Khamis, 18 Februari 2010

Kisah lidah bercabang...

SEWAKTU UMNO menerajui kerajaan negeri Kedah, seorang yang dipanggil 'ustaz' oleh pengikut Pas mengatakan Allah SWT sedang menurunkan bala ke atas rakyat Kedah kerana menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pada waktu tersebut fenomena panas dan kering serta kemarau yang melampau telah melanda negeri Kedah sehingga banyak tanaman rosak.

Baru-baru ini, ustaz yang sama di dalam satu kuliah Maghrib mengatakan Allah SWT sedang menguji rakyat Kedah dengan ujian iaitu diturunkan kemarau dan cuaca yang panas. Ini menunjukkan Allah SWT sayang kepada rakyat Kedah dan sekiranya rakyat sabar dan menerima ujian itu dengan tabah dan reda, maka Allah SWT akan memberikan ganjaran kepada setiap hamba-Nya.

Inilah sikap lidah bercabang seorang ustaz Pas dan dapat merubah rupa bentuk apabila berada di dalam dua keadaan. Dulu dikatakan bala, sekarang ujian pula. Dulu serigala, sekarang musang.

ANAK SELUANG, Kulim

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

2 ulasan:

  1. Panjang-panjang janggut mereka, panjang lagi lidah bercabang mereka ini. Pas penipu ummah.

    BalasPadam
  2. Salam..

    Apa dangkal puak PAS ni

    Harap tuan dapat linkkan blog saya kedalam laman blog tuan.

    http://jebat2010.blogspot.com/

    BalasPadam