Pada ketika ini begitu hebat isu papan tanda pelbagai bahasa diPulau Pinang dan penggunaaan bahasa rojak oleh para peguam diperdebatkan antara penyokong pembangkang dengan dengan penyokong kerajaan. Melihat pada ketika ini seolah-olah kerajaan ketika ini tidak dapat berkompromi dengan sebarang usaha untuk meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Alhamdulillah sebagai kerjaan yang bertanggungjawab , kerajaan Barisan Nasional sememang sepatutnya mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahas kebangsaan kerana ianya termaktub dalam perlembagaan artikel 152.
Walau bagaimanapun jika dilihat dari sudut yang lain pula, melihat kepada Menteri dan Kementerian yang ada dengan perkembangan pbeberapa tahun ini bermula dengan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada 2003 dan seterusnya sikap kesemua kementerian yang begitu ghairah mencipta istilah baru dalam sebarang acara atau program yang dilancarkan seperti 'RAKAN COP" singkatan kepada kementeria seperti MOSTI , MOA dan nama-nama bangunan seperti "Palace Of Justice" dan banyak lagi contoh seumpamanya termasuklah perkataan "infotainment" yang pernah digunakan oleh RTM sendiri.
Kecenderungan melampau pemimpin kerajaan ketika ini termasuk dikalangan pemimpin dari parti UMNO yang begitu sinonim dengan perjuangan membela Agama dan Bangsa juga menggunakan bahsa Inggeris malahan lebih teruk lagi bahsa rojak ketika mengeluarkan kenyataan juga amatlah dikesali. Tindakan seperti ketam mengajar anaknya pberjalan lurus ini tidak memungkinkan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan akan berjaya sampai bila-bila pun. Alangkah sedihnya apabila bahasa yang pernah menjadi "lingua-franca" dikepulauan nusantara suatu ketika dulu akan hanyut ditelan arus zaman.
Lebih malang lagi ketika ini orang melayu sendiri yang merupakan penutur asal bahasa melayu juga sangat suka menggunakan bahasa Inggeris dan mencampuradukkan dengan bahasa Melayu sekira meraka hilang pubna dalam percakapan. ini boleh dilihat dengan jelas dalam pergaulan seharian masyarakat ketika ini.
Lebih merugikan apabila dewasa ini Malaysia yang telah terkenal sebagai destinasi forum, konvensyen dan majlis ilmu antarabangsa tidak menggunakan kelebihan ini untuk memartabatkan bahasa kebangsaan itu sendiri. Ini jelas apabila hampir kesemuanya menggunka bahsa Inggeris sebagai bahasa utama sewaktu majlis tersebut dijalankan. Pernah berlaku dalam satu majlis pertemuan pemimpin negara bersama pemimpin negara Jepun yang mana dengan bangsa sekali pemimpin negara ketika itu memberikan ucapan dalam bahasa Inggeris tetapi pemimpin negara Jepun tersebut tetap berucap dengan menggunakan bahasa Jepun sendiri.
Usaha-usaha berterus perlu dilakukan demi untuk menjamin kedudekan Bahsa Melayu seperti dalam Perlembagaan terus terjamin dan pihak kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO yang telah termaktub dalam perlembagaan parti untuk mempertahankan Agama dan bangsa perlu ikhlas dalam memperjuang dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan