Jumaat, 30 Oktober 2009

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

'Lebih kuah daripada sudu'


APA yang ingin saya luahkan ialah rasa tidak puas hati terhadap golongan penjawat awam dan juga CUEPACS. Pada pengamatan saya, mereka ini semua sudah lebih kuah daripada sudu!

Sepatutnya mereka harus sedar dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana kerajaan masih prihatin terhadap tuntutan mereka, dengan memberikan RM500 kepada hampir semua lapisan perkhidmatan awam walaupun negara dalam peringkat pemulihan ekonomi.

Kepada kumpulan-kumpulan yang pandai meminta-minta ini, haruslah sedar sebagai penjawat awam, kerajaan sudah sekian lama memberikan pelbagai insentif untuk kesenangan mereka. Janganlah kerana Bajet 2010 kerajaan tidak memberikan bonus, mereka tetap tegas hendak meminta lagi. Pernahkah mereka berfikir sejenak, sudah berapa banyak kerajaan habiskan untuk kemudahan mereka? Tidak perlulah saya senaraikan di sini kerana terlalu banyak faedah jika bekerja dengan kerajaan.

Pernahkah CUEPACS terfikir pemberian bonus itu datangnya daripada wang rakyat juga, daripada pembayar cukai? Di mana hasil kutipan kebanyakannya datang dari sektor swasta? Mengapa pula hendak dimanja-manjakan sangat penjawat awam?

Pernah terfikir, kami yang bekerja sendiri atau di sektor swasta tidak pernah merasakan bonus tetapi kami tidak berani untuk merungut sampai ke dada akhbar?

Isu kualiti kerja ialah satu lagi, sudahlah boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja rungutan tentang etika dan kualiti kerja penjawat awam yang kurang memuaskan dan lambat.

Sampai bila harus jadi begini? Kerja tidak seberapa tetapi hendak dimakan hidangan sebesar gajah di meja.

Renung-renungkanlah teguran saya ini.


LEPAS GERAM

Kuala Lumpur

3 ulasan:

  1. MARI KITA RENUNG SEJENAK BERSAMA SAMA...... Berapakah paras kemiskinan yang kerajaan (BN)gariskan ? Berapakah paras kemiskinan bandar? Kemudian berapakah gaji kakitangan kerajaan?? Adakah diatas paras kemiskinan atau dibawah paras kemiskinan??? MAKA tercapaikah DEB atau seumpamanya untuk menghapuskan kemiskinan??? AKHIRNYA SIAPAKAH YANG MENCIPYA KEMISKINAN????

    BalasPadam
  2. SEDARA SALAHUDDIN AWANG PEKAN4 November 2009 pada 7:04 PG

    EH EH KAN RAKYAT DIDAHULUKAN ?? SDR AMIN BERDIRI DIPIHAK MANA?? MENGAPA TAK BERJUANG UNTUK RAKYAT ??? BERUBAHLAH KITA SERMUA ORANG KAMPONG , UMNO MENANG PILIHANRAYA DIKAMPONG.

    BalasPadam
  3. yeesss. Umno menang pilihanraya dikampong kampong. YYeessss!! umno kalah diW.P. Yesss!! Umno janji pembangunan. YYeess!!! Bandar tempat umno kalah itu jua yang dibangunkan !!

    BalasPadam