Rabu, 8 Julai 2009

PPSMI

Nampaknya hasrat untuk melihat orang melayu benar-benar maju tidak kesampaian apabila kerajaan hari ini dengan alasan yang tidak munasabah menukar PPSMI dan balik kepada sistem yang lama. Dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu baik pertukaran ini akan menyebabkan pembaziran wang apabila persediaan yang cukup perlu dilaksanakan kerana alat-alat mengajar ketika ini tidak lagi dapat digunakan dan terpaksa ditukar dengan yang baru. Jika berlaku kerosakan dan alat itu amat diperlukan maka kerajaan terpaksa membelinya dan ianya hanya boleh digunakan dalam tempoh 3 tahun sahaja. Selapas dari itu sudah tentu alat bantuan mengajar dan buku yang baru perlu kerana sukatan pelajaran telah bertukar kepada bahasa melayu.

Segala latihan dan alatan yang selama ini dibeli oleh Kementerian akan menjadi barang lelongan yang tidak berguna. Latihan dan penubuhan pusat latihan juga menjadi sia-sia kerana dalam tempoh tak sampai sepuluh tahun ianya telah tidak digunakan lagi. Kementerian juga akan mengeluarkan kos yang tinggi untuk melatih semula guru-guru sains dan matematik untuk mengajar dalam bahasa melayu.

Walaupun alasan Tan Sri M bahawa pencapaian PPSMI tidak mencapai target tetapi ianya tidak boleh dijadikan alasan kerana sememangnya untuk mendapatkan ilmu memerlukan ketekunan yang tinggi. Sepatutnya kementerian lebih memfokuskan bagaimana untuk mendidik anak supaya dapat seratus peratus menumpukan pelajaran. Sudah tentu program sebegini memerlukan bantuan ibu bapa dan sebaiknya digunakan peruntukan tersebut bagi program bersama memastikan anak-anak menumpukan minat kepada pelajaran dan dapat menimba ilmu dengan berkesan.

Sejarah pembelajaran ilmu telah membuktikan bahawa untuk menimbal\ilmu sebaiknya dan memahaminya dengan sebaiknya ialah melalui bahasa asalnya. Tidak mungkin seorang yang tidak tahu bahawa arab dapat menghayati maksud sebenar isi kandungan Al Quran. Oleh karana itu Kitab suci itu diturunka kepada Bangsa Arab yang sememangnya amat mahir dengan seni bahasa ketika itu. Seterusnya pabila Islam telah berkembang maju maka ramai cendikiawan Islam mula belajar bahasa Rom dan Parsi untuk memastikan ilmu-ilmu yang tidak bertentangan dengan Islam dapat dipelajari dengan sebaiknya. Oleh yang demikian maka gama Islam dapat berkembang dengan baik kerana pendakwah- pendakwahnya mempelajari bahsa disesuatu tempat sebelum mengajar mereka dengan ajaran Islam.

Sejarah universiti Islam Sepanyol sendiri membuktikan bahawa untuk memperolehi ilmu maka sesorang itu perlu memahami bahasa yang mana ilmu itu ditulis. Orang barat ketika itu berlumba-lumba untuk belajar diunivesiti Islam sepanyol terpaksa belajar bahasa arab kerana semua rujukan ketika ini dalam bahasaa arab. Setelah mereka fasih barulah mereka belajar ilmu-ilmu lain diuniversiti tersebut sehingga kini mereka lebih maju dari orang Islam sendiri. Namun yang pasti dibarat masih mengunakan bahasa mereka sehingga kini walaupun mereka semua belajar bahasa arab ketika itu.

Oleh yang demikian tidak perlulah pendokong-pendokong bahasa ( kononnya ) merasa takut akan terhapusnya bahasa melayu apabila wujudnya PPSMI tetapi ianya akan memastikan orang melayu dapat menimba ilmu dengan sebaiknya dan seterusnya mendaulatkan bangsa dan bahasa melayu itu sendiri.

4 ulasan:

  1. Kerajaan membuat keputusan berdasarkan kajian profesional dan antarabangsa termasuk unesco,statistik yg menunjukkan penurunan demi penurunan pencapaian dan respon rakyat termasuk guru dan pelajar juga ibubapa secara majoriti.Sedangkan yg mendokong PPSMI hanya menyokong dengan teori tanpa sebarang sandaran fakta kjian,statistik dsb,cuma harapan dan andaian.

    Jadi untuk apa dipertahankan lagi PPSMI yg ternyata lebih memberi kesan negatif berbanding positif kpd rakyat seluruhnya?

    BalasPadam
  2. Beginilah tuan,
    Tiga puluh tahun dahulu ejaan jawi masih diajar di sekolah sebagai medium penyampaian ilmu khususnya agama islam dan bahasa Melayu.
    Kerajaan telah memartabatkan tulian rumi dan jawi terpaksa dipinggirkan -termasuklah dalam pelajaran agama islam di mana buku teks ditulis dalam ejaan rumi.
    Generasi tersebut (KBSM rata-ratanya) adalah buta jawi. Jawi adalah jatidiri Melayu dan hari ini orangMelayu tidak peduli lagi dengan jawi dan akhbar jawi sudah jadi sisipan.
    Begitu juga dalam kes bahasa Melayu ini. Bagi masa 50 tahun cukup apabila semua ilmu khususnya sains dan teknologi diajarkan dalam bahasa yang bukan bahasa Melayu maka akan pupuslah bahasa Melayu. UMNO barangkali tidak terjejas kerana namanya Inggeris tetapi yang bernama MELAYU akan hilang di dunia ini. Tidak percaya tunggulah! Mahathir akan wafat (ikut adatnya) pada ketika itu dan Melayu akan hilang pada ketika itu. Percayalah.

    BalasPadam
  3. ya betul... saya sokong ppsmi dimansuhkan terus..
    bangsa tetap maju dgn bahasanya..dahlah gurunya susah nk ajar ibubapa lak lglaah tak retinya.. maka jadilah elok2 dpt 4a1b dh jadi 2a3b...
    yg untungnya kroni je... brapa berabih nk buat ppsmi ni..sapa yg dpt.. hang fikirlh sendiri..

    nak maju kita kena pandai eksplotasi n promote benda yg baru pas tu kalau kerajaan setuju pinda n wajibkan bolehlah buat $$$$$.. wajibkanm kotak hitam berjuta dpt.. ni nk wajibkan tayar plak..keh..keh..keh..
    ajal maut tangan tuhan..nyorok dlm peti besi pun mati gak...

    jalan raya tu kasi cun sikit..jgn gelombang cam lpt .. rasuah tu potong habis habisan.

    BalasPadam
  4. SETAKAT SPM GUNALAH BAHASA IBUNDA. SPM KEATAS PAKAILAH APA BAHASA PUN....(senang saja) itu tak tau nak pikir lojik...BAGI PR PERINTAH LAH.

    BalasPadam