Sabtu, 20 Jun 2009

Majlis Ramah Mesra PPU Maran Bersama PPU Negeri Pahang


Sekalung tahniah dan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang atas kesudian untuk beramah mesra dengan Ketua –ketua PPU Cawangan dan juga AJK PPU Bahagian Maran. Majlis yang berlangsung pada 16hb Jun 2009 ( Selasa) dimulai dengan majlis makan malam di Dewan UMNO Pekan tajau dan seterusnya mendengar ucapan dan amanat yang hendak disampaikan oleh Saudara Abu Jimi Bin Samat selaku Ketua Pemuda Negeri yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis. Beberapa perkara telah jelaskan kepada Pemuda dimaran termasuk Rukun Pemuda yang digagaskan oleh Saudara Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Seramai 100 orang ahli pemuda telah hadir bersama pada malam tersebut untuk mendengar amanat yang disampaikan. Setelah itu Saudara Ketua Pemuda Negeri berbesar hati untuk membuka majlis dialog bersama dengan Pemuda UMNO Bahagian Maran. Beberapa perkara telah dibangkitkan dan alhamdulillah ianya memuaskan hati semua yang hadir pada malam tersebut.

Rakan – rakan ketua pemuda negeri yang sudi hadir bersama ialah sdr Suhaimi Sulong ( Pen S/U ) , Sdr Rodzuan Zaabar ( Bendahari ) , Sdr Mohd Jafree Wahab ( Ketua Penerangan ) Sdr Arif Fadhillah ( KP Raub ) , Sdr Halim ( NKP Lipis ) , Sdr Helmi ( NKP Kuala Krau ) serta beberapa rakan jawatankuasa mereka.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian juga amat mengalu-alukan kehadiran Saudara Mohd Suffian Bin Awang yang merupakan Exco PPU Malaysia yang juga merupakan KP Bahagian Kuantan. Segala sokongan dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sdr Abu Jimi juga telah berbesar hati untuk berjumpa dengan semua AJK PPU Bahagian Maran secara tertutup untuk perbincangan yang lebih menyeluruh untuk mendapatkan isu-isu semasa yang perlu ditangani segera bagi memastikan UMNO kembali mendapat tempat dihati orang muda.

Semoga langkah pertama PPU Negeri Pahang ini akan menjadi titik tolak perubahan kepada iltizam UMNO untuk kembali menjadi parti utama di Malaysia. Insyaallah...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan