Isnin, 13 April 2009

Dengarlah..

Pada hari ini hampir kesemua pemimpin UMNO bercakap soal memperkasakan UMNO dan supaya UMNO kembali dihati orang muda namun masih belum kelihatan kini tindakan-tindakan drastik pucuk pimpinan UMNO diperingkat atasan ( MKT , Pemuda, Wanita & Puteri UMNO Malaysia ) yang menampakkan bahawa perubahan itu akan berlaku. Setakat ini apa yang berlaku ialah perlantikan YAB Dato’ Seri Najib sebagai Presiden UMNO ( Juga PM ) dan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timb Presiden UMNO ( juga TPM) dan juga beberapa perubahan kepimipinan diperingkat atas kerana pemilihan yang berlaku dalam parti baru-baru ini. Yang paling hampir ketika ini ialah kita melihat perubahan kabinet baru yang dinamakan sebagai Kabinet Rakyat oleh YAB Dato’ Seri Najib kerana mahukan barisan kabinet ini benar-benar berkhidmat untuk rakyat.

Itulah juga yang diharapkan oleh ahli-ahli parti bahawa barisan kabinet baru ini akan mendengar suara rakyat ( termasuk ahli parti) supaya tidak lagi keputusan yang dibuat tidak membayangkan hasrat sebenar suara rakyat. Perkara ini pernah berlaku sebelum ini apabila kerajaan dibawah kepimpinan terdahulu pernah membuat beberapa keputusan yang tidak begitu mencerminkan keinginan rakyat seperti menaikkan harga minyak dan kadar tol dijalan raya. Ianya menimbulkan masalah kepada rakyat dan akibatnya parti dihukum dengan keputusan Pilihanraya dalam PRU 12 dan seterusnya dibeberapa kawasan PRK yang diadakan selepas PRU12.
Sebenarnya jika pucuk pimpinan meneliti dengan sebaiknya usul-usul yang dibuat di Persidangan UMNO cawangan ( termasuk persidangan pmuda , wanita dan puteri di cawangan) hampir kesemuanya menzahirkan hasrat rakyat dikawasan itu. Cuma amat malang kebiasaannya usul-usul yang dicadangkan oleh pemimpin kecil diperingkat cawangan ini amat jarang diambil endah oleh kepimpinan diperingkat atasan. Oleh sebab itu Parti gagal meraih sokongan kerana ia tidak lagi bertindak seiring dengan kehendak akar umbi. Sebaliknya pihak akar umbi dipaksa untuk bersetuju dengan kata-kata dan tindakan pemimpin dan turut diarahkan member penjelasan mengenai isu tersebut sedangkan isu tersebut tidak dipersetujui oleh peringkat akar umbi sendri seperti kenaikan harga Minyak dan harga tol. Sikap-sikap angkuh begini perlu dibuang sejauhnya kerana dalam keadaan sekarang ini bukanlah masa untuk parti bersikap sedemikian.
Saya menyelar sikap sesetengah pemimpin yang asalnya naik kerana parti dan akhirnya apabila menjawat jawatan dalam kerajan seperti Menteri, Timbalan menteri ataupun mana-mana agensi kerajaan menjadi seperti kacang lupakan kulit. Mereka tidak lagi memperdulikan masalah rakyat malahan ghairah untuk mencipta nama sehinggakan menimbulkan masalah diperingkat akar umbi. Sebagai ahli parti yang telah dilantik kedalam kerajaan sepatutnya menggunakan sepenuhnya jentera parti diperingkat cawangan dan bahagian kerana maklumat berkenaan sesuatu kawasan adalah lebih diketahui oleh jentera diperingkat bahagian dan cawangan ditempat tersebut.

Pemimpin –pemimpin UMNO yang telah diberi keistimewaan sebagai menteri dan timbalan menteri juga mestilah memberikan layanan sama rata tanpa mengira tempat dan jangan hanya mengutamakan kawasan dan negeri masing-masing sahaja. Ini akan menimbulkan kemarahan rakyat dikawasan lain yang akan menyebabkan UMNO ditolak oleh rakyat dikawasan yang tidak diberi perhatian oleh menteri tersebut.
Hubungan akrab antara pemimpin diperingkat tertinggi dengan pemimpin diperingkat akar umbi harus menjadi prasyarat utama bagi memastikan memastikan pemulihan sokongan UMNO menjadi kenyataan. Ianya harus menjadi satu amalan dalam UMNO untuk pemimpin berjumpa dengan peringkat akar umbi seperti yang diamalkan sejak dahulu supaya maklumat yang tetap akan dapat diperolehi oleh kedua belah pihak supaya tidak lagi berlaku sesuatu dasar kerajaan yang tidak disokong oleh rakyat. Adalah menjadi harapan agar kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia yang baru dipilih dapat kembali keakar umbi semula dan janganlah lagi menjadi persatuan elit yang tidak dapat didekati oleh golongan muda. Semoga hubungan mesra antara pemimpin Pemuda dan juga kerja keras disemua peringkat akan mengembalikan kembali sokongan golongan muda kepada UMNO/ Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti.
Akhirnya adalah menjadi harapan semua pendokong parti supaya parti yang mereka jaga siang dan malang tanpa merasa jemu dan sangsi supaya pengorbanan mereka ini diberi perhatian oleh pihak akar umbi. Ahli percaya kepada parti dapat menjaga mereka dengan baik dan sekiranya kepercayaan itu telah hilang maka mereka akan berpaling dari parti dan akan memilih parti lain pula. Ini adalah sesuatu yang sangat tidak diingini oleh pucuk pimpinan kerana ianya akan mengurangkan sokongan akar umbi. Ingatlah bahawa sebagai ahli parti mereka juga adalah rakyat yang perlu dijaga oleh parti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan