah retorik semata-semata sahaja. Ingatlah rakyat sentiasa menilai dan zama untuk kerajaan melaksanakan dan rakayat mengikut sudah berakhir kerana kini rakyat juga sudah celik dan mempunyai maklumat yang banyak. Jangan hanya kerana setengah pegawai kerajaan yang ingin mendapat kenaikan pangkat yang cepat dengan mencadangkan kepada kerajaan supaya dikurangkan perbelanjaan kerajaan. Maka akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata dan yang lebih malang lagi apabila pegawai tersebut nanti yang lebih-lebihnya menentang polisi kerajaan walhal beliau sendiri terlibat tetapi memekakkan telinga dan memejamkan mata hanya kerana kepentingan peribadi semata.

Khamis, 2009 Disember 17

SALAM AWAL MUHARAM KEPADA SEMUA..SEMOGA TAHUN 1431 HIJRAH AKAN MEMBERIKAN KITA MASA DAN RUANG YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT...
Edisi Khas :Resolusi BPN Untuk Boikot Blogger Biadap terhadap Pemimpin Pilihan Rakyat !!!





BLOGGERS PEMBELA NEGARA


1. BPN memandang serius saranan Perdana Menteri di laman 1Malaysia ( di sini ) yang mahukan blogger mengamalkan kod etika yang boleh menjadikan mereka dihormati oleh semua pihak. Antaranya :


• Be honest and fair in gathering, reporting and interpreting information

• Never plagiarise

• Identify and link to sources whenever feasible

• Never publish information they know is inaccurate - and if publishing questionable information, make it clear it's in doubt

• Distinguish between advocacy, commentary and factual information

• Admit mistakes and correct them promptly

• Show good taste. Avoid pandering to lurid curiosity

• Explain each blog's mission and invite dialogue with the public over its content and the bloggers' conduct

• Disclose conflicts of interest, affiliations, activities and personal agendas

• Abide by the same high standards to which they hold others

2. BPN telah mengenalpasti ada blogger yang menzahirkan sokongannya kepada Kerajaan/BN namun masih mengamalkan budaya 'kotor' dalam menjadi seorang blogger. Termasuklah mengugut PM jika melantik individu tertentu menjadi anggota kabinet dan mengutuk Ketua Pemuda UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan sehingga menimbulkan polemik sesama blogger yang berjuang membela negara.

3. Budaya ini sangat tidak sihat di dalam usaha Perdana Menteri untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat dan sebagai Blogger Pembela Negara kami tidak akan membiarkan blogger seperti ini berada di dalam senarai blog di kalangan 85 ahli BPN termasuk 22 Penyokong BPN. Usaha ini juga akan disokong oleh blogger-blogger yang lain kerana mereka juga meminta BPN memainkan peranan yang berkesan di dalam mengatasi masalah yang semakin membarah ini.

4. Untuk itu BPN mendesak blogger yang dimaksudkan agar berhenti dengan segera dari terus menggunakan pendekatan kasar, kesat di dalam mengkritik/ memalukan pemimpin tertentu termasuk menggunakan perkataan ugutan terhadap Perdana Menteri sehingga menimbulkan suasana tidak sihat di kalangan blogger yang pasti akan menjejaskan usaha ke arah mencapai kemenangan di PRU akan datang.

5. Jika tidak, maka kami terpaksa mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan blog-blog mereka yang melampau dari senarai blog kami dan meminggirkannya dari terus berada bersama kumpulan yang membela agama, bangsa dan negara. Tempoh diberikan sehingga 17 Disember Khamis 11.59 malam pada 1 Muharam 1431.

Mereka juga perlu meminta maaf kepada semua pihak yang dihentam dan memadamkan semua artikel yang telah mengguris perasaan sebilangan pihak yang lain di dalam UMNO dengan kadar segera.


Semoga kita akan menjadi blogger yang menyatukan rakyat berbilang bangsa dan agama dan menolak sebarang bentuk provokasi yang boleh menjejaskan keamanan yang kita kecapi selama ini khasnya di alam siber.


Sekian, terima kasih !



Yang benar,


Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com


harap dapat disebarkan oleh rakan-rakan samada geng BPN atau bukan !!!

Khamis, 2009 Disember 10



Sedarlah Melayu lupa diri


MALAYSIAKINI baru-baru ini menyiarkan artikel seorang Melayu produk Mara yang menulis mengenai betapa kejamnya BTN, tajuk artikel tersebut adalah BTN: Divisive, racist, politically-motivated.

Oleh kerana ia disebut sebagai pendedahan berani oleh wanita "Maluyu" produk Mara, artikel tersebut disokong oleh bukan Melayu. Malah mungkin Mariam Mokhtar merasakan diri beliau begitu hebat sekali, begitu Malaysia dan jujur.

Oleh kerana ia artikel berbayar dan saya tidak mahu buang duit untuk membaca coretan orang kecewa, di bawah adalah sebahagian petikan artikel beliau;

"For me, the seeds of poison were planted decades ago. Just before I went overseas to study, I was sent for 'orientation' at a Mara hostel to ostensibly prepare myself for life abroad. That weekend was a blur, and I recall four things:

1) Blocked toilets and flooded communal bathrooms.
2) Basic food, thus a friend's sister dropped off much needed rations of chocolates and 'kacang'.
3) How to wash your 'smalls' (underwear) in a cold country and have them dry by the next morning.
4) We assembled in small groups for out-of-door talks, in the school grounds. We were told that the Malays were the most supreme race in the world, we were God's chosen few, that the others were insignificant. We were warned about certain elements in our society..."

Isu ini sebenarnya bukan satu perkara besar, kerana semua orang maklum akan modul dan tujuan Kursus Biro Tata Negara ini. Tetapi ramai juga "Maluyu" yang dangkal akan sejarah, yang bodoh to read between lines, dan bebal memahami tujuan asal kursus Biro Tata Negara ini.

Pemimpin Melayu terdahulu sedar akan kebodohan kaum Melayu yang dijajah selama 500 tahun tanpa penentangan. Bagai rela dijajah asalkan senang, Melayu telah dibangunkan dengan nilai khianati bangsa, dengki dengan saudara sendiri, gelojoh mengejar dan mengekalkan kuasa, malas berusaha, tiada cermin diri mewajahkan sejarah, tidak mahu bersatu, sanggup berkerjasama dengan Syaitan asalkan periuk nasi terjaga, visi yang pendek dan tiada perancangan dalam kehidupan melainkan menyerah kalah pada ilahi seawal minit pertama kehidupan.

Oleh kerana semangat Melayu ini halus seperti benang dan jati diri yang bacul, Melayu condong menjadi lalang menyokong siapa sahaja yang memegang senapang. Bagai hamba yang tiada maruah, Melayu menjadi balaci, tali barut, tukang jilat kasut Jepun, British dan komunis.

Sehingga hari ini Melayu masih selesa menjadi hamba kepada Cina dan India. Apakah yang terjadi ini sekadar kebetulan atau ia satu gerakan terancang si penjajah yang mahu melemahkan bangsa Melayu yang 99 peratus Islam?

Wajar kita menghargai, mencintai dan mengingati Tunku Abdul Rahman bukan hanya kerana kemerdekaan dan Singapura, tetapi juga kerana pengorbanan beliau untuk menyedarkan Melayu.

Waktu selepas merdeka adalah waktu yang amat sukar menyatukan Melayu yang telah berpecah kepada penyokong British, Jepun, Komunis, Melayu, pengkhianat, barua, tali barut, pencacai kapitan Cina, pekerja estet, penduduk kampung pedalaman dan saki baki Melayu-Indonesia yang lari bersembunyi daripada pemerintah Republik Indonesia.

Usaha berterusan ini tidak disedari oleh kita termasuk Mariam Mokhtar kerana apa yang "Maluyu" ambil berat hanya pada diri sendiri semata-mata. Bagi orang Melayu, perjuangan menyatukan orang Melayu yang tidak pernah bersatu sejak 500 tahun dahulu tidak pernah berhenti dan didokong oleh setiap Perdana Menteri melalui pendidikan, Penyata Razak, DEB, BTN dan banyak lagi.

BTN sebenarnya memang platform untuk Melayu menanam sifat perkauman yang tinggi seperti yang ada pada setiap batang tubuh Cina.

BTN mahu menyatukan Melayu, mahu Melayu cintakan Melayu, mahu Melayu kuat (dengan bersatu bukan bercerai), mahu menterjemahkan semangat Hang Tuah yang berkorban demi kesejahteraan Melayu, mahu Melayu sedar akan sifat baik dan perasaan peribadi Hang Jebat tidak memadai membadai belenggu lemah yang menyelubungi perasaan Melayu, mahu Melayu menyingkirkan perasaan "Ah, tak pe," "Cina memang pandai berniaga susah Melayu nak lawan," "Biarlah, Cina kaya, kita makan gaji dapat gaji dapat makan cukuplah."

Pemimpin yang baik mahukan kaum Melayu kuat semangat dan berniaga seperti Cina. Siapakah yang bertanggungjawab menyedarkan Melayu akan pentingnya perilaku sekarang, demi masa depan anak keturunan mereka?

Perkara sama yang telah diabaikan oleh nenek moyang kita sejak menggadai Tanah Melayu selama lebih 500 tahun!

Apakah orang Cina, India, British, Malaysiakini, Mariam Mokhtar, Sin Chew Jit Poh, The Star, MIC dan lain-lain yang akan mengingatkan Melayu supaya berjuang untuk memecah penguasaan ekonomi mereka?

Apakah Mariam Mokhtar yang begitu bangga menceritakan bagaimana BTN meracuni Melayu untuk sayangkan bangsa Melayu sendiri sebagai perkauman.

Sifat PHD (Penting diri, Hasad, Dengki) adalah sifat semula jadi orang Melayu yang ditanam oleh penjajah.

Kerana kebebalan nenek moyang kita, Melayu tidak pernah mempunyai gerakan terancang seperti Freemason, Kristian, Persatuan Cina Seberang Laut dan Parti Koumintang. Yang ada adalah parti politik UMNO, Pas dan PKR.

Untuk melahirkan Bangsa Malaysia tanpa kaum adalah perlu semua orang berkorban, Melayu perlu korbankan DEB, terima pakai meritokrasi (layakkah Mariam ditaja Mara ke luar negara jika bersaing secara adil dengan pelajar bukan Melayu yang lebih cemerlang akademik), terima pakai tender terbuka (mampukah syarikat Bumiputera menyaingi kekuatan kewangan dan mutu syarikat bukan Melayu), kuota perumahan (mampukah Melayu membayar tunai memiliki hartanah dan rumah potensi tinggi jika ikut sistem First Come First Serve), mahukah Cina korbankan Sekolah Cina yang menjadi platform menebalkan semangat perpaduan Cina tolong Cina mereka, mahukah India yang kurang serba serbi bersaing secara adil sedangkan kasta atasan mereka hampir pasti tidak akan membantu mereka.

Memang ramai orang "Maluyu" profesional seperti Mariam Mokhtar. Mereka bersemangat menawarkan diri menghapuskan nilai kaum Melayu bagi memberi laluan kepada bangsa Malaysia tanpa kaum.

Saya bangga dengan orang seperti Mariam Mokhtar tetapi tidak memadai hanya fikirkan diri sendiri sahaja tapi tidak anak Melayu 100 tahun mendatang.

MUSTAQIM ABDUL RAHMAN

Batu Caves, Selangor

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm




PAKR II

LEMBAB....itulah yang boleh dikatakan mengenai beberapa projek perumahan kos rendah yang sedang dalam pembinaan diseluruh negeri Pahang ketika ini. namun saya hanya mengambil skop di daerah Maran sahaja dan biarlah rakan-rakan lain menyentuh isu ini dikawasan mereka sendiri. Di daerah Maran ketika ini dua tempat utama yang dibina perumahan awam kos rendah ialah di Chenor dan di Luit.

Mengambil hanya satu senario di Chenor yang Projek perumahan awam kos rendah di Taman Jaya Diri Chenor peringkat kedua yang ketika ini sudah melebihi 8 tahun masih bbelum menampakkan tanda ianya akan siap sepenuhnya. Kesungguhan pemaju untuk membinanya juga tidak nampak kesungguhannya kerana projek ini dikatakan tidak mendatangkan hasil kepaada pemaju kerana ianya adalah sebagai bayaran kepada kerajaan negeri atas kelulusan tanah ditempat lain. Sebagai gantinya pemaju mestilah membina prumahan kos rendah untuk kerajaan ( projek silang , katanya sudah tiada lagi kelulusan untuk projek silang ini ) yang mana akan digunakan oleh kerajaan untuk diisi oleh pemohon yang berkelayakan dan tidak berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri.

Tidak tahu dimana silapnya projek ini seolah-oleh dipandang ringan oleh pihak pemaju dan juga pihak berkuasa yang sepatutnya memantau perjalan projek ini. Sikap pemaju yang melengah-lengahkan projek ini hanya memberi imej yang tidak baik kepada kerajaan yang ada sekarang dan secara langsung UMNO akan dipersalahkan. Terdapat juga laporan dan desakan yang dibuat oleh pemimpin masyarakat tempatan yang memohon supaya projek ini diberikan perhatian supaya dapat disiapkan untuk diisi dengan peserta yang berkelayakan. Sekiranya bertangguh maka senarai pemohon akan bertambah dan ianya kan merumitkan proses pemilihan peserta yang sudah semestinya melebihi dari jumlah rumah yang ditawarkan oleh projek tersebut.

Kegagalan memandu projek tersebut disiapkan mengikut jadual hanya mengundang konotasi negatif kepada pihak berkuasa kerana ianya akan ditafsirkan dengan pelbagai persepsi. Adalah lebih baik kiranya satu perbincangan khusus dapat dilaksanakan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua. Segala kekangan yang ada seperti modal dan pekerja hendaklah dibincangkan dengan sebaik mungkin supaya slogan " RAKYAT DIDAHULUKAN" benar-benar mencapai maksudnya.

TINDAKAN BUKAN AMARAN

BIADAP..itulah yang boleh dikatakan kepada Nga Kor Ming mengenai kenyataannya berkaitan dengan peruntukan membina masjid didalam negara ini. Ini adalah satu bentuk penghinaan kepada Perkara 3 yang dengan jelas menjamin hak Agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Maka tindakan beliau mempertikaikan pembinaan masji tersebut merupakan ibarat mencurah minyak kedalam api yang boleh menyebabkan ketegangan berlaku dalam negara.. Beberapa blog yang saya layari dengan keras menuntut supaya mereka yang bermain dengan api perkauman dan agama ini dikenakan tindakan sewajarnya sejajar dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Sebagai ahli poltik dan pemimpin yang kononnya memahami hak dan kebebasan bersuara serta menghormati masyarakat keseluruhannya sepatutnya memahami status kedudukan masjid sebagai lambang kepada keagungan Islam ( salah satunya, Banyak lagi lambang dan keagungan Islam ). Mempersoalkannya sama seperti mempersoalkan kesucian agama Islam itu sendiri dengan menyamakan kedudukan agama Islam dengan agama lain sedangkan kedudukannya berbeza. rujuk sini.

Penghinaan ini boleh membangkitkan kemarahan penganut islam yang tida pernah menyentuh tentang rumah ibadat lain walaupun jumlah tidak rasminya melebihi dari keperluan yang sedia ada di negara ini. Sudah cukup adil apabila kerajaan tidak mengganggu perkembangan dan pembangunan kuil dan tokokng di Malaysia termasuk pembinaan Patung Tuhan mereka yang sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Janganlah jadi seperti kaduk naik junjung dan ibarat api dalam sekam dan seperti orang yang diberi bunga dibalas tahi. Sebagai orang melayu beragama Islam saya begitu terguris hati dan merayu kepada pihak berkuasa supaya tindakan tegas perlu diambil supaya ianya tidak menjadi barah yang akhirnya sukar untuk ditegah. Sebagai pemerintah yang penting ialah maslahat umum dan bukannya kepentingan peribadi. Biarlah Kerajaan UMNO/BN ini tidak popular dengan tindakan tegas asalkan jangan maruah tergadai.

OLEH YANG DEMIKIAN SAYA MENUNTUT DENGAN SEPENUH HATI SUPAYA KEMENTERIAN DALAM NEGERI MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS KEPADA BEBERAPA INDIVIDU YANG BABRU-BARU INI SANGAT JAHAT MULUT DAN TINDAKANNYA DALAM MENYENTUH BEBERAPA PERKARA BERKAITAN AGAMA DAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU SPERTI NGA KOR MING, KULASEGARAN DAN LIM KEN YAIK. MAKA SATU TINDAKAN DAN HUKUMAN TEGAS PERLU DILAKUKAN DAN DILAKSANAKAN SUPAYA IANYA MENJADI PENGAJARAN KEPADA MASYARAKAT SECARA KESELURUHANNYA. LAPORAN POLIS SUDAH PUN DIBUAT DAN SAYA MENYERU SIASATAN DISEGERAKAN SUPAYA MARUAH DAPAT DIPERTAHANKAN DAN TIDAK LAGI DENGAN AMARAN YANG HANYA LAYAK UNTUK MENAKUTKAN PELAJAR SEKOLAH SEMATA...

RUJUKAN :








Khamis, 2009 Disember 03

Jangan Pandang Sebelah Mata

Temerloh Sebagai Ibu Negeri....itu yang dicanangkan oleh Ketua pemuda Pas Pusat Sdr Hasan Tantawi jika Pas memerintah negeri Pahang selepas PRU 13. Nampaknya seperti juga negeri lain yang telah jatuh ketangan pembangkang Pas diPahang juga amat teliti dalam mencanangkan propagandanya untuk merayu rakyat negeri Pahang supaya menukar kerajaan Umno / BN negeri Pahang. Ada beberapa perkara yang disebutkan oleh beliau tetapi tulisan ini hanya akan menyentuh perkara ini sahaja.

Sebetulnya sememangnya telah lama rakyat dinegeri Pahang suatu ketika dulu dicanangkan dengan perkara ini oleh kerajaan Negeri dibawah pimpinan Umno tetapi masih belum menjadi kenyataan. Syaratnya untuk memastikan Temerloh menjadi Ibu negeri ialah Kuantan mestilah diterima dan dinaik taraf sebagai bandaraya terlebih dahulu. Selepas itu barulah perpindahan ibu negeri dijalankan dan beralih ke Temerloh. namun setelah beberapa ketika ( melebih 10 tahun ) nampaknya pertumbahan di Bandar Kuantan sendiri nampaknya agak terbantut dan lebih-lebih lagi dibandar-bandar lain termasuk Temerloh sendiri.

Bukan tidak ada pergerakan pembangunan tetapi terlalu perlahan. Kawasan Industri seperti Gebeng juga tidak bergerak maju berbanding ketika mula-mula dibuka dan kawasan industri gambang pula ditutup selepas beberapa ketika beroperasi. Beberapa pusat pengajian tinggi yang dicanangkan akan dibina di Pahang juga tidak nampak kejayaannya apabila UIAM dibina di Gombak Selangor, Universiti Pertahanan di tempat lain dan ketika ini universiti felda juga tidak mungkin sampai ke Pahang.

Yang agak dibanggakan ketika ini hanyalah Lebuhraya Kuantan Kuala Lumpur yang nampaknya memberi sedikit impak kepada pembangunan ekonomi negeri tetapi ianya akan disambung terus ke Kuala Terengganu dan tidak mustahil sekiranya Pahang hanya menjadi tempat persinggahan melepaskan penat perjalanan seketika sebelum menuju kedestinasinya di negeri lain. Satu program dan insentif yang menarik perlu disegerakan oleh Kerajaan negeri kerana ianya akan membuka peluang pelaburan kepada pihak swasta untuk melabur dinegeri Pahang. Malangnya ketika ini ramai pelabur yang mengadu begitu susah untuk melabur dinegeri Pahang kerana proses kelulusan projek dan tanah mengambil masa bertahun-tahun. Kertas projek sangkut di agensi negeri seperti UPEN dan PTG sering menjadi bualan para pelabur yang merungut tentang birokrasi yang mereka hadapi. Perkara sebegini jika tidak diatasi segera akan menyebabkan Pahang ketinggalan jauh dalam pembangunan negerinya.

Ada juga yang berpendapat bahawa ketidaklancaran pembangunan dinegeri Pahang ini ada kaitan dengan penutupan tiga agensi besar kerajaan pada tahun 90an. AIDP, DARA dan LKWJ ditutup kononnya tempah DEB telah berakhir dan kerajaan negeri akan dibayar sejumlah peruntukan tahunan dari pihak kerajaan pusat sebagai balasan penutupan agensi tersebut. Malangnya diberitakan bahawa tidak ada sebayaran pembayaran khusus dibuat sejak dari penutupan tersebut hingga lah ke hari ini. Namun yang agak pelik ialah cuma negeri Pahang sahaja yang bersetuju dengan penutupan agensi pembangunan ini sedangkan negeri lain kekal dengan agensi pembangunan ini seperti KADA, MADA, KESEDAR dan lain-lain. Jika dahulu agensi ini giat membangunkan kawasan mereka tetapi apabila tiada maka kerajaan negeri gagal menguruskan kawasan tersebut dengan baik kerana kekurangan dana untuk tujuan tersebut.

Berbalik kepadaTemerloh maka sudah sepatutnya bagi saya ianya dijadikan ibu negeri kepada negeri Pahang ini kerana beberapa faktor terutamanya kerana struktur geografinya ditengah-tengah Pahang akan menjadikan mudah kepada rakyat seluruh negeri untuk berurusan di Ibu Negeri. Temeroh juga masih lagi mempunyai kawasan pembangunan yang luas dan ianya boleh hingga bercatum dengan bandar mentakab yang berdekatan. Penduduk di Temerloh juga semakin meningkat dengan pembukaan beberapa kilang baru dikawasan Industri mentakab.

Oleh yang demikian cadangan untuk menjadikan Temerloh sebagai Ibu Negeri mestilah diusahakan kerana dua kebaikan diperolehi dengan Kuantan sebagai bandaraya dan Temerloh sebagai ibu negeri akan memberi peluang Temerloh dan kawasan sekitarnya dibangunkan bersama. Walaupun cadangan Sdr Hasan Tantawi ini dianggap sebagai gimik politik pihak Pas dan Umno boleh mendabik dada bahawa cadangan itu bermula dengan kerajaan umno tetapi Kerajaan negeri tidak boleh memandang rendah perkara ini. Sikap ego dan tidak mahu mendengar akan menyebabkan tsunami di negeri lain akan berjangkit dinegeri Pahang dan kita tidak mahu selepas Pulau Pinang , Pahang akan menjadi negeri kedua kekalahan Presiden UMNO di negerinya sendiri....