Rabu, 15 Julai 2009

Muhasabah di Pagi Hari

Tahniah kepada jentera gerakkerja BN di Manek Urai yang kebanyakannya orang UMNO kerana telah mengurangkan majoriti Pas disitu. tetapi hakikatnya majoriti ini dikurangkan dengan bantuan jentera UMNO seluruh negara dan PAs juga dari seluruh negara . Oleh itu adalah tidak mustahil jika dua jentera tempatan bertempur maka jentera BN boleh membuat yang terbaik dipilihanraya yang akan datang. Janganlah hanya meminta-minta tanpa memberi yang sebaiknya kerana Umno tidak mampu diusahakan seorang diri tetapi secara kumpulan.

Kepimpinan parti diperingkat tertinggi sepatutnya sudah mula menjalankan gerakan kerja secara kumpulan dengan melibatkan ( bukan mengarah atau memberi amaran) kepada semua peringkat termasuk di peringkat akar umbi. Janganlah mereka diketepikan hanya kerana peringkat kepimpinan mempunyai jawatan yang tinggi diperingkat kerajaan ketika ini ataupun sebagai YB-YB kawasan. Sikap lebih suka mengarah dari sama-sama menjalankan gerak kerja seperti menjalankan program penerangan diperingkat kampung dan bandar tidak akan membawa kebaikan apa- apapun. Pemimpin yang menjawat jawatan kerajaan seperti menteri tidak perlu menunggu 1000 orang yang hadir baru nak turun tetapi sepatutnya cukup sekadar kumpulan kecil tidak melebihi 150 orang. Jentera parti ini boleh diperkuatkan lagi dengan jentera parti diperingkat pusat yang melibatkan sayap- sayap iaitu wanita, pemuda dan puteri. Jangan hanya program besar sahaja yang ingin dihadiri oleh exco pusat ataupun hanya datang merasmikan mesyurat perwakilan pemuda bahagian. Becakap pandai tetapi retorik semata-mata, berjanji tetapi tidak ditepati, kenal semasa hendakkan jawatan sekarang nak berjumpapun kena menunggu list appoinment yang panjang. Akhirnya alasan paling popular iaitu sibuk digunakan. Rupanya sibuk mencari perniagaan untuk mengisi kantong sendiri dan akhirnya parti sendiri terabai.

Sepatutnya ketika ini peringkat pusat yang lebih dekat dengan kementerian dan jabatan persekutuan mengusahakan agar semua bajet dari kementerian yang berkaitan dengan hal kemasyarakatan dan program dihantar keperingkat bahagian yang tidak mampu berurusan di ibukota setiap hari kerana urusan kerja dan sebagainya. Ini akan melicinkan pentadbiran dan sebarang program yang dijalankan tentunya dikreditkan pada umno dan sebarang cadangan program lain akan datang juga akan menggunakan platform umno dan dengan sendirinya nama umno ini akan sentiasa berada dibibir rakyat. Kemudian bolehlah dibuat secara berhemah dan munasabah penerapan nilai dan ajaran Islam sepenuhnya di dalam neegara dengan dimulai diperingkat individu, keluarga ( jangan pula ayah pakai serban anak perempuan rambut merah) , rakyat keseluruhan dan akhirnya tentunya dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa proses islamisasi itu berjalan dalam pemerintahan negara.

Kerjasama yang erat antara peringkat bawahan dengan atasan ini juga akan memastikan timbul suasana yang harmonis yang akan menaikkan semangat jentera-jentara parti dalam menajalankan kerja-kerja parti. Sebagai sebuah parti politik yang baik , program anjuran parti ( bukan kerajaan) adalah platform terbaik untuk menarik minat rakyat untuk mengundi parti tersebut dalam setiap kali pilihanraya. Pemimpin parti tidak boleh menyamakan program kementeriannya ataupun jabatannya mengadakan program maka dibin kan keatas umno tanpa melalui beberapa proses yang jelas menunjukkan penglibatan Umno ( ahli umno bukan sebagai alat meramaikan majlis).

Sebagai seorang jentera parti , apa yang paling penting ialah apakah pulangan yang akan diperolehi oleh beliau samada secara langsung atau tidak langsung. Pulangan secara langsung sudah tentu merupakan kaedah terbaik seperti Pas yang menawarkan syurga ( walaupun mereka menafikannya) kepada pengikutnya dan jelas ketika ini ianya berjaya. Jentera parti Umno diperingkat awal dulu percaya denga perjuangan mereka, anak cucu mereka akan mendapat kesenangan hidup di Malaysia dan Umno dengan bangganya berjuang bagi memastikan cita-cita tersebut tercapai. Malangnya dalam pada menjalankan perjuangan itu Umno gagal menjadi dinamik dalam perjuangannya.

Arah perjuangan kemajuan, kesenangan dan pembanguna untuk generasi muda telah tercapai dan hari ini tetapi disetiap pilihanraya masih lagi lagu yang lama didendangkan ( mungkin salah satu faktor di Manek Urai ) sedangkan parti-parti lain menjual produk-produk baru mereka dengan lebih baik. Mengambil contoh parti keluarga Amwar Ibrahim iaitu PKR yang jelas asal tujuan untuk membela anwar tetapi kerana pemandunya seorang yang dinamik ianya telah menjadi asas perjuangan "KEADILAN" dan diterima oleh rakyat secara membabi buta tanpa penerangan yang jelas cuma retorik semata-mata. Bagaimana keadilan yang nak diwujudkan kalau ada sikap double standard diantara mereka sendiri.

Pas sendiri telah berjaya menawan kembali sokongan orang melayu dan bukan melayu dengan membuang hasrat penubuhan kerajaan Islam dan mengenengahkan konsep negera kebajikan ( walaupun ramai rakyat kelantan memerlukan kebajikan) dan ianya diterima oleh rakyat. Sedangkan selama ini telah pun ada pelbagai skim untuk membantu rakyat yang susah ( dan ramai yang menipu) dan skim bantuan ini sentiasa berubah-ubah untuk keperluan semasa. Walaupun jelas larangan dalam agama untuk meminta-minta tetapi tetap ramai orang melayu ( Islam, ramai juga dari Pas) yang begitu bising jika mereka tidak dapat bantuan dari kerajaan. Oleh kerana olahan yang baik maka Pas kini boleh dikatakan saingan hebat bagi Umno dan dalam beberapa pilihanraya keika ini jelas Pas melebihi Umno dari segi sokongannya.

Namun semua ini boleh diatasi jika Umno dapat berkembang dengan lebih pantas dari parti-parti saingan mereka. Sistem hiraki cawangan, bahagian yang selama ini kurang diberi perhatian oleh peringkat tertinggi perlu diolah semula dan tidak lagi mengharapkan semua pemimpin Umno jadi ahli perniagan ( Umno Parti Kontarktor???) untuk menampung perbelanjaan parti. Perlu ada meaknisma yang baik untuk mengatasi masalah besar ini ( rungutan ahli diperingkat cawangan-bahagian) supaya program parti dapat berjalan dengan baik. Dengan tersusunnya kewangan dan bajet ini akan memudahkan umno menjemput dan membuka pintunya kepada semua golongan sepeti warga pendidik, profesional, orang kampung, pekerja swasta masuk dan lan-lain untuk bersama berbincang dan melaksanakan program untuk memastikan kesinambungan kemenangan Parti UMNO ...Untuk Agama..Bangsa...Tanahair.

1 ulasan:

  1. min, kan umno tak masuk pilihanraya, yang masuk ialah BN. dimanik urai BN lawan PAS....

    BalasPadam