Semua rakyat telah pun mengetahui bahawa pada bulan Januari ini akan diadakan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Syabas juga diucapkan kepada kepimpinan parti yang begitu yakin dan berkobar-kobar untuk mempertahankan kerusi tersebut supaya kekal milik BN. Sebagai salah seorang sayap pemuda, rasanya pemuda maran pada bila-bila masa bersedia untuk membantu jentera diKuala Terengganu sekiranya diperlukan.
Hampir semua pemimpin tertinggi parti bercakap dengan nada kenyakinan yang tinggi tentang peluan BN untuk menang di Kuala Terengganu. YAB Dato’ Seri Najib juga melahirkan keyakinan dengan mengatakan situasi yang berbeza antara Kual Terengganu dan Permatang Pauh akan memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional. Melihat kepada saranan, ucapan, komitment, retreat dan apa sahaja yang telah dibuat oleh pemimpin tertinggi termasuk berbincang secara serius dalam kepimpinan BN , saya selaku pemimpin kecil parti amat mengharapkan perubahan yang drastic akan dilaksanakan dalam cara dan strategi kempen di Kuala Terengganu.
Namun melihat kepada perkembangan terdekat ini, saya menjangkakan tidak ada perubahan besar yang akan berlaku dari segi strategi kempen yang dilakukan oleh BN. Kenapa perlunya pembayaran Wang Royalti sebanyak RM 400 juta dan secara tergempar cadangan mewujudkan TIA negeri Terengganu perlu diluluskan secara tiab-tiba. Adakah perkara ini dibuat untuk membeli Jiwa Orang Terengganu? Semua rakyat tahu bahawa wang Royalti tersebut memang milik rakyat Terengganu tetapi kenapa perlu amalan lapok dengan mengumumkan sesuatu projek dibuat semasa menghampiri pilihanraya kecil. Ini adalah perkembangan yang amat tidak sihat sekali dan akan merugikan parti UMNO dan BN sahaja.
Trend mengumpan pengundi dengan projek pembangunan segera ini tidak lagi berkesan dan boleh dianggap sebagai “ Rasuah Politik “ yang keji dan tidak bertanggungjawab. Melihat kepada keputusan pilihanraya sebelum ini terutamanya di Permatang Pauh sememangnya taktik PROJEK SEGERA ini tidak lagi diterima oleh rakyat.
Pemimpin BN harus sedar bahawa pilihanraya ini adalah antara pihak BN dengan pihak Pakatan Rakyat., Bukannya antara Kerajaan Persekutuan dengan Pembangkang. Jadi sepatutnya BN dating dan menjalankan strategi kempen terkini yang dapat menarik minat rakyat supaya mereka yakin bahawa hanya dengan mengundi BNlah akan membawa kepada kesejahteran dan kemakmuran dan dapat memberi pulangan yang terbaik kepada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan