Selasa, 30 Disember 2008

Terima kasih atas kerjasama semua

Bergambar bersama Ketua Penerangan UMNO Bahagian Maran Tuan Haji Shaiful Azman Bin Mokhtar Affandi dan barisan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran selepas membuat laporan polis berhubung blog adibahahmad.blogspot.com di Balai Polis Maran.

Bersama sama dalam membuat laporan Polis mengenai blog adibahahmad.blogspot.com di balai Polis Maran.

Ahad, 28 Disember 2008

BERHIJRAH DEMI AKIDAH

Penulis ialah Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Dipetik dalam Ruangan Forum Utusan Malaysia

KEMUNCULAN bulan Muharam pada tahun ini bermakna umat Islam telah memasuki tahun baru Hijrah 1430. Sejarah mencatatkan bahawa peristiwa hijrah ini amat besar ertinya bagi perjuangan Rasulullah khususnya, dan umumnya kepada seluruh umat Islam. Peristiwa ini juga bertujuan merubah strategi perjuangan Nabi SAW. dalam menegakkan syiar Islam.
Di bawah panji-panji Islam kaum Muhajirin dan Ansar membangun persaudaraan sejati, membangun masyarakat Madani di bawah pimpinan Rasulullah
Hijrah merupakan perintah ilahiah. Dan tahun Islam mengingatkan kaum Muslim bahawa pada setiap tahun bukan sahaja terhadap kemenangan, tetapi banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan dan bersedia untuk melakukan pengorbanan yang sama seperti yang dilakukan oleh kaum Muhajirin dan Ansar itu. Iman, hijrah dan jihad adalah trilogi perjalanan hidup Rasulullah dan para sahabat.
Trilogi tersebut diabadikan dalam al- Quran pada surah al-Baqarah ayat 218: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Dalam meneruskan perjuangan Islam ini, tiada bekalan yang paling utama selain daripada akidah itu sendiri. Hijrah sebenarnya menggambarkan perjuangan untuk menyelamatkan akidah. Kita hijrah maknawi daripada perbuatan syirik kepada tauhid, dari kufur kepada iman, dari melakukan maksiat kepada taat, dari riak kepada ikhlas, dari takbur kepada tawaduk, dari malas kepada rajin dari khianat kepada amanah, dari dusta kepada jujur, dari perpecahan dan permusuhan kepada perpaduan dan berkasih sayang.
Perjuangan menegakkan akidah umat Islam di negara ini harus dihadapi dengan perjuangan dan keyakinan bahawa Allah swt sentiasa bersama dengan kita. Ini bukan bererti Allah bertempat, berjihad (berpihak) sebagaimana fahaman kumpulan bidaah. Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa ketika saat hijrah Rasulullah ia adalah satu kemenangan walaupun ketika itu pada pandangan kita kemenangan itu belum dicapai.
Kalau kamu tidak menolong (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang daripada dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya. Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.
Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkan dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah al- Taubah ayat 40).
Keteguhan akidah atau agama seseorang itu diukur ketika ditimpa musibah bukan saat kemenangan atau kejayaan. Semua akan memeluk satu akidah apabila melihat kejayaan, namun belum tentu demikian apabila mengalami penderitaan.
Akidah atau tauhid adalah sesuatu yang paling berharga kepada umat Islam. Para Nabi saw. diutus untuk membawa manusia kepada akidah yang sebenar iaitu tauhid mutlak.(kesaan Alah). ketuhanan yang esa dan satu inilah Tuhan yang perlu disembah, Yang terkaya dan tidak berhajat kepada suatu kerana suatu yang lain itu semuanya berhajat dan memerlukan-Nya.
Pastinya benih tanaman akidah yang suci dan bersih ini dapat melahirkan bunga-bunga perpaduan dan kasih sayang, keikhlasan dan ketakwaan serta pengorbanan.
Dalam Islam, akidah yang berunsur ketakwaan inilah yang akan melahirkan amalan yang benar-benar ikhlas, di mana amalan-amalan seseorang tidak akan diterima Allah kecuali amalan-amalan yang dilakukan oleh orang yang tidak menyekutukan atau menyerupakan Tuhannya dengan sesuatu yang lain. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Tidak ada seumpama-Nya suatu pun. (As-Shuraa ayat 11).
Dari segi realiti pula, apa yang berlaku di negara kita terdapat gerakan-gerakan politik dan ideologi tertentu yang telah mengutamakan kepentingan politik dan peribadi daripada agama Islam itu sendiri sehingga lahir fatwa-fatwa karut yang boleh memesongkan amalan mereka atas alasan tuntutan sunah, agama dan sebagainya.
Akibatnya, kita dapat melihat begitu banyak sekali penyelewengan fikiran dan fahaman baik besar dan kecil tanpa disedari oleh pengikut awam. Semua ini berpunca daripada amalan mentaati semua fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin tertentu dan setengahnya adalah daripada kalangan pemimpin tertinggi agama yang mempunyai kepentingan diri dan politik.
Adalah tidak wajar kepada mana-mana golongan, misalnya mencampuri urusan Allah berhubung dengan perkara- perkara yang hanya diketahui oleh Allah seperti iman dan kufur, syurga dan neraka atau masa depan seseorang itu masuk syurga atau neraka, kerana ia juga dikategorikan sebagai penyelewengan akidah dalam mencapai sesuatu tujuan. Dalam Islam memfatwa dengan menafikan akidah sesama Islam secara rambang dan mudah adalah terkeluar daripada sunah Rasulullah.
Islam amat ketat untuk menentukan seseorang itu terkeluar daripada akidah atau murtad, kecuali setelah dia terang- terangan menunjukkan pengkhianatannya terhadap akidah Islam. Itu pun setelah dinilai dengan saksama oleh orang yang ahli dalam bidang tersebut.
Demikian juga tuduhan zalim dan terkeluar akidah kerana menolak hukum hudud. Kerajaan sebenarnya tidak pernah menolak hukum hudud.
Kita menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal- hal lain yang menuju ke arah keislaman, tidak hanya menggunakan undang-undang yang dikatakan Islam sahaja.
Keadilan
Untuk mencapai keadilan yang di harapkan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia perlu kepada pelaksanaan yang betul. Prosedur, keterangan-keterangan serta penyiasatan semuanya mesti betul dan tidak mengandungi sebarang syubhat. Justeru inilah pemerintah melihat dalam kontek yang lebih jauh dan berhati-hati untuk melaksanakan hukum sepenuhnya termasuk hudud dan sebagainya kerana melihatkan banyak percubaan pemerintah Islam lain di negara luar sebelum ini semuanya menempuh kegagalan dan menghinakan lagi hukum Allah itu sendiri, bukan kerana menolak hukum tersebut, tetapi untuk mempastikan ia berada dalam satu keadaan yang semua akan menolong mencapai keadilan dan kemegahan Islam itu sendiri.
Inilah sebabnya ulama telah mengariskan suatu kaedah yang jelas sebagai dasar ikutan sesiapa yang berhasrat melaksanakan hukum tersebut, untuk mengelak dari berlaku kezaliman dalam suatu perundangan yang dilaksanakan. Kata mereka: Hukuman hudud akan digugurkan jika terdapat sebarang syubhat ini berpandukan hadis Rasulullah saw. yang mengarahkan supaya pemerintah jangan melaksanakan hukum hudud kiranya masih terdapat sebarang subhat atau kesamaran.
Tetapi berlainan dengan hukum takzir yang diserahkan kepada pilihan dan budi bicara pemerintah itu sendiri, sekalipun tindakan hukum takzir itu menyebabkan pembunuhan dan sebagainya. Kerana ia telah diberikan kepada kuasa pemerintah itu sepenuhnya.
Ia harus dilaksanakan dan tidak perlu digugurkan dengan syubhat seperti hudud tadi. Ini kerana hudud adalah merupakan hukum yang telah ditentu dan ditetap Allah tetapi cara dan masa pelaksanaannya terpulang kepada budi bicara pemerintah.
Jadi hendaklah dipastikan perbezaan antara siapa yang menolak hudud, dan siapa yang menangguhkannya kerana sebab tertentu yang dibenarkan agama.
Tegasnya undang-undang yang didasarkan kepada kepentingan atau maslahah yang kebelakangan, tetapi bercanggah dengan kepentingan dan maslahah yang lebih utama bukanlah undang-undang yang Islamik kerana tidak dapat mencapai matlamat yang dikehendaki oleh syariat Islam.
Demikian juga pusat pemulihan akidah yang dikawal selia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu memainkan peranan yang lebih aktif khususnya dalam memulihkan akidah orang yang telah murtad atau mereka yang terpengaruh dengan ajaran sesat. Ini bertujuan bagi memastikan mereka benar-benar bertaubat dan kembali ke jalan benar dan diredai Allah.
Sempena tahun baru Hijrah 1430 ini, kita harus berusaha melawan hawa nafsu yang cenderung mengajak manusia ke arah melakukan perkara-perkara kejahatan dan penyeleweng daripada lunas-lunas syariat. Hijrah daripada sifat jahil kepada sifat kecerdikan dan kepandaian dari sikap jumud tertutup kepada sikap bertoleransi dan berlapang dada. Ini semua merupakan maksud dan tuntutan hijrah dalam Islam.

Keratan Akhbar Mingguan Malaysia ( 28/12/2008)

Pemuda UMNO Maran buat laporan
MARAN 27 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO Maran hari ini membuat laporan polis berhubung penyiaran laman blog yang menghina Nabi Muhammad.
Pergerakan itu yang terdiri daripada 20 ahli jawatankuasa bahagian yang diketuai Mohd. Najuib Mohd. Shahaimi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran di sini kira-kira pukul 3 petang ini.
Mohd. Najuib yang juga ketua pergerakan tersebut ketika ditemui berkata, pihaknya mahu kerajaan bertindak segera terhadap pengendali laman blog tersebut demi menjaga keamanan negara.
Tegas beliau, penyiaran laman blog itu jelas berniat jahat yang sengaja mahu menimbulkan kemarahan umat Islam.
“Kewujudan laman blog menghina Nabi Muhammad perlu ditangani segera kerana jika dibiarkan, ia boleh menggugat kemakmuran dan kestabilan negara,” katanya di sini hari ini.
Mohd. Najuib berkata, ada pihak yang menggunakan isu agama sebagai strategi untuk menimbulkan rasa syak wasangka di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Maran, Mohd. Khairul Amin Othman kesal dengan tindakan pengendali blog berkenaan yang kononnya dipaparkan sebagai seorang wanita Melayu Islam yang berfikiran terbuka.
Katanya, telah ada kecenderungan rakyat yang tidak bertanggungjawab menggunakan laman blog untuk mencetuskan huru-hara dengan mengeksploitasi isu-isu sensitif seperti penghinaan kepada Nabi Muhammad.
“Dalam situasi ini mungkin ada pihak lain yang menyamar nama wanita Islam dengan menggunakan blog untuk menghina Nabi Muhammad secara melampau,” katanya.
Ketua Penerangan UMNO Maran, Saiful Azman Afendi Mokhtar pula menganggap individu atau kumpulan yang terlibat dalam penyiaran laman blog itu sebagai amat berbahaya kepada negara.
Individu atau kumpulan terbabit, tegasnya, perlu dikenakan tindakan paling tegas termasuk di bawah Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau menegaskan, Pemuda UMNO Maran mahu pihak berkuasa mengesan segera pengendali laman blog itu agar dikenakan tindakan sebagai pengajaran kepada pihak lain.

Sabtu, 27 Disember 2008

Laporan Polis

Semalam ( 26hb Disember 2008 ) kita dikejutkan dengan berita penemuan satu blog yang dikatakan ditulis oleh seorang penulis wanita melayu beragama Islam yang isi kandungannnya penuh penghinaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Saya cuba untuk melayari laman blog tersebut tetapi gagal kerana laman tersebut telah pun dipadam oleh penulis tersebut. Atas inisiatif maka saya telah berjumpa dengan beberapa rakan blogger lain dan hasilnya saya mendapat sedikit maklumat mengenai blog tersebut. Memang agak mengejutkan apabila melihat keratan blog tersebut yang jelas dan terang-terangan menghina Nabi Muhamad S.A.W.

Saya juga telah dihubungi oleh Ketua Penerangan UMNO Bahagian Maran (Tuan Haji Shaiful Azman Bin Mokhtar Affandi ) dan setelah perbincangan diadakan kami mencadangkan supaya satu laporan Polis di buat di Balai Polis Daerah Maran. Setelah mendapat persetujuan dari Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran ( Sdr Mohd Najuib Bin Haji Mohd Shahaimi) saya bersama barisan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran bersama Tuan Haji Shaiful Azman Bin Mokhtar Affandi telah pun membuat laporan polis pada pukul 3.45pm. Bersama dengan laporan polis itu juga pihak Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran telah menghantar memorandum kepada Ketua Polis Daerah Maran berhubung perkara tersebut.

Apa yang dikesalkan oleh Pergerakan Pemuda ialah bagaimana seorang rakyat Malaysia apatah lagi jika benar ianya ditulis oleh orang melayu Islam sanggup menulis sedemikian rupa terhadap agama Islam yang telah pun tercatat dan diakui oleh semua sebagai Agama Rasmi kepada Negara Malaysia ini. Lebih malang lagi penghinaan yang melampau ini tidak boleh diterima oleh semua penganut agama Islam di Negara ini. Ini merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab yang dibuat dan juga perkara ini berbaur hasutan yang boleh menyebabkan ketegangan antara penganut agama yang terdapat di Malaysia ini.

Oleh yang demikian pihak pergerakan pemuda berharap agar penyiasatan yang dijalankan oleh pihak polis akan menemui kejayaan dan orang tidak bertanggungjawab ini perlu dihukum dengan hukuman yang setimpal supaya ianya menjadi teladan kepada pihak lain supaya tidak sewenang-wenangnya menulis tanpa mengira sensitivi masyarakat di negara ini.

Tahniah!!!!

Tahniah kepada rakan seperjuangan saudara Kamali Fauzi, Ahli Jawatankuasa Pergerakan pemuda UMNO Bahagian Maran yang baru sahaja menimang cahaya mata baru-baru ini. Semoga kehadirannya akan menyemarakkan rumah tangga yang terbina. Insyaallah telah bertambah seorang lagi pejuang agama dan bangsa pada masa akan datang

Selamat Datang 1430 Hijrah

Sempena Awal Muharam 1430 Hijrah saya mengucapkan salam maal hijrah pada semua terutamanya ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran. Semoga semangat, iltizam dan tekad dalam menghadapi dan meneruskan pejuangan pemuda demi agama dan bangsa terus berkobar dan menyala. Ingatlah bahawa hanya dengan ketekunan dan kegigihan yang membolehkan kita bertawakal kepada Allah SWT untuk membantu dalam perjuangan yang ikhlas ini.

Selasa, 23 Disember 2008

Publisiti Murahan!

Selaku ahli parti yang setia, saya menerima apa sahaja keputusan dan juga tindakan yang perlu dilakukan oleh parti demi kebaikan untuk parti. Namun tindakan Lembaga Disiplin yang diberi kuasa penuh untuk menyiasat dan juga menjatuhkan hukuman kepada ahli yang melakukan kesalahan ataupun terbabit dalam politik wang mengumumkan segala keputusan dan tindakan kepada media mengundang pelbagai persoalan kepada saya.

Selaku badan kehakiman dan bebas serta disertai oleh veteran yang diktiraf sebagai penuh intergriti dan telus, tidak sepatutnya publisiti menjadi salah satu perkara yang dititikberatkan oleh lembaga disiplin parti. Sepatutnya segala perbincangan dan keputusan yang dibuat hendaklah dilaporkan kepada Majlis Tertinggi dan seterusnya sebarang keputusan yang telah diputuskan dihantar kepada UMNO bahagian-bahagian sebagai makluman dan pengetahuan kepada ahli diperingkat akar umbi

Dalam suasana UMNO dilabel dengan pelbagai label yang buruk seperti parti pembuli, Rasuah, Diktator dan sebagainya, publisiti tambahan daripada Lembaga Disiplin bukan sesuatu yang boleh membawa kepada kebaikan kepada parti. Pemimpin parti perlu memikirkan adakah cara membuka segala pekung yang dilaksanakan ketika ini memberi kebaikan kepada parti dalam suasana UMNO kelemasan untuk memastikan survival UMNO dapat diteruskan.

Kebenaran Yang Nyata

Baru-baru ini berlangsung satu bentuk karnival yang dianjurkan oleh PAS kawasan Maran yang melibatkan beberapa acara sukan termasuk lumba bot, lumba bot kawalan jauh dan beberapa sukan lagi seperti bolasepak sembilan sebelah dan sebagainya. Pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada PAS kawasan Maran kerana telah berjaya menganjurkan karnival termasuk walaupun menyusahkan penduduk disekitar Chenor untuk berurusan di Tebing kerana jalan ditutup dan dijaga oleh pengawal-pengawal upahan daripada parti.
Sebelum dari itu juga pada awal Disember satu bentuk karnival sukan juga telah dianjurkan dikawsan Felda Kampung Awah. Melihat kepada kehadiran orang ramai boleh lah dikatakan program tersebut agak berjaya mendapat sambutan dari masyarakat sekeliling.
Apa yang membanggakan saya selaku ialah kesemua acara ataupun program yang dijalankan itu adalah merupakan acara-acara yang selalunya dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO sendiri termasuk perlumbaan Bot Laju di Chenor yang sememangnya tidak pernah ketinggalan dianjurkan oleh Persatuan & NGO yang ditunjangi oleh Pemuda UMNO seperti Persatuan Bomba Sukarela Chenor, Persatuan belia Chenor, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan juga Persatuan Bot Chenor. Inilah yang dikatakan bahawa yang benar tetap akan terserlah juga akhirnya. SYABAS Pemuda ...

Rabu, 17 Disember 2008

Tidak Berasas

Hari saya berkesempatan untuk membaca satu artikel tulisan Mahfuz Omar di Harakah Online. Saya mendapat berita ini melalui satu groups email yang saya sertai. Membaca tulisan tersebut membuatkan saya tergelak dan berfikir bahawa masih ada lagi rupanya kepimpinan PAS yang bersikap jumud dan tertutup. Tulisan beliau yang dari mula sampai akhir membuat tuduhan demi tuduhan yang tidak berasas kononnya UMNO tidak pernah membela rakyat, rasuah, kroni dan macam-macam tuduhan liar yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh pemimpin yang bertopengkan agama Islam yang syumul.

Sepatutnya beliau perlu menoleh kembali dan belajar sejarah semula supaya tidak rosak pemikirannya mengenai perjuangan yang telah dilakukan oleh parti UMNO ini atas dasar kepentingan bangsa Melayu. Bukan UMNO ini ditubuhkan untuk agama Islam dan bangsa Melayu seperti yang telah terbukti dalam lipatan sejarah negara :

1. Penentangan dan terbubarnya Malayan Union.
2. Pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu yang jelas memperuntukan Agama Islam ( Fasal 3), Hak Istimewa ( F 153), Bahasa Melayu ( F 152) , Raja Berpelembagaan dan beberapa peruntukan lain dalam perlembagaan.
3. Dasar Ekonomi Baru ( Melahirkan ramai cerdik pandai melayu & golongan pertengahan Melayu )
4. Pembukaan Universiti-Universiti Awam yang 90% adalah Melayu
5. Penubuhan Bank Islam, Tabung Haji, Amanah Saham untuk Bumiputera
6. Penubuhan Felda yang juga 99% adalah Melayu ( ramai orang Pas berada di Felda-felda sebagai peneroka)
7. Penubuhan Saham Felcra yang diberi untuk Orang Melayu di Kampung
8. Penubuhan MARA, UiTM dan MRSM yang 99% adalah untuk Melayu

Semuanya dilaksanakan oleh Pemimpin tertinggi negara yang didominasi oleh orang UMNO dari zaman-berzaman. Semuanya dinikmati oleh orang Melayu tanpa melihat kepada fahaman politik. Semuanya untuk bangsa Melayu di Malaysia ini. Sebagai contoh yang jelas, melihat kepada anak-anak pemimpin Parti Pas sendiri ramai yang memasuki ke IPTA dan memperoleh biasiswa / pinnjaman yang disediakan untuk golongan bumiputera sekiranya berkelayakan. Jadi dimana kah kebenarannya apabilla tuduhan yang sebegitu liar di lemparkan kepada UMNO sebegitu rupa.

Walau bagaimanapun kepimpinan UMNO sentiasa dari semasa ke semasa melihat perkembangan yang berlaku dan cuba untuk melakukan penambahbaikan kepada sistem yang sedia ada. Contoh yang jelas ialah bagaimana UMNO begitu mempromosi kelebihan menguasi bidang Teknologi maklumat dan melalui kerajaan menyediakan berbabagi kemudahan untuk berinternet kepada masyarakat walaupun ketika ini golongan pembangkang seperti PAS dan PKR menggunakan kemudahan berinternet ini untuk menyerang UMNO dengan berbagai tuduhan liar dan tidak berasas.

Jangan lah kes-kes terpencil seorang dua ahli UMNO yang terlibat digambarkan sebagai semua ahli UMNO dari dulu hingga kini seolahnya semua makan rasuah dan jahat kesemuanya. Tidak ada sesiapapun boleh menafikan jasa-jasa kepimpinan UMNO sejak dahulu yang sentiasa berjuang diatas landasan menegakkan agama dan bangsa. Sejarah secara jelasnya membuktikan perkara tersebut dengan kemajuan yang dicapai hari ini. Bukanlah pencapaian terbaik tetapi sentiasa kearah yang terbaik itulah lebih baik kerana ianya tidak rigid dan sentiasa mengikut zaman. Yang Paling penting ialah asas perjuangan untuk agama dan bangsa dan bukannya kerana tamakkan kuasa asas perjuangan digadaikan.

YURAN 2008

Salam sejahtera pada semua rakan seperjuangan ketua-ketua Pergerakan pemuda UMNO Cawangan-cawangan dalam bahagian Maran. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya mengambil kesempatan untuk memaklumkan bahawa sejak minggu lepas, resit yuran keahlian bagi tahun 2008 telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan telah pun berada di Pejabat UMNO Bahagian maran di Pekan Tajau. Pihak UMNO bahagian telah pun mengeluarkan makluman kepada semua Ketua UMNO Cawangan dan ada diantara resit tersebut telah pun diambil oleh Ketua UMNO Cawangan.

Oleh yang demikian saya menyeru rakan-rakan sekelian untuk memastikan pembayaran yuran bagi ahli pemuda dimaklumkan pada semua ahli supaya tidak ada ahli pemuda yang tertinggal dan dapat menghadiri Persidangan Tahunan pada tahun 2009. Sekian.

Selasa, 16 Disember 2008

Tak Serik Lagi?


Semua rakyat telah pun mengetahui bahawa pada bulan Januari ini akan diadakan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Syabas juga diucapkan kepada kepimpinan parti yang begitu yakin dan berkobar-kobar untuk mempertahankan kerusi tersebut supaya kekal milik BN. Sebagai salah seorang sayap pemuda, rasanya pemuda maran pada bila-bila masa bersedia untuk membantu jentera diKuala Terengganu sekiranya diperlukan.

Hampir semua pemimpin tertinggi parti bercakap dengan nada kenyakinan yang tinggi tentang peluan BN untuk menang di Kuala Terengganu. YAB Dato’ Seri Najib juga melahirkan keyakinan dengan mengatakan situasi yang berbeza antara Kual Terengganu dan Permatang Pauh akan memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional. Melihat kepada saranan, ucapan, komitment, retreat dan apa sahaja yang telah dibuat oleh pemimpin tertinggi termasuk berbincang secara serius dalam kepimpinan BN , saya selaku pemimpin kecil parti amat mengharapkan perubahan yang drastic akan dilaksanakan dalam cara dan strategi kempen di Kuala Terengganu.

Namun melihat kepada perkembangan terdekat ini, saya menjangkakan tidak ada perubahan besar yang akan berlaku dari segi strategi kempen yang dilakukan oleh BN. Kenapa perlunya pembayaran Wang Royalti sebanyak RM 400 juta dan secara tergempar cadangan mewujudkan TIA negeri Terengganu perlu diluluskan secara tiab-tiba. Adakah perkara ini dibuat untuk membeli Jiwa Orang Terengganu? Semua rakyat tahu bahawa wang Royalti tersebut memang milik rakyat Terengganu tetapi kenapa perlu amalan lapok dengan mengumumkan sesuatu projek dibuat semasa menghampiri pilihanraya kecil. Ini adalah perkembangan yang amat tidak sihat sekali dan akan merugikan parti UMNO dan BN sahaja.

Trend mengumpan pengundi dengan projek pembangunan segera ini tidak lagi berkesan dan boleh dianggap sebagai “ Rasuah Politik “ yang keji dan tidak bertanggungjawab. Melihat kepada keputusan pilihanraya sebelum ini terutamanya di Permatang Pauh sememangnya taktik PROJEK SEGERA ini tidak lagi diterima oleh rakyat.

Pemimpin BN harus sedar bahawa pilihanraya ini adalah antara pihak BN dengan pihak Pakatan Rakyat., Bukannya antara Kerajaan Persekutuan dengan Pembangkang. Jadi sepatutnya BN dating dan menjalankan strategi kempen terkini yang dapat menarik minat rakyat supaya mereka yakin bahawa hanya dengan mengundi BNlah akan membawa kepada kesejahteran dan kemakmuran dan dapat memberi pulangan yang terbaik kepada mereka.

Sabtu, 13 Disember 2008

Bahasa Jiwa Bangsa

Pada ketika ini begitu hebat isu papan tanda pelbagai bahasa diPulau Pinang dan penggunaaan bahasa rojak oleh para peguam diperdebatkan antara penyokong pembangkang dengan dengan penyokong kerajaan. Melihat pada ketika ini seolah-olah kerajaan ketika ini tidak dapat berkompromi dengan sebarang usaha untuk meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Alhamdulillah sebagai kerjaan yang bertanggungjawab , kerajaan Barisan Nasional sememang sepatutnya mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahas kebangsaan kerana ianya termaktub dalam perlembagaan artikel 152.
Walau bagaimanapun jika dilihat dari sudut yang lain pula, melihat kepada Menteri dan Kementerian yang ada dengan perkembangan pbeberapa tahun ini bermula dengan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada 2003 dan seterusnya sikap kesemua kementerian yang begitu ghairah mencipta istilah baru dalam sebarang acara atau program yang dilancarkan seperti 'RAKAN COP" singkatan kepada kementeria seperti MOSTI , MOA dan nama-nama bangunan seperti "Palace Of Justice" dan banyak lagi contoh seumpamanya termasuklah perkataan "infotainment" yang pernah digunakan oleh RTM sendiri.
Kecenderungan melampau pemimpin kerajaan ketika ini termasuk dikalangan pemimpin dari parti UMNO yang begitu sinonim dengan perjuangan membela Agama dan Bangsa juga menggunakan bahsa Inggeris malahan lebih teruk lagi bahsa rojak ketika mengeluarkan kenyataan juga amatlah dikesali. Tindakan seperti ketam mengajar anaknya pberjalan lurus ini tidak memungkinkan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan akan berjaya sampai bila-bila pun. Alangkah sedihnya apabila bahasa yang pernah menjadi "lingua-franca" dikepulauan nusantara suatu ketika dulu akan hanyut ditelan arus zaman.
Lebih malang lagi ketika ini orang melayu sendiri yang merupakan penutur asal bahasa melayu juga sangat suka menggunakan bahasa Inggeris dan mencampuradukkan dengan bahasa Melayu sekira meraka hilang pubna dalam percakapan. ini boleh dilihat dengan jelas dalam pergaulan seharian masyarakat ketika ini.
Lebih merugikan apabila dewasa ini Malaysia yang telah terkenal sebagai destinasi forum, konvensyen dan majlis ilmu antarabangsa tidak menggunakan kelebihan ini untuk memartabatkan bahasa kebangsaan itu sendiri. Ini jelas apabila hampir kesemuanya menggunka bahsa Inggeris sebagai bahasa utama sewaktu majlis tersebut dijalankan. Pernah berlaku dalam satu majlis pertemuan pemimpin negara bersama pemimpin negara Jepun yang mana dengan bangsa sekali pemimpin negara ketika itu memberikan ucapan dalam bahasa Inggeris tetapi pemimpin negara Jepun tersebut tetap berucap dengan menggunakan bahasa Jepun sendiri.
Usaha-usaha berterus perlu dilakukan demi untuk menjamin kedudekan Bahsa Melayu seperti dalam Perlembagaan terus terjamin dan pihak kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO yang telah termaktub dalam perlembagaan parti untuk mempertahankan Agama dan bangsa perlu ikhlas dalam memperjuang dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pencen Artis?

Tahniah diucapkan kepada YB Dato' Seri Shafie Afdal selaku Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang mencadangkan dan sedang menggubal satu skim pencen kepada para artis dan seniman yang ada di Malaysia. Lembaran baru ini pasti akan menjadikan artis sebagai satu pekerjaan yang tetap dan berpencen. Saya tidak ingin menafikan sebarang sumbangan baik yang boleh diberi oleh para artis ketika ini sebagai penghibur kepada masyarakat. Walau bagaimanapun seperti mana profesyen lain, bidang artis ini adalah bidang kepakaran individu yang mana seseorang itu boleh memilih untuk tempoh berapa lama beliau ingin menjadi artis dan tidak ada tempoh masa dan tidak perlu beliau mengisi borang untuk menjadi artis.

Jadi beberapa kesulitan akan timbul terutama apabila bagaimanakah seseorang itu dikategorikan sebagai seorang artis. Adakah sesorang itu layak dikira sebagai artis dan menerima pencen apabila berlakon dana satu filem atau menghasilkan sebuah album tetapi tidak laku. Atau mungkin juga kadar pencen dikira berdasarkan kepada berapa lama seseorang itu menjadi artis. Mungkin bayaran pencen bagi artis yang berkecimpung selama 15tahun lebih tinggi dari artis yang berkecimpung selama 10 tahun.

Bukanlah bermaksud untuk menidakkan usaha murni pihak kementerian mahupun menafikan sumbangan para artis tetapi profesyen ini adalah pilihan sendiri dan bukannya paksaan dari mana-mana pihak. Jika ukuran jasa yang diambil kira, ramai lagi golongan yang menjalankan profesyen yang hampir serupa yang mempunyai kaitan dengan jasa kepada orang ramai seperti penceramah-penceramah agama yang siang malam menghabiskan masa berdakwah kepada masyarakat menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Golongan sukarelawan belia ataupun golongan ahli politik yang sentiasa berkhidmat pada masyarakat juga perlu diambil kira sebelum pihak kementerian memikirkan kewajaran melaksanakan skimpencen kepada golongan artis yang ada pada hari ini.

Kesemua mereka ini pasti telah menyedari dengan secara sedar bahawa profesyen artis ini tidaklah menjanjikan kemewahan, hanya segelintir yang benar berbakat dan gigih sahaja akan berjaya ( adakah mereka ini yang berjaya mengumpul jutaan ringgit akan diberi pencen juga?) . Oleh yang demikian pihak kementerian perlulah memikirkan sedalamnya perkara ini dan tidak memikirkan hanya semata-mata untuk mencari populariti sahaja. janganlah nanti dikata Kerajaan yang mendokong Islam sebagai agama rasmi ini hanya memikirkan kebajikan artis sahaja tanpa memikirkan golongan lain termasuk golongan ulamak yang juga banyak berbakti kepada masyarakat malahan lebih lagi.


Mungkinkah suatu hari nanti apabila kita bertanyakan anak-anak kita apakah cita-cita mereka maka antara jawapan yang popular adalah menjadi artis kerana ianya menawarkah kemewahan, populariti dan yang paling mustahak sekali ianya menyediakan skim pencen yang baik.

Jumaat, 12 Disember 2008

Pendahuluan

Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah akhirnya saya diberi kekuatan oleh Yang Maha Esa untuk memulakan penulisan sendiri dengan ujudnya blog aminchenor ini. Adalah menjadi harapan saya dengan adanya blog ini saya dapat menyuarakan pandangan dan bertukar fikiran dengan oarang lain supaya yang baik diperelokkan, yang elok di muliakan supaya dapat menjadi panduan yang berguna pada bila-bila masa sahaja. Saya juga sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya diberi panduan dan hidayh agar penulisan saya dan tidak tersimpang jauh dari petunjuknya..