Khamis, 30 Julai 2009

Sapa-sapa la

Malas nak tulis panjang-panjang malam ni. Cuma nak kata...Jahanam siapa yang cakap berbelit-belit.

5 ulasan:

  1. Nicky Ajis la..................

    BalasPadam
  2. Berikutan kematian Ahli DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang (Al-Fatihah), satu lagi pilihanraya kecil bakal diadakan. Dan memandangkan wakil rakyatnya sebelum ini adalah dari PAS, satu statement dari Nik Aziz telah saya jangkakan. "UMNO usah bertanding di Permatang Pasir". Dengan alasan demi perpaduan orang Melayu.

    Saya melihat statement Nik Aziz tak ubah seperti kenyataan Amerika kepada Iraq era Saddam Hussein. " Hapuskan senjata, beri kebenaran pemeriksa senjata PBB masuk ke Iraq dan tarik balik sekatan ekonomi ke atas Iraq". Iraq berkompromi dan diikutkan saje demi kesejahteraan rakyat (biarpun takde satu pun bukti wujudnya senjata pemusnah di Iraq) Last-last diserang jugak Iraq hingga musnah biarpun Iraq dah ikut arahan yang diberi.Lagi mudah nak serang negara yang dah takde senjata untuk mempertahankan diri dan negara. Ambik kesempatan!

    Amerika bertopengkan keamanan dan pembebasan, Nik Aziz bertopengkan Islam dan Melayu (Eh! Bila masa PAS benar-benar membela bangsa?) Kalau UMNO tak bertanding pun..Nik Aziz akan tetap serang UMNO. Nama Nik Aziz tak boleh lagi dikaitkan dengan PAS, kerana statementnya sekarang lebih kepada berbaur niat dan kepentingan sendiri serta lebih kepada PKR. Baik masuk PKR Ustaz oi!

    Kenapa Nik Aziz tidak berterus terang kenapa dia benci sangat dengan UMNO. Terguris hati ini bila dia menyebut perkataan "pergi jahanam dengan UMNO". Ucapan itu sama bunyinya dengan Jahanam Melayu.Lepas tu gunakan alasan Islam benarkan dia bercakap sedemikian rupa. Jadi bila saya kata Pergi Jahanam Nik Aziz pun takpela, Islam benarkan. Nik Aziz memecah belahkan orang Islam Melayu.Nik Aziz seorang musuh agama,bangsa dan negara.

    Berbalik kepada kenapa Nik Aziz tidak berterus terang kepada masyarakat kenapa dia benci kepada UMNO. Asyik-asyik kata PAS serik, sebab masa susah UMNO berbaik dengan PAS, masa senang UMNO tendang PAS. Balik-balik tu je..

    Apa kata terangkan sebab sebenarnya. Sejarah tak pernah lupa dan takkan berubah. Kenapa tak cerita pasal jawatan yang tak ditawarkan, kalah bertanding dan sikap PAS mengapi-ngapikan peneroka FELDA. Kerajaan dah jangka itu semua. Jika benar PAS ingin menyebarkan ajaran Islam, kenapa tidak masuk ke kawasan pendalam, ke kawasan orang asli yang rata-rata ramai yang menganut agama Kristian dan pelbagai lagi fahaman. Sebarkan Islam dalam kehidupan mereka. Tapi tak buat. Mubaligh Kristian yang rajin masuk ke dalam hutan.

    Tujuan PAS masuk FELDA semata-mata untuk menunjukkan kepada peneroka kononnya FELDA ni idea mereka dan sekaligus menguatkan parti mereka. Sedangkan kerajaan masa itu melihat FELDA adalah satu wadah untuk mengubah nasib orang Melayu supaya lebih baik dan maju tanpa perlu dipengaruhi faktor politik. Itu pun PAS degil dan masuk jugak ke FELDA menubuhkan cawangan PAS di FELDA.

    Mungkin ni persepsi dari saya dan mungkin ada kebenaran dan mungkin ada kesilapan fakta sejarah dari saya. Betulkan kesilapan saya.

    Allah lagi mengetahui.

    BalasPadam
  3. SEPERTI DALAM LAGU...peribumi merintih sendiri.. bumi dipijak milik orang... MAKA AMINCHENOR DAN RAKAN RAKAN UMNO NYANYI LAH SAMPAI ...

    BalasPadam
  4. Aninchenor, salimi mh, man pamah &co nyanyi ramai ramai ditengah tengah bandar maran jengka, muadzam shah, " nenek moyang kaya raya, tergadai habis harta benda ...."

    BalasPadam
  5. SEKARANG UMNO DAH BERUBAH

    BalasPadam