Hari saya berkesempatan untuk membaca satu artikel tulisan Mahfuz Omar di Harakah Online. Saya mendapat berita ini melalui satu groups email yang saya sertai. Membaca tulisan tersebut membuatkan saya tergelak dan berfikir bahawa masih ada lagi rupanya kepimpinan PAS yang bersikap jumud dan tertutup. Tulisan beliau yang dari mula sampai akhir membuat tuduhan demi tuduhan yang tidak berasas kononnya UMNO tidak pernah membela rakyat, rasuah, kroni dan macam-macam tuduhan liar yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh pemimpin yang bertopengkan agama Islam yang syumul.
Sepatutnya beliau perlu menoleh kembali dan belajar sejarah semula supaya tidak rosak pemikirannya mengenai perjuangan yang telah dilakukan oleh parti UMNO ini atas dasar kepentingan bangsa Melayu. Bukan UMNO ini ditubuhkan untuk agama Islam dan bangsa Melayu seperti yang telah terbukti dalam lipatan sejarah negara :
1. Penentangan dan terbubarnya Malayan Union.
2. Pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu yang jelas memperuntukan Agama Islam ( Fasal 3), Hak Istimewa ( F 153), Bahasa Melayu ( F 152) , Raja Berpelembagaan dan beberapa peruntukan lain dalam perlembagaan.
3. Dasar Ekonomi Baru ( Melahirkan ramai cerdik pandai melayu & golongan pertengahan Melayu )
4. Pembukaan Universiti-Universiti Awam yang 90% adalah Melayu
5. Penubuhan Bank Islam, Tabung Haji, Amanah Saham untuk Bumiputera
6. Penubuhan Felda yang juga 99% adalah Melayu ( ramai orang Pas berada di Felda-felda sebagai peneroka)
7. Penubuhan Saham Felcra yang diberi untuk Orang Melayu di Kampung
8. Penubuhan MARA, UiTM dan MRSM yang 99% adalah untuk Melayu
Semuanya dilaksanakan oleh Pemimpin tertinggi negara yang didominasi oleh orang UMNO dari zaman-berzaman. Semuanya dinikmati oleh orang Melayu tanpa melihat kepada fahaman politik. Semuanya untuk bangsa Melayu di Malaysia ini. Sebagai contoh yang jelas, melihat kepada anak-anak pemimpin Parti Pas sendiri ramai yang memasuki ke IPTA dan memperoleh biasiswa / pinnjaman yang disediakan untuk golongan bumiputera sekiranya berkelayakan. Jadi dimana kah kebenarannya apabilla tuduhan yang sebegitu liar di lemparkan kepada UMNO sebegitu rupa.
Walau bagaimanapun kepimpinan UMNO sentiasa dari semasa ke semasa melihat perkembangan yang berlaku dan cuba untuk melakukan penambahbaikan kepada sistem yang sedia ada. Contoh yang jelas ialah bagaimana UMNO begitu mempromosi kelebihan menguasi bidang Teknologi maklumat dan melalui kerajaan menyediakan berbabagi kemudahan untuk berinternet kepada masyarakat walaupun ketika ini golongan pembangkang seperti PAS dan PKR menggunakan kemudahan berinternet ini untuk menyerang UMNO dengan berbagai tuduhan liar dan tidak berasas.
Jangan lah kes-kes terpencil seorang dua ahli UMNO yang terlibat digambarkan sebagai semua ahli UMNO dari dulu hingga kini seolahnya semua makan rasuah dan jahat kesemuanya. Tidak ada sesiapapun boleh menafikan jasa-jasa kepimpinan UMNO sejak dahulu yang sentiasa berjuang diatas landasan menegakkan agama dan bangsa. Sejarah secara jelasnya membuktikan perkara tersebut dengan kemajuan yang dicapai hari ini. Bukanlah pencapaian terbaik tetapi sentiasa kearah yang terbaik itulah lebih baik kerana ianya tidak rigid dan sentiasa mengikut zaman. Yang Paling penting ialah asas perjuangan untuk agama dan bangsa dan bukannya kerana tamakkan kuasa asas perjuangan digadaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan