Terima kasih kepada semua rakan-rakan dari Maran yang bersama-sama dengan saya semasa di Kuala Lumpur baru-baru ini. Walaupun kebanyakannya saya berjumpa secara tidak lama tetapi sokongan saudara amatlah dihargai. Mohon ribuan ampun dan maaf atas segala kekurangan dan sejuta kemaafan kepada beberapa rakan yang tidak sempat berjumpa dengan saya semasa disana. Janganlah pula ianya dijadikan alasan untuk tidak bersama pada kali yang lain pula. Semoga hubungan kita akan semakin erat demi memastikan keutuhan parti keramat kita ini. Salam kemaafan sekali lagi atas segala kekurangan..
Selasa, 31 Mac 2009
Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru
Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah walaupun agak terlewat pada saudara Khairy Jamaluddin yang telah terpilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baru dan juga kepada Dato' Razali Ibrahim selaku Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Walaupun keputusan ini mendapat reaksi yang negatif dikalangan ahli dan rakyat diakar umbi tetapi keputusan rasmi telah pun diperolehi. Kj telah diisytiharkan sebagai pemenang kerana memperolehi undi yang tertinggi dikalangan tiga calon yang bertanding. Walaupun secara keseluruhannya undi yang diperolehi oleh KJ tidaklah menunjukkan majoriti tetapi kerana sistem pengundian yang mengesahkan undi yang tertinggi sebagai pemenang, maka KJ telah pun mendapat manfaat dari sistem tersebut.
Ramai dikalangan ahli pemuda diMaran secara keseluruhannya agak kecewa dengan keputusan ini tetapi kerana sistem pengundian yang sebegitu rupa dan pemilihan undi seramai 304 ahli perwakilan yang menentukan kemenangan tersebut , maka wajarlah ahli akar umbi menerima keputusan tersebut dengan seadanya. Bagi diri saya dan juga perwakilan dari Maran yang telah sedaya upaya untuk memastikan Dato' Seri Khir Toyo menang terpaksa menerima keputusan itu walaupun pahit. Sebagai seorang ahli yang menerima prinsip demokrasi dan pertanding saya menerima dengan akur keputusan tersebut dan akan cuba memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia yang baru. Ini amat penting kerana pertandingan yang diadakan adalah bersifat kekeluargaan dan persefahaman dan bukannya untuk mencari salah sesiapa. Oleh yang demikian saya menyeru seluruh ahli Pemuda terutamanya di Maran menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka kerana apa yang penting adalah untuk memastikan Pergerakan Pemuda akan dapat memulihkan sokongan orang muda kepada Parti Keramat ini.
Sekalung tahniah kepada Dato' Razali Ibrahim yang telah berjaya menduduki kerusi Naib Ketua Pemuda dan sememangnya Pemuda Maran akan menyokong penuh sebarang usaha Dato' dalam usaha pemulihan sokongan pemuda diperingkat akar umbi. Pergerakan Pemuda UMNO Maran amat berbangga kerana telah membuat keputusan yang tepat apabila mencalonkan YB dato' dan juga menyokong YB dato' sehingga beroleh kemenangan. hanya satu harapan janganlah YB Dato' lalai dan alpa dengan kemenangan yang diterima tetapi sebaliknya sentiasalah berusaha untuk kemantapan organisasi Pemuda.
Seterusnya kepada semua Exco Pemuda UMNO Malaysia diucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas terutamanya Exco dari Pahang iaitu, Saudara Suffian Awang dan juga YB Dato' Wan Amizan Bin Wan Abd Razak. Ingatlah bahawa saudara mempunyai tugas yang berat kerana UMNO kini berhadapan dengan masalah tidak disukai oleh golongan muda dan adalah menjadi tanggungjawab semua Exco untuk memastikan sokongan kembali golongan muda kepada UMNO.
Khamis, 19 Mac 2009
Ketua Pemuda Maran
Hari semalam merupakan satu titik sejarah dalam pemuda maran apabila kali pertama ketua pemuda yang telah dipilih pada pemilihan yang lepas telah dikenakan tindakan pengantungan selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin parti kerana ada aduan yang dibuat oleh orang tertentu.
Saya dengan ini melahirkan perasaan simpati saya kepada Saudara Mohd Najuib Bin Haji Mohd Shahaimi diatas hukuman yang diterima. Saya mendoakan agar beliau sentiasa tabah menghadapi dugaan dan akan terus berusaha untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Tertinggi untuk membersihkan nama beliau. Saya akan sentiasa bersama dengan saudara dalam apa juga keadaan sekalipun dan saya berdoa agar Pergerakan pemuda UMNO bahagian Maran sentiasa dalam keadaan yang baik dan bersedia.
Saya menyeru semua ahli Pemuda UMNO Maran supaya sentiasa menjaga kepentingan parti melebihi segala-galanya termasuk kepentingan peribadi sendiri.
Ahad, 15 Mac 2009
PERHIMPUNAN UMNO
MAKLUMAN... SEMUA SAHABAT PEMUDA MARAN DIJEMPUT BERSAMA MENGHADIRI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO YANG AKAN BERLANGSUNG MULAI 24HB MAC - 28HB MAC DI PWTC KUALA LUMPUR... INSYAALLAH SUSAH SENANG KITA BERSAMA...
Kerajan Campuran
Apabila mendengar cadangan Haji Hadi untuk mengadakan kerajaan campuran saya mengambil sedikit masa untuk memikirkannya dengan sebaik-baiknya. Setelah saya memikirkan sedalamnya sepatutnya kerajaan campuran ini tidak diperlukan sama sekali. Kalau menoleh kebelakang selama lebih 50 tahun sejak penubuhan PAS pada tahun 1951 yang sentiasa pada setiap masa menikam UMNO dan kerajaan. Apa sahaja yang dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO sentiasa ditohmah, diserang habis-habisan dan dikutuk seolah-olah tidak ada sebarang kebaikan kepada kerajaan UMNO selama ini. Seterusnya apabila menguasai negeri Kelantan dan berjaya memerintah tetapi malangnya gagal memajukan negeri sehingga menyebabkan Kelantan menjadi negeri yang miskin sehinggakan rakyatnya terpaksa keluar mencari rezeki dinegeri lain sekitar tahun 60an.
Justeru UMNO dibawah pimpinan YAB Tun Razak menawarkan PAS untuk bersama Barizan Nasional maka pimpinan PAS ketika itu terus bersetuju kerana mereka amat memerlukan sokongan kerajaan Pusat pimpinan UMNo ketika itu untuk mengatasi masalah kemiskinan dinegeri Kelantan. Tetapi akhirnya kerana ketidak ikhlasan mereka maka pasrti PAS bertindak keluar semula dari Barisan Nasional atas alasan tidak bersetuju dengan dasar UMNO yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu yang kononnya tidak sesuai dengan perjuangan PAS.
Bagi saya isunya bukanlah kerajaan campuran ketika ini tetapi ianya sepatutnya bermula dari dulu lagi. Dengan dasar yang sememangnya untuk kesejahteraan rakyat dengan memberikan peluang yang sama rata kepada rakyat sepatutnya menjadikan kerajaan UMNO/ BN sebagai tempat untuk berterima kasih. Bukan dengan cara mengikut membabi buta dan bukan juga dengan cara yang tidak bertamadun seperti berdemontrasi dijalanan sehingga mengganggu masyarakat tetapi dengan cara menyumbang sepenuh tenaga dan ilmu kepada pihak kerajaan yang telah berusaha dengan gigih untuk membangunkan negara. Sejak dari merdeka kepimpinan masa lepas hingga masa kini sentiasa dalam apa juga keadaan sekalipun memikirkan kesejahteraan hidup rakyatnya. Tidak pernah didengar sebarang perbuatan kerajaan rakyatnya yang menginiayakan rakyatnya kecuali jika tindakan tersebut adalah untuk keamanan negara. ( Selagi bergelar manusia maka kesilapan tetap berlaku)
Hasilnya semua rakyat dapat menikmati hasil usaha yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN tanpa mengira penyokong kuat parti kerajaan , pembangkang ataupun rakayat atas pagar tidak pernah dibeza-bezakan. Malahan saya melihat ramai anak-anak pemimpin pembangkang dapat belajar dengan aman dan menikmati semua kemudahan yang disediakan oleh kerajaan UMNO sehingga ke peringkat tertinggi. Malahan bukan sahaja pendidikan, tetapi perniagaan , rumah, tanah, hak, dan apa sahaja yang ditawarkan oleh kerajaan boleh diraih oleh semua rakyat jelata. Namun yang pasti dan harus difahami oleh semua ialah kehendak manusia adalah tidak terbatas tetapi sumber yang ada adalah terbatas. Maka kerajaan memerlukan masa untuk menyelesaikan semua masalah rakyat.
Oleh yang demikian adalah sesuatu yang amat nantikan apabila rakyat yang telah diberikan segala kemudahan untuk memajukan diri akhirnya kembali bersama dengan kerajaan yang telah menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyatnya. Tetapi malangnya akibat daripada faktor luaran seperti fitnah dan juga sikap tidak bertanggung jawab pihak pembangkang menyebabkan situasi yang diharapkan tidak berlaku malahan sebahagian daripada rakyat tadi dipesongkan pemikirannya untuk menjatuhkan kerajaan yang telah berjasa kepadanya tanpa memikirkan akibatnya.
Sebenarnya tidak perlu kerajaan campuran ini diwujudkan sekiranya parti pembangkang yang tidak bertanggungjawab seperti PAS dan DAP tidak bertindak sebagaimana sepatutnya dengan membangkang semua tanpa memberikan input yang baik. Sebaliknya hanya bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada dengan apa cara sekali pun. Oleh yang demikian kerajaan campuran ini tidak perlu kerana pasti ianya telah terlambat dan rakyat ketika ini sudah mula berpecah belah akibat politik jahat pembangkang yang didalangi oleh pertualang negara seperti ANWAR yang amat sukar untuk dipulihkan ketika ini.

Langgan:
Catatan (Atom)