LEMBAB....itulah yang boleh dikatakan mengenai beberapa projek perumahan kos rendah yang sedang dalam pembinaan diseluruh negeri Pahang ketika ini. namun saya hanya mengambil skop di daerah Maran sahaja dan biarlah rakan-rakan lain menyentuh isu ini dikawasan mereka sendiri. Di daerah Maran ketika ini dua tempat utama yang dibina perumahan awam kos rendah ialah di Chenor dan di Luit.
Mengambil hanya satu senario di Chenor yang Projek perumahan awam kos rendah di Taman Jaya Diri Chenor peringkat kedua yang ketika ini sudah melebihi 8 tahun masih bbelum menampakkan tanda ianya akan siap sepenuhnya. Kesungguhan pemaju untuk membinanya juga tidak nampak kesungguhannya kerana projek ini dikatakan tidak mendatangkan hasil kepaada pemaju kerana ianya adalah sebagai bayaran kepada kerajaan negeri atas kelulusan tanah ditempat lain. Sebagai gantinya pemaju mestilah membina prumahan kos rendah untuk kerajaan ( projek silang , katanya sudah tiada lagi kelulusan untuk projek silang ini ) yang mana akan digunakan oleh kerajaan untuk diisi oleh pemohon yang berkelayakan dan tidak berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri.
Tidak tahu dimana silapnya projek ini seolah-oleh dipandang ringan oleh pihak pemaju dan juga pihak berkuasa yang sepatutnya memantau perjalan projek ini. Sikap pemaju yang melengah-lengahkan projek ini hanya memberi imej yang tidak baik kepada kerajaan yang ada sekarang dan secara langsung UMNO akan dipersalahkan. Terdapat juga laporan dan desakan yang dibuat oleh pemimpin masyarakat tempatan yang memohon supaya projek ini diberikan perhatian supaya dapat disiapkan untuk diisi dengan peserta yang berkelayakan. Sekiranya bertangguh maka senarai pemohon akan bertambah dan ianya kan merumitkan proses pemilihan peserta yang sudah semestinya melebihi dari jumlah rumah yang ditawarkan oleh projek tersebut.
Kegagalan memandu projek tersebut disiapkan mengikut jadual hanya mengundang konotasi negatif kepada pihak berkuasa kerana ianya akan ditafsirkan dengan pelbagai persepsi. Adalah lebih baik kiranya satu perbincangan khusus dapat dilaksanakan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua. Segala kekangan yang ada seperti modal dan pekerja hendaklah dibincangkan dengan sebaik mungkin supaya slogan " RAKYAT DIDAHULUKAN" benar-benar mencapai maksudnya.
Salam bro.. di Jerantut PAKR bandar baru juga ada yang tergendala. tak siap2. Entah di mana silapnya.
BalasPadamprojek begini elok dikendalikan oleh agensi wilayah seperti DARA / LKWj
BalasPadam