Sabtu, 2 Mei 2009

TAK NAK HIBURAN MELALAIKAN...

Setelah memikirkan dengan secara mendalam hari ini saya akan melancarkan KEMPEN PENGHARAMAN PROGRAM REALITI YANG BERBENTUK HIBURAN MELALAIKAN TERMASUK PROGRAM REALITI MENCARI PENYANYI DAN PENGHIBUR. Saya merasakan bahawa program sebegini lebih membawa keburukan dari kebaikan berdasarkan hujah-hujah berikut :

1. Program ini melalaikan masyarakat.

2. Ianya membazir apabila terpaksa menghantar sms yang banyak

3. Lebih banyak lagi karier yang lebih baik untuk anak muda selain dari menjadi penghibur.

4. Tanpa program sebegini tetap penyanyi dan penghibur dapat mengetengahkan bakat mereka.

5. Melemahkan pemikiran masyarakat kerana asyik dengan hiburan semata-mata.

6. Syarikat yang menganjurkan program mengutip keuntungan atas angin hasil undian peminat.

7. Memusnahkan hidup peserta yang tersingkir awal kerana telah berhenti kerja dan komitmen lain untuk menyertai program.

8. Menggalakkan budaya tidak sopan apabila tidak dapat mengawal diri dalam memberi sokongan kepada peserta dan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan.

9. Menyemaikan budaya hidup barat yang mementingkan hiburan semata-mata dan tidak ada nilai murni yang baik.


Adalah diharapkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan memandang serius perkara ini kerana ianya melibatkan rakyat secara keseluruhannya. Insyaallah apabila program telivisyen yang baik dan berilmu akan membentuk rakyat yang ilmiah dan madani.

Jumaat, 1 Mei 2009

Perubahan Untuk Perpaduan

Kini telah 51 tahun negara Malasyia menyambut kemerdekaan dan diberi kuasa untuk menentukan pemerintahan sendiri. Rakayat negara ketika itu berbilang kaum kerana pendatang dari negeri China dan India tidak mamhu balik dan membuat keputusan untuk tinggal dinegara ini. Orang Melayu pula telah bersetuju untuk berkompromi dengan hasrat orang cina dan India tersebut. Jadi apabila rakyat Raja ( Melayu dan Bumiputera ) bergabung dengan golongan pendatang ( Cina dan India) maka semuanya digelar rakyat Malaya dan kemudiannya Malaysia apabila berlaku kemasukan Sabah dan Sarawak.

Semuanya digelar rakyat Malaysia dan untuk kefahaman yang lebih maka sebutan bangsa masih digunakan sampai sekarang. Dan rasanya tidak ada apa-apa yang harus dimalukan dengan kebanggaan terhadap sesuatu bangsa tersebut. Oleh kerana Malaysia ketika kemerdekaannya masih dalam kemunduran dan baru belajar bertatih maka semua rakyat ketika itu bersetuju untuk sama-sama membina negara ini demi untuk kejayaan bersama. Alhamdulillah walaupun ada kekangan ketika berhadapan dengan insiden 13 Mei 1969, tetapi rakya kembali sedar bahawa hanya perpaduan yang erat akan memastikan cita-cita membina negara bangsa yang cemerlang akan berjaya.

Oleh yang demikian dengan penubuhan Rukun Negara dan dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan oleh kerajaan menyebabkan negera ini mampu bertahan sampai ke hari ini. namun beberapa insiden yang berlaku kini mula menunjukkan perpecahan dikalangan rakyat negara ini. Orang Melayu mula mempertikaikan bahawa banyak lagi hak mereka yang perlu dijaga oleh kerajaan sementara orang Cina dan India pula mempertahankan bahawa mereka kini bukan lagi kaum pendatang tetapi telah lahir dan mentepa disini. Oleh yang demikian mereka juga perlu diiktiraf sebagai rakyat dinegara ini dan diberi hak yang sama dengan orang melayu dan bumiputera. Hujah-hujah mula dikeluarkan kedua belah pihak sehingga kadang-kadang keluar kenyataan-kenyataan yang menyakitkan hati sesetengah pihak. Jalan penyelesaian perlu dicari sebelum ianya merebak menjadi krisis perkauman yang teruk.

Ada beberapa pandangan menyatakan bahawa untuk menyatukan negara bangsa ini maka perlu beberapa pendekatan yang menyeluruh dibuat oleh kerajaan. Antara yang dianggap penting ialah penubuhan satu system pendidikan sahaja supaya intergrasi kaum dapat bermula seawall dibangku sekolah rendah malahan diperingkat tadika lagi. Hubungan awal ini akan membantu sesama kaum untuk memahami intipati kaum tersebut dan akan melahirkan satu bentuk pergaulan yang bersatu padu dan erat. Hubungan diperingkat awal ini penting kerana sikap buruk sangka dan prejudis ini belum lagi memasuki jiwa kanak-kanak dan ianya akan membantu apabila mereka meningkat dewasa nanti.

Perlembagaan negara juga telah menetapkan bahawa hanya Islam agama rasmi bagi negara dan agama lain walaupun boleh diamalkan tetapi tidak boleh dikembangkan dengan sewenang-wenangnya . Ini sepatutnya menjadi perhatian serius dari pihak kerajaan kerana pemahaman yang jelas perlu supaya rakyat tidak hidup dalam persengketaan. Agama Islam memainkan peranan penting kerana Islam sentiasa mengajak kepada persaudaran dan bukannya persengketaan. Apatah lagi untuk mengajar umatnya mencaci, memaki, memfitnah dan mengata keburukan orang ditempat terbuka. Maka dengan memberi perhatian khusus kearah pemahaman Islam dan penyebaran islam di dalam negara perlu dilakukan kerana Islam adalah agama rasmi kepada negara ini.

Insyaalah jika penekanan diberi kepada dua aspek penting ini akan menjernihkan hubungan sesama rakyat dinegara ini dan negara akan mencapai kemajuan dan kesejahteraan yang lebih baik dimasa akan datang..

Jadi-jadi lah

Pada hari ini kecoh dan hampir semua orang bercakap tentang kegawatan ekonmi yang melanda negara ini. Rata-rata yang bercakap mahukan kerajaan melaksanakan berbagai tindakan untuk memastikan rakyat tidak akan terbeban dengan krisis yang melanda. Begitu lah kepekaan rakyat dalam emastikan kerajaan sentiasa bertindak atas kepentingan mereka. Alhamdulillah dibawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd razak, baru-baru ini beliau telah mengumumkan 2 pakej ransangan ekonomi untuk membantu melegakan bebanan rakyat dalam menghadapi krisis ini.

Melihat kepada kesungguhan kerajaan ini menyebabkan saya berfikir adakah sepatutnya kita meminta-minta sahaja tanpa usaha kita sendiri untuk memperbaiki dan menjaga ekonomi kita supaya tidak terlalu bermasalah dalam menghadapi krisis ini. Sikap dan cara perbelanjaan kita harus diubah supaya ianya akan membantu kita dalam krisis ini.

Saya bukanlah pakar dalam bidang ekonomi ataupun mahir dalam bidang kewangan tetapi saya melihat ketika dalam kegawatan yang melanda masih lagi kebanyakan rakyat mencari hiburan secara berlebihan. Kalau dilihat kita beberapa rancangan realti TV terutamanya Akademi fantasia (AF) yang kini dalam musim ketujuh amat diminati oleh sebilangan rakyat dan jika dilihat dengan mata kasar sewaktu persembahan 99% adalah orang melayu sendiri. Olahan yang dibuat oleh penerbit AF ini sangat menraik seolah-olahnya itulah yang terbaik untuk anak-anak kita. Bukan lah niat saya untuk menghina penyanyi tetapi begitu banyak pekerjaan lain yang boleh dibuat oleh anak-anak muda kita semasa ini. Kalau kita mengikuti perkembangan , begitu banyak sekali karnival kerjaya dianjurkan untuk mengisi kekosongan kerja. Lagipun selama ini tanpa rancangan realiti pun telah ramai yang bergelar artis.

Dalam keadaan negara ketika sedang bergelut dengan masalah ekonomi sepatutnya masyarakat lebih menumpukan usaha menyimpan wang dan bukannya menghabiskan begitu sahaja dengan memberi undian kepada pelajar AF dengan harapan penyanyi kesukaan kita akan memang. Malah ianya tidak langsung memberi pulangan ekonomi kepada pengundi tersebut. Sebaliknya jika kita melihat kutipan sms yang mencecah puluhan juta menjadikan kita memikir adakah sebenarnya orang melayu telah terlalu banyak duitnya. Sehinggakan ianya dibuang begitu sahaja atas dasar minat sahaja.

Sejak permulaan AF yang pertama saya tidak begitu bersetuju dengan penerbitnya keraan pada saya ianya lebih melalaikan masyarakat berbanding kebaikan yang boleh diberi olehyan. Oleh yang demikian saya mencadangkan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dapat mengkaji semula rancangan-rancangan realiti yang menghayalkan ini supaya ianya tidak menjadi racun kepada masyarakat. Adalah lebih baik jika programs ebegini dapat dihentikan terus kerana ianya tidak memberi manfaat kepada negara.

Selamat Hari Pekerja 2009

Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja tanpa mengira di agensi kerajaan , swasta, dan lain-lain bidang yang berkaitan. Semoga Cogan kata 'Kerana Mu Malaysia Maju" akan tersemat dihati sebagai pemangkin dan perangsang untuk menghadapi masa depan yang lebih baik.

Tahniah KP Negeri

Sekalung Tahniah kepada Saudara Abu Jimi Bin Samat , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis yang telah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang sesi 2008 -2011. Semoga saudara dapat menjalankan tugas dengan baik dan segala pengalaman yang ada akan dicurahkan demi memastikan Pemuda UMNO Pahang akan terus cemerlang dalam PRU Ke 13 nanti. Saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran mengucapkan selamat bertugas kepada saudara dan kerjasama sepenuhnya akan diberikan dari kami...Insyaallah..