Jumaat, 30 Oktober 2009

Satu Sekolah Untuk Semua

Alhamdulillah...ketika ini ahli politik sudah mula berani menyuarakan pendapat tentang perlunya satu sistem persekolahan supaya misi perpaduan nasional dapat direalisasikan pada masa akan datang. Hubungan yang akrab sejak dari kecil akan membantu kanak-kanak untuk memahami sahabat mereka yang berlainan bangsa dengan lebih dekat lagi. Ini akan mendekatkan hubungan mereka dan memebentuk persefahaman yang kuat antara sesama mereka.

Dengan adanya satu sistem persekolahan maka tidak ada lagi jurang perbezaan antara ilmu yang dipelajari disekolah. Satu sistem pendidikan yang merangkumi kesemuanya akan menjadikan pelajar-pelajar di Malaysia unik dengan disebabkan percampuran tiga sistem pembelajaran yang ada sekarang. Namun perlu diingat dan dipastikan sebagai negara yang berteraskan kemelayuan dan bertunjangkan Islam maka sistem yang digubal mestilah memastikan pembentukan akar dan teras ini akan meresap keseluruh jiwa pelajar-pelajar. Ini akan membantu membentuk masyarakat yang harmoni dan saling memahami antara satu sama lain. Dalam masa yang sama kelebihan berbahasa akan melahirkan pelajar yang berjiwa bebas dan berkeyakinan tinggi kerana dapat menguasai lebih dari satu bahasa dan memudahkan urusan dalam berdepan dengan masyarakat antarabangsa. Rakyat dalam negara juga tidak akan berasa curiga dengan mana-mana kaum yang menggunakan bahasa yang berbeza kerana masing-masing memahami apa yang diutarakan.

Kos pendidikan juga akan dapat disatukan dan diurus tadbir dengan lebih kemas dan tersusun. Pengurusan yang baik akan memastikan semua kelangkapan dan kemudahan yang diperlukan dapat di sediakan oleh pihak kerajaan. Ini akan menjimatkan kos dan seterusnya dapat digunakan untuk menambahbaik kawasan persekitaran dan juga peralatan alat bantuan mengajar yang akhirnya akan memberi manfaat kepada pelajar itu sendiri.

Sudah terang lagi bersuluh dan tidak perlu ragukan lagi bahawa antara cara terbaik untuk menyemai semangat perpaduan sebenar adalah melalui hanya satu sistem persekolahan sahaja. Ianya akan memberi banyak manfaat dan akan memepercepatkan proses integrasi nasional dikalangan rakayat berbilang kaum diMalaysia.

1 ulasan:

  1. ye le UMNO dah beruboh satu malaysia satu sistim sekoloh. nakkan umno berubah sampei SN A. SAMAD SAID mandi air asid FRU . KESIAN KAT SI JANGGUT PUTIH TU....

    BalasPadam