Saya merasa agak terkejut dengan kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin , Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku ismail yang secara sewenangnya menuduh sayap Puteri dan Biro Putera sebagai penyebab kepada politik wang yang berlaku sekarang ini. Ini adalah satu kenyataan ekstrem yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin veteran yang berpengalaman luas dalam hal ehwal parti. Lagi pun tugas sebagai seorang Pengerusi Lembaga Disiplin bukan sahaja bertujuan untuk menentukan salah atau betul tetapi membantu MT memastikan keadilan dapat ditegakkkan dan imej UMNO dapat dibersihkan dari pandangan buruk masyarakat.
Sebagai seorang pengerusi lembaga disiplin juga kenyataan tersebut seolah-olah melepaskan geram pada tempat yang salah kerana dalam keadaan imej UMNO kini tidak sepatutnya beliau emosional dalam memberikan pandangan. Apalah salahnya orang muda mengikuti politik dari usia muda kerana cabang politik ini juga merupakan salah satu cabang yang penting dalam ajaran Islam. Kerana kebijaksanaan pemimpin terdahulu berpolitiklah membolehkan tanah Melayu merdeka dan seterusnya terbentuknya Negara Malaysia. Tun Razak juga mampu menangani masalah yang berlaku pada tahun 1969 dengan baik kerana pengalamannya yang luas dalam bidang politik sejak dari peringkat usia muda lagi. Pendedahan awal akan membantu pemimpin masa depan erti politik sebenarnya. Ini akan membantu melahirkan kepimpinan baru yang dinamik dan berwawasan dalam memastikan negara sentiasa memiliki kepimpinan terbaik untuk kebaikan rakyat keseluruhannya.
Sebagai pemimpin senior dan veteran sepatutnya pemimpin lama dalam UMNO seperti beliau mencari jalan bagaimana untuk merapatkan golongan muda dengan aspirasi parti dan bukannya mencari publisti murahan dengan kenyataan sedemikian yang juga akan menyebabkab parti sendiri menerima akibatnya. Apakah perasaan ahli-ahli Puteri dan Putera yang sejak penubuhan mereka tidak putus-putus memberikan khidmat bakti kepada parti. Tidakkah mereka ini akan rasa dikhianati dan tidak dihargai oleh pucuk pimipinan dan seterusnya menyebabkan mereka akan jauh hati dengan UMNO. Apatah lagi untuk menghapuskan sayap Pemuda Dan Wanita yang sejak dari penubuhan UMNO lagi menjadi platform kepada pemimpin pelapis UMNO dan juga menjadi golongan pendesak dan penegur kepada kesilapan kerajaan dikuasai oleh UMNO/BN.
Dengan pendapat dan pandangan sedemikian saya fikir tidak lagi sesuai Tan Sri tengku Ahmad Rithauddeen memegang jawatan Pengerusi Lembaga Disiplin kerana sikapnya yang berperasangka buruk yang boleh mempengaruhinya dalam membuat penghakiman. Jika beliau benar-benar ikhlas dan sayangkan UMNO maka beliau perlu memohon maaf secara terbuka kepada semua sayap atas keterlanjuran beliau itu. Ingatlah, terlajak perahu boleh diundur…terlajak kata buruk padahnya….