Isnin, 20 April 2009

Patah sayap bertongkatkan paruh

Saya tidak nampak rasionalnya apabila BN bercadang untuk tidak meletakkan calon dikawasan DUN Penanti pada PRK akan datang. Telah menjadi tanggungjawab kepada BN sebagai parti pemerintah untuk melatak calon dan bertanding disemua kawasan pilihanraya sebagai tradisi membela rakyat yang menunjukkan betapa kesungguhan BN sebagai parti pemerintah. Walaupun kemenangan dikawasan tersebut tidak akan mengubah apa-apa keadan di Pulau Pinang tetapi ianya menunjukkan isyarat bahawa BN tidak pernah berputus asa dan sentiasa ikhlas dalam membantu rakyat jelata dan komited dengan amanah yang diberikan.

Namun begitu jelas bahawa cara kempen yang lama tidak lagi boleh digunakan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. Jelas bahawa sebarang peruntukan dari kerajaan pusat tidak perlu diluluskan untuk memancing undi. Cukup sekadar janji untuk melakukan apa yang termampu untuk kepentingan rakyat di DUN Penanti. Ini akan membuatkan rakyat memikirkan semasak-masaknya parti mana yang akan diundi kerana ianya akan menentukan nasib mereka dan kawasan mereka sehingga ke waktu pilihanraya yang akan datang.

Jentara kempen cukup sekadar menggunakan sepenuhnya jentera di peringkat bahagian dengan dikawal selia dan dibantu oleh Badan Perhubungan BN negeri Pulau Pinang sahaja. Jika masalah kewangan ataupun bahan kempen tidak mencukupi maka bantuan dari ibu pejabat bolehlah dimohon tetapi tidak perlu jentera diperingkat ibu pejabat untuk turun membantu di kawasan. Ini akan membolehkan jenterakan jentera BN diperingkat bahagian untuk mengenalpasti program ataupun strategi kempen yang paling sesuai untuk calon yang bertanding. Calon juga akan mempunyai ruang yang luas untuk berkempen kerana beliau tidak diganggu oleh penyusunan program dari tempat lain tetapi hanya dari jentera diperingkat bahagian sahaja. Urusan perbincangan juga akan lebih baik kerana tidak perlu protokol berbanding jika pemimpin lain seperti menteri, timbalan menteri, menteri besar dan sebagainya yang perlu kepada protokol tertentu.

Sebenarnya kempen yang agresif tidak perlu tetapi yang penting ialah penyampaian maklumat kepada pengundi dengan cara yang paling berkesan supaya pengundi dapat menyerap dan seterusnya memahami maklumat tersebut. Sebarang tohmahan dan ucapan kempen yang berbentuk fitnah dari pihak pembangkang hendaklah segera dijelaskan. Jentera diperingkat penerangan perlu memastikan ceramah, hebahan, poster, flyer dan sebagainya akan sampai tepat ke pengundi supaya semuanya dapat dijelaskan.
Pengundi luar tidak perlu lagi diberi keutamaan kerana mereka tidak memahami masalah dalaman kerana telah lama meninggalkan kawasan dan jarang berada disitu. Berkemungkinan mereka ini akan menyebabkan undi PR meningkat kerana kebanyakan mereka ini tidak akan merasa susah senang dikawasan tersebut kerana tidak lagi menetap dikawasan tersebut. Adalah lebih baik sekiranya konsentrasi diberi kepada pengundi didalam kawasan kerana mereka ini akan menerima akibatnya diatas pilihan mereka itu nanti. Hubungan yang baik antara jentera parti diperingkat bahagian akan memudahkan usaha mengenalpasti undi yang sepatutnya diperolehi oleh parti undi menang.

Jangan ada sebarang perasan hasad dengki daripada orang yang tidak terpilih sebagai calon sebaliknya menumpukan sepenuh tenaga untuk memenangkan parti kerana itu adalah yang paling penting. Sebarang usaha sabotaj akan mengurangkan peluang untuk kemenangan parti.

Insyaallah sekiranya peringkat bahagian samada UMNO ataupun parti komponen sentiasa menjalankan tanggungjawab dan menjaga peringkat akar umbi pada setiap masa, maka peluang untuk menang akan menjadi lebih tinggi lagi.

Resolusi 6 / 2009 : Video Palsu Cemarkan Imej PM Oleh PR

1. BPN merasa sangat kecewa, sedih dan marah dengan tindakan seorang bergelar Malaysianews yang telah membuat video klip menghina Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak.

2. Ini kerana jelas ucapan yang diubah dan dicantum menzahirkan satu gambaran palsu yang berbeza sama sekali dengan ucapan sebenar YAB PM dan boleh menimbulkan keresahan berpanjangan rakyat yang pasti akan marah dengan tindakan tersebut.

2. BPN merasakan perbuatan ini sangat kotor, jijik dan tidak berbudi pekerti yang mulia kerana ia melibatkan maruah seorang Ketua Kerajaan bagi negara Malaysia.

3. Perbuatan sebegini perlu dihentikan dengan segera sebelum ia merebak atau menjadi perbalahan antara ahli parti politik pro atau anti kerajaan demi memastikan keamanan dan ketenangan rakyat Malaysia berkekalan sampai bila bila.

4. BPN mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan keras terhadap individu yang terlibat mencipta atau menyebarkannya, untuk menjadi pengajaran dan iktibar agar tidak lagi berulang pada masa masa akan datang.

SATU SUARA SATU ARAH SATU AKIDAH...

Disediakan :

Panglima Perang Cyber
Yang Dipertua Blogger Pembela Negara

Khamis, 16 April 2009

MAJLIS SAMBUTAN KEPULANGAN YAB PM

PADA HARI SABTU INI IAITU PADA 18HB APRIL 2009 BERTEMPAT DI PADANG MPK 1 , KUANTAN AKAN DIADAKAN MAJLIS SAMBUTAN KEPULANGAN YAB DATO' SERI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK (PERDANA MENTERI MALAYSIA KE -6) .

OLEH YANG DEMIKIAN SAYA MENGHARAPKAN AGAR SEMUA AHLI PEMUDA UMNO MARAN AGAR DAPAT BERSAMA-SAMA DIMAJLIS TERSEBUT NANTI. MARILAH KITA BERSAMA MERAIKAN KEPULANGAN PEMIMPIN KITA YANG INSYAALLAH AKAN MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA..

Rabu, 15 April 2009

Tarikh Persidangan Cawangan & Bahagian

KUALA LUMPUR, 15 April – Ibu Pejabat UMNO mengeluarkan pekeliling memaklumkan bahawa tarikh-tarikh Persidangan Tahunan Cawangan dan Perwakilan Bahagian termasuk Pergerakan Sayap-sayap bagi tahun 2009.


Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan bagi tahun 2009 adalah seperti berikut:


1. Persidangan Tahunan Cawangan 2009


1.1. Cawangan-cawangan bolehlah mengadakan Persidangan Tahunannya bila-bila masa mulai hari Jumaat, 15 Mei 2009 sehingga hari Selasa, 30 Jun 2009.


1.2. Cawangan-cawangan yang telah berdaftar pada atau sebelum 31 Disember 2008 serta telah memperolehi Sijil Pendaftaran Cawangannya sahaja yang layak mengadakan Persidangan Tahunannya untuk tahun 2009.


1.3. Tarikh bagi semua Persidangan Tahunan Cawangan hendaklah ditentukan oleh Bahagian setelah berunding dengan Cawangan berkenaan.


1.4. Merujuk kepada Peraturan Persidangan 5.3 “Persidangan Cawangan hendaklah diadakan pada satu tempat yang berkecuali dalam Cawangan berkenaan, melainkan jika tidak ada kemudahan di situ maka Persidangan bolehlah diadakan di mana-mana tempat yang munasabah termasuk di luar Cawangan setelah berunding dengan Bahagian”.


1.5. Setiausaha Cawangan hendaklah memberitahu ahli-ahli secara bertulis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan Persidangan Tahunan Cawangan.


1.6. Sebarang permohonan untuk menunda tarikh-tarikh persidangan Tahunan Cawangan di luar daripada tempoh yang telah ditetapkan tidak akan diluluskan.


1.7. Persidangan Cawangan hendaklah terdiri daripada :-


i. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap

ii. Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan

iii. Ahli-ahli Cawangan yang telah menjelaskan yuran tahunannya sebelum atau pada 31 Disember 2008.


1.8. Sesuai dengan Fasal 17.5 Perlembagaan UMNO, di antara tugas-tugas Persidangan Cawangan ialah:-


FASAL 17.5.6

Memilih Wakil-wakil ke Perwakilan Bahagian. Wakil-wakil yang tidak dipilih di dalam Persidangan Cawangan atau sebarang pertukaran selepas itu tidak sah.


FASAL 17.5.8

Tertakluk kepada Fasal 8.4.3, mencadangkan 7 nama untuk dipilih sebagai wakil UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO.


2. Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda Dan Puteri Cawangan 2009


2.1.1. Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan bolehlah mengadakan Persidangan Tahunan masing-masing bila-bila masa mulai dari hari Jumaat, 15 Mei 2009 sehingga hari Selasa, 30 Jun 2009.


2.2.2. Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Cawangan hendaklah diadakan terlebih dahulu sebelum Persidangan Tahunan Cawangan masing-masing.


2.2.3. Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan hendaklah memberitahu ahli-ahli secara bertulis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan persidangan masing-masing.


2.2.4. Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan hendaklah terdiri daripada :-


i. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan


ii. Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan UMNO Cawangan


iii. Ahli-ahli Pergerakan UMNO Cawangan yang telah menjelaskan yuran tahunannya sebelum atau pada 31 Disember 2008.


iv. Tidak lebih dari dua orang wakil daripada Jawatankuasa UMNO Cawangan.


2.2.5. Sesuai dengan Fasal 19.4, Peraturan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, tugas-tugas Persidangan Tahunan Cawangan masing-masing adalah :-


FASAL 19.4.3

Memilih dua (2) orang wakil ke Mesyuarat Perwakilan Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Bahagian sebagaimana Fasal 14.2.4 Peraturan ini.


FASAL 19.4.5

Tertakluk kepada Fasal 9.2.4 Peraturan ini, mencadangkan dua (2) orang wakil Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Malaysia.


MESYUARAT PERWAKILAN BAHAGIAN


2.3.1. Bahagian-Bahagian bolehlah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagiannya bila-bila masa mulai hari Khamis, 16 Julai 2009 sehingga hari Ahad, 16 Ogos 2009.


2.3.2. Bahagian hendaklah menetapkan tarikh, masa dan tempat Mesyuarat Perwakilan Bahagian dalam tempoh yang dinyatakan di atas. Badan Perhubungan UMNO Negeri hendaklah menentukan Pemerhati-pemerhatinya ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian tersebut.


2.3.3. Merujuk kepada Peraturan Persidangan 5.2 “ Mesyuarat Perwakilan Bahagian hendaklah diadakan pada satu tempat dalam Bahagian yang berkenaan, tetapi jika tidak ada kemudahan di situ maka kebenaran boleh diberi oleh Majlis Tertinggi untuk mengadakan perwakilan di luar Bahagian.


2.3.4. Setiausaha Bahagian hendaklah memberitahu Cawangan secara bertulis sekurang-kurangnya empat belas (14) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan Perwakilan Bahagian.


2.3.5. Sebarang permohonan untuk menunda tarikh Mesyuarat

Perwakilan Bahagian di luar daripada tempoh yang telah ditetapkan tidak akan diluluskan.


2.3.6. Mesyuarat Perwakilan Bahagian hendaklah terdiri daripada :-


i. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap

ii. Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian

iii. Ketua Cawangan yang Cawangannya telah mengadakan Persidangan dan telah menjelaskan yuran kepada Bahagian bagi tahun 2008. Ketua Cawangan yang menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Cawangan.

iv. Wakil-wakil yang dilantik oleh Persidangan Cawangan sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap lima puluh orang ahli yang telah menjelaskan yurannya sebelum atau pada 31 Disember 2008, tetapi jumlah Ahli Perwakilan itu tidak lebih daripada lima (5) orang dari satu (1) Cawangan.

v. Tidak lebih daripada sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Wanita, sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Pemuda dan sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Puteri yang dipilih oleh Perwakilan Bahagiannya masing-masing.


2.3.7 Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian boleh dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi ataupun sesiapa saja yang difikirkan sesuai untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian masing-masing.


MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI BAHAGIAN


2.4.1. Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian bolehlah mengadakan Mesyuarat Perwakilannya pada bila-bila masa mulai dari hari Khamis, 16 Julai 2009 sehingga hari Ahad, 16 Ogos 2009. Semua Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian hendaklah diadakan sebelum Mesyuarat Perwakilan Bahagian masing-masing.


2.4.2. Tarikh Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian hendaklah ditentukan oleh Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Bahagian dengan persetujuan Bahagian masing-masing.


2.4.3. Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian hendaklah memberitahu ahli-ahli secara bertulis sekurang-kurangnya empat belas (14) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan Mesyuarat Perwakilan diadakan.


2.4.4. Sebarang permohonan untuk menunda tarikh Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian di luar daripada tempoh yang telah ditetapkan tidak akan diluluskan.


2.4.5. Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian hendaklah terdiri daripada :-


i. Pengerusi Tetap Pergerakan UMNO Bahagian dan Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan UMNO Bahagian.

ii. Jawatankuasa Pergerakan UMNO Bahagian.

iii. Ketua-ketua Pergerakan UMNO Cawangan. Sekiranya ia menjadi Ahli Jawatankuasa Pergerakan UMNO Bahagian, maka bolehlah ia melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Pergerakan Cawangan UMNO.

iv. Dua (2) orang wakil yang dipilih oleh Mesyuarat Persidangan Pergerakan UMNO Cawangan dalam Bahagian itu, mana-mana wakil yang tidak dapat hadir tidak boleh melantik gantinya.

v. Tidak lebih dari tiga (3) orang wakil daripada Jawatankuasa UMNO Bahagian.


2.4.6. Sesuai dengan Fasal 14.3, Peraturan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, tugas-tugas Mesyuarat Perwakilan masing-masing adalah:-


FASAL 14.3.3

Memilih Sepuluh (10) orang wakil Perhimpunan Agung Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Bahagian menurut Fasal 14.4.6 Perlembagaan UMNO.


FASAL 14.3.4

Memilih dua (2) orang wakil Perhimpunan Agung Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Malaysia menurut Fasal 9.2.4 Peraturan ini.


3. BORANG 9 ( AKTA PERTUBUHAN 1966 )


Semua Cawangan dan Bahagian hendaklah mengisi Borang 9 ( Akta Pertubuhan 1966 ), bersama minit Mesyuarat (Peringatan Persidangan/Perwakilan), senarai Ahli-ahli Jawatankuasa dan Penyata Kewangan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh (60) hari selepas persidangan, bagi memenuhi kehendak peruntukan di bawah Akta Pertubuhan. Tindakan ini perlu diambil bagi mengelakkan daripada berlakunya pembatalan mana-mana Bahagian atau Cawangan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.


4. KEDUDUKAN AHLI YANG MUFLIS


Sesuai dengan Fasal 9 ‘A’ (1) (d) dan 9 ‘A’ (7) (c) Akta Pertubuhan 1966, dan Fasal 6.3.4 Perlembagaan UMNO, maka seseorang muflis tidak dibenarkan bertanding atau memegang sebarang jawatan di mana-mana peringkat Persidangan Tahunan Cawangan atau mesyuarat Perwakilan Bahagian, termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri. Mereka juga dilarang untuk menjadi wakil dari Cawangan ke Bahagian atau dari Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO.


5. PENGERUSI TETAP


Semua Pengerusi Tetap yang mempengerusikan mana-mana Persidangan Tahunan Cawangan termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Pergerakan Puteri dikehendaki menandatangani Surat Akaun dan membaca surat tersebut di hadapan Perwakilan untuk mengesahkan mereka tidak muflis.


Sehubungan itu, Ibu Pejabat UMNO berharap agar semua pihak yang terbabit akan mengambil tindakan sewajarnya dan dapat mematuhi semua aturan dalam persidangan yang telah digariskan dalam parti.


Selamat Bersidang!

SUMBER : umno-online.com

Isnin, 13 April 2009

Dengarlah..

Pada hari ini hampir kesemua pemimpin UMNO bercakap soal memperkasakan UMNO dan supaya UMNO kembali dihati orang muda namun masih belum kelihatan kini tindakan-tindakan drastik pucuk pimpinan UMNO diperingkat atasan ( MKT , Pemuda, Wanita & Puteri UMNO Malaysia ) yang menampakkan bahawa perubahan itu akan berlaku. Setakat ini apa yang berlaku ialah perlantikan YAB Dato’ Seri Najib sebagai Presiden UMNO ( Juga PM ) dan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timb Presiden UMNO ( juga TPM) dan juga beberapa perubahan kepimipinan diperingkat atas kerana pemilihan yang berlaku dalam parti baru-baru ini. Yang paling hampir ketika ini ialah kita melihat perubahan kabinet baru yang dinamakan sebagai Kabinet Rakyat oleh YAB Dato’ Seri Najib kerana mahukan barisan kabinet ini benar-benar berkhidmat untuk rakyat.

Itulah juga yang diharapkan oleh ahli-ahli parti bahawa barisan kabinet baru ini akan mendengar suara rakyat ( termasuk ahli parti) supaya tidak lagi keputusan yang dibuat tidak membayangkan hasrat sebenar suara rakyat. Perkara ini pernah berlaku sebelum ini apabila kerajaan dibawah kepimpinan terdahulu pernah membuat beberapa keputusan yang tidak begitu mencerminkan keinginan rakyat seperti menaikkan harga minyak dan kadar tol dijalan raya. Ianya menimbulkan masalah kepada rakyat dan akibatnya parti dihukum dengan keputusan Pilihanraya dalam PRU 12 dan seterusnya dibeberapa kawasan PRK yang diadakan selepas PRU12.
Sebenarnya jika pucuk pimpinan meneliti dengan sebaiknya usul-usul yang dibuat di Persidangan UMNO cawangan ( termasuk persidangan pmuda , wanita dan puteri di cawangan) hampir kesemuanya menzahirkan hasrat rakyat dikawasan itu. Cuma amat malang kebiasaannya usul-usul yang dicadangkan oleh pemimpin kecil diperingkat cawangan ini amat jarang diambil endah oleh kepimpinan diperingkat atasan. Oleh sebab itu Parti gagal meraih sokongan kerana ia tidak lagi bertindak seiring dengan kehendak akar umbi. Sebaliknya pihak akar umbi dipaksa untuk bersetuju dengan kata-kata dan tindakan pemimpin dan turut diarahkan member penjelasan mengenai isu tersebut sedangkan isu tersebut tidak dipersetujui oleh peringkat akar umbi sendri seperti kenaikan harga Minyak dan harga tol. Sikap-sikap angkuh begini perlu dibuang sejauhnya kerana dalam keadaan sekarang ini bukanlah masa untuk parti bersikap sedemikian.
Saya menyelar sikap sesetengah pemimpin yang asalnya naik kerana parti dan akhirnya apabila menjawat jawatan dalam kerajan seperti Menteri, Timbalan menteri ataupun mana-mana agensi kerajaan menjadi seperti kacang lupakan kulit. Mereka tidak lagi memperdulikan masalah rakyat malahan ghairah untuk mencipta nama sehinggakan menimbulkan masalah diperingkat akar umbi. Sebagai ahli parti yang telah dilantik kedalam kerajaan sepatutnya menggunakan sepenuhnya jentera parti diperingkat cawangan dan bahagian kerana maklumat berkenaan sesuatu kawasan adalah lebih diketahui oleh jentera diperingkat bahagian dan cawangan ditempat tersebut.

Pemimpin –pemimpin UMNO yang telah diberi keistimewaan sebagai menteri dan timbalan menteri juga mestilah memberikan layanan sama rata tanpa mengira tempat dan jangan hanya mengutamakan kawasan dan negeri masing-masing sahaja. Ini akan menimbulkan kemarahan rakyat dikawasan lain yang akan menyebabkan UMNO ditolak oleh rakyat dikawasan yang tidak diberi perhatian oleh menteri tersebut.
Hubungan akrab antara pemimpin diperingkat tertinggi dengan pemimpin diperingkat akar umbi harus menjadi prasyarat utama bagi memastikan memastikan pemulihan sokongan UMNO menjadi kenyataan. Ianya harus menjadi satu amalan dalam UMNO untuk pemimpin berjumpa dengan peringkat akar umbi seperti yang diamalkan sejak dahulu supaya maklumat yang tetap akan dapat diperolehi oleh kedua belah pihak supaya tidak lagi berlaku sesuatu dasar kerajaan yang tidak disokong oleh rakyat. Adalah menjadi harapan agar kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia yang baru dipilih dapat kembali keakar umbi semula dan janganlah lagi menjadi persatuan elit yang tidak dapat didekati oleh golongan muda. Semoga hubungan mesra antara pemimpin Pemuda dan juga kerja keras disemua peringkat akan mengembalikan kembali sokongan golongan muda kepada UMNO/ Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti.
Akhirnya adalah menjadi harapan semua pendokong parti supaya parti yang mereka jaga siang dan malang tanpa merasa jemu dan sangsi supaya pengorbanan mereka ini diberi perhatian oleh pihak akar umbi. Ahli percaya kepada parti dapat menjaga mereka dengan baik dan sekiranya kepercayaan itu telah hilang maka mereka akan berpaling dari parti dan akan memilih parti lain pula. Ini adalah sesuatu yang sangat tidak diingini oleh pucuk pimpinan kerana ianya akan mengurangkan sokongan akar umbi. Ingatlah bahawa sebagai ahli parti mereka juga adalah rakyat yang perlu dijaga oleh parti.

Tahniah...

Sekalung tahniah kepada semua menteri-menteri Kabinet yang baru dilantik. Khas untuk Dato' Razali Ibrahim (Naib ketua PPU Malaysia ) yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia Dan Sukan. Semoga dengan perlantikan ini akan membantu memperkuatakan pemuda dalam perjuangan membantu golongan muda diakar umbi. terus kan perjuangan dan Insyaallah PPU Maran di peringkat akar umbi akan bersama-sama dengan Dato ' untuk memastikan golongan muda kembali ke pangkuan UMNO..Insyaallah..

Jumaat, 10 April 2009

BIODATA RASULULLAH SAW



· Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
· Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam ' ah
§ ' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW


IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ' Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ' Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya..

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas

Sumber : Internet

ASAL USUL SOLAT

Petikan dari Internet
SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua
:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
Rakaat ketiga
:-
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat
:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama
:-
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua
:-
Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga
:-
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat
:-
Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan
sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama
:-
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua
:-
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga
:-
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari
negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama
:-
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua
:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga
:-
Dukacita terhadap Firaun..
Rakaat keempat
:-
Dukacita terhadap anak Firaun

Khamis, 9 April 2009

UCAPAN RINGKAS PM SEBELUM PENGUMUMAN SENARAI KABINET RAKYAT


OLEH YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PADA 9 APRIL 2009 (KHAMIS), JAM 3.00 PETANG

DI ICU, JABATAN PERDANA MENTERI

........................................................................................

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

KERAJAAN BARU, SATU MALAYSIA

Mukadimah

1. Terlebih dahulu saya mengucapkan rasa syukur dan sukacita kerana dapat bersama saudara dan saudari pada petang yang bersejarah ini bagi mengumumkan keputusan pembentukan kabinet baru.




KABINET BARU, KEUTAMAAN BARU

2. Mutakhir ini, saya telah banyak bertukar-tukar pendapat dengan pelbagai lapisan masyarakat dan rakyat di pelbagai kedudukan untuk mendengar keluh kesah, pandangan serta kehendak mereka yang mendambakan pembaharuan juga perubahan. Mesej yang jelas, adalah mereka inginkan sebuah kerajaan yang responsif terhadap keperluan rakyat hari ini, dalam masa yang sama bersiapsiaga menumpah khidmat kepada generasi mendatang.


3. Alhamdulillah, saya berasa gembira kerana telah memilih 28 orang pemimpin bagi membentuk kabinet baru. Mereka telah menyatakan semangat dan kesungguhan untuk berbakti. Justeru, saya yakin kesemua mereka berkongsi iltizam yang padu bagi memacu negara ke arah kecemerlangan. Inilah saf dan pasukan yang kita harapkan menjadi cerminan kekuatan serta wajah kemajmukan Malaysia melalui Barisan Nasional, yang mewakili semua rakyat dari setiap penjuru dan pelosok….Satu Malaysia.

4. Selanjutnya, apa yang paling mustahak berkaitan Kabinet baru ini adalah prinsip-prinsip dikongsi bersama yang akan dipamerkan melalui:


I. Nilai integriti dan piawai / standard yang tinggi untuk mengekalkan kepercayaan rakyat.


II. Bakat dan kebolehan yang sangat diperlukan dalam menempuh saat-saat yang amat mencabar kontemporari ini.


III. Ketaatsetiaan dan kepatuhan kepada parti, kerajaan terutamanya kepada tanah air.


IV. Kebersungguhan dan bersemangat tinggi demi membina sebuah negara yang berdaya saing menempuh abad baru.


5. Sehubungan yang demikian, kita akan terus berusaha membina sebuah kerajaan untuk semua rakyat. Kerajaan yang akan berbakti untuk memenuhi keperluan rakyat dengan jalan:


I. Memperbaharui ekonomi negara untuk menangani kesan kemelesetan ekonomi global serta mencipta penyelesaian apabila mendepani cabaran perubahan struktur yang akhirnya berupaya menonjolkan potensi sebenar kita.


II. Membangunkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan diperkukuhkan atas dasar kepercayaan serta sikap saling hormat menghormati.


III. Membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan sebenar untuk semua.


IV. Memperkasakan sistem pendidikan nasional.


V. Melibatkan setiap rakyat Malaysia dalam proses politik negara dan melebarkan wacana nasional.


PENDEKATAN BARU DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN

6. Sesungguhnya, Kabinet baru ini bukan sahaja merupakan satu pasukan baru dengan wajah baru, malah ia sebenarnya satu penyusunan semula peranan dan portfolio. Kabinet ini turut menjadi tanda kepada satu pendekatan baru pentadbiran kerajaan yang lebih telus, bertanggungjawab serta berfokus mendahulukan rakyat.


7. Untuk maksud tersebut, saya akan memulakan usaha ini dengan memperkenalkan satu paradigma yang akan memacu prestasi dan pencapaian. Kita akan menggunakan pendekatan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators) secara menyeluruh. Petunjuk tersebut akan menekankan impak, bukannya ‘input’; hasil, bukannya ‘output’ dan akan memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berbaloi (value for money). Petunjuk tersebut akan mencerminkan keutamaan strategik negara dan akan dipantau oleh sebuah unit baru yang akan dipimpin oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


8. Bagi merealisasikan hal ini, saya mahukan agar para Menteri serta pegawai-pegawai kanan Perkhidmatan Awam dipertanggungjawabkan terhadap pencapaian masing-masing bersandarkan petunjuk prestasi tersebut. Manakala setiap Timbalan Menteri berjumlah 40 orang semuanya akan diberi ruang tugas yang khusus. Saya akan mengarahkan setiap Menteri untuk menyediakan KPI yang jelas merangkumi perincian tanggungjawab berkaitan tugas mereka serta timbalan masing-masing dalam masa 30 hari dari sekarang. Inilah hasrat besar saya meletakkan matlamat sedemikian supaya kabinet baru ini benar-benar menggalas tanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh rakyat.


9. Dengan dibantu oleh Menteri yang berkaitan, saya akan memantau pengurusan petunjuk prestasi agar ia berjalan dengan lancar. Seterusnya untuk makluman semua, saya akan terlibat secara peribadi dan langsung untuk mengkaji prestasi semua Menteri pada setiap 6 bulan. Makanya, bilamana prestasi didapati tidak memenuhi piawai, saya dan Menteri berkenaan serta penjawat awam yang berkaitan akan merungkaikan sebarang halangan yang menyekat prestasi mereka itu. Sememangnya pun inilah pendekatan saya sejak dulu lagi dalam mencapai transformasi melalui kepimpinan yang berasaskan prestasi.


10. Apa yang paling mustahak ialah saya mahu memastikan agar struktur kerajaan akan memenuhi keperluan rakyat sebaik mungkin. Ia juga sebagai sebuah kerajaan yang diperkemaskini khusus bagi memastikan penyampaian khidmat awam yang lebih berkesan seiring dengan tuntutan zaman baru serba mencabar ini.


11. Oleh itu, saya telah memutuskan untuk mengurangkan bilangan kementerian dalam Kabinet baru ini. Dua kementerian telah dibubarkan dan fungsi mereka diserap oleh kementerian lain yang sedia ada.


12. Sebuah kementerian yang dinamakan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah ditubuhkan dengan mandat memajukan konsep pembangunan mapan serta pengamalan teknologi hijau.


13. Saya juga telah melantik seorang Menteri yang bertanggungjawab bagi perpaduan di Jabatan Perdana Menteri sekaligus turut bertanggungjawab bagi pengurusan prestasi. Portfolio baru ini akan mengamalkan pendekatan yang kreatif ke arah pembentukan perpaduan nasional bersesuaian dengan konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan.


14. Di atas segalanya, pemulihan ekonomi serta pembinaan kemakmuran jangka panjang menjadi keutamaan tertinggi bagi kerajaan baru ini. Oleh itu saya akan menerajui usaha mulia ini demi memperbaharui ekonomi negara dengan bantuan sebuah pasukan yang terbukti berpengalaman untuk bekerja demi Malaysia.


15. Usaha pembaharuan ekonomi ini akan melibatkan penubuhan sebuah Majlis Penasihat Ekonomi yang akan melaporkan terus kepada saya. Majlis ini akan memberikan khidmat nasihat pakar yang bersifat bebas dan objektif mengharungi suasana ekonomi yang cukup mencabar dan berusaha membina asas sebuah ekonomi berpaksikan inovasi. Jawatan kepada Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi ini adalah bertaraf Menteri.


16. Selain itu, bagi memastikan agar aset terpenting negara iaitu modal insan terus dimanfaatkan sebaiknya, Timbalan Perdana Menteri diamanahkan memimpin sebuah pasukan yang akan menumpukan usaha ke arah menggilap potensi dan menyerlahkan bakat yang ada di negara kita.


17. Saya amat yakin dan percaya bahawa usaha pembaharuan negara perlu bermula dengan pembaharuan kerajaan; sebuah Jemaah Menteri yang baru, dengan tanggungjawab yang baru serta struktur yang baru.


18. Pesanan saya kepada Jemaah Menteri yang baru dilantik; beringatlah bahawa rakyat mengharapkan agar kita bekerja tanpa jemu, sentiasa mendengar rintihan mereka dan terus bekerja tanpa henti demi komitmen kita terhadap Satu Malaysia. Begitulah juga bahawa kita telah diberi penghormatan untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, lantas kita seharusnya menerima penghormatan tersebut dengan penuh rasa rendah diri dan dedikasi.




19. Kepada para pegawai perkhidmatan awam Malaysia yang cemerlang, nyatanya khidmat saudara/saudari sangat dihargai dan amat penting bagi kemakmuran jangka panjang negara. Kerajaan baru ini akan meletakkan keperluan yang bertuntutan tinggi dan penuh komitmen terhadap jawatan yang disandang. Lantaran kami meminta saudara dan saudari semua bersama kami; melengkapi komitmen kami untuk bekerja dan berganding mencurahkan sepenuh tenaga kepada rakyat.


20. Kepada rakyat Malaysia, terimalah cabaran saya…terutamanya golongan muda..untuk bersama-sama memadu tenaga ke arah pembaharuan negara.


21. Kita harus memahami bahawa era kerajaan yang bertindak mengawal secara keterlaluan dan mengamalkan sikap ‘kerajaan lebih mengetahui’ (government knows best) sudah berlalu. Kita akan hanya mampu mencapai cita-cita untuk Malaysia apabila kerajaan serta rakyat bersama-sama bersatu tenaga membina sebuah negara yang aman makmur.


22. Hakikatnya, kita masih berhadapan dengan banyak halangan. Akan tetapi saya sentiasa percaya bahawa tiada masalah yang wujud di negara ini yang tidak dapat ditangani dengan kehebatan, keupayaan, kemahiran dan bakat yang dimiliki oleh rakyat kita.


23. Oleh itu, marilah bersama kami. Marilah bersama pasukan bersemangat ini. Bersama kita terokai perjalanan hebat untuk memperbaharui negara tercinta ini hingga menjadi kisah pencapaian yang membanggakan buat kita suatu hari nanti. Insya-Allah.


Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian terima kasih.





SUMBER : AGENDA DAILY

SENARAI KABINET RAKYAT

PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:

Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T.Murugiah


MENTERI KEWANGAN:

Datuk Seri Najib Razak


MENTERI KEWANGAN II:

DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr Mohd Puad Zarkashi


MENTERI PENGANGKUTAN:

Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew


MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:

1. Datuk Hamzah Zainudin


MENTERI DALAM NEGERI:

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat


MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie


MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:

Noriah Kasnon


MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun


MENTERI PENGAJIAN TINGGI:

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:

1. Datuk Dr Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah


MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan


MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:

Fadillah Yusof


MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Datuk Douglas Uggah Embas


Timbalan:

Tan Sri Joseph Kurup


MENTERI PELANCONGAN:

Datuk Ng Yen Yen

Timbalan:

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib


MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Datuk Noh Omar

Timbalan:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim


MENTERI PERTAHANAN:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad


MENTERI KERJA RAYA:

Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:

Datuk Yong Khoon Seng


MENTERI KESIHATAN:

Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:

Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:

Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng


MENTERI SUMBER MANUSIA:

Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:

Datuk Maznah Mazlan


MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:

Datuk Tan Lian Hoe


MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:

Datuk Lajim Ukin


MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:

Datin Paduka Chew Mei Fun


MENTERI LUAR:

Datuk Anifah Aman


Timbalan:

1. A.Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong


MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:

Datuk M.Saravanan

Anak dirumah disusukan ...Anak kera cari lah ibu sendiri

Barisan Nasional kini perlu sedar bahawa selepas dari pilihanraya perkara yang palaing penting ialah kembali berkhidmat dikawasan yang diwakili olehnya. Ini penting supaya isu-isu berbangkit seperti Wakil Rakyat tidak turun kawasan, aduan tidak diambil tindakan dan sebagainya tidak menjadi rungutan rakyat dikemudian hari. Melihat kepada trend Bn ketika ini yang begitu terhegeh-hegeh ingin menyumbangkan khidmat bakti dikawasan yang tidak diwakili adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan.

BN sepatutnya memberi peluang kepada wakil rakyat PR yang dipilih untuk menjalankan tugasnya . Biarlah dia berusaha untuk membangunkan kawasannya tanpa campurtangan dari BB. Barulah nanti rakyat akan dapat membezakan hasil kerja masing-masing. Oleh itu hasrat beberapa bekas calon BN yang tewas dalam pilihanraya untuk terus berkhidmat adalah sesuatu yang tidak patut dilaksanakan kerana Wakil rakyat yang sah telah pun dipilih oleh rakyat, maka biarlah dia berkhidmat dengan rakyat dan menunaikan janji-janjinya dan jangan hanya pandai bercakap dan berjanji sahaja. Apa yang boleh dibuat oleh Barisan Nasional dikawasan ini sepatutnya bertindak sebagai badan pemantau dan pembangkang kepada perkara-perkara yang tidak diambil tindakan dan juga janji-janji yang dilupakan oleh wakil rakyat tersebut. Perkara asas masalah rakyat perlu diselesaikan oleh YB tersebut dan janganlah pihak BN mencampuri urusan tersebut kerana nanti mungkin akan dipersalahkan oleh pihak PR kerana ingin campurtangan dalan urusannya.

Sama juga diperingkat Persekutuan apabila pilihanraya umum telah selesai maka BN yang ditunjangi oleh UMNO perlu mengambil isiatif menunaikan janji dan mengambil berat masalah-masalah yang berlaku dinegeri-negeri yang memberi kemenangan kepada BN. Ini perlu dipraktikkan kerana ianya akan memberi contoh teladan yang baik kepada rakyat apa yang boleh dilaksanakan oleg kerajaan BN. Jadi penyokong dan pengundi BN akan merasa bahawa mereka telah membuat satu keputusan yang baik dan akan berusaha membantu BN sentiasa menang dalam pilihanraya berikutnya.
Bukanlah pula bermaksud bahawa kerajaan Persekutuan BN tidak perihatin kepada kerajaan negeri yang berbeza parti tetapi tanggungjawab tersebut adalah tanggungjawab parti yang memerintah dan dipilih oleh rakyat dinegeri tersebut. Maka tidak perlulah mereka maksa kerajaan BN untuk membantu kerana rakyat sendiri telah menolak kerajaan BN seperti dibeberapa buah negeri iaitu, Kelantan ( Dah lama dah..) , Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Oleh yang demikian sebagai kerajaan Pusat yang bertanggungjawab kepada pengundinya maka kerajaan BN mesti memastikan kawasan yang memberi sokongan dan memenangkan mereka harus dititik beratkan berbanding kawasan yang telah jelas menyokong PR semasa pilihanraya.

Rabu, 8 April 2009

Takziah & Alfatihah

Salam Takziah kepada sahabat-sahabat yang baru kehilangan orang tercinta. Pertamanya kepada Saudara Azman Rafar (AJK PPU Bah Maran ) yang telah kehilangan atuk tercinta beberapa hari yang lepas. Seterusnya juga ucapan takziah kepada Saudara Ridzuan daud ( KP Cawangan Simpang jengka) yang telah kehilangan Ayahanda tercinta pada hari ini... Semoga kedua-dua roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Alfatihah...

Perlu Berubah..

Keputusan ketiga-tiga PRK telah pun diketahui dan melihat kepada keputusan PRK tersebut membuktikan bahawa sentimen rakyat di semua tempat masih belum berubah. Semua kerusi yang dipertandingkan memberi kemenangan kepada parti yang memegang kerusi tersebut sebelum diadakan pilihanraya tersebut. Pas masih lagi berkuasa di Bukit Gantang, PKR di Bukit Selambau dan BN di Batang Ai. Jelas bahawa apa sahaja isu yang berlaku dari sejak PRU 12 sehingga sekarang masih belum dapat mengubah corak pemikiran rakyat disemua tempat.

Barisan Nasional masih utuh di Sarawak dan Sabah dan PR masih lagi mendapat kepercayaan rakyat di Perak dan Kedah. Ternyata car kempen yang masih belum berubah memberi impak yang tidak baik kepada Barisan Nasional. Janji-janji Pembangunan dan mesra rakyat nampaknya tidak lagi menarik minat rakyat diperingkat akar umbi. Ini kerana rakyat percaya bahawa semua kemudahan pembangunan dan prasarana adalah menjadi tanggung jawab kerajaan yang memerintah dan tidak ada kena mengena dengan parti yang memerintah. Contoh yang terbaik ialah dinegeri Kelantan sendiri yang telah berada selama lebih 19 tahun dibawah pemerintahan Pas tetapi masih mendapat sokongan rakyat. Ini kerana jentera kerajaan terutamanya jentera kerajaan pusat seniasa melaksanakan tanggungjawab mereka dalam membina kemudahan prasarana dan pembangunan sehinggakan kerajaan negeri turut mendapat sanjungan walaupun tidak berbuat apa-apa pun. Akhirnya contoh ini tersebar keseluruh negeri lain terutamanya yang berhampiran seperti Kedah dan Perak.

Manakala kempen menakut-nakutkan pengundi Melayu dengan memberi amaran kononnya Cina akan memerintah sekiranya Pas memerintah juga tidak mendapat sambutan rakyat. Malahan ianya menjadi senjata makan tuan apabila bukan sahaja orang melayu tidak menyokong malahan orang Cina dan India sama turut tidak mengundi Barisan Nasional . Sikap parti komponen yang dilihat tidak begitu bersungguh-sungguh membantu UMNO mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN juga menjadi duri dalam daging kepada BN itu sendiri. Sepatutnya perti komponen memainkan peranan lebih aktif dalam membantu UMNO memulihkan keyakinan rakyat terutamanya orang cina dan india untuk kembali kepada BN. Oleh itu satu pendekatan atau kaedah baru perlu dipraktikkan supaya parti komponen dapat memainkan peranan lebih dalam BN. Janganlah pula parti komponen mengambil kesempatan dengan kelemahan UMNO untuk mengugut untuk mendapat lebih jawatan dalam BN tetapi sokongan rakyat semakin merosot.

BN sepatutnya menjadi lebih harmoni dan kerjasama kerana hubungan yang telah terbina selama lebih 50 tahun tetapi apa yang berlaku ialah dikalangan parti komponen makin renggang hubungan antara satu sama lain. Masalah sesuatu parti komponen diserahkan kepada parti komponen tersebut dan tidak lagi berdasarkan cubit paha kana, paha kiri terasa sakit tidak lagi menjadi amalan dalam BN. Akibat hubungan yang renggang ini menjadikan sokongan rakyat menjadi tidak menentu dan ini dibukti dalam PRU 12 serta PRK selepasnya yang menyaksikan orang cina dan india tidak lagi menjadikan BN sebagai pilihan utama.

Sebenarnya jika melihat kepada keputusan PRU 12 dan PRK selepasnya menyaksikan bahawa yang sebenarnya dipilih oleh rakyat ialah parti yang diwakili dan bukannya faktor calon yang menjadi keutamaan. Melihat kepada beberapa keputusan PRU seperti kemenangan calon-calon dari Pas dan PKR yang ternyata tidak mempunyai sebarang nama seperti Gwo Burne loh yang dikenali sebagai orang yang mengambil video Linggam dan tidak ada sebarang asas politik langsung pun. Banyak lagi nama-nama dalam PKR dan Pas yang tidak mempunyai sebarang nama dalam arena politik turut mendapat kemenangan kerana rakyat mengundi parti yang diwakili termasuk Nurul Izzah anak kepada Anwar yang menewaskan Dato’ Shahrizat Jalil yang telah banyak berjasa pada orang lembah pantai. PRK baru-baru ini juga membuktikan bahawa bukan faktor calon yang menjadi keutamaan apabila calon PKR di Bukit Selambau tetap memenangi PRK tersebut walaupun pada peringkat awalnya tidak mendapat sokongan dari ahli mereka sendiri. Oleh yang demikian UMNO dan BN harus memastikan bahawa dasar parti yang menarik supaya ianya mendapat sokongan rakyat jelata dan isu-isu seperti pembangunan, perkauman sempit tidak lagi menjadi tarikan kepada rakyat ketika ini.

Adalah menjadi harapan agar Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang baru iaitu YAB Dato’ Seri Mohd Najib akan dapat mengemudi UMNO dan BN agar kembali diberi sokongan oleh rakyat. Dan juga menjadi tanggunjawab semua ahli parti supaya dapat menyokong dan membantu YAB DSN dalam merealisasikannya.

Selasa, 7 April 2009

Apa yang ditakutkan?

Buruk sangatkah Ilmu Politik? Ini yang bermain difikiran saya apabila saya mendengar hujah-hujah yang disampaikan oleh golongan yang menentang kebenaran kepada Guru kumpulan A untuk berpolitik sebagaimana saranan Menteri Pelajaran baru-baru ini. Setiap hujah yang diberi semuanya tanpa sedar atau tidak akan menekankan bahawa guru-guru ini akan mengabaikan tugas, tidak cukup masa , berlaku konflik apabila memilih parti dan sebagainya. Seolah-olah jika guru-guru ini terlibat dengan politik maka mereka akan jadi manusia yang buruk sifatnya.

Apakah ini tanggapan masyarakat sekarang ini terhadap ilmu politik ini. Jika kita mengkaji dengan mendalam maka kesimpulan yang boleh kita buat ialah politik ini merupakan satu cara ataupun kaedah hubungan antara sesama manusia. Mungkin ada diantara kitab politik yang kotor cara-caranya seperti yang ditulis oleh Niccolo Machiavelli tetapi kepandaian berhubung dan menyampaikan arahan akan menjadikan keadaan sesuatu masyarakat itu makmur ataupun tidak. Kepandaian sesuatu pemerintahan menggunakan Politik yang baik juga akan membantu kearah kemajuan sesuatu negara itu.

Tetapi jika dilihat ketika ini masyarakat begitu memandang serong kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan politik. Sedangkan kalau kita mengkaji dengan mendalam, seperti juga bidang lain, ilmu politik juga amat penting dalam kehidupan manusia secara keseluruhannya. Melihat kepada sejarah pembentukan negara Islam Madinah menyaksikan bahawa Rasulullah SAW merupakan seorang ahli poltik yang terbilang. Kebijaksanaan Baginda dalam semua aspek pemerintahan amat dikagumi oleh semua lapisan masyarakat. Hasil dari kebijaksaan beliau menjadikan kaum Aus dan Khazraj yang berpecah belah dapat bersatu padu dan dinamakan sebagai Ansar. Oleh kerana sokongan mereka juga ,maka Rasulullah SAW berjaya ditabalkan sebagai pemerintah di Madinah. Memang benar bahawa sebagai rasul , Nabi Muhammad SAW sentiasa diberi pertolongan oleh Allah SWT tetapi beliau juga perlu menggunakan kepandaian beliau dalam politik untuk memastikan kerajaan Islam yang pertama dapat ditegakkan. Seterusnya dengan Kebijaksanaan Baginda dan kemudian Khalifah Islam seterusnya menjadikan Kerajaan Islam berkembang dengan baik, aman dan makmur. Undang-undang negara dipatuhi dan diamalkan dengan seadilnya.

Jika melihat kepada sejarah tanah melayu sendiri menyaksikan bahawa sememangnya rakyat negara ini terutamanya orang melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi telah terserlah kehebatan mereka berpolitik. Walaupun pusat pemerintahan di Melaka kecil tetapi kerana kebijaksanaan Sultan dan pembesar ketika itu menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan terbesar di Kepulauan Nusantara ketika itu. Bahasa Melayu menjadi bahasa utama kerana keperluan pedagang-pedagang untuk berkomunikasi semasa sendiri. Agak malang apabila terdapat segelintir pembesar yang mengamalkan politik kotor dengan cara memfitnah dan menyebarkan berita palsu menyebabkan akhirnya Melaka dijajah oleh Portugis, kemudiannya Belanda dan terakhirnya Inggeris sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Sejarah mengenai perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air jelas menunjukkan kematangan dan kebijaksaan orang-orang Melayu ketika itu dan kemudianya dengan gabungan orang cina dan India mempercepatkan proses menuntut kemerdekaan tanah air pada tahun 1957. Kebijaksanaan tersebut jelas kelihatan apabila semasa proses bermulanya penentangan Malayan Union , penubuhan Persekutuan tanah Melayu dan seterusnya kemerdekaan tanpa sebarang pertumpahan darah. Semuanya diselesaikan dimeja rundingan dan hasilnya ialah kemerdekaan tanah air pun dapat direalisasikan ketika itu.

Kerana kebijaksanaan politik jugalah yang menghasilkan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 dan semuanya dibuat dengan cara rundingan yang sebaiknya. Ketika ini juga hampir semua masyarakat tak mengira bangsa melayu, cina , India begitu bergiat aktif dalam parti politik samada UMNO, MCA , MIC dan sebgainya. Tidak ada sebarang sekatan untuk rakyat mengambil bahagian untuk menyumbangkan bakti dan idea kepada negara yang tercinta ini. Malahan yang palingt ramai terlibat dengan kegiatan politik ketika itu adalah golongan guru-guru diseluruh tanahair. Tidak pula kedengaran ketika itu ada sebarang murid yang tercicir disebabkan oleh kegiatan politik guru tersebut. Malahan semua golongan ketika itu tidak mengira guru, pegawai kerajaan, ustaz, ustazah, ulamak, petani, nelayan, pesawah dan sesiapa sahaja ketika itu terlibat dalam politik. Hasilnya negara berkembang maju dan orang melayu sendiri ketika itu rata-ratanya berada dikampung kini sudah menghuni kawasan bandar dan mempunyai pendidikan yang tinggi hasil kemakmuran negara sejak dulu sehingga kini.

Cuma kini sahaja terlalu banyak pantang larang bagi seseorang yang ingin berpolitik dan hampir semuanya memberi gambaran yang buruk kepada ahli politik. Sepatutnya semua orang dilayan sama rata dan jangan hanya pandai menuding jari kepada orang poltik sahaja berbuat perkara yang tidak baik. Sepatutnya jika seseorang itu terlibatdengan kegiatan yang tidak baik maka sewajarnya lah dia sahaja yang dituduh dan tidak dibabitkan dengan partinya. Kenapa apabila ada oarang bukan poltik melakukan kesalahan maka ianya tidak mengapa tetapi jika orang tersebut terlibat dengan parti poltik maka ianya diperbesar-besarkan.

Maka kini sudah sewajarnya semua rakyat yang diberi hak ketika mengundi diberikan juga hak yang sama untuk menyatakan sokongan dan terlibat dengan parti politik yang disokong olehnya. Ini akan meningkatkan lagi kematangan rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan tidak perlu lagi takut-takut untuk menyatakan sokongannya. Sepatutnya jika pegawai tersebut tidak menyokong parti yang memerintah maka dia boleh dengan rela hati meletakkan jawatan jika tidak mahu bersubahat dengan parti tersebut. Ini lebih adil bagi kedua-dua pihak kerana tidak akan timbul lagi syak wasangka dan sebagainya.

Sabtu, 4 April 2009

Untuk Jebat Derhaka

Salam Jebat Dehaka..terima kasih kerana berterusan menjalankan tugas memastikan orang-orang melayu Islam yang terpesong dengan PKR dan PAS ini mendapat maklumat yang betul. Jangan kita benci kepada mereka ini tetapi sebaliknya kita perlu merapati mereka ini kerana mereka ini telah dipesongkan pemikirannya oleh segelintir pemimpin mereka yang tamakkan kuasa dan harta. Insyaallah bro perjuangan kita akan diberkati dan dirahmati oleh Allah Sentiasa.

1. Siapa yang dah rosakkan melayu selama ini?
PAS dan PKRlah parti yayng merosakkan Melayu selama ini. Sejak dari sebelum merdeka akibat dari tamakkan kuasa dan kalah dalam pemilihan parti UMNO maka orang segelintir pemimpin yang tidak berpuashati dengan keputusan pemilihan UMNO menubuhkan PAS yang bertujuan untuk memecah belahkan orang Melayu dengan cara menggunakan Islam sebagai alat. Namun kerana kebijaksanaan pemimpin UMNO orang Melayu tetap bersatu padu memajukan diri mereka sehingga sekarang ramai anak melayu yang telah berjaya. Walaupun UMNO berusaha bersungguh-sungguh memajukan Melayu dan Islam tetapi PAS tetap menghasut orang Melayu bahawa UMNO itu perlu dihapuskan. Begitulah busuknya hati PAS sehingga sanggup melihat melayu berpecah belah demi untuk kekuasaan dengan menjual Islam sebagai perisai.

2. Siapakah yang menghapuskan tulisan jawi dizaman 70an?
Tulisan Jawi tidak pernah dihapuskan malahan sehingga sekarang masih ada buku-buku teks yan menggunakan tulisan jawi. Cuma bagi untuk memastikan rakyat dapat menimba ilmu pengetahuan yang banyak dalam tulisan rumi terutamnya bahasa Inggeris maka penumpuan perlu diberikan. Hasilnya sekarang ini banyak cerdik pandai melayu yang boleh dibanggakan.

3. Siapa yang buang bantuan sekolah agama?
Mana buktinya bantuan ditarik malahan setiap masa kementerian pelajaran membantu sekolah agama ini. Malahan banyak sekolah agama yang telah di serapkan sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan termasuk Sekolah Ustaz Mahmud di Kampung Awah..

4. Siapa yang hapus biasiswa ganti pinjaman?
Dengan sumber yang terhad maka adalah adil sekiranya kita yang telah mendapat pendidikan dan dibantu sepenuhnya oleh kerajaan menyumbang balik kepada adik-adik kita supaya dapat peluang untuk memajukan diri. Untuk mendapat biasiswa maka perlu cemerlang dan pelajar yang cemerlang dikecualikan dari membayar pinjaman. Peluang belajar diberi pada semua tanpa mengira anak siapa dan dari parti mana, tak kira samada parti kerajaan ataupun perosak bangsa seperti Penipu Rakyat (PR) juga boleh mendapat peluang yang serupa. Hak untuk diberi pinjaman masih lagi diberi keutamaan kepada bumiputera tanpa meminggirkan hak kaum lain.

5. Siapa yang hapuskan imuniti Raja-raja pada tahun 1993?
Imuniti yang dihapuskan ialah berkenaan salah laku peribadi dan bukannya berkaitan Kedaulatan kedudukan Sistem beraja dinegara ini. Sebagai mengikuti nilai Ilsam bahawa semua rakyat tanpa mengira kedudukan mestilah tidak kebal dari undang-undang apabila melakukan kesalahan jadi adalah wajar pindaan tersebut dibuat supaya keutuhan system beraja dipertahankan. Namun tidak lah pula boleh seseoarang rakyat itu dengan sewenang-wenangnya dihina dan dicela sperti yang dilakukan oleh pemimpin DAP, PAS dan PKR ketika ini yang cuma mengakui Raja apabila ianya memberi manfaat kepada peribadi mereka sahaja sehingga sanggup mengugut dan menderhaka .

6. Parti manakah yang terbukti rasuah tetapi masih boleh bertanding jawatan tertinggi parti?
Jika soalan ini merujuk kepada Khairy Jamaludin maka jawapannya ialah perlu merujuk kepada kesalahan KJ yang dibuktikan oleh Lembaga Disiplin parti baru-baru ini. Kesalahan yang disabitkan oleh Lembaga Disiplin kepada KJ ialah melanggar tataetika dengan cara berkempen supaya perwakilan menyokong beliau sebagai calon Ketua pemuda UMNO Malaysia. Jika merujuk pada lain-lain kes maka inilah hasrat dan kesungguhan UMNO yang tidak ada pada Parti Lain dan ini juga membezakan UMNO dengan parti lain kerana keikhlasan UMNO ioni memang telah terbukti dan tiada tolok bandingnya. Sabagai ahli peringkat bawahan saya menyokong penuh sebarang tindakan Lembaga Disiplin keatas ahli yang didapati melakukan pelanggaran disiplin parti. Inilah pengorbanan yang UMNO perlu lakukan supaya UMNO kekal sebagai parti harapan rakyat di Malaysia ini.

Setakat itu dahulu mengenai soalan yang diajukan dan semoga ianya mampu memuaskan hati saudara tetapi saya yakin orang yang telah tertutup pintu hatinya pada kebenaran akan mencari jalan mengatakan yang sebaliknya. Insyaallah dilain posting saya akan terus menceritakan sebab kepada hanya UMNO parti yang perlu dipertahankan oleh rakyat dinegara ini.

Tambahan fakta dibawah :