Sikap segelintir umat Islam yang tidak berpuasa makan makan dan minum dikhalayak ramai adalah amat memalukan bukan sahaja kepada individu tersebut tetapi juga kepada umat Islam keseluruhannya. Sikap sebegini termasuk sikap-sikap buruk yang lain merupakan racun kepada agama Islam itu sendiri. Sikap mereka yang buruk ini menunjukkan bahawa penganut agama ISlam hanyalah pada luaran sahaja di Malaysia ini. Dibulan yang mulia ini yang mana ibadah puasa ini dinilai oleh Allah SWT sahaja pun masih ramai umat Islam yang tidak segan silu untuk tidak berpuasa seolah-olah mencabar tuhan mereka sendiri.
Maka tidak wajar jika umat Islam ketika ini menyalahkan orang lain terhadap penghinaan yang mereka terima dan keadaan hidup mereka yang tidak begitu baik ketika ini kerana apa sahaja yang berlaku ketika ini adalah akibat dari perbuatan tangan mereka sendiri. Sikap orang Islam yang suka kepada perkara buruk dan mengambil kesempatan seperti menjual makanan dan minuman seawal pukul 9 pagi adalah cerminan kepada keseluruhan sikap masyarakat melayu yang hanya pandai mengambil kesempatan semata-mata tanpa memimkirkan jalan terbaik kearah penyelesaian yang elbih baik. Sempena bulan Ramadhan AL Mubarak ini marilah sama-sama kita menghisab diri kita sendiri sebelum kita menuding jari pada orang lain....
kasihan pada pemimpin kecik umno yang tidak terbela dicawangan,pandang2lah bos pada kp2 yang tidak ada sumber duit,pikir mcmana nak tolong mereka.bukan setakat bercakap jek
BalasPadammasalah memang wujud dimana-mana dan pada sesiapa pun..sebagai pemimpin kecil sepatutnya kita berhadapan dan bercerita secara terbuka bersama bukannya hanya pandai membuat alasan..pentadbiran pemuda sentiasa bersedia membantu dan bekerjasama dengan kepimpinan diperingkat cawangan dengan seikhlasnya
BalasPadamKENA CAKAP BETUL, KABO KE LURUS,projek (kelas F) tu bagi bagilah kat ketua cawangan.
BalasPadam