Isnin, 19 Januari 2009

PRK 036 Kuala Terengganu

Sebagai pemimpin kecil dari UMNO saya menerima kekalahan UMNO/BN dalam Pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini. Tahniah kepada parti PAS kerana memenangi pilihanraya kecil tersebut. Saya percaya bahawa demokrasi telah berjalan dengan lancar dan semua cakap-cakap tentang ketidak adilan kerajaan selama ini adalah terbukti tidak benar. Cakap-cakap tentang pengundi hantu dan juga penipuan kertas undi adalah tidak benar sama sekali.

Sebagai Parti yang senior dan banyak berjasa kepada rakyat dan negara sepatutnya UMNO perlu membuat post mortem dan mengkaji dengan setelusnya punca kekalahan pada kali ini. Buangkan segala hasad dalam hati supaya hasil post mortem akan dapat digunakan untuk memenangi hati rakyat semula.

1 ulasan:

  1. sudah menjadi lumrah manusia dimuka bumi ini...pihak yang kalah akan menuding jari pada pihak ini dan itu...ini tak betul dan itu tak betul....

    barisan hadapan UMNO perlu melakukan perubahan dari segi berkempen...bukan nak memuji pihak PAS , tapi cara mereka berkempen lain dari pihak BN ....jentera BN hanya pentingkan ganjaran berbanding jentera PAS pentingkan kemenangan....jentera PAS sanggup bermalam di rumah saudara, kenalan, surau atau pun masjid untuk berkempen dan tidak memendang imbuhan dari pihak tertentu, hanya kemenangan yang dapat mengubat keletihan mereka berkempen.

    mana pergi kesetiaan jentera BN selama ini....mana pergi PEMUDA BERANI , dimanakah perubahan yang dijanjikan.....

    BalasPadam