Khamis, 3 Disember 2009

Jangan Pandang Sebelah Mata

Temerloh Sebagai Ibu Negeri....itu yang dicanangkan oleh Ketua pemuda Pas Pusat Sdr Hasan Tantawi jika Pas memerintah negeri Pahang selepas PRU 13. Nampaknya seperti juga negeri lain yang telah jatuh ketangan pembangkang Pas diPahang juga amat teliti dalam mencanangkan propagandanya untuk merayu rakyat negeri Pahang supaya menukar kerajaan Umno / BN negeri Pahang. Ada beberapa perkara yang disebutkan oleh beliau tetapi tulisan ini hanya akan menyentuh perkara ini sahaja.

Sebetulnya sememangnya telah lama rakyat dinegeri Pahang suatu ketika dulu dicanangkan dengan perkara ini oleh kerajaan Negeri dibawah pimpinan Umno tetapi masih belum menjadi kenyataan. Syaratnya untuk memastikan Temerloh menjadi Ibu negeri ialah Kuantan mestilah diterima dan dinaik taraf sebagai bandaraya terlebih dahulu. Selepas itu barulah perpindahan ibu negeri dijalankan dan beralih ke Temerloh. namun setelah beberapa ketika ( melebih 10 tahun ) nampaknya pertumbahan di Bandar Kuantan sendiri nampaknya agak terbantut dan lebih-lebih lagi dibandar-bandar lain termasuk Temerloh sendiri.

Bukan tidak ada pergerakan pembangunan tetapi terlalu perlahan. Kawasan Industri seperti Gebeng juga tidak bergerak maju berbanding ketika mula-mula dibuka dan kawasan industri gambang pula ditutup selepas beberapa ketika beroperasi. Beberapa pusat pengajian tinggi yang dicanangkan akan dibina di Pahang juga tidak nampak kejayaannya apabila UIAM dibina di Gombak Selangor, Universiti Pertahanan di tempat lain dan ketika ini universiti felda juga tidak mungkin sampai ke Pahang.

Yang agak dibanggakan ketika ini hanyalah Lebuhraya Kuantan Kuala Lumpur yang nampaknya memberi sedikit impak kepada pembangunan ekonomi negeri tetapi ianya akan disambung terus ke Kuala Terengganu dan tidak mustahil sekiranya Pahang hanya menjadi tempat persinggahan melepaskan penat perjalanan seketika sebelum menuju kedestinasinya di negeri lain. Satu program dan insentif yang menarik perlu disegerakan oleh Kerajaan negeri kerana ianya akan membuka peluang pelaburan kepada pihak swasta untuk melabur dinegeri Pahang. Malangnya ketika ini ramai pelabur yang mengadu begitu susah untuk melabur dinegeri Pahang kerana proses kelulusan projek dan tanah mengambil masa bertahun-tahun. Kertas projek sangkut di agensi negeri seperti UPEN dan PTG sering menjadi bualan para pelabur yang merungut tentang birokrasi yang mereka hadapi. Perkara sebegini jika tidak diatasi segera akan menyebabkan Pahang ketinggalan jauh dalam pembangunan negerinya.

Ada juga yang berpendapat bahawa ketidaklancaran pembangunan dinegeri Pahang ini ada kaitan dengan penutupan tiga agensi besar kerajaan pada tahun 90an. AIDP, DARA dan LKWJ ditutup kononnya tempah DEB telah berakhir dan kerajaan negeri akan dibayar sejumlah peruntukan tahunan dari pihak kerajaan pusat sebagai balasan penutupan agensi tersebut. Malangnya diberitakan bahawa tidak ada sebayaran pembayaran khusus dibuat sejak dari penutupan tersebut hingga lah ke hari ini. Namun yang agak pelik ialah cuma negeri Pahang sahaja yang bersetuju dengan penutupan agensi pembangunan ini sedangkan negeri lain kekal dengan agensi pembangunan ini seperti KADA, MADA, KESEDAR dan lain-lain. Jika dahulu agensi ini giat membangunkan kawasan mereka tetapi apabila tiada maka kerajaan negeri gagal menguruskan kawasan tersebut dengan baik kerana kekurangan dana untuk tujuan tersebut.

Berbalik kepadaTemerloh maka sudah sepatutnya bagi saya ianya dijadikan ibu negeri kepada negeri Pahang ini kerana beberapa faktor terutamanya kerana struktur geografinya ditengah-tengah Pahang akan menjadikan mudah kepada rakyat seluruh negeri untuk berurusan di Ibu Negeri. Temeroh juga masih lagi mempunyai kawasan pembangunan yang luas dan ianya boleh hingga bercatum dengan bandar mentakab yang berdekatan. Penduduk di Temerloh juga semakin meningkat dengan pembukaan beberapa kilang baru dikawasan Industri mentakab.

Oleh yang demikian cadangan untuk menjadikan Temerloh sebagai Ibu Negeri mestilah diusahakan kerana dua kebaikan diperolehi dengan Kuantan sebagai bandaraya dan Temerloh sebagai ibu negeri akan memberi peluang Temerloh dan kawasan sekitarnya dibangunkan bersama. Walaupun cadangan Sdr Hasan Tantawi ini dianggap sebagai gimik politik pihak Pas dan Umno boleh mendabik dada bahawa cadangan itu bermula dengan kerajaan umno tetapi Kerajaan negeri tidak boleh memandang rendah perkara ini. Sikap ego dan tidak mahu mendengar akan menyebabkan tsunami di negeri lain akan berjangkit dinegeri Pahang dan kita tidak mahu selepas Pulau Pinang , Pahang akan menjadi negeri kedua kekalahan Presiden UMNO di negerinya sendiri....

6 ulasan:

  1. TAHNIAH SDR.AMINCHENOR

    BARU KELUAR SIKIT SUARA PEMUDA
    BERSUARALAH LAGI
    ADA BUNYI POLITIKNYA
    ANDA BOLEH !!!

    BERSUNGGUH LAGI...
    SIKIT SANGAT TU...

    BalasPadam
  2. Perkara Penutupan Agensi Kerajaan Adalah Agenda Tersembunyi Keroni keroni sesama sendiri juga yang berlindong disebalik tabir PENSWASTAAN. Sedangkan Undang undang tubuh agensi tersebut dengan jelas menyebut"ditubuhkan selama lamanya".Dalam ucapan Tun Razak kepada penduduk Bukit Ibam sekitar tahun 1970'an menyebut ditubuhkan selama lamanya selagi ada bualan dan bintang, Ladang dibuka dan Syarikat ditubuhkan sehingga penduduk akhiryan memiliki rumah dan saham saham syarikat besar.Kawasan Pembalakan yang besar dibahagi kepada 50 blok dimana satu kawasan setahun dan 50 tahun melengkapkan satu pusingan pembalakan, kayu yang kecil dibuat mancis.

    Atas nama penswastaan maka ditutup agensi tadi dan dilelong sesama sendiri dengan harga yang sehabis murah umpama jong pecah yu kenyang , kemudian diracik racik - dijual runcit dengan harga yang sehabis mahal.

    Tetapi tidak juga wujud Melayu terkaya DiMalaysia dengan Penswastaan tersebut bahkan kemudiannya "tergadai seluruh harta benda" dan beransur ansur pula "terlepas ketangan yang lain"

    Apo Nak DiKato ???

    BalasPadam
  3. HARAP JANGAN LUPA
    GOLONGAN POLITIK KIRI
    IBHY, PAK SAKO
    KAMARUZZAMAN TEH
    (TAHANAN ISA PALPNG LAMA)
    ADALAH DARI TEMERLOH

    DAN ...
    REGMEN KE10 PKM
    DITUBUHKAN DIKERDAU,
    TEMERLOH....

    SETAKAT BANDAR IKAN PATIN ???

    BalasPadam
  4. Rakyat dah nampak Pengundi dah boleh fikir sendiri engkau orang umno main kelat
    macam pemain bola yang boleh alih alih tiang goldan tukar undang undang semasa main . Begitulah rakyat nampak...

    BalasPadam
  5. jangan pandang sebeloh mata terrutamanya kepada laman sendiri
    dah tinggal
    lama
    dah semok
    "NGAPE BIO SEMOK"

    BalasPadam