Jumaat, 31 Julai 2009

Sudah-sudahlah...

Nampaknya masih belum ada sebarang tindakan konkrit yang menampakkan usaha pihak berkuasa untuuk menghalang demontrasi jalanan yang dirancangkan baik di sebelah perwaris ataupun GMI. Mungkin ketika ini agak lewat untuk saya memberi ulasan tetapi nampak seperti perbuatan ini sudah meresapi masuk kedalam budaya rakyat Malaysia. Sikap protes dijalanan yang dianggap sebagai akar demokrasi ini menunjukkan kekebalan sistem demokrasi berbanding undang-undang negara. Perkara ini jika tidak diambil serius oleh semua rakyat termasuk penguatkuasa undang-undang iaitu pihak kerajaan akan mewujudkan suasana tidak aman dan harmoni dalam negara.

Memang benar bahawa setiap rakyat mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan tetapi tidak sampai boleh menghuru-harakan masyarakat mahupun menyusahkan mereka. Sebagai contoh oleh kerana perhimpunan yang melibatkan ribuan rakyat di kawasan jalan yang sesak dengan kenderaan akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk>.Sikap aggresif yang ditunjukkan oleh penunjuk perasaan boleh mengakibatkan perasaan takut dan tidak tenteram dikalangan rakyat yang tidak bersetuju dengan mereka tetapi kerana takut maka mereka juga akan mengiakannya.Justeru tidak timbul lagi demokrasi tetapi paksaaan yang timbul secara tidak sengaja.

Sebagai masyarakat yangberilmu dan telah akur dengan jalan demokrasi yang memperuntukkan sistem pilihanraya setiap tempoh lima tahun membolehkan rakyat memilih pemimpin yang boleh melaksanakan suara mereka. Jadi sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab sepatutnya akur dengan tuntutan demokrasi ini. Janganlah digunakan untuk kepentingan peribadi semata-mata sahaja. Ini boleh menyebabkan keadaan dalam negeri menjadi tidak terkawal dan akhirnya menimbulkan kesusahan kembali pada rakyat. Oleh yang demikian sepatutnya kita lebih bertanggungjawab dalam setiap tindakan kita kerana ianya melibatkan masyarakat secara keseluruhannya.

Sikap yang suka menunjuk-nunjuk kuasa dan tidak hormat kepada pegawal penguat kuasa seperti polis yang diberi kuasa menjaga keamanan dalam negara juga sering diperlekehkan oleh para penunjuk perasaan. Ini akan menimbulkan suasana yang tidak baik dalam negara. Sebagai pengawal penguasa Polis bertindak dan menjalankan tugas mengikut situasi. Janganlah kita mengharapkan layanan yang lemah lembut apabila kita sendiri yang berkeras dengan mereka. Janganlah dihina dan dimaki mereka kerana seperti kita juga mereka juga adalah rakyat dan berhak untuk hidup aman dalam negara ini. Janganlah bila ada kepentingan seperti kesesakan lalu lintas atau kawasan rumah kita di ganggu perompak barulah terhegeh-hegeh meminta bantuan polis tapi dalam masa yang sama kita riuh seluruh negara menghina mereka.

Lagipun tujuan perhimpunan ataupun demontrasi yang diadakan untuk menentang satu undang-undang yang ketika ini dalam peringkat kajian oleh pihak kerajaan dan sedang diperhalusi. Mungkin forum yang lebih profesional lebih sesuai digunakan untuk menyampaikan pandangan dan jangan hanya pandangan kita ditolak majoriti maka kita berhak melakukan apa sahaja dengan berlindung atas dasar demokrasi. Tidak perlu sebenarnya kita terpengaruh dengan budaya barat yang sememangnya tidak mahu mengikut undang-undang baik ciptaan manusia ataupun Allah hanya atas dasar kebebasan hak asasi. Kalau nak diikutkan masa kehidupan didunia yang sekejap ini lebih baik digunakan untuk beribadat kepada Yang Maha Esa sahaja. Tetapi kerana Dunia ini adalah tempat persinggahan kita maka seharusnya juga kita mengerjakan apa yang termampu dengan nikmat-nikmat Allah diatas muka bumi ini.

Khamis, 30 Julai 2009

Sapa-sapa la

Malas nak tulis panjang-panjang malam ni. Cuma nak kata...Jahanam siapa yang cakap berbelit-belit.

Rabu, 22 Julai 2009

Ntah apa-apa

Pelik... Siasatan Polis DIRAJA Malaysia belum pun selesai pemimpin pembangkang sibuk untuk mengadakan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian pembantu exco Selangor di Pejabat SPRM Selangor. Sepatutnya sebagai pemimpin yang bertanggungjawab menteri Besar Selangor perlu meletak jawatan kerana telah gagal menjaga keharmonian negeri Selangor. Sikap TAn Sri KHalid yang menyokong rushan dna perhimpunan haram amatlah dikesali dan cara membawa keadilan kejalanan juga merupakan tindakan pengecut yang berselindung dari proses keadilan yang sebenar.

Sepatutnya pihak pembangkang tidak begitu terlatah dengan apa yang berlaku kerana perkara yang berlaku masih dalam siasatan pihak berkuasa. Jika rakyat diajar untuk mendahului undang-undang sudah tentulah negara akan jadi tidak aman kerana semua sistem pentadbiran tidak dapat berfungsi dengan baik dan semua perkara yang berlaku dibawa kejalanan dan akhirnya kerajaan akan tumbang dan negara akan jadi huru hara. Mungkin ramai akan menyanggah pendapat ini tapi saya yain dan percaya bahawa kebebasan hak asasi dankeadilan sejagat serta demonstrasi tidak boleh mengatasi prinsip keadilan, kebebasan dan hak yang terkandung dalam Islam itu sendiri. Oleh kerana itu kerajaan bertanggunjawab untuk melindungi hak semua rakyat ( bukan segelintir yang degil dan tidak bertanggungjawab)demi keadilan untuk semua. Tidak adil jika pembangkang hanya pandai memanipulasikan isu sementera pihak kerajaan BN terpaksa menyelesaikannya seperti yang tergambar apabila LGE meminta bantuan Pusat mengenai masalah dikampung Pala Pulau Pinang.

Sepatutnya pembangkang bersikap terbuka dan menunggu siasatan dijalankan dan tidak begitu tergopoh gapah minta supaya kes itu diselesaikan dengan cepat sedangkan pihak polis mempunyai begitu banyak kes yangs edia yang mash dalam siasatan yang begitu ramai pihak yang menunggu hasil siasatan tersebut untuk keadilan bagi diri mereka. Namun atas permainan jahat pembangkang maka pihak polis terpaksa menghalkan segala jentera kearah siasatan kematian Beng Hock kerana semata-mata desakan rakyat yang terpengaruh dengan politik kotor pihak pembangkang ( nanti adalh pulak yangtuduh BN macam-macam). Setiap kes perlu diselesaikan satu persatu supaya ianya tidak akan jadi siasatan yang tidak adil pada semua pihak termasuk pegawai penyiasatnya.

Jumaat, 17 Julai 2009

SPRM lagi

Nampaknya suasana menjadi kecoh apabila seorang pembantu khas kepada seorang exco di selangor telah didapati mati selepas disoal siasat oleh pegawai SPRM. Dan yang menjadikannya lebih dramatik apabila mayatnya dijumpai di tepi bangunan SPRM yang dipercayai jatuh, terjatuh ataupun dijatuhkan. Walaupun penglibatan pegawai SPRM boleh lah dikatakan hampir 90% tidak akan terlibat. Namun persepsi rakyat boleh manipulasikan dan ini adalah kepakaran PR dalam memainkan persepsi negatif terhadap SPRM.

Tanpa menunggu masa yang panjang seolah-olah seperti penagih dadah mendapat dadahnya maka pemimpin PKR dan DAP dengans serta merta membuat demonstrasi ni Pejabat SPRM ( demokrasilah katakan). Dengan di ketuai oleh Menteri Besar Selangor , Tan Sri Kahlid penyokong PKR dan DAP lebih bersemangat lagi mengutuk SPRM dihadapan pejabat mereka. Perkataan seperti Hancur SPRM dan Jahaman SPRM ( macam Abu Jahal ngutuk Nabi SAW dulu....kiasan sahaja) di depan kaabah ketika Nabi SAW dan para sahabat beribadat dan berdakwah di kota Mekah. Alhamdulillah yang benar pasti akan datang mengatasi kegelapan dan penipuan.

Tentu sahaja ketika ini pihak polis terpaksa bekerja keras untuk memastikan kes ini selesai dengan cepat supaya persepsi negatif kepada agensi kerajan ( Oppss..Suruhanjaya ) seperti SPRM ini tidak menjadi mangsa mainan politik pembangkang. Walaupun sekuat mana pegawai SPRM menghina UMNO dan Kerjaan BN di pusat ketika menyiasat ahli UMNO/BN tetapi tidak pernah UMNO/BN cuba untuk bekonfrantasi dengan suruhanjaya kerajaan seperti SPRM ni. Ingatkan apabila pembangkang bersetuju menubuhkan SPRM dulu maka mereka tetapi akan membelanya tetapi ibarat melepaskan anjing tersepit , sudah dilepaskan digigitnya pula.

Banyak juga komplen yang kita dengar mengenai cara siasatan SPRM yang tidak begitu disenangi oleh rakyat dan juga pegawai kerajaan yang lain. Tetapi kuasa besar yang ada pada mereka menjadikan mereka kelu dan tidak tahu untuk mengadu kepada sesiapa berkenaan perka ini. Perkataan seperti "aku lebih berkuasa dari polis", "aku hanya ikut KYDMM Agong bukannya Perdana Menteri" , serta penghinaan dan ugutan semasa soal siasat juga mempengaruhi emosi mangsa( ...mungkin). Tetapi kita juga tidak boleh menolak dua faktor lagi iantu kemalangan dan kecuaian sendiri dan satu lagi ialah konspirasi politik oleh orang tertentu untuk memastikan rahsia mereka yang ada pada Teoh beng Hock di dibocorkan pada orang lain. Dalam dunia yang serba moden apa sahaja boleh berlaku dan tiada yang mustahil.

Sesungguhnya saya percaya bahawa Allah SWT paling berkuasa dan dia juga berkuasa untuk menguji seseorang itu. Mungkin kerana seseorang sentiasa memohon supaya dia diangkat jadi pemimpin dan mengutuk pemimpin sebelumnya maka dia gagal menghadapinya. Tan Sri khalid sebagai Orang Nombor satu di Selangor sepatutnya bertanggungjawab kepada keamanan dan agensi kerajaan di bawahnya tetapi beliau sebaliknya terpengaruh dengan permainan politik DAP yang cuba menghuru-hara negara yang aman damai supaya dapat mengambil alih kerajaan Islam yang ada ketika ini.

Rabu, 15 Julai 2009

Muhasabah di Pagi Hari

Tahniah kepada jentera gerakkerja BN di Manek Urai yang kebanyakannya orang UMNO kerana telah mengurangkan majoriti Pas disitu. tetapi hakikatnya majoriti ini dikurangkan dengan bantuan jentera UMNO seluruh negara dan PAs juga dari seluruh negara . Oleh itu adalah tidak mustahil jika dua jentera tempatan bertempur maka jentera BN boleh membuat yang terbaik dipilihanraya yang akan datang. Janganlah hanya meminta-minta tanpa memberi yang sebaiknya kerana Umno tidak mampu diusahakan seorang diri tetapi secara kumpulan.

Kepimpinan parti diperingkat tertinggi sepatutnya sudah mula menjalankan gerakan kerja secara kumpulan dengan melibatkan ( bukan mengarah atau memberi amaran) kepada semua peringkat termasuk di peringkat akar umbi. Janganlah mereka diketepikan hanya kerana peringkat kepimpinan mempunyai jawatan yang tinggi diperingkat kerajaan ketika ini ataupun sebagai YB-YB kawasan. Sikap lebih suka mengarah dari sama-sama menjalankan gerak kerja seperti menjalankan program penerangan diperingkat kampung dan bandar tidak akan membawa kebaikan apa- apapun. Pemimpin yang menjawat jawatan kerajaan seperti menteri tidak perlu menunggu 1000 orang yang hadir baru nak turun tetapi sepatutnya cukup sekadar kumpulan kecil tidak melebihi 150 orang. Jentera parti ini boleh diperkuatkan lagi dengan jentera parti diperingkat pusat yang melibatkan sayap- sayap iaitu wanita, pemuda dan puteri. Jangan hanya program besar sahaja yang ingin dihadiri oleh exco pusat ataupun hanya datang merasmikan mesyurat perwakilan pemuda bahagian. Becakap pandai tetapi retorik semata-mata, berjanji tetapi tidak ditepati, kenal semasa hendakkan jawatan sekarang nak berjumpapun kena menunggu list appoinment yang panjang. Akhirnya alasan paling popular iaitu sibuk digunakan. Rupanya sibuk mencari perniagaan untuk mengisi kantong sendiri dan akhirnya parti sendiri terabai.

Sepatutnya ketika ini peringkat pusat yang lebih dekat dengan kementerian dan jabatan persekutuan mengusahakan agar semua bajet dari kementerian yang berkaitan dengan hal kemasyarakatan dan program dihantar keperingkat bahagian yang tidak mampu berurusan di ibukota setiap hari kerana urusan kerja dan sebagainya. Ini akan melicinkan pentadbiran dan sebarang program yang dijalankan tentunya dikreditkan pada umno dan sebarang cadangan program lain akan datang juga akan menggunakan platform umno dan dengan sendirinya nama umno ini akan sentiasa berada dibibir rakyat. Kemudian bolehlah dibuat secara berhemah dan munasabah penerapan nilai dan ajaran Islam sepenuhnya di dalam neegara dengan dimulai diperingkat individu, keluarga ( jangan pula ayah pakai serban anak perempuan rambut merah) , rakyat keseluruhan dan akhirnya tentunya dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa proses islamisasi itu berjalan dalam pemerintahan negara.

Kerjasama yang erat antara peringkat bawahan dengan atasan ini juga akan memastikan timbul suasana yang harmonis yang akan menaikkan semangat jentera-jentara parti dalam menajalankan kerja-kerja parti. Sebagai sebuah parti politik yang baik , program anjuran parti ( bukan kerajaan) adalah platform terbaik untuk menarik minat rakyat untuk mengundi parti tersebut dalam setiap kali pilihanraya. Pemimpin parti tidak boleh menyamakan program kementeriannya ataupun jabatannya mengadakan program maka dibin kan keatas umno tanpa melalui beberapa proses yang jelas menunjukkan penglibatan Umno ( ahli umno bukan sebagai alat meramaikan majlis).

Sebagai seorang jentera parti , apa yang paling penting ialah apakah pulangan yang akan diperolehi oleh beliau samada secara langsung atau tidak langsung. Pulangan secara langsung sudah tentu merupakan kaedah terbaik seperti Pas yang menawarkan syurga ( walaupun mereka menafikannya) kepada pengikutnya dan jelas ketika ini ianya berjaya. Jentera parti Umno diperingkat awal dulu percaya denga perjuangan mereka, anak cucu mereka akan mendapat kesenangan hidup di Malaysia dan Umno dengan bangganya berjuang bagi memastikan cita-cita tersebut tercapai. Malangnya dalam pada menjalankan perjuangan itu Umno gagal menjadi dinamik dalam perjuangannya.

Arah perjuangan kemajuan, kesenangan dan pembanguna untuk generasi muda telah tercapai dan hari ini tetapi disetiap pilihanraya masih lagi lagu yang lama didendangkan ( mungkin salah satu faktor di Manek Urai ) sedangkan parti-parti lain menjual produk-produk baru mereka dengan lebih baik. Mengambil contoh parti keluarga Amwar Ibrahim iaitu PKR yang jelas asal tujuan untuk membela anwar tetapi kerana pemandunya seorang yang dinamik ianya telah menjadi asas perjuangan "KEADILAN" dan diterima oleh rakyat secara membabi buta tanpa penerangan yang jelas cuma retorik semata-mata. Bagaimana keadilan yang nak diwujudkan kalau ada sikap double standard diantara mereka sendiri.

Pas sendiri telah berjaya menawan kembali sokongan orang melayu dan bukan melayu dengan membuang hasrat penubuhan kerajaan Islam dan mengenengahkan konsep negera kebajikan ( walaupun ramai rakyat kelantan memerlukan kebajikan) dan ianya diterima oleh rakyat. Sedangkan selama ini telah pun ada pelbagai skim untuk membantu rakyat yang susah ( dan ramai yang menipu) dan skim bantuan ini sentiasa berubah-ubah untuk keperluan semasa. Walaupun jelas larangan dalam agama untuk meminta-minta tetapi tetap ramai orang melayu ( Islam, ramai juga dari Pas) yang begitu bising jika mereka tidak dapat bantuan dari kerajaan. Oleh kerana olahan yang baik maka Pas kini boleh dikatakan saingan hebat bagi Umno dan dalam beberapa pilihanraya keika ini jelas Pas melebihi Umno dari segi sokongannya.

Namun semua ini boleh diatasi jika Umno dapat berkembang dengan lebih pantas dari parti-parti saingan mereka. Sistem hiraki cawangan, bahagian yang selama ini kurang diberi perhatian oleh peringkat tertinggi perlu diolah semula dan tidak lagi mengharapkan semua pemimpin Umno jadi ahli perniagan ( Umno Parti Kontarktor???) untuk menampung perbelanjaan parti. Perlu ada meaknisma yang baik untuk mengatasi masalah besar ini ( rungutan ahli diperingkat cawangan-bahagian) supaya program parti dapat berjalan dengan baik. Dengan tersusunnya kewangan dan bajet ini akan memudahkan umno menjemput dan membuka pintunya kepada semua golongan sepeti warga pendidik, profesional, orang kampung, pekerja swasta masuk dan lan-lain untuk bersama berbincang dan melaksanakan program untuk memastikan kesinambungan kemenangan Parti UMNO ...Untuk Agama..Bangsa...Tanahair.

Selasa, 14 Julai 2009

Tahniah 100 kali

Saya mengucapkan tahniah kepada YAB Dato' Seri Najib yang menyambut 100 hari beliau sebagai Perdana Menteri. Alhamdulillah dalam kesibukan beliau masih sempat untuk bersama rakyat meraikan perayaan seratus hari beliau menjadi Perdana Menteri. Perayaan yang pada perkiraan saya tidak perlu dan hanyalah membazirkan wang dan masa sahaja. Apalah yang dapat dicapai dalam tempoh 100 hari oleh beliau sekiranya beliau tidak mendapat sokongan penuh dari semua agensi dan anggota kerajaan. Akhirnya akan jadilah seorang Perdana Menteri ( PM ) yang hanya pandai beretorik tetapi kosong semata-mata.
Agensi dan Anggota kerajaan merupakan intipati yang terpenting untuk memastikan cakap-cakap dan idea PM dapat dilaksanakan bersama dengan para menteri yang lain. Kalaulah pegawai kerajaan enggan melaksanakan peranan tersebut sudah tentu hasilnya tidak dapat dikeluarkan dengan sebaiknya. Perlu ada usaha yang meyeluruh bagi memastikan kakitangan kerajaan ketika benar-benar berkhidmat dengan rela hati dan sepenuh ketaatan kepada kepimpinan sekarang. Tidak adil rasanya jika seorang penjawat awam yang tidak menyokong BN bekerja dengan menteri yang membawa wawasan kerajaan BN. Ini akan menimbulkan konflik apatah lagi akan menjadi persaingan terutama menjelang pilihanraya sekiranya pegawai tersebut menjaga parti yang diwakilinya. Benar bahawa mengundi adalah hak individu tetapi keihklasan dan ketaatan kepada pemimpin juga antara entiti penting memastikan kerajaan dapat beroperasi dengan baik. Perlu ada satu mekanisma baru yang memastikan hanya penjawat awam yang benar-benar selari dengan kerajaan yang memerintah ( dalam konteks sekarang BN) supaya urusan pentadbiran akan berjalan lancar dan baik untuk perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.
Seterusnya juga YAB Dato Seri Najib perlu jelas dan faham bahawa beliau jadi PM bukan kerana jawatan itu diserah oleh Pak Lah tetapi kerana dai menjadi Pengerusi BN Malaysia. Dan untuk menjadi Pengerusi BN Malaysia dia perlu untuk menjadi Presiden UMNO dan menang dalam pilihanraya diperingkat perlimen terlebih dahulu. menang bukan berseorangan tetapi menang disemua kawasan yang diwakili oleh ahli parti komponen dalam BN yang sudah bersumpah setia untuk menyokokng beliau menjadi PM. tetapi sehingga ke hari ini belum nampak gerak kerja beliau kearah memastikan parti umno kembali kuat sebaliknya tugas itu hanyalah diserahkan kepada pihak akar umbi yang dipaksa untuk taat dan setia membabi buta. Bilakah pernah ahli cawangan dapat berjumpa dengan Pengerusi Perhubungan Negeri, apatah lagi nak berjumpa dengan Presiden. Nampaknya ahli umno diperingkat cawangan cuma digula-gulakan ketika hampir pilihanraya semata-mata untuk kepentingan diri sendiri sahaja.
Berapa ramai Menteri, timbalan menteri , Menteri besar, ketua Menteri, ahli MMK dan sebgainya yang datang dari parti umno seketika dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT mula jauh pada umno cawangan apabila mendapat kuasa. ketika ini telefon sudah tidak berangkat, jalan makin laju dan kereta dan rumah makin membesar supaya sesuai dengan kedudukan. Kadang-kadang bermati-matian mempertahankan prosedur, kaedah , dasar, dan berbagai keranah birokrasi pejabat kerajaan yang dipertikaikan oleh ahli umno hanya semata-mata hendak menjaga hubungan baik dengan pegawai besar kerajaan untuk kepentingan diri sendiri. Akhirnya apabila ahli meninggalkan parti mula berteriak kesana kesini kononnya memperjuangkan parti rupa-rupanya pemilihan bahagian dan dekat sebagai umpan semata-mata.
Saya menyeru YAB Dato' Seri Najib agar mengambil sedikit masa melihat bagaimanakah keadaannya umno-umno cawangan yang hidup segan mati tak mau dan bagaimana orang umno diakar umbi kadang-kadang dihina dan dicela oleh masyarakat termasuklah pegawai kerajaan tetapi kurang pembelaan kerana sifat setiakawan telah hilang dalam umno. Umno cawangan tidak lagi mampu menjana pendapatan untuk bersendirian seperti dahulu yang banyaka hasil mahsulnya disekitar kawasan kampung tetapi ketika ini segalanya dikira dalam ringgit dan sen sahaja. kebanyakan ahli yang tinggal dicawangan-cangan ketika adalah ahli yang sememang tidak perlu lagi diterangkan kenapa perlu menyokong Umno tetapi cuma hanya perlu digerakkan sahaja dengan panduan dan bekalan.
YAB Dato Seri perlu ingat bahawa bukan semua pemimpin Umno peniaga dan kontraktor . oleh yang demikian satu mekanisma yang baru perlu dicipta. Jangan hanya mengharap cara yang sudah tidak berkesan lagi. Fikir-fikirlah...

Selamat mengundi (Manek Urai)

Malam ini adalah malam terakhir berkempen bagi parti yang bertanding dan esok pengundi akan membuat pilihan. Saya mendoakan yang terbaik kepada semua pengundi dengan harapan mereka akan mengndi BN yang saya akan pangkah jika saya merupakan pengundi di manek urai. Tetapi saya sedar bahawa tidak ada sesiapa yang mampu mempengaruhi rakyat membuang undi kecuali hidayah dari Yang Maha Esa semata-mata...Selamat Mengundi.

Rabu, 8 Julai 2009

PPSMI

Nampaknya hasrat untuk melihat orang melayu benar-benar maju tidak kesampaian apabila kerajaan hari ini dengan alasan yang tidak munasabah menukar PPSMI dan balik kepada sistem yang lama. Dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu baik pertukaran ini akan menyebabkan pembaziran wang apabila persediaan yang cukup perlu dilaksanakan kerana alat-alat mengajar ketika ini tidak lagi dapat digunakan dan terpaksa ditukar dengan yang baru. Jika berlaku kerosakan dan alat itu amat diperlukan maka kerajaan terpaksa membelinya dan ianya hanya boleh digunakan dalam tempoh 3 tahun sahaja. Selapas dari itu sudah tentu alat bantuan mengajar dan buku yang baru perlu kerana sukatan pelajaran telah bertukar kepada bahasa melayu.

Segala latihan dan alatan yang selama ini dibeli oleh Kementerian akan menjadi barang lelongan yang tidak berguna. Latihan dan penubuhan pusat latihan juga menjadi sia-sia kerana dalam tempoh tak sampai sepuluh tahun ianya telah tidak digunakan lagi. Kementerian juga akan mengeluarkan kos yang tinggi untuk melatih semula guru-guru sains dan matematik untuk mengajar dalam bahasa melayu.

Walaupun alasan Tan Sri M bahawa pencapaian PPSMI tidak mencapai target tetapi ianya tidak boleh dijadikan alasan kerana sememangnya untuk mendapatkan ilmu memerlukan ketekunan yang tinggi. Sepatutnya kementerian lebih memfokuskan bagaimana untuk mendidik anak supaya dapat seratus peratus menumpukan pelajaran. Sudah tentu program sebegini memerlukan bantuan ibu bapa dan sebaiknya digunakan peruntukan tersebut bagi program bersama memastikan anak-anak menumpukan minat kepada pelajaran dan dapat menimba ilmu dengan berkesan.

Sejarah pembelajaran ilmu telah membuktikan bahawa untuk menimbal\ilmu sebaiknya dan memahaminya dengan sebaiknya ialah melalui bahasa asalnya. Tidak mungkin seorang yang tidak tahu bahawa arab dapat menghayati maksud sebenar isi kandungan Al Quran. Oleh karana itu Kitab suci itu diturunka kepada Bangsa Arab yang sememangnya amat mahir dengan seni bahasa ketika itu. Seterusnya pabila Islam telah berkembang maju maka ramai cendikiawan Islam mula belajar bahasa Rom dan Parsi untuk memastikan ilmu-ilmu yang tidak bertentangan dengan Islam dapat dipelajari dengan sebaiknya. Oleh yang demikian maka gama Islam dapat berkembang dengan baik kerana pendakwah- pendakwahnya mempelajari bahsa disesuatu tempat sebelum mengajar mereka dengan ajaran Islam.

Sejarah universiti Islam Sepanyol sendiri membuktikan bahawa untuk memperolehi ilmu maka sesorang itu perlu memahami bahasa yang mana ilmu itu ditulis. Orang barat ketika itu berlumba-lumba untuk belajar diunivesiti Islam sepanyol terpaksa belajar bahasa arab kerana semua rujukan ketika ini dalam bahasaa arab. Setelah mereka fasih barulah mereka belajar ilmu-ilmu lain diuniversiti tersebut sehingga kini mereka lebih maju dari orang Islam sendiri. Namun yang pasti dibarat masih mengunakan bahasa mereka sehingga kini walaupun mereka semua belajar bahasa arab ketika itu.

Oleh yang demikian tidak perlulah pendokong-pendokong bahasa ( kononnya ) merasa takut akan terhapusnya bahasa melayu apabila wujudnya PPSMI tetapi ianya akan memastikan orang melayu dapat menimba ilmu dengan sebaiknya dan seterusnya mendaulatkan bangsa dan bahasa melayu itu sendiri.

Isnin, 6 Julai 2009

RENCANA UTUSAN 6/7/09


Politik nasi tambah dalam pakatan pembangkang
APA agaknya akan berlaku jika ketika ini Barisan Nasional (BN) masih menerajui Pulau Pinang dan Kedah? Bagaimana suasana di Kampung Buah Pala atau High Chaparal? Apa pula yang akan berlaku di Plaza Tol Sungai Nyior, Prai dan Bagan Ajam di Butterworth yang masih mengutip tol? Apa pula reaksi terhadap mendapan di Kondominium Gurney Park di Persiaran Gurney? Dan apa pula akan berlaku apabila seseorang secara terbuka mendakwa kuil Hindu dan tokong Cina akan diroboh?

Anda yang bijak pandai dan selalu mengikuti perkembangan dunia politik sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku. Mungkin ada demonstrasi. Begitu juga kenyataan keras dan pedas. Timbullah perkataan seperti akauntabiliti, tidak telus, rasuah, tidak prihatin nasib rakyat, perkauman dan sebagainya. Mungkin ada usul tergempar di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen. Mungkin ada desakan supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja dan macam-macam lagi. Siapakah mereka ini? Orang yang makan cili akan terasa pedasnya.

Apa pun, dunia politik minggu ini pastinya akan lebih menarik. Kita tunggu saja apa yang akan berlaku. Minggu lalu cerita perbincangan mengenai kerajaan perpaduan yang tidak menjadi kenyataan terus dibincangkan. Puncanya kerana Pas terpaksa merujuk kepada DAP dan PKR yang tidak setuju dengan idea kerajaan perpaduan. Kemudian timbul pula cerita Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat mahu berdebat dengan Presiden UMNO, Najib Tun Razak. Namun banyak pihak melihat debat itu sebagai membuang masa dan tidak membawa faedah ke arah perpaduan ummah. Mungkin lebih terarah kepada usaha untuk memecah perpaduan ummah terutama orang Melayu. Kemudian timbul pula idea wacana antara Pemuda UMNO dengan Pemuda Pas. Tetapi sekutunya, iaitu Pemuda DAP tidak setuju. Mungkin wacana ini juga tidak menjadi kenyataan jika semangat pakatan diambil kira iaitu menghormati Pemuda DAP. Jika berlaku juga, mungkin Pemuda DAP merajuk. Begitulah situasi kerjasama PKR, Pas dan DAP.

Mungkin ada yang berkata, perselisihan pendapat yang berlaku hanya mainan media atau ribut dalam cawan tetapi setakat ini DAP sudah merajuk di Kedah. Wakil rakyat tunggalnya meninggalkan pakatan pembangkang Pas-PKR. Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah pun merestui tindakan wakil rakyatnya itu. Begitulah nasib DAP sebagai parti yang mempunyai wakil tunggal yang dianggap sebagai nasi tambah kepada Pas di Kedah. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apa yang berlaku kepada DAP di Kedah. Di Pulau Pinang, wakil tunggal Pas juga tidak mempunyai peranan dalam kerajaan pakatan DAP-PKR. Hasrat Pas mahu mendapatkan kerusi exco sekurang-kurangnya bagi portfolio agama di Pulau Pinang tidak kesampaian. Di Tanjong tanpa Pas, gandingan PKR-DAP mampu 'hidup'. Nak kata nasi tambah pun tidak boleh. Tetapi sebagai rakan, sepatutnya apabila di peringkat awal sudah berpakat mahu menjatuhkan BN, maka apabila menang, sama-samalah menikmati kemenangan itu. Tidak timbul soal nasi campur atau nasi tambah. Sepatutnya menjadi nasi kawah yang boleh dimakan ramai-ramai bukannya nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang. Tetapi harus diingat di Pulau Pinang, Selangor dan Perak, DAP bukan lagi nasi tambah tetapi nasi campur - nasi yang dihidangkan dalam pinggan beserta lauk pauknya. Tetapi pada masa yang sama DAP juga perlu sokongan PKR dan Pas.

Di Kedah, kini Pas dan DAP sama-sama tidak sudi bak kata nasi tak dingin, pinggan tak retak; engkau tak ingin, aku tak hendak. Pas tidak ambil kisah dengan DAP yang hanya mempunyai satu kerusi. Ada seperti tiada. Pas mempunyai kedudukan yang kukuh di negeri Jelapang Padi itu. Lain jadinya kalau PKR melompat kepada BN dan ketika itulah nasi tambah yang ada pada DAP Kedah bernilai tinggi.

Tetapi lain pula cerita di Pulau Pinang yang popular dengan nasi kandar dan buah pala. Nasi tambah yang penting bagi DAP di Pulau Pinang ialah PKR. Kecualilah berlaku sesuatu kepada wakil rakyat PKR yang merajuk atau tidak puas hati terhadap kepimpinan Lim Guan Eng. Memang manis dapat tidur bersama seperti gambaran dalam sebuah laman web anti PKR yang menunjukkan Anwar Ibrahim, Kit Siang dan Abdul Hadi Awang tidur bersama. Tetapi apabila mimpi masing-masing berbeza maka timbullah bermacam hal yang boleh menyebabkan gangguan tidur mereka. Lebih teruk kalau ada yang meracau atau mengigau.

Pergolakan yang berlaku di Pulau Pinang amat menarik perhatian untuk menggambarkan betapa kalut, celaru dan peningnya pakatan pembangkang. Isu bermula dengan pemulauan oleh ahli-ahli majlis PKR pada majlis angkat sumpah jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Mokhtar Mohd. Jait. Akhirnya Johari Kassim yang mengetuai pemulauan itu dilucutkan jawatan ahli majlis dan menimbulkan kemarahan PKR. Maka berlakulah 'perang kecil' antara pimpinan PKR negeri dengan Guan Eng.

Tetapi apa yang menghairankan bagaimana ahli-ahli majlis MPSP dari PKR boleh bekerja dengan YDP yang pelantikannya dipertikaikan? Kenapa jika tidak setuju dengan pelantikan YDP, masih terhegeh-hegeh hendakkan jawatan ahli majlis? Kemaruk sangatkah? Tepuk dahi tanya akal, ambil cermin tengok muka.

Di Pulau Pinang, DAP dan PKR tidak boleh 'jual mahal'. DAP masih memerlukan PKR. Jika tidak akan jadilah nasi sedap gulai mentah; gulai sedap nasi mentah (serba tidak sempurna). Kerajaan negeri pimpinan DAP boleh jatuh pada bila-bila masa sekiranya PKR buat hal. Ketika itu nasi tambah Pas di Permatang Pasir mungkin bernilai tinggi, setinggi Komtar. Ketika itu mungkin permaidani sepanjang jambatan Pulau Pinang boleh dihamparkan kepada wakil tunggal Pas untuk duduk dalam kerajaan negeri.

Pakatan pembangkang di Pulau Pinang tentunya tidak mahu hilang kuasa. Maka pergolakan yang sedang berlaku bolehlah dianggap sandiwara semasa. Isu ahli majlis dan Kampung Buah Pala akan selesai supaya tidak ada yang merajuk sehingga boleh menggoncang kerajaan negeri dan Guan Eng terpaksa 'kembali' ke Melaka. Guan Eng tidak boleh membiarkan 'perselisihan' ini berterusan, jika tidak ia akan menjadi seperti anai-anai yang boleh meruntuhkan kerajaan negeri itu. Guan Eng perlu mencari jalan bagaimana mahu memusnahkan anai-anai itu dan tidak mengambil jalan mudah lari daripada masalah tersebut. Tidak guna menyalahkan orang lain setelah 16 bulan memimpin kerajaan negeri.

Harus diingat apa akan terjadi jika PKR merajuk dan bertindak menjadi pembangkang ? Memanglah sesuatu yang amat mustahil jika PKR bekerjasama dengan BN. Pas dan DAP tentu tidak setuju. Tetapi jika berlaku bagaimana?

Lain pula nasi tambah Pas di Selangor yang mempunyai harga yang tinggi. Suasana kelam kabut akan berlaku di negeri itu jika Pas Selangor merajuk. Lebih-lebih lagi jika seorang dua dari PKR pula buat hal.

Di Perak pula, satu-satunya negeri yang nasi tambah Pas bernilai tinggi - mahal harganya - sehingga mampu menjadi menteri besar, bak kata orang nasi tersaji sampai ke lutut sedangkan DAP pula umpama nasi tersenduk tidak dimakan (walaupun sudah menjadi hak tetapi tidak dapat menikmatinya)
Di Perak, DAP amat mengharapkan nasi tambah yang ada pada Pas, PKR dan juga Bebas. Tetapi DAP gagal mendapat nasi tambah Bebas menyebabkan kerajaan negeri pakatan DAP-Pas-PKR tumbang.

Begitulah kisah pelbagai 'nasi' pakatan pembangkang termasuk nasi tambah sama ada melibatkan Pas, DAP atau PKR. Semuanya seperti nasi tambah yang merupakan satu keperluan bagi membentuk kerajaan yang stabil.

Sebenarnya apa yang berlaku di Kedah dan Pulau Pinang menunjukkan bahawa bukanlah mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Mulut boleh berjanji bulan, bintang dan matahari. Tetapi untuk menunaikannya bukan kerja senang. Bercakap dan mengkritik tidak semudah melaksanakannya. Bandingkan antara orang yang buat kerja dan hanya bercakap. Selalunya orang yang banyak buat kerja sering dilihat membuat kesilapan, sementara orang yang hanya tahu mengkritik tidak akan membuat silap kerana ia sebenarnya tidak bekerja. Hanya bercakap mengikut selera.