Tidak perlu ada mekanisme baru dalam pemberian subsidi minyak oleh kerajaan. Jika niat pengubahsuaian subsidi minyak untuk membezakan antara warganegara dan bukan warganegara maka mungkin perlu satu bentuk mekanisme untuk mengatasi masalah tersebut. namun untuk kerajaan membezakan antara rakyat berpendapatan rendah dan tinggi dari segi subsidi minyak rasanya tidak lah begitu adil kepada rakyat.
Sebagaimana yang kita tahu bahawa rakyat berpendapatan tinggi terpaksa membayar cukai pendapatan yang tinggi dan kebanyakan juga menggunakan minyak petrol pad akaar yang banyak ddan ini akanmenyumbang balik kepada industri minyak negara. Tidak timbul soal subsidi yang banyak kerana ianya telah diatasi oleh harga minyak yang tinggi jika penggunaannya tinggi. Sebaliknya Rakyat berpendapatan rendah pula terutama penduduk kampung dan desa yang kurang penggunaan minyaknya ( bukan semua orang kampung susah ) juga tidak akan begitu merasa dengan subsidi minyak yang diperolehi kerana penggunaan yang sedikit sahaja.
Perbezaan harga ini akan memberi kesan kepada industri jika harga minyaknya lebih tinggi dan ini akan memberikan kesan kepada harga barangan. Seterusnya kenaikan harga barangan ini akan memberikan kesan kepada pengeluaran dan juga barangan akhir pengguna akan naik. Akhirnya pengguna tak mengira berpendapatan tinggi atau rendah akan menerima kesan kenaikan harga barang dan kesan subsidi untuk mengurangkan beban rakyat tidak akan memberi kesan kepda rakyat.
Sesuatu perkara atau dasar yang hendak dilaksanakan mestilah dikaji dengan baik dan sempurna terutamanya kesan yang akan ditanggung oleh penguna iaitu rakyat sendiri. Jangan hanya kerana mengejar NKRA dan KPI maka slogan Rakyat Didahulukan hanyalah retorik semata-semata sahaja. Ingatlah rakyat sentiasa menilai dan zama untuk kerajaan melaksanakan dan rakayat mengikut sudah berakhir kerana kini rakyat juga sudah celik dan mempunyai maklumat yang banyak. Jangan hanya kerana setengah pegawai kerajaan yang ingin mendapat kenaikan pangkat yang cepat dengan mencadangkan kepada kerajaan supaya dikurangkan perbelanjaan kerajaan. Maka akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata dan yang lebih malang lagi apabila pegawai tersebut nanti yang lebih-lebihnya menentang polisi kerajaan walhal beliau sendiri terlibat tetapi memekakkan telinga dan memejamkan mata hanya kerana kepentingan peribadi semata.
Saya setuju.
BalasPadamSetuju..lagi pun bagaimana dengan perlaksanaannya nanti..apa yang pasti lebih banyak penyelewengan akan berlaku..para pegawai kerajaan sepatutnya menilai secara mendalam sebelum mencadangkan sesuatu, bukan ikut sedap mulut.
BalasPadamIsu subsidi minyak tidak akan selesai malah menimbulkan lebih banyak masalah.
kes penipuan pembelian minyak akan lebih meningkat, masalah yang sedia ada tidak akan selesai.