Penjelasan mengapa Kelantan tiada hak royalti minyak
PAS tidak seharusnya menuntut royali minyak daripada kerajaan persekutuan. Perjanjian yang telah dibuat oleh Kelantan dan Petronas pada tahun 1975 telah meliputi kawasan tuntutan dibawah bidang kuasa Joint Development Area (JDA) dibawah pengendalian kerajaan Malaysia dan Thailand. Kerana itu ia dipanggil sebagai wang ihsan. Wang ihsan bermaksud kerajaan persekutan mempertimbangkan posisi kelantan sebagai negeri yang mengeluarkan minyak, namun apabila kita bercakap soal undang-undang maritim, kerajaan Kelantan hanya mampu melihat sahaja.
Sebagai contoh, apabila seseorang menjumpai emas di kawasan rumahnya, emas tersebut bukan menjadi milik saudara tersebut kerana mengikut undang-undang tanah (National Land Code) emas dan lain-lain hasil mineral yang dijumpai dalam negara merupakan milik negeri tersebut (state). Mineral dimaksudkan di sini merupakan mineral yang dijumpai dibawah tanah, namun apabila kita bercakap soal maritim / sempadan laut yang beratus-ratus batu nautica jauhnya, ia jatuh di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.
Telaga ini baru diterokai sejak 2004. Dan telaga minyak ini terletak lebih 3 nautika dr pesisir kelantan bersempadan dengan kawasan laut Thailand. Oleh itu hasil ini tidak berhak sama sekali diberi kerajaan kelantan kerana syarat royalti minyak adalah di dalam kurang dr 3 nautika dari pesisir pantai negeri seperti hasil minyak di Sarawak. Disebabkan itulah Sarawak layak menerima royalti minyak.
The 1909 Anglo-Siamese Treaty menyatakan;
“All islands adjacent to the eastern States of Kelantan and Tringganu, south of the parallel of latitude drawn from the point where the Sungei Golok reaches the coast at a place called Kuala Tabar, shall be transferred to Great Britain, and all islands to the north of that parallel shall remain to Siam.”
- Subsequently, the two governments signed several agreements over their common maritime boundary in the Gulf of Thailand and South China Sea. The 1973 continental shelf boundary agreement between the two governments only covered the Straits of Malacca segment and did not cover the border in the Gulf of Thailand but on 24 October 1979, an agreement and a memorandum of understanding were signed to determine the common maritime boundary of the two countries in the Gulf of Thailand. The first agreement established the territorial sea boundary from the mouth of the Golok River at 6°14′30″N 102°5′36″E / to 6°27′30″N 102°10′0″E / . The MOU established the continental shelf boundary from the northern end-point to 6°50′0″N 102°21′12″E / with one turning point in between.
The boundary beyond the northern end-point is subject to dispute. However, both countries have come to an agreement to put aside the border dispute and allow for the joint exploitation of natural resources of the disputed area. The two countries signed a Memorandum of Understanding for the Establishment of a Joint Authority for the Exploitation of the Resources of the Sea-Bed in a Defined Area of the Continental Shelf of the Two Countries in the Gulf of Thailand on 21 February 1979, followed by an Agreement on the Constitution and Other Matters Relating to the Establishment of the Malaysia-Thailand Joint Authority on 30 May 1990 establishing a joint development area (JDA).
Ini bermakna jika Kelantan mahu menuntut royalti minyak dari Kerajaan Malaysia, Kelantan juga harus menulis surat kepada Kerajaan Thailand untuk perkara yang sama oleh kerana kawasan tersebut telah menjadi milik bersama Malaysia-Thailand. Tambahan pula kedua-dua negara masih dalam proses tuntutan terbaru kerana tidak berpuas hati dengan JDA yang telah ditandatangani, hal ini masih lagi dalam proses perundangan. Oleh kerana itu siapalah Kelantan mahu menuntut hak royalti di sini? Kalau dapat wang ehsan pun dah bersyukurlah kerana Malaysia sedang menuntut haknya demi Kelantan menentang Thailand.
Menurut kata Dr.Lo’Lo Ghazali dan Husam Musa, Akta Kemajuan Petroleum tidak menyebut pemberian hak royalti ditentukan oleh 3 batu nautika. Benar tidak ada menyebut tentang perkara itu. Tapi apakah Dr.Lo’Lo pasti tiada kes (judicial precedent) yang telah dibuat mengenai perkara 3 batu ini? Sudah Dr.Lo’Lo atau Husam periksa betul-betul?
Kerajaan Kelantan bergantung kepada perjanjian yang dibuat oleh Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dengan Allahyarham Dato’ Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan dari Barisan Nasional. Dalam perjanjian tersebut telah dipersetujui bahawa Kerajaan Kelantan layak mendapat royalti sebanyak 5% setiap 6 bulan daripada hasil penjualan minyak Petronas.
Walaubagaimanapun atas sebab bahawa kawasan telaga minyak yang dituntut ini berada dalam Joint Develoment Area (JDA) di antara Malaysia – Thailand dan Malaysia – Vietnam, ini tiada kena-mengena dengan Kelantan melainkan Kelantan turut menyertai JDA tersebut. Malang buat Kelantan kerana kawasan dituntut diliputi oleh JDA ini. Walaupun Tuan Guru Nik Aziz menegaskan bahawa Kelantan hanya menuntut haknya daripada Kerajaan Malaysia, kehadiran JDA ini tadi seharusnya membuka bidang kuasa baru kepada Malaysia samada mahu memberi royalti kepada Kelantan atau tidak kerana JDA ini terletak dibawah bidang kuasa sepenuhnya oleh Thailand dan Malaysia.
Kawasan perairan Kelantan yang kecil dan pendek ini kemudian telah diambil alih oleh JDA yang terletak dibawah bidang kuasa Malaysia – Thailand.
Dalam erti kata lain, perjanjian antara kerajaan negeri Kelantan dengan Tengku Razaleigh itu telah berlalu (lapsed) dengan kehadiran JDA ini. Perjanjian tersebut tidak lagi terpakai (applicable) kepada JDA yang termaktub dibawah Malaysia – Thailand Joint Authority Bill 1990.
Seksyen 7 Malaysia – Thailand Joint Authority Bill 1990 menyatakan – The Joint Authority shall pay to each of the Governments royalty in the amount of five per centum of gross production of petroleum, in the manner and at such times as may be prescribed by regulations.
Perkataan ‘Governments‘ dalam perkara tersebut merujuk kepada tafsiran Akta tersebut membawa maksud Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Tiada pula saya lihat ‘government of Kelantan’?
Identiti Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat seperti termaktub dibawah perlembagaan persekutuan membawa maksud dua identiti berbeza. Oleh itu Kerajaan Negeri tidak mewakili Kerajaan Persekutuan dan juga sebaliknya. Mungkin sebelum JDA termaktub, Kerajaan Kelantan boleh bergantung kepada perjanjian antara Petronas dan Kelantan. Namun selepas kehadiran JDA, posisi Kelantan harus dikaji semula.
Adalah tidak adil jika kita kembali menyorot perjanjian asal tersebut kerana selepas perlaksanaan JDA 1990, hasil petroleum telah dibahagi samarata 50-50 antara Malaysia dan Thailand.
Kerana itulah ia dinamakan wang ehsan. Ehsan bermaksud kerajaan persekutuan memberikan wang tersebut atas budi bicara dan bukan kerana hak negeri Kelantan.
DR SIDDIQ AZANI UIAM
Penghuni Gua : Ini penjelasan dan fakta yang dikemukan oleh mereka yang mahir dalam perundangan iaitu seorang pensyarah undang-undang dari UIAM. Ini lowyer betul. Bukan lawyer burok diluar sana yang lebi sudu dari kuah.
2. Kepada TGNA : Cukup le melaknat orang islam. Lihat faktanya dahulu. Jangan dengar loyar burok. Memalukan saja.
DIPETIK DARI BLOG PENGHUNI GUA
Salam bro, wang royalty balak dah habis deme kebas, apa lagi deme nak royalty minyak pulak..... kalau wang ehsan, semuanya turun kepada rakyat Kelantan....... apa yang deme nak penuhkan poket deme.....
BalasPadam1) LIHAT PERLEMBAGAAN MALAYSIA BAHAWA
BalasPadamMALAYSIA TERDIRI DARIPADA NEGERI NEGERI (Kelantan, Terengganu, Pahang......)
DAN TIADA DIDALAM PERLEMBAGAAN BAHAWA
MALAYSIA TERDIRI DARIPADA MANA MANA KAWASAN YANG TERKELUAR DARIPADA NEGERI NEGERI!!!
2) MERUJUK KEPADA CONTOH EMAS (bijih) DIJUMPAI DIKAWASAN PERUMAHAN MEMANG MENJADI HAK STATE (kelantan). PAMPASAN SECUKUPNYA HENDAKLAH DIBAYAR KEPADA TUAN TANAH.
3) "LAWYER MAHIR UNDANG UNDANG" LAH YANG TERGADAINYA BATU PUTIH YANG HANYA SEJENGKAL DARI PANTAI JOHOR,( 3 Batu Nautika dari Johor Lebih 12 batu nautika dari Singapura) DAN AKAN TERGADAI LAGI KAWASAN BERKAITAN AIR SINGAPURA DI JOHOR DAN JUGA PULAU PISANG !!!
4) TGNA TIDAK SESEKALI MENDOAKAN LAKNAT ORANG ISLAM.YANG DIDOAKAN MENERIMA LAKNAT IALAH KEPADA ORANG YANG ZALIM DAN ORANG MUNAFIK !!!.
5) KERAJAAN MELIPUTI TIGA KOMPONEN IAITU PUSAT, NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN, TIDAK TERPISAH SATU SAMA LAIN BERHUBUNG SECARA HARMONI.
6) PEMBERIAN WANG EHSAN TIDAK MEMBATALKAN WANG ROYALTI 5%!!!
yb HjAlwi dan Hanapi mamat tu tak kan tak faham sempadan negeri kelantan.dia orang pas GEOMATIC UTM dan orang Jabatang ukur Malaysia
BalasPadam