Saya mengucapkan tahniah kepada YAB Dato' Seri Najib yang menyambut 100 hari beliau sebagai Perdana Menteri. Alhamdulillah dalam kesibukan beliau masih sempat untuk bersama rakyat meraikan perayaan seratus hari beliau menjadi Perdana Menteri. Perayaan yang pada perkiraan saya tidak perlu dan hanyalah membazirkan wang dan masa sahaja. Apalah yang dapat dicapai dalam tempoh 100 hari oleh beliau sekiranya beliau tidak mendapat sokongan penuh dari semua agensi dan anggota kerajaan. Akhirnya akan jadilah seorang Perdana Menteri ( PM ) yang hanya pandai beretorik tetapi kosong semata-mata.
Agensi dan Anggota kerajaan merupakan intipati yang terpenting untuk memastikan cakap-cakap dan idea PM dapat dilaksanakan bersama dengan para menteri yang lain. Kalaulah pegawai kerajaan enggan melaksanakan peranan tersebut sudah tentu hasilnya tidak dapat dikeluarkan dengan sebaiknya. Perlu ada usaha yang meyeluruh bagi memastikan kakitangan kerajaan ketika benar-benar berkhidmat dengan rela hati dan sepenuh ketaatan kepada kepimpinan sekarang. Tidak adil rasanya jika seorang penjawat awam yang tidak menyokong BN bekerja dengan menteri yang membawa wawasan kerajaan BN. Ini akan menimbulkan konflik apatah lagi akan menjadi persaingan terutama menjelang pilihanraya sekiranya pegawai tersebut menjaga parti yang diwakilinya. Benar bahawa mengundi adalah hak individu tetapi keihklasan dan ketaatan kepada pemimpin juga antara entiti penting memastikan kerajaan dapat beroperasi dengan baik. Perlu ada satu mekanisma baru yang memastikan hanya penjawat awam yang benar-benar selari dengan kerajaan yang memerintah ( dalam konteks sekarang BN) supaya urusan pentadbiran akan berjalan lancar dan baik untuk perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.
Seterusnya juga YAB Dato Seri Najib perlu jelas dan faham bahawa beliau jadi PM bukan kerana jawatan itu diserah oleh Pak Lah tetapi kerana dai menjadi Pengerusi BN Malaysia. Dan untuk menjadi Pengerusi BN Malaysia dia perlu untuk menjadi Presiden UMNO dan menang dalam pilihanraya diperingkat perlimen terlebih dahulu. menang bukan berseorangan tetapi menang disemua kawasan yang diwakili oleh ahli parti komponen dalam BN yang sudah bersumpah setia untuk menyokokng beliau menjadi PM. tetapi sehingga ke hari ini belum nampak gerak kerja beliau kearah memastikan parti umno kembali kuat sebaliknya tugas itu hanyalah diserahkan kepada pihak akar umbi yang dipaksa untuk taat dan setia membabi buta. Bilakah pernah ahli cawangan dapat berjumpa dengan Pengerusi Perhubungan Negeri, apatah lagi nak berjumpa dengan Presiden. Nampaknya ahli umno diperingkat cawangan cuma digula-gulakan ketika hampir pilihanraya semata-mata untuk kepentingan diri sendiri sahaja.
Berapa ramai Menteri, timbalan menteri , Menteri besar, ketua Menteri, ahli MMK dan sebgainya yang datang dari parti umno seketika dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT mula jauh pada umno cawangan apabila mendapat kuasa. ketika ini telefon sudah tidak berangkat, jalan makin laju dan kereta dan rumah makin membesar supaya sesuai dengan kedudukan. Kadang-kadang bermati-matian mempertahankan prosedur, kaedah , dasar, dan berbagai keranah birokrasi pejabat kerajaan yang dipertikaikan oleh ahli umno hanya semata-mata hendak menjaga hubungan baik dengan pegawai besar kerajaan untuk kepentingan diri sendiri. Akhirnya apabila ahli meninggalkan parti mula berteriak kesana kesini kononnya memperjuangkan parti rupa-rupanya pemilihan bahagian dan dekat sebagai umpan semata-mata.
Saya menyeru YAB Dato' Seri Najib agar mengambil sedikit masa melihat bagaimanakah keadaannya umno-umno cawangan yang hidup segan mati tak mau dan bagaimana orang umno diakar umbi kadang-kadang dihina dan dicela oleh masyarakat termasuklah pegawai kerajaan tetapi kurang pembelaan kerana sifat setiakawan telah hilang dalam umno. Umno cawangan tidak lagi mampu menjana pendapatan untuk bersendirian seperti dahulu yang banyaka hasil mahsulnya disekitar kawasan kampung tetapi ketika ini segalanya dikira dalam ringgit dan sen sahaja. kebanyakan ahli yang tinggal dicawangan-cangan ketika adalah ahli yang sememang tidak perlu lagi diterangkan kenapa perlu menyokong Umno tetapi cuma hanya perlu digerakkan sahaja dengan panduan dan bekalan.
YAB Dato Seri perlu ingat bahawa bukan semua pemimpin Umno peniaga dan kontraktor . oleh yang demikian satu mekanisma yang baru perlu dicipta. Jangan hanya mengharap cara yang sudah tidak berkesan lagi. Fikir-fikirlah...
Tahniah juga dari saya.
BalasPadamView Profile: Rantong™