Rabu, 8 April 2009

Perlu Berubah..

Keputusan ketiga-tiga PRK telah pun diketahui dan melihat kepada keputusan PRK tersebut membuktikan bahawa sentimen rakyat di semua tempat masih belum berubah. Semua kerusi yang dipertandingkan memberi kemenangan kepada parti yang memegang kerusi tersebut sebelum diadakan pilihanraya tersebut. Pas masih lagi berkuasa di Bukit Gantang, PKR di Bukit Selambau dan BN di Batang Ai. Jelas bahawa apa sahaja isu yang berlaku dari sejak PRU 12 sehingga sekarang masih belum dapat mengubah corak pemikiran rakyat disemua tempat.

Barisan Nasional masih utuh di Sarawak dan Sabah dan PR masih lagi mendapat kepercayaan rakyat di Perak dan Kedah. Ternyata car kempen yang masih belum berubah memberi impak yang tidak baik kepada Barisan Nasional. Janji-janji Pembangunan dan mesra rakyat nampaknya tidak lagi menarik minat rakyat diperingkat akar umbi. Ini kerana rakyat percaya bahawa semua kemudahan pembangunan dan prasarana adalah menjadi tanggung jawab kerajaan yang memerintah dan tidak ada kena mengena dengan parti yang memerintah. Contoh yang terbaik ialah dinegeri Kelantan sendiri yang telah berada selama lebih 19 tahun dibawah pemerintahan Pas tetapi masih mendapat sokongan rakyat. Ini kerana jentera kerajaan terutamanya jentera kerajaan pusat seniasa melaksanakan tanggungjawab mereka dalam membina kemudahan prasarana dan pembangunan sehinggakan kerajaan negeri turut mendapat sanjungan walaupun tidak berbuat apa-apa pun. Akhirnya contoh ini tersebar keseluruh negeri lain terutamanya yang berhampiran seperti Kedah dan Perak.

Manakala kempen menakut-nakutkan pengundi Melayu dengan memberi amaran kononnya Cina akan memerintah sekiranya Pas memerintah juga tidak mendapat sambutan rakyat. Malahan ianya menjadi senjata makan tuan apabila bukan sahaja orang melayu tidak menyokong malahan orang Cina dan India sama turut tidak mengundi Barisan Nasional . Sikap parti komponen yang dilihat tidak begitu bersungguh-sungguh membantu UMNO mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN juga menjadi duri dalam daging kepada BN itu sendiri. Sepatutnya perti komponen memainkan peranan lebih aktif dalam membantu UMNO memulihkan keyakinan rakyat terutamanya orang cina dan india untuk kembali kepada BN. Oleh itu satu pendekatan atau kaedah baru perlu dipraktikkan supaya parti komponen dapat memainkan peranan lebih dalam BN. Janganlah pula parti komponen mengambil kesempatan dengan kelemahan UMNO untuk mengugut untuk mendapat lebih jawatan dalam BN tetapi sokongan rakyat semakin merosot.

BN sepatutnya menjadi lebih harmoni dan kerjasama kerana hubungan yang telah terbina selama lebih 50 tahun tetapi apa yang berlaku ialah dikalangan parti komponen makin renggang hubungan antara satu sama lain. Masalah sesuatu parti komponen diserahkan kepada parti komponen tersebut dan tidak lagi berdasarkan cubit paha kana, paha kiri terasa sakit tidak lagi menjadi amalan dalam BN. Akibat hubungan yang renggang ini menjadikan sokongan rakyat menjadi tidak menentu dan ini dibukti dalam PRU 12 serta PRK selepasnya yang menyaksikan orang cina dan india tidak lagi menjadikan BN sebagai pilihan utama.

Sebenarnya jika melihat kepada keputusan PRU 12 dan PRK selepasnya menyaksikan bahawa yang sebenarnya dipilih oleh rakyat ialah parti yang diwakili dan bukannya faktor calon yang menjadi keutamaan. Melihat kepada beberapa keputusan PRU seperti kemenangan calon-calon dari Pas dan PKR yang ternyata tidak mempunyai sebarang nama seperti Gwo Burne loh yang dikenali sebagai orang yang mengambil video Linggam dan tidak ada sebarang asas politik langsung pun. Banyak lagi nama-nama dalam PKR dan Pas yang tidak mempunyai sebarang nama dalam arena politik turut mendapat kemenangan kerana rakyat mengundi parti yang diwakili termasuk Nurul Izzah anak kepada Anwar yang menewaskan Dato’ Shahrizat Jalil yang telah banyak berjasa pada orang lembah pantai. PRK baru-baru ini juga membuktikan bahawa bukan faktor calon yang menjadi keutamaan apabila calon PKR di Bukit Selambau tetap memenangi PRK tersebut walaupun pada peringkat awalnya tidak mendapat sokongan dari ahli mereka sendiri. Oleh yang demikian UMNO dan BN harus memastikan bahawa dasar parti yang menarik supaya ianya mendapat sokongan rakyat jelata dan isu-isu seperti pembangunan, perkauman sempit tidak lagi menjadi tarikan kepada rakyat ketika ini.

Adalah menjadi harapan agar Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang baru iaitu YAB Dato’ Seri Mohd Najib akan dapat mengemudi UMNO dan BN agar kembali diberi sokongan oleh rakyat. Dan juga menjadi tanggunjawab semua ahli parti supaya dapat menyokong dan membantu YAB DSN dalam merealisasikannya.

5 ulasan:

  1. salam..
    pada pendapat saya la bos ,diorg ni terlalu mengikut kata2 org yang taksub dan pentingkan diri sendiri oleh kerana mereka yang mengikut ni jahil ilmu politik senang2 jer diaorg kena main..saya rasa terkilan la bos sama2 melayu sama agama kenapa x bersatu.selama nie UMNO x bg mereka sembaHYANG ker? semua bebas boleh buat..kalu PAS kata perjuangkan islam la kan,dah berapa ramai org kafif mereka islamkan.tu kan tugas org islam...setahu saya UMNO ada ramai mengislamkan org ... cth org asli...ada cerita pas buat? bagi saya la misi mereka nie hanya mahukan kuasa dan pangkat jer.x per la bos jebat kecewa dgn sikap pembangkang mempergunakan islam utk kepentingan politik.insyaalah saya akan menjalan kan tugas sedaya upaya yang terbaik bg memberi semula kepercayaan kepada UMNO seluruhnya di kawasan dan cawangan saya.innama amruhu izaa'ro dasyai'an anyakulalahu kunfayakunn.

    BalasPadam
  2. Salaam....
    Betul Bos...teknik & strategi perlu diubah.
    Gerak kerja perlu radikal & aggresif.
    Kalau perlu ekstrim dan kasar....kita gempur!
    Fokus kena giler & semangat juang kena 'BOOM'!
    Kerja dan tindakan perlu efektif!
    Jgn banyak rancang tetapi lemah bila laksana!Berani...Berubah...Bertindak!

    BalasPadam
  3. salam.

    pemuda berani la bro..

    BalasPadam
  4. kita masih tidak mampu merampas tapi hanya mempu mempertahankan.kita kecewa tapi belum mati akal. perjuangan perlu diteruskan demi masa depan anak bangsa akan datang,strategi baru harus di perkenalkan untuk memulihkan keyakinan rakyat pada BN.wakil rakyat perlu segera turun padang untuk memastikan penyokong2 BN tidak memihak pada pembangkang pada pru 13. wakil2 rakyat harus peka dengan permasaalahan ini.tidak perlu adanya jemputan khas baru nak turun padang.tidak perlu dengan sambutan paluan kompang baru nak turun padang. zaman dah berubah rakyat dah tak heran dengan wakil rakyat apatah lagi dengan ajk pemuda dan ketua pemuda. tapi rakyat semua dahagakan kunjungan wakil rakyat yang berjiwa rakyat bukannya berjiwa kroni.

    BalasPadam
  5. kita selalu ingatkan ada org lain yg buat , rupa2nya tak ada org yg buat.
    org2 umno tidak bekerja seperti deahulu lagi yakni menyerang dgn aggresif tetapi berhemah yg mana ianya telah ditiru oleh PR dgn tambahan nilai keterlaluan oleh mereka spt gerak kerja oleh PR drp beberapa PRK yg lepas. kita hilang sokongan di saat2 akhir.gerak kerja pilihanraya perlu diperkemas dan di perincikan supaya tiada perkara yg tertinggal. kalaulah cara kempen MKT pd waktu sebelum mengundi di lakukan oleh pertugas2 umno di tempat2 mengundi pd 07/04/09 rasanya keputusan akan sebaliknya.

    BalasPadam