Ahad, 13 September 2009

MAJLIS TADDARUS , KHATAM DAN BERBUKA PUAS PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN MARAN 2009







Alhamdulillah program telah berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari semua peserta taddarus dan khatam Al Quran. Terima kasih kepada YB Dato' Haji Tan Mohd Aminuddin Bin Haji Ishak , Ketua UMNO Bahagian Maran dan YB Dato' Haji Ismail Bin Abd Muttalib , Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran kerana telah sudi untuk turut bersama dalam program yang dijalankan walaupun mempunyai jadual yang ketat. Terima kasih juga kepada Jawatankuasa Masjid Simpang Jengka yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program kali ini. Insyaallah program sebegini akan dijalankan dari semasa kesemasa demi untuk kebaikan pemuda keseluruhannya demi agama, bangsa dan tanahair..

9 ulasan:

  1. Tahniah kepada pergerakkan Pemuda Umno Maran
    MAJLIS TADDARUS , KHATAM DAN BERBUKA PUAS PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN MARAN 2009. Semoge Terus Aktif Melaksanakan program seumpama ini lagi..

    BalasPadam
  2. Salam, tahniah kepada PPU Maran dapat meneruskan tradisi......... SU Bahagian tak nampak muka pun....

    BalasPadam
  3. Salam,

    Buat ibadat tu biar le ikhlas, jangan ingat buat program kerana nak dapat milage politik bro..

    BalasPadam
  4. salam waris...tak dilaporkan kata tak buat program..bila buat dikata tak ikhlas ...sapa yang tak ikhlas entahla..


    YG -tq, ada dua tiga program hari yang sama...mungkin ditempat lain..

    BalasPadam
  5. haa.. macam ni la baru betul... buat kerja byk sikit... baru rakyat tahu UMNO/BN betul2 membantu & peka dengan kehendak rakyat.

    BalasPadam
  6. tahniah.inilah pemimpin yg berwibawa.Laksanakan kerja.Bkn cari kerja salah org dan dengki bila org nk bt program.bagi peluang bt program tak buat pun.bila org bt dengki,marah n khianat.Kita da musim bt kerja skrg.jadi2 lah beramuk sama kita.rosak melayu.ingt2 lah

    BalasPadam
  7. harap2 lepas ni tadabbur lah pulak, jgn baca jer ayat2 tu, bab hudud qisas dll. kalau faham quran pasti x brsama umno

    BalasPadam
  8. Bulan baik..perbanyakkan amalan..itu niatnya.Bila sesuatu program dibuat..ade je yang bunyi..tak buat lagi la kuat bunyinya..ikhlas atau tidak..Allah Ta'ala yang maha mengetahui..jgn kita nak terlalu bersifat 'baik'dan teralu sinis menegur sesuatu yang sudah diketahui..kuasa Allah belaka!
    Tanpa nama..kalau faham betul-betul Quran tu..lagi ramaila yang masuk UMNO..takdelah termakan penerangan songsang dan putar belit. Islam dijunjung, bangsa dimartabat..negara dipertahan.Cuba faham kehidupan kita berbagai kaum di Malaysia. Tarik rambut bior berambi-rambi..baru tepung tak berterabor..

    BalasPadam
  9. eh eh eh kan jangan guna mesjid / agama untuk politik ?

    BalasPadam