Rabu, 26 Ogos 2009

Pengajaran Bersama

Keputusan pilihanraya Dun Permatang Pasir secara kasar dan halusnya menunjukkan pelan pemulihan parti yang dilancarkan oleh Presiden Umno masih belum lagi berjaya secara keseluruhannya. Rakyat diPermatang Pasir masih memilih PAS walaupun beberapa isu berdekatan dengan pilihanraya yang secdara jelas memihak kepada UMNO termasuk keluarnya ADUN Lunas dari PKR nampaknya tidak mampu mencipta momentum untuk membantu sdr Rohaizat. Jelas bahawa pihak pucuk pimpinan perlu mengakui bahawa usaha yang dijalankan selama ini semenjak dari PRU ke 12 masih belum cukup kuat untuk menarik minat pengundi melayu kembali menyokong Umno dan BN.

Oleh yang demikian satu perubahan drastik ( bukan kosmetik) perlu dilaksanakan dengan secara menyeluruh dan strategi parti tidak semestinya diwar-warkan pada semua rakyat. Sebagai sebuah parti politik yang mempunyai pengalaman memerdekakan sebuah negara sepatutnya segala bentuk operasi parti berjalan lancar dan teratur dan tidak sepatutnya menimbulkan masalah sewaktu pilihanraya umum ataupun kecil. Tetapi ketika ini nampaknya amat sukar sekali Umno dan BN untuk meneruskan penguasaan dalam PRU ke 13 akan datang sekiranya persepsi dan selera rakyat terutamnya kaum melayu belum diubah secara drastiknya. Menyerang peribadi dan juga memperlecehkan tindakan yang dibuat oleh pemimpin parti lawan bukan lagi satu strategi yang boleh digunakan kerana pemimpin parti pembangkang telah berjaya mencipta satu suasana yang mana penyokokng tegar mereka tidak akan mempercayai semua tuduhan yang dilemparkan kerana mereka sentiasa menjalankan kerja-keraja kempen dan ceramah sepanjang masa tanpa mengira waktu dan keadaan.

Manakala Umno pula sebagai parti kerajaan sentiasa mengikut arahan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan yang hanya mula menjalankan kerja-kerja kempen sewaktu hampir pilihanraya kerana percaya kepada sistem demokrasi yang mana yang kalah mesti menghormati yang menang untuk suatu tempoh yang ditetapkan dan kerajaan yang didokongi oleh parti yang memerintah akan membantu parti dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah rakyat. Antara masalah terbesar ketika ini ialah Umno gagal mendapatkan kredit dari pembangunan negara dan juga kejayaan kerajaan kerana rakyat menolakianya berlaku atas usaha Umno tetapi sebaliknya ianya adalah tanggungjawab mana-mana kerajaan yang memerintah. Falsafah-falsafah dalam pemerintahan yang global dan universal juga telah mula dianuti oleh sebahagian besar rakyat yang kini berpendapat bahawa walaupun parti apapun yang memerintah nasib mereka akan tetap sama sahaja.

Jika ketika ini PKR dengan slogan "Keadilannya" PAS dengan " Negara Islamnya " dan DAP dengan " Malaysian Malaysianya" yang sentiasa konsitsen ( walaupun perlaksanaannya tidak berlaku) maka Umno perlu mempunyai satu arah perjuangan baru setelah pejuangan untuk "Agama, Bangsa dan Tanahairnya" mula kurang diyakini oleh sebilang besar penyokongnya termasuk golongan muda yang lebih sesuai dengan asas dan arah yang diwar-warkan oleh pembangkang. Lebih malang lagi apabila tidak ada yang menarik yang dapat ditawarkan oleh parti-parti komponen dalam BN terutamanya MIC dan MCA yang lebih mementingkan perjuangan sempit kaum meraka sahaja yang kini mula dilihat sebagai isu yang ketinggalan dan tidak begitu menyelerakan golongan muda yang begitu terbuka pemikiranya ketika ini. Oleh yang demikian Umno perlu lebih radikal dalam perubahannya dan jika perlu BN itu sendiri perlu dirombak secara keseluruhannya supaya ianya akan lebih diyakini oleh golongan muda yang akan menjadi kelompok pengundi terbesar dalam PRU ke 13 nanti. Satu visi dan harapan baru perlu diteroka untuk memastikan Umno kekal menjadi peneraju kerajaan yang memerintah ketika ini.

Sikap kepimpinan Umno samada diperingkat Pusat, Negeri dan Bahagian yang lebih suka mengungkapkan perkataan kerajaan daripada parti juga perlu diubah kerana ianya akan memberi impak yang besar. Penggunaan agensi kerajan untuk menyelesaikan masalah rakyat tanpa bergandingan dengan parti juga telah menyebabkan kewujudan parti telah tidak begitu relevan lagi. Jentera - jentera parti perlu dipacu sepenuhnya ketika ini dan perlu digandingkan dengan sebaik mungkin bersama agensi kerajaan kerana sebagai parti memerintah Umno mempunyai hak untuk memastikan kerajan yang dibina tidak menyeleweng dan mampu menyelesaikan masalah rakyat dengan baik dan teratur. Sikap tidak megambil berat kawasan-kawasan kubu kuat umno diseluruh negara termasuk negeri yang sentiasa memberi kemenangan selesa pada Umno dan BN perlu diberi perhatian lebih oleh kerajaan kerana ianya akan menjadi ukuran kepada kejayan pembangunan yang sentiasa diungkapkan oleh pemimpin parti dan kerajaan. Insyaallah dengan contoh yang baik akan memberi satu dorongan kepada kawasan lain untuk memastikan kemenangan di kawasan mereka pula.

Selasa, 25 Ogos 2009

Tidak setuju kaum dihapuskan

Sememangnya ada sesuatu yang tidak kena apabila ada bebrapa cadangan yang keluar dari agensi kerajaan untuk menghapuskan kolum bangsa dalam ruangan borang-borang dari kerajaan. Hina sangatkah bangsa yang ada di Malaysia ini sehingga ianya menjadi satu perkara yang menganggu rakyat negara ini. Apa pun yang kita lakukan kita tidak sekali-kali boleh menafikan bangsa apa kita datang. Hatta kalau campuran sekalipun kita akan sebut bangsa campuran kita supaya masyarakat mudah mengenali identiti sendiri.

Kalau betul semua rakyat telah bersedia untuk menjadi bangsa Malaysia yang bersatu sepatutnya ketika ini cuma adal satu agama, satu bahasa dan satu budaya sahaja yang terdapat di Malaysia ketika ini. Malangnya ianya tidak berlaku di Malaysia dan semua kaum begitu bangga untuk menonjolkan identiti kaum masing-masing. Malahan kadang-kadang ianya lebih dari budaya di negara asal mereka lagi. Oleh yang demikian bolehkah kita menghapuskan perkataan kaum jika secara realitinya kita masih belum bersatu.

Jelas perkara ini seolah-olah untuk menidakkan perkataan kaum melayu kerana melayu itu mempunyai kelebihannya yang tersendiri dalam perlembagaan. Jika perkataan kaum tidak digunakan maka kita tidak lagi dapat membezakan antara melayu dan bukan melayu. Ini tidak akan memberi kelebihan seperti dalam perlembagaan dan ianya akan merugikan bangsa melayu itu sendiri sahaja. Sepatutnya agensi kerajan yang bertanggungjawab tidak akan membuang masa untuk mengkaji sesuatu yang tidak memberi kebaikan dan seharusnya terus menolak cadangan seperti ini.

Amat malang jika hak-hak orang melayu dalam perlembagaan ini terus dipersoalkan kerana setiap yang berlaku itu ada harga yang harus dibayar. Misalnya hak-hak istimewa orang melayu itu wujud kerana pertukaran dengan kerakyatan kaum lain ketika negara mencapai kemerdekaan dahulu. Sekiranya hak istimewa ini hendak dilucutkan maka ianya sepatutnya dilucutkan sekali dengan hak kerakyatan kaum lain sesuai dengan tujuannya.

ALLAH JUA MEMBALASNYA

SEKALUNG TAHNIAH DAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA JENTERA PARTI YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS DI PERMATANG PASIR. INSYAALLAH JASA KALIAN AKAN MENDAPAT BALASAN DAN GANJARAN YANG SETIMPAL DARI ALLAH SWT. APA PUN KEPUTUSAN YANG AKAN KELUAR KITA TERIMA DENGAN REDHA DENGAN KETENTUAN ILLAHI..