Isnin, 5 Januari 2009

SEDIA GEMPUR

Tinggal sehari lagi menunggu esok untuk hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Bagi Jentera Pemuda UMNO Pahang sahaja, anggaran lebih kurang 1000 ahli pemuda UMNO akan bertolak ke Kuala Terengganu mulai petang ini untuk membantu memberi sokongan kepada Calon Barisan nasional dari Parti UMNO iaitu Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada hari penamaan calon esok. Kepada semua jentera pemuda UMNO yang dalam perjalanan yakinlah bahawa anda semua ketika ini terlibat secara langsung dalam usaha UMNO untuk mempertahankan Agama dan Bangsadi bumi yang tercinta ini. Janganlah merasa takut dan gentar serta merasa keliru dengan pendirian kita. Yakinlah bahawa hanya UMNO yang mampu untuk menegakkan Agama Islam di bumi Malaysia ini. Janganlah merasa kerdil dihadapan penyokong parti lawan yang berlagak seolah-olahnya mereka berada dipihak yang benar. Tetapi yakinlah bahawa sebenarnya kitalah yang bersama dengan Siratul Mustakim..

Kepada Jentera Pemuda UMNO Maran yang akan bertolak malam ini, saya doakan keselamatan dan kesejahteraan kepada saudara semua dalam perjalanan , semasa berkempen dan selamat pulang apabila selesai nanti. Jasa dan sumbangan anda kepada Parti Keramat UMNO terutamanya bahagian Maran ini saya doakan agar diberi rahmati oleh Allah swt. Selamat berjuang pembela agama dan Bangsa… Gegarkan Stadium Negeri nanti dengan laungan keramat UMNO …SEDIA....GEMPUR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan