Rabu, 24 Jun 2009

Hanya pada -MU ku berserah

Alhamdulillah ..akhirnya niat jahat pembangkang untuk menguasai kerajaan akhirnya tidak berjaya. Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah menutup hati pemimpin pembangkang yang berniat jahat kepada UMNO dan akhirnya perpaduan itu tidak berlaku. Melihat kepada cara Hadi yang begitu takut kepada peliwat dan chauvist cina membuatkan kita semua terfikir bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kepimpinan PAS ketika ini. Kesungguhan Pas bawah kepimpinan hadi yang beria-beria ingin menumbangkan kerajaan Islam Malaysia dibawah pimpinan umno menjelaskan bahawa Paas kini sedang dilanda sindrom gila kuasa.


Tindak tanduk Pas PeraK yang jelas meroyan setelah kehilangan kuasa dan dibimbing sepenuhnya chauvinis cina di sana menunjukkan bahawa perbuatan Pas menjual ayat-ayat Allah demi kepentingan politik kini telah menjilat ludah mereka sendiri. Konsep kerajaan kebajikan yang dilaungka telah alama diamalkan oleh kerajaan ketika ini. Jika tidak masakan kerajaan kelantan bawah pimpinan Nik Ajis dapat bertahan sehingga kini. Kalau nak diharapkan wakil rakyat di kelantan dibawah Pas jawabnya berputih matalah orang kelantan. Mujurlah kerajaan umno terus membantu kelantan melalui JPP da juga agensi lain seperti Kesedar dan kada. Kalau bukan kerana mereka sudah tentu dah lama Nik Ajis tumbang di kelantan.

Negeri kelantan sememangnya sinonim dengan kemiskinan dan bukti yang jelas apabila terlalu ramai orang kelantan keluar dari negeri itu dan menentap di negeri lain termasuk diPahang. Contoh yang jelas ialah apabila kes di Kuantan yang melibatkan orang kelantan yang dah sepuluh tahun merempat diPahang sampai keluar TV3. Malah banyak lagi tempat bukan sahja di Pahang malahan di negeri lain sebegitu banyak orang-orang kelantan terpaksa keluar mencari rezeki dan tempat tinggal akibat tidak ada apa yang boleh dibuat di negeri yang diperintah oleh Pas selain disuruh mendengar ceramah dan menderma selepas itu. Rumah Madiah pelajar terbaik SPM yang juga tinggal dikelantan membayangkan kepada kita apakah yan telah dibuat oleh pimpinan Pas kelantan selama ini.

Orang melihat biarlah dengan mati hati kerana mata hati akan memberi gambaran yang sebenarnya supaya kiat tidak mudah diperbodohkan orang lain. Bukanlah pula saya menafikan beberapa kesilapan yang dilakukan oleh umno ( walaupun kebanyakannya berpunca dari kakitangan awam yang tidak menyokong umno) tetapi sudah tentu sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari silap dan salah. Insyaallah dengan kerjasama dan tegur menegur antara satu sama lain pasti akan membaiki kesilapan tersebut. malang kerana niat jahant Pas untuk menjatuhkan kerajaan umno yang semestinya pimpinan tertinggi terdiri dari Islam + Melayu pastilah negara berada dalam keadaan yang baik dan terkawal. Namun jika hasrat Pas bersama PR yang melebih-lebihkan Hak Asasi menunjukkan bahawa Pas sendiri tidak menghormati Islam yan meletakkan bebrapa syarat dan peraturan kepada manusia supaya dapat membimbing kehidupan manusia itu.

Namun alangkah sedih apabila melihat sikap Pas yang tidak mengikut lunas Islam apabila sanggup bersekongkol dengan peliwat dan chauvinis cina hanya semata-mata meroyan untuk mendapatkan kuasa. Oleh kerana itu saya bersyukur dan pasrah kepada Allah SWT kerana Dia adalah sebaik-baik tempat berserah.

Ahad, 21 Jun 2009

Insaflah...

Sekadar kutukan kepada YB Dato' Seri Nizar yang telah mengambil tindakan tidak bertamadun semasa majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat baru-baru ini. Tidakan ini melambangkan keperibadian beliau yang sebenarnya selama ini hanya ingin berkuasa dan tidak ada kena mengena dengan perjuangan yang dilaungkan. Sikap gelojoh yang beria-ria ingin pembubaran DUN hanya semata-mata ingin menjadi Menteri Besar menunujukan ajaran yang salah akhirnya akan membuka kesalahan itu.

Inilah tarbiah yang dikatakan oleh PAS sebagai yang terbaik tetapi sebaliknya melahirkan pemimpin yang jumud dan tamakkan kuasa. Walaupun mempunyai pendidikan yang tinggi dan berjaya menjadi jurutera tetapi hati busuk yang hanya tamak dan rakus mengejar kekuasaan dan kekayaan duniawi semata-mata.


Mana didikan dan ikutan ajaran Rasulullah jika inilah perangai Nizar durjana. Sudahlah, sila berhenti sebelum tersesat jauh. Janganlah lagi menjual agama demi untuk mencari kekuasaan dan kekayaan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..

Sabtu, 20 Jun 2009

Post Mortem tak de ke?

Adakah UMNo masih belum sedar dan mahu berubah sepenuhnya. Gelagat Timbalan Presiden UMNO yang seolah-olahnya telah menjadi Menteri Besar Kelantan amatlah dikesali. Cara kempen saat terakhir ini adalah satu strategi makan tuan kerana telah beberapa PRK sebelum ini yang cara sebegini sudah tidak lagi berkesan. Apalah yang istimewanya seorang TPM menyampaikan kerusi roda sekiranya perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk meraih undi disaat akhir. Selama 5 tahun pasangan tersebut tidak pernah mendapat pembelaan dari KeRajaan Kelantan ataupun Umno bahagian disitu. Sudah tentu ianya akan menjadi senjata kempan orang PAS yang memperbodohkan pemimpin Umno.


Tidak kah Umno belajar bahawa sogokan projek juga tidak lagi membantu undi jikanya dilaksanakan ketika hampir PRU atau PRK. Tidak perlulah ketika ini baru nak bagi peruntukan membaik pulih sekolah di kawasan PRK ataupun tidak boleh kan ditunggu sehingga habis PRK baru diumumkan. Kempen di PRK sebelum ini yang memberi peruntukan luar biasa kekawasan pembangkang yang belum tahu menang atau kalah ini amat dikesali. Sikap menyusukan anak dihutan ini menjadi antara sebab utama kawasan yang majoriti Umno menjadi menyampah dan akhirnya mengundi pembangkang. Tidak cukupkah lagi dengan apa yang berlaku di Selangor dan Perak serta Pulau Pinang. Sikap parti memerintah yang begitu melebih-melebihkan KeRajaan Kelantan akhirnya menjadi senjata menikam diri di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang di PRU 12.


Mujurlah penyokong Umno negeri Pahang terutamanya bersikap lebih setia dari beberapa negeri diatas. Naum asakan kuat dari pihak pembangkang kadang-kadang tidak mampu ditangkis oleh pemimpin kawasan apabila kelihatan projek-projek melalui Pahang sepantas kilat untuk berada di KeRajaan Kelantan yang telah hampir 20 tahun tidak menyokong Umno. Entahlah sampai bila tetapi begitu terasa seperti tidak dipedulikan oleh pucuk pimpinan semenjak Pak Lah mengambil alih kerajaan. Disangkakan apabila YAB Dato’ Seri Najib mengambil alih semuanya akan pulih tetapi nampaknya seperti menunggu buah tidak gugur.


Bukannya tidak boleh berkempen di Manek Uari wahai pemimpin ku, tetapi berpadalah kerana KeRajaan yang memerintah negeri itu adalah Nik Ajis. Maka Nik Ajis buktikan lah kehebatan kamu memerintah dan jangan hanya mengangga mulut menunggu JPP tetapi tidak pernah bersyukur dengan Kerajaan yang menubuhkan JPP.

Dan Ingatlah Pemimpinku, tanggungjawabkamu bukan hanya kepada rakyat danpembangkang tetapi yang mustahak juga kepada ahli dan sahabat seperjuangan kamu yang dahagakan arahan dan tunjuk ajar serta dorongan supaya dapat bekerja dengan baik untuk terus membangunkan Agama, Bangsa dan Tanah Air

Post Mortem tak de ke?

Adakah UMNo masih belum sedar dan mahu berubah sepenuhnya. Gelagat Timbalan Presiden UMNO yang seolah-olahnya telah menjadi Menteri Besar Kelantan amatlah dikesali. Cara kempen saat terakhir ini adalah satu strategi makan tuan kerana telah beberapa PRK sebelum ini yang cara sebegini sudah tidak lagi berkesan. Apalah yang istimewanya seorang TPM menyampaikan kerusi roda sekiranya perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk meraih undi disaat akhir. Selama 5 tahun pasangan tersebut tidak pernah mendapat pembelaan dari KeRajaan Kelantan ataupun Umno bahagian disitu. Sudah tentu ianya akan menjadi senjata kempan orang PAS yang memperbodohkan pemimpin Umno.


Tidak kah Umno belajar bahawa sogokan projek juga tidak lagi membantu undi jikanya dilaksanakan ketika hampir PRU atau PRK. Tidak perlulah ketika ini baru nak bagi peruntukan membaik pulih sekolah di kawasan PRK ataupun tidak boleh kan ditunggu sehingga habis PRK baru diumumkan. Kempen di PRK sebelum ini yang memberi peruntukan luar biasa kekawasan pembangkang yang belum tahu menang atau kalah ini amat dikesali. Sikap menyusukan anak dihutan ini menjadi antara sebab utama kawasan yang majoriti Umno menjadi menyampah dan akhirnya mengundi pembangkang. Tidak cukupkah lagi dengan apa yang berlaku di Selangor dan Perak serta Pulau Pinang. Sikap parti memerintah yang begitu melebih-melebihkan KeRajaan Kelantan akhirnya menjadi senjata menikam diri di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang di PRU 12.


Mujurlah penyokong Umno negeri Pahang terutamanya bersikap lebih setia dari beberapa negeri diatas. Naum asakan kuat dari pihak pembangkang kadang-kadang tidak mampu ditangkis oleh pemimpin kawasan apabila kelihatan projek-projek melalui Pahang sepantas kilat untuk berada di KeRajaan Kelantan yang telah hampir 20 tahun tidak menyokong Umno. Entahlah sampai bila tetapi begitu terasa seperti tidak dipedulikan oleh pucuk pimpinan semenjak Pak Lah mengambil alih kerajaan. Disangkakan apabila YAB Dato’ Seri Najib mengambil alih semuanya akan pulih tetapi nampaknya seperti menunggu buah tidak gugur.


Bukannya tidak boleh berkempen di Manek Uari wahai pemimpin ku, tetapi berpadalah kerana KeRajaan yang memerintah negeri itu adalah Nik Ajis. Maka Nik Ajis buktikan lah kehebatan kamu memerintah dan jangan hanya mengangga mulut menunggu JPP tetapi tidak pernah bersyukur dengan Kerajaan yang menubuhkan JPP.

Dan Ingatlah Pemimpinku, tanggungjawabkamu bukan hanya kepada rakyat danpembangkang tetapi yang mustahak juga kepada ahli dan sahabat seperjuangan kamu yang dahagakan arahan dan tunjuk ajar serta dorongan supaya dapat bekerja dengan baik untuk terus membangunkan Agama, Bangsa dan Tanah Air

Majlis Ramah Mesra PPU Maran Bersama PPU Negeri Pahang


Sekalung tahniah dan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang atas kesudian untuk beramah mesra dengan Ketua –ketua PPU Cawangan dan juga AJK PPU Bahagian Maran. Majlis yang berlangsung pada 16hb Jun 2009 ( Selasa) dimulai dengan majlis makan malam di Dewan UMNO Pekan tajau dan seterusnya mendengar ucapan dan amanat yang hendak disampaikan oleh Saudara Abu Jimi Bin Samat selaku Ketua Pemuda Negeri yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis. Beberapa perkara telah jelaskan kepada Pemuda dimaran termasuk Rukun Pemuda yang digagaskan oleh Saudara Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Seramai 100 orang ahli pemuda telah hadir bersama pada malam tersebut untuk mendengar amanat yang disampaikan. Setelah itu Saudara Ketua Pemuda Negeri berbesar hati untuk membuka majlis dialog bersama dengan Pemuda UMNO Bahagian Maran. Beberapa perkara telah dibangkitkan dan alhamdulillah ianya memuaskan hati semua yang hadir pada malam tersebut.

Rakan – rakan ketua pemuda negeri yang sudi hadir bersama ialah sdr Suhaimi Sulong ( Pen S/U ) , Sdr Rodzuan Zaabar ( Bendahari ) , Sdr Mohd Jafree Wahab ( Ketua Penerangan ) Sdr Arif Fadhillah ( KP Raub ) , Sdr Halim ( NKP Lipis ) , Sdr Helmi ( NKP Kuala Krau ) serta beberapa rakan jawatankuasa mereka.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian juga amat mengalu-alukan kehadiran Saudara Mohd Suffian Bin Awang yang merupakan Exco PPU Malaysia yang juga merupakan KP Bahagian Kuantan. Segala sokongan dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sdr Abu Jimi juga telah berbesar hati untuk berjumpa dengan semua AJK PPU Bahagian Maran secara tertutup untuk perbincangan yang lebih menyeluruh untuk mendapatkan isu-isu semasa yang perlu ditangani segera bagi memastikan UMNO kembali mendapat tempat dihati orang muda.

Semoga langkah pertama PPU Negeri Pahang ini akan menjadi titik tolak perubahan kepada iltizam UMNO untuk kembali menjadi parti utama di Malaysia. Insyaallah...



Selasa, 16 Jun 2009

RENCANA UTUSAN MALAYSIA 16HB JUN 2009

Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam


SECARA peribadi, sebagai seorang lepasan sekolah agama walaupun tidak setanding dari segi ilmu amal, kealiman dan ketakwaan dengan pemimpin, ahli dan penyokong fanatik Pas, saya terkejut apabila seorang tokoh yang diberi gelaran 'tok guru' seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup memastikan nasihatnya didengar.


Pada pendapat saya 'mesti didengar' bermakna sesuatu yang mutlak, tidak boleh menolak atau membahaskannya, apakah lagi mempertikaikannya dari sudut apa sekali pun.


Apakah dalam Islam membolehkan seseorang hamba-Nya memutlakkan nasihat atau kata-katanya?


Rasulullah SAW sendiri pernah ditegur, malah menerima teguran para sahabat membuktikan bahawa baginda tidak memutlakkan apa yang dinyatakan, pandangan atau perlakuan peribadinya, kecuali segala titah perintah Allah.


Sayidina Umar Ibnu Khattab meminta ditegur walaupun khalifah itu bengkeng. Umar tidak marah pun dengan ancaman seorang lelaki tempang yang meletakkan mata pedang pada lehernya dan bersumpah bahawa pedang itulah akan memenggal leher Khalifah ar-Rasyidin kedua itu jika tidak melaksanakan pemerintahan berlandaskan hukum Allah.


Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan zuhudnya dan adil sebagai khalifah sehingga dalam tempoh pemerintahannya, serigala pun tidak memakan kambing sebagai tanda kemakmuran dan berkat pemerintahannya. Beliau boleh ditegur dan menerima teguran anaknya sendiri biarpun tindakannya dianggap kurang tepat oleh anak baginda.


Timbul persoalan dalam kepala saya, apakah Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am Pas mahu pun atas sifatnya sebagai Menteri Besar Kelantan lebih hebat daripada Rasulullah SAW, Sayidina Umar Al-Khattab, Umar Abdul Aziz dan sebagainya sehingga nasihatnya dimutlakkan.


Bukankah dengan memutlakkan nasihatnya itu bersifat takbur, angkuh, sombong, bongkak dan riak, sekali gus menidakkan tahap keilmuan orang lain, termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Betulkah beliau lebih berilmu dari segala ilmuwan sehingga nasihat dan pendiriannya tidak boleh dicanggah?


Kalau Abdul Hadi tidak cukup ilmu untuk menjadi presiden kepada parti yang begitu gah dengan gebeng perjuangan Islam, kenapa beliau boleh diberi kemenangan percuma apabila Nik Aziz sendiri hanya menerima satu pencalonan sahaja bagi merebut jawatan presiden.


Saya yakin ramai pemimpin, ahli dan penyokong Pas akan menganggap saya boneka UMNO, malah ada yang akan labelkan saya diupah untuk menulis tulisan yang menyanggah Nik Abdul Aziz.


Bagaimanapun tujuan saya menulis adalah untuk memenuhi tuntutan fardu kifayah serta memenuhi tuntutan surah Al-Asyr dalam memperingatkan Nik Aziz bahawa memutlakkan nasihat, pandangan atau pendiriannya adalah tidak tepat dengan hukum-hakam.


Mudah-mudahan, beliau boleh menerima hakikat bahawa ubat yang paling pahit adalah yang paling mustajab.


Memang bercanggah pendapat atau tidak bersetuju dengan pandangan atau pun pendirian orang lain dibolehkan oleh Islam tetapi memutlakkan pendapat, pandangan, pendirian dan nasihat kita bagi saya adalah tidak berapa selari dengan hukum-hakam.


Semoga alim ulama, termasuk para mufti dapat memberi pandangan masing-masing memandangkan apa yang menjadi pendirian, kata-kata dan apa yang dilakukan oleh Nik Aziz dianggap suci dan selari dengan Islam belaka oleh sebilangan besar pemimpin, ahli dan penyokong Pas.


Isnin, 15 Jun 2009

YA ALLAH

KURANG AJAR ..PELACUR POLITIK DAN PENGKHIANAT BANGSA. YA ALLAH , KAMI BERMOHON KEPADA MU AGAR AGAMA KAMI, NEGARA KAMI DAN BANGSA KAMI DISELAMATKAN DARI KEKUFURAN DAN KEZALIMAN YANG DIBAWA OLEH MANUSIA DURJANA BERNAMA ANWAR IBRAHIM DAN ZAID IBRAHIM. YA ALLAH, KAU AMPUNILAH DOSA KAMI DAN BERILAH PETUNJUK KEPADA KAMI BAGI UNTUK BERHADAPAN DENGAN MANUSIA DURJANA YANG BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA.


YA ALLAH , KAMI BERMOHON KEPADAMU AGAR KAMI DIBERI PETUNJUK DAN HIDAYAH UNTUK KAMI TERUS MEMIMPIN SAUDARA- MARA KAMI DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR KAMI.. AMIN..YA RABBAL ALAMIN...

Terima Kasih

Seminggu dah tak update blog sebab berkursus di INSTUN Perak belajar Kanun Tanah Negara. terima kasih kepada tenaga pengajar yang telah sedikit sebanyak memberi ilmu berkenaan tanah yang dikira wajib untuk orang seperti saya mengetahuinya. Semoga tuan-tuan sekelian yang terlibat dengan penyediaan kursus tersebut dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT kerana jasa dan budi tuan-tuan sekelian.

Jumaat, 5 Jun 2009

STRATEGI BARU

Berikut adalah strategi baru UMNO/BN untuk berkempen di Manek Urai.

1. Lantik Pengerusi BN negeri untuk menjadi Pengarah Jentera Pilihanraya dan dibantu oleh Pengerusi BN Bahagian disitu.

2. Pilih calon yang berkelayakan dalam DUN , jika tiada pilih calon dari asal bahagian tersebut dan jika tiada bolehlah diimport dari luar daerah. Pemilihan calon dari luar negeri amat tiak digalakkan kerana calon akan disabotaj oleh ahli parti tempatan.

3. Pengarah jentera berbincang dengan pengerusi BN tempatan menentukan gerak kerja dan bajet. Bajet dikemukakan kepada BN Malaysia.

4. BN Malaysia mesti memastikan permohonan bajet tersebut mengikut keperluan sebenarnya iaitu tidak melebihi ataupun terkurang satu sen pun. Segala bajet kemudahan asas mestilah ditolak kerana BN adalah pembangkang di Kelantan.

5. Semua kementerian adalah dilarang keras untuk menjalankan sebarang program diKelantan sehingga tamat tempoh pilihanraya kerana tidak mahu disalah erti sebagai rasuah. Lagi pun segala masalah boleh ditanggung oleh Kerajaan Kelantan yang memerintah lebih dari 18 tahun. Mana-mana menteri yang melanggar arahan ini hendaklah dipecat dari jawatan kerana melanggar undang-undang parti.

6. Tujuan utama kempen adalah untuk memperkenalkan calon sahaja kerana pengundi perlu mengenal calon secara rapat untuk mengundinya. Polisi BN tidak perlu ditonjolkan kerana selepas pilihanraya adun tersebut akan berkhidmat dibawah kerajaan negeri yang tidak sealiran polisi dengannya. Yang penting ialah bagaimana kemampuan calon menyampaikan masalah rakyat di dalam negeri ( JPP kan ada, senang la..)

7. Semua jentera BN dari negeri luar adalah dilarang sama sekali kerana akan menyebabkan penipuan berlaku dimana-mana. Ini kerana orang luar tidak mengenali hati budi dan juga adat resam dikawasan tersebut. Ini boleh menimbulkan masalah tidak puashati kepada calon dan membahayakan peluang untuk menang. Kos pengurusan parti juga boleh dijimatkan dan jentera hanya perlu menjalankan program dikawasan masing-masing dan berdoa supaya calon BN diberikan kemenangan oleh Allah SWT.

8. Tumpuan mencari pengundi adalah pengundi didalam kawasan sahaja.Ini kerana mereka telah dan benar-benar berada didalam kawasan dan akan menerima khidmat wakil rakyat tersebut. Bagi pengundi luar kempen hanya untuk mereka balik sahaja. INGAT! Jangan sesekali memberikan wang kepada pengundi luar ataupun tempatan kerana ianya adalah satu kesalahan rasuah yang boleh dihukum oleh akta SPRM 2009 yang dilaksanakan oleh Tun Lah dulu.

9. Kempen mestilah menceritakan keburukan parti lawan yang sehingga kini telah banyak menyesatkan pemikiran masyarakat dan bukannya bercerita dengan politik pembangunan yang jelas sudah tidak diterima oleh masyarakat.

10. Isu nasional juga memainkan peranan yang penting dan oleh itu kepimpinan tertinggi perlu memastikan supaya isu-isu peribadi pemimpin seperti tidak menutup aurat, sombong, lemah dan sebagainya harus diperbaiki secepat mungkin.

11. Oleh kerana tiada perubahan yang akan berlaku diperingkat kepimpinan negeri jika BN menang disini maka janganlah ditabur sewenang-wenangnya peruntukan kerajaan pusat disini kerana ianya hanya menguntungkan kepimpinan negeri sahaja.

Rabu, 3 Jun 2009

Nak tangkap, tangkap lah

Melayu dikhianati?


Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.


''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.


Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.


Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?


"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?


-Awang Selamat

Makluman penting...

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis tertarik dengan artikel yang ditulis oleh RockyBru mengenai keputusan survey Merdeka Center mengenai DS Najib Tun Razak.

Jika kita hanya membaca berita atau pun artikel di dalam web-web seperti Malaysian Insider tanpa ingin tahu cerita sebenar dan keseluruhan survey yang dilakukan oleh Merdeka Center, kita akan beranggapan seolah-olah DS Najib tidak popular dan tidak disokong oleh hampir separuh (45 % sahaja) respondens survey tersebut.

Kita akan berasa was-was dengan Presiden UMNO dan Perdana Menteri kita sendiri. Perasaan was-was ini boleh merebak menjadi perasaan benci atau dingin kepada pada parti UMNO dan Najib Razak jika kita terus dihujani dengan pelbagai tohmahan negatif terhadap parti UMNO dan Najib sendiri.

Perasaan was-was ini pastinya juga merupakan lubuk kepada parti pembangkang untuk memporak-perandakan lagi persepsi dan pertimbangan rakyat terhadap kerajaan hari ini dan parti UMNO.

Parti pembangkang pastinya akan menyalahgunakan survey ini di dalam web, blog dan ceramah mereka untuk memburuk-burukkan nama Perdana Menteri Malaysia. Modus operandi mereka ini mungkin berhasil, lebih-lebih lagi ramai di antara kita yang menelan bulat-bulat kata-kata pemimpin parti pembangkang tanpa usul periksa.

Realitinya, kita malas mencari sendiri fakta-fakta atau tidak cuba mencari kebenaran atau hanya mendengar dari satu pihak sahaja sehinggakan kita senang terpengaruh dengan strategi penulisan dan lenggok ceramah yang hanya memenangkan satu pihak sahaja dan menjatuhkan pihak yang satu lagi.

Jika kita rujuk artikel-artikel yang menyentuh survey Merdeka Center, penekanan dan ayat-ayat yang digunakan seolah-olah Najib Razak sangat teruk.

Contohnya, "hanya 45% yang puas hati dengan prestasi Perdana Menteri'. Jika sekali imbas dan tanpa melihat nilai sebenar survey itu, kita akan beranggapan bahawa 55% (100% - 45%) tidak puas hati dengan Najib dan nilai itu sangat besar serta 'menakutkan' atau 'memalukan'.

Tentunya ramai yang berbelah bahagi. Mereka yang menyokong Najib Razak pastinya akan melompat marah dan mengatakan bahawa survey tersebut berat sebelah dan tidak boleh digunapakai, lebih-lebih jika mereka itu tidak tahu hujung pangkal mengenai Merdeka Center dan statistik keseluruhan survey itu.

Mereka yang menentang Najib Razak pastinya akan mencanang-canangkan 'keburukan Najib berdasarkan survey itu' kepada seluruh rakyat dengan harapan rakyat tidak tahu hal sebenarnya, tidak bijak dan yang paling penting ialah menelan bulat-bulat dakwaan mereka itu.

Padahal, survey itu sebenarnya telah memberikan thumbs up kepada Najib Razak sebagai Perdana Menteri.


Survey itu mendapati hanya 16% sahaja yang tidak berpuas hati dengan prestasi Najib Razak.

Yang paling memberangsangkan sekali ialah 53% responden Melayu yang berpuas hati dan hanya 13% yang tidak berpuas hati.

Kesimpulannya, DS Najib Razak menerima sokongan daripada kebanyakan responden survey tersebut. Walaubagaimana pun, beliau masih perlu bekerja keras untuk membuktikan ketokohan dan kewibawaan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dan setakat ini, beliau telah memberikan komitmen yang padu serta keputusan yang mesra rakyat.

Walaubagaimana pun, terdapat plan-plan yang telah dijalankan hanya berbentuk makro, terlalu teoritikal tetapi tidak berapa menyentuh kehidupan seharian rakyat Malaysia. Mungkin strategi awal Tun Mahathir dahulu seperti kad rakam waktu, name tag atau pun keseragaman waktu di antara semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang digunapakai setiap hari oleh rakyat Malaysia perlu difikirkan oleh think tank Najib Razak.

Mungkin ada yang memandang sinis contoh-contoh yang penulis berikan itu tetapi iniasitif-inisiatif tersebut masih digunapakai sehingga ke hari ini dan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seluruh rakyat Malaysia. Besar sebenarnya impak inisiatif Tun Mahathir tersebut.

Realitinya, perjalanan DS Najib Razak masih jauh dan onak durinya terlalu banyak serta menyakitkan.

Selasa, 2 Jun 2009

Fikir dulu baru buat

Cubaan untuk menginiaya orang semakin berterusan nampaknya. Pemikiran jahat yang dimulakan semasa Menteri bukan Melayu di JKR nampaknya berterusan walaupun kini menteri yang bertanggungjawab ialah orang melayu Islam. Berbagai cara yang hendak dibuat termasuk mengecilkan saiz kontraktor kelas F ( Semua bumiputera) yang kononnya kontraktor ini terlalu banyak, tak berdaya saing, tidak mempunyai modal,separuh masa dan sebagainya. Yang Peliknya hanya kontraktor kelas F sahaja yang diusik. Tidak pula kontraktor kelas besar yang kebanyakannya memang mengalibabakan kontrak serta hanya pandai melobi tetapi tidak buat kerja ( serah pada orang bukan Melayu ) ..atau mungkin kerana kenalan lebih ramai di peringkat kelas besar berbanding kelas F.

Antara cadangan kementerian adalah untuk mengurangkan bilangan dan juga menubuhkan konsertium kelas F. Kalau nak kurangkan senang sahaja, ketatkan syarat untuk memberbaharui lesen dan juga tutup semua permohonan baru ( kecuali kroni????). Syarat yang ketat sudah semestinya akan membantu banyak dalam mengurang lesen dan dalam masa yang sama dapat menutup periuk nasi golongan bumiputera ( tahniah!!!!). Dengan cara menubuhkan konsertium pula akan menjadikan lebih ramai monopoli apabila hanya kontraktor yang mempunyai modal yang banyak sahaja akan menjalankan kerja manakala yang lain akan bertindak sabagai rakan kongsi tidur ( “ Sleeping partner “) sahaja.

Kerja-kerja kelas F akan dapat dikurangkan dan peluang untuk lesen kelas besar mendapat kerja akan bertambah kerana projek kecil akan dicantumkan untuk memberi perluang kepada pemegang lesen dari seluruh kaum ( 1Malaysia katakan)..Ini juga akan menambah peluang golongan bukan bumiputera kerana mereka mempunyai lesen selain dari kelas F dan persaingan harga akan berjalan secara tidak sihat kerana mereka mempunyai modal yang lebih dari kontraktor bumiputera.

Sepatutnya Dato’ Shaziman memikirkan bagaimana untuk menambah pendapatan golongan bumiputera dan memperbaiki sistem pemberian kerja yang melibatkan banyak urusan kakitangan kerajaan yang korup dan berkepentingan. Banyak idea-idea pemimpin tempatan terutama dari UMNO demi untuk kebaikan tempat tersebut ditolak oleh pegawai kerajaan kerana merasakan mereka berkuasa penuh membuat keputusan. Perkara begini akan memberi kesan kepada UMNO secara lansung kerana umno yang berkuasa ketika ini. Lebih baik Dato’ menteri memikirkan bagaimana untuk JKR dapat bekerja dengan parti memerintah kerana kerajaan dibentuk oleh parti. Kalau tidak kerana sokongan orang parti jangan harap kita akan memegang jawatan dalam kerajaan. Fikir lah...

Isnin, 1 Jun 2009

Barang yang lepas dilupa jangan

Mengimbas kembali kata-kata pemimpin kaum India dan Cina yang dipetik dari artikel Awang Selamat pada Mingguan Malaysia semalam menunjukkan betapa pentingnya sejarah diajar disekolah-sekolah rendah. Matapelajaran sejarah akan membantu kanak-kanak diMalaysia ( tanpa mengira kaum ) dapat memahami bagaimana Malaysia terbentuk. Kenapakah dinegara Malaysia yang majoritinya orang melayu mempunyai rakyat berbangsa cina dan India meskipun telah ada negara China dan India di timur dan barat Malaysia.

Sejarah ini perlu diceritakan dengan telus supaya apa yang berlaku dapat difahami dan dijadikan panduan kepada generasi baru. Ini akan membendung maklumat palsu berkaitan sejarah yang diceritakan oleh parti pembangkang demi untuk meraih sokongan undi pada pilihanraya. Fakta sejarah yang diputar belit akan menjadikan masyarakat berpecah belah dan keliru dengan status kedudukan masing-masing. Dalam negara majmuk ini, kestabilan politik, ekonomi dan sosial amat penting kerana ia akan menentukan keadaan negara tersebut. Jika rakyat Malaysia kini hidup saling mencurigai kerana maklumat palsu tersebut maka negara tidak akan stabil dan kebajikan rakyat akan terabai.

Oleh yang demikian kementerian pelajaran perlu segera mengemaskini fakta sejarah yang ada dan dibukukan supaya senang dipelajari oleh generasi baru. Ini akan menjadi bekalan kepada generasi baru dalam bagaimana harus negara ini ditadbir pada kemudian hari supaya kestabilan dan kemakmuran yang ada ketika ini dapat dipertahankan.

Makluman

Al fatihah kepada Puan Zaharah Taib ( Kak Chik ) , Ketua Wanita UMNO Cawangan jengka Batu 13 yang meninggal dunia baru-baru ini. Semoga Allah mencucuri rahmatnya dan masukkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Maaf kerana terlambat posting maklumat ini..