Salam Jebat Dehaka..terima kasih kerana berterusan menjalankan tugas memastikan orang-orang melayu Islam yang terpesong dengan PKR dan PAS ini mendapat maklumat yang betul. Jangan kita benci kepada mereka ini tetapi sebaliknya kita perlu merapati mereka ini kerana mereka ini telah dipesongkan pemikirannya oleh segelintir pemimpin mereka yang tamakkan kuasa dan harta. Insyaallah bro perjuangan kita akan diberkati dan dirahmati oleh Allah Sentiasa.
1. Siapa yang dah rosakkan melayu selama ini?
PAS dan PKRlah parti yayng merosakkan Melayu selama ini. Sejak dari sebelum merdeka akibat dari tamakkan kuasa dan kalah dalam pemilihan parti UMNO maka orang segelintir pemimpin yang tidak berpuashati dengan keputusan pemilihan UMNO menubuhkan PAS yang bertujuan untuk memecah belahkan orang Melayu dengan cara menggunakan Islam sebagai alat. Namun kerana kebijaksanaan pemimpin UMNO orang Melayu tetap bersatu padu memajukan diri mereka sehingga sekarang ramai anak melayu yang telah berjaya. Walaupun UMNO berusaha bersungguh-sungguh memajukan Melayu dan Islam tetapi PAS tetap menghasut orang Melayu bahawa UMNO itu perlu dihapuskan. Begitulah busuknya hati PAS sehingga sanggup melihat melayu berpecah belah demi untuk kekuasaan dengan menjual Islam sebagai perisai.
2. Siapakah yang menghapuskan tulisan jawi dizaman 70an?
Tulisan Jawi tidak pernah dihapuskan malahan sehingga sekarang masih ada buku-buku teks yan menggunakan tulisan jawi. Cuma bagi untuk memastikan rakyat dapat menimba ilmu pengetahuan yang banyak dalam tulisan rumi terutamnya bahasa Inggeris maka penumpuan perlu diberikan. Hasilnya sekarang ini banyak cerdik pandai melayu yang boleh dibanggakan.
3. Siapa yang buang bantuan sekolah agama?
Mana buktinya bantuan ditarik malahan setiap masa kementerian pelajaran membantu sekolah agama ini. Malahan banyak sekolah agama yang telah di serapkan sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan termasuk Sekolah Ustaz Mahmud di Kampung Awah..
4. Siapa yang hapus biasiswa ganti pinjaman?
Dengan sumber yang terhad maka adalah adil sekiranya kita yang telah mendapat pendidikan dan dibantu sepenuhnya oleh kerajaan menyumbang balik kepada adik-adik kita supaya dapat peluang untuk memajukan diri. Untuk mendapat biasiswa maka perlu cemerlang dan pelajar yang cemerlang dikecualikan dari membayar pinjaman. Peluang belajar diberi pada semua tanpa mengira anak siapa dan dari parti mana, tak kira samada parti kerajaan ataupun perosak bangsa seperti Penipu Rakyat (PR) juga boleh mendapat peluang yang serupa. Hak untuk diberi pinjaman masih lagi diberi keutamaan kepada bumiputera tanpa meminggirkan hak kaum lain.
5. Siapa yang hapuskan imuniti Raja-raja pada tahun 1993?
Imuniti yang dihapuskan ialah berkenaan salah laku peribadi dan bukannya berkaitan Kedaulatan kedudukan Sistem beraja dinegara ini. Sebagai mengikuti nilai Ilsam bahawa semua rakyat tanpa mengira kedudukan mestilah tidak kebal dari undang-undang apabila melakukan kesalahan jadi adalah wajar pindaan tersebut dibuat supaya keutuhan system beraja dipertahankan. Namun tidak lah pula boleh seseoarang rakyat itu dengan sewenang-wenangnya dihina dan dicela sperti yang dilakukan oleh pemimpin DAP, PAS dan PKR ketika ini yang cuma mengakui Raja apabila ianya memberi manfaat kepada peribadi mereka sahaja sehingga sanggup mengugut dan menderhaka .
6. Parti manakah yang terbukti rasuah tetapi masih boleh bertanding jawatan tertinggi parti?
Jika soalan ini merujuk kepada Khairy Jamaludin maka jawapannya ialah perlu merujuk kepada kesalahan KJ yang dibuktikan oleh Lembaga Disiplin parti baru-baru ini. Kesalahan yang disabitkan oleh Lembaga Disiplin kepada KJ ialah melanggar tataetika dengan cara berkempen supaya perwakilan menyokong beliau sebagai calon Ketua pemuda UMNO Malaysia. Jika merujuk pada lain-lain kes maka inilah hasrat dan kesungguhan UMNO yang tidak ada pada Parti Lain dan ini juga membezakan UMNO dengan parti lain kerana keikhlasan UMNO ioni memang telah terbukti dan tiada tolok bandingnya. Sabagai ahli peringkat bawahan saya menyokong penuh sebarang tindakan Lembaga Disiplin keatas ahli yang didapati melakukan pelanggaran disiplin parti. Inilah pengorbanan yang UMNO perlu lakukan supaya UMNO kekal sebagai parti harapan rakyat di Malaysia ini.
Setakat itu dahulu mengenai soalan yang diajukan dan semoga ianya mampu memuaskan hati saudara tetapi saya yakin orang yang telah tertutup pintu hatinya pada kebenaran akan mencari jalan mengatakan yang sebaliknya. Insyaallah dilain posting saya akan terus menceritakan sebab kepada hanya UMNO parti yang perlu dipertahankan oleh rakyat dinegara ini.

Tambahan fakta dibawah :
Salaam...
BalasPadamTahniah & terima kasih Bos...atas penerangan tersebut, dan terima kasih juga kpd Jebat derhaka, sekurang2nya kami diperingkat bawahan ini dapat berkongsi memahami & jelas tentang apa yg selalu dibangkitkan oleh pembangkang.
Kami juga tahu walau apa pun yg diterang dan dijelas, kalau mrk2 tu tak nak terima dan tak nak faham..kita tak boleh buat apa juga...tapi kita harus faham bahawa hidayah & kefahaman itu Allah SWT yg punya hak, tetapi apa yg penting kita dah bagi penjelasan...kita harap diorang faham! Wasalaamu.
terima kasih bos...
BalasPadamBOS ada lagi soalaan yang diaorg ajukan nie...terpulanglah nak jawab ker x... saya dah bantai gak yang nie..
Soalan 1: Aku terlibat byk dalam jemaah, kalau ada rasuah sila siasat mcm hangpa claim kat selangor ni byk rasuah..sila buktikan, lepas tu saman..takmau ckp banyak la..lg pun PR ni baru je pegang beberapa negri,mana ada nak rasuah..bn ye la sejak dulu kala..nak supply buku pun kadang2 kena rasuah..tuduh semua org buleh tuduh mcm tuduh kelantan rasuah tp ada kes ka???
Soalan 2: Ini tafsiran salah..aku petik kisah nabi.Nabi SAW sgt sayangkan bangsa Quraisy dia (sama mcm kita sayang melayu la)tp pernah nabi mengatakan jahanam quraisy apakala musuh2 sampai buang perut unta tgh nabi sembahyang..lepas sembahyang nabi melaknat bangsa dia sbb bangsa dia buat kat dia camtu. Dlm konteks malaysia ya tidak dinafikan cina mgkin ada dengki kat melayu. tp melayu sama melayu pun dengki..contoh:negeri2 yg PR perintah PR lantik JKKK kenapa perlu ada JKKK(P)??tidakkah tu memecah belah org melayu..kalau sayang melayu biarlah kami perintah elok2 kami pun melayu & kami pun x izin org sentuh hak org melayu walaupun separti dengan kami..itu satu contoh je, contoh lain umno memecahbelakan org melayu aku akan ulas kemudian insyaallah...
Soalan 3: PAS sgt konsisten kalau islam digugat..setakat ni PAS yg mendahului bukan UMNO kalau ada islam diganggugugat. CTh: Hina Nabi (karikatur) kita yg demo dulu baru umno..kes murtad lina joy dll: pernah umno berdemo?? kes tulisan jawi nak dihapuskan dulu: ada umno berdemo/membantah?? bekas PM hina janggut nabi pernah umno tegur dia?? kes pecat mufti sebab larang ratu cantik: PAS yg defend mufti...kes palestin: kita dulu hantar wakil baru umno (itupun masuk tabung fatah bukan hamas) byk lagi beb..nanti ada masa aku detailkan lagi..
Soalan 4: Cuba hang baca amanat hj hadi yg hang petik tu ada ka kata masuk umno jd kafir??..memang sebelum2 ni ada ustaz2 pas yg kafirkan umno tp semua dah kena pecat.sapa depa hang check sendiri aku x nak namakan...& last2 diorang masuk umno.umno kitar semula depa ni suruh ceramah dan bg jwtan tinggi la ni..
Soalan 5: Anuar tentula sokong sebab dia islam, DAP bantah logik la sebab dia bukan islam...yg aku hairan kenapa UMNO bantah islam??? cina bantah itu biasa la tp melayu yg ngaku islam bantah apa cite bro???skrg aku nk tanya: UMNO berani x buat hudud? Perihal hudud ni aku ngaji kalau nak hujah silakan..Hudud bukan hakmilik PAS tapi juga hakmilik UMNO kenapa UMNO pegang pusat x nak buat kenapa kenapa kenapa kenapa????
salam jebat...
BalasPadam1. haibs tu yang kat selangor masa BN memerintah ada kes ke masa nih?
2. Melayu yang dengki itu ada dalam PAS dan PKR .. kalau tak dengaki tentu ada dalam UMNO bersama membangunkan agama, bangsa dan negara...
3. nak bela Islam bukan dengan cara berdemo tetapi dengan Ilmu...bila masa pulak Nabi Muhammad SAW berdemo masa kat Mekah..
4. Nik Ajis kata UMNO kafir tapi jadi mursyidul am...penipu besar nih..
5. Masuk penjara ISA pun dah bising , belum potong tangan lagi...cakap tak serupa bikin... kena ada Ilmu secukupnya..suruh dia kerja dengan kerajaan supaya akhirnya semua undang-undang Islam ( bukan hudud aje ) dapat dilaksanakan dinegara tercinta ni...