Saya tidak nampak rasionalnya apabila BN bercadang untuk tidak meletakkan calon dikawasan DUN Penanti pada PRK akan datang. Telah menjadi tanggungjawab kepada BN sebagai parti pemerintah untuk melatak calon dan bertanding disemua kawasan pilihanraya sebagai tradisi membela rakyat yang menunjukkan betapa kesungguhan BN sebagai parti pemerintah. Walaupun kemenangan dikawasan tersebut tidak akan mengubah apa-apa keadan di Pulau Pinang tetapi ianya menunjukkan isyarat bahawa BN tidak pernah berputus asa dan sentiasa ikhlas dalam membantu rakyat jelata dan komited dengan amanah yang diberikan.
Namun begitu jelas bahawa cara kempen yang lama tidak lagi boleh digunakan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. Jelas bahawa sebarang peruntukan dari kerajaan pusat tidak perlu diluluskan untuk memancing undi. Cukup sekadar janji untuk melakukan apa yang termampu untuk kepentingan rakyat di DUN Penanti. Ini akan membuatkan rakyat memikirkan semasak-masaknya parti mana yang akan diundi kerana ianya akan menentukan nasib mereka dan kawasan mereka sehingga ke waktu pilihanraya yang akan datang.
Jentara kempen cukup sekadar menggunakan sepenuhnya jentera di peringkat bahagian dengan dikawal selia dan dibantu oleh Badan Perhubungan BN negeri Pulau Pinang sahaja. Jika masalah kewangan ataupun bahan kempen tidak mencukupi maka bantuan dari ibu pejabat bolehlah dimohon tetapi tidak perlu jentera diperingkat ibu pejabat untuk turun membantu di kawasan. Ini akan membolehkan jenterakan jentera BN diperingkat bahagian untuk mengenalpasti program ataupun strategi kempen yang paling sesuai untuk calon yang bertanding. Calon juga akan mempunyai ruang yang luas untuk berkempen kerana beliau tidak diganggu oleh penyusunan program dari tempat lain tetapi hanya dari jentera diperingkat bahagian sahaja. Urusan perbincangan juga akan lebih baik kerana tidak perlu protokol berbanding jika pemimpin lain seperti menteri, timbalan menteri, menteri besar dan sebagainya yang perlu kepada protokol tertentu.
Sebenarnya kempen yang agresif tidak perlu tetapi yang penting ialah penyampaian maklumat kepada pengundi dengan cara yang paling berkesan supaya pengundi dapat menyerap dan seterusnya memahami maklumat tersebut. Sebarang tohmahan dan ucapan kempen yang berbentuk fitnah dari pihak pembangkang hendaklah segera dijelaskan. Jentera diperingkat penerangan perlu memastikan ceramah, hebahan, poster, flyer dan sebagainya akan sampai tepat ke pengundi supaya semuanya dapat dijelaskan.
Pengundi luar tidak perlu lagi diberi keutamaan kerana mereka tidak memahami masalah dalaman kerana telah lama meninggalkan kawasan dan jarang berada disitu. Berkemungkinan mereka ini akan menyebabkan undi PR meningkat kerana kebanyakan mereka ini tidak akan merasa susah senang dikawasan tersebut kerana tidak lagi menetap dikawasan tersebut. Adalah lebih baik sekiranya konsentrasi diberi kepada pengundi didalam kawasan kerana mereka ini akan menerima akibatnya diatas pilihan mereka itu nanti. Hubungan yang baik antara jentera parti diperingkat bahagian akan memudahkan usaha mengenalpasti undi yang sepatutnya diperolehi oleh parti undi menang.
Jangan ada sebarang perasan hasad dengki daripada orang yang tidak terpilih sebagai calon sebaliknya menumpukan sepenuh tenaga untuk memenangkan parti kerana itu adalah yang paling penting. Sebarang usaha sabotaj akan mengurangkan peluang untuk kemenangan parti.
Insyaallah sekiranya peringkat bahagian samada UMNO ataupun parti komponen sentiasa menjalankan tanggungjawab dan menjaga peringkat akar umbi pada setiap masa, maka peluang untuk menang akan menjadi lebih tinggi lagi.

BN kena lawan di Penanti, saya setuju pendapat saudara
BalasPadamKeikhlasan kita dalam mengutamakan rakyat memerlukan semangat dan keyakinan. UMNO & BN perlu bertanding kerana kita bukannya parti yang mencari populariti tetapi adalah parti yang penuh intergriti!
BalasPadamjgn takut dgn bayang-bayang...
BalasPadamorg bersalah memang camtu..tunggul dikatakn hantu..jgn serik untuk kalah..
nampak sangat prk menghabiskan byk duit rakyat.
apa nk kisah bukan duit kita.
lepas ni saksikanlah prk2 yg lain plak.
jentera parti gak yg masyuk..masyuk jgn tak masyuk
itukan umno.
Salam. Saya bercadang untuk merapatkan barisan perjuangan blogger penyokong kerajaan di Pahang dalam dunia siber . Justru, komunikasi antara kita harus berada pada tahap yang terbaik. Kerana itu saya mengharap sokongan dan kerjasama semua pihak yang berminat untuk bersama-sama dengan memulakan langkah dengan dengan mendaftar Yahoo Messenger dan mempamirkannya diblog masing-masing.
BalasPadamDengan adanya YM ini dapatlah kelak kita berhubung apabila berada dalam alam siber tanpa diketahui identity masing-masing (bagi yang tidak ingin dikenali). Selain itu, conference juga dapat dilakukan apabila kita beramai-ramai berada diinternet.
Saya juga mengharapkan agar pada blog masing-masing dapat di letakkan chatroll ‘Gerbang Temu Maya’ sebagai salah satu lagi cara berhubung sesama kita secara terbuka. Maklumat ini saya sebarkan pada blogger tertentu dan pilihan sahaja yang dirasakan berjuang untuk mempertahankan kerajaan. Sila email saya jika ada sebarang kemusykilan keamalat: braveheartblogger@ymail.com.
Saya juga sedang melihat dan merancang kemungkinan bagi mengadakan perjumpaan blogger Pahang dalam waktu terdekat. Kerjasama semua sangat diharapkan. Terima kasih ~ bERANIKAN hATI
Assalamualaikum....BN memang patut letak calon dan biarkan orang tempatan menguruskan PRK nanti...
BalasPadamKone? Lama tak update blog?
BalasPadamNak tahu juga ape aktiviti rodong-rodong kat Maran tu..
maaf kepada kengkawan yang sentiasa mengikuti blog ini...kesibukan dan beberapa masalah dalaman menyebabkan kekurangan masa untuk update blog..insyaallah akan diusahakan dengan keizinan yang Maha Esa
BalasPadam