Khamis, 26 Februari 2009

Sivakumar...

Speaker Perak Sivakumar hari menyatakan perasaan tidak senang hati dengan siasatan pihak SPRM terhadap dirinya. Beliau menganggap perkara tersebut tidak patut dilakukan terhadap dirinya walaupun mengakui bahawa proses siasatan dijalankan dengan professional oleh pihak SPRM. Beliau juga mengaku berasa malu dengan siasatan yang dibuat oleh pihak SPRM terhadap dirinya. Beliau berkata sepatutnya sebagai seoarng speaker beliau tidak boleh disiasat kerana menjalankan tugasnya.

Inilah sebenarnya sifat pihak PR yang sentiasa kononnya ingin memperjuangkan keadilan kepada semua tetapi apabila ada kes yang melibatkan diri mereka sendiri terus pelbagai tuduhan dibuat seolah-olah mereka adalah MAKSUM dan kebal dari segala kesalahan. Yang lebih menarik lagi YB Ngeh Khoo Ham terang-terangan menuduh BN dan UMNO sebagai dalang terhadap perbuatan tersebut. Bagus lah kalau begitu, nanti segala kesalahan yang kita lakukan boleh disalahkan pada orang lain dan kita sentiasa boleh berbuat apa sahaja. Tahniah PR...

Sepatutnya tidak mengira samada ahli politik pembangkang ataupun kerajaan, rakyat sepatutnya menilai dengan seikhlasnya dan jangan terus percaya pada khabar angin dan juga cerita yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Ini jelas dalam agama Islam sendiri mendidik penganutnya supaya semua cerita dan perkhabaran yang diterima disiasat untuk menentukan kesahihannya terutama cerita yang dibawa oleh orang kafir. Ini kerana ada kemungkinan cerita tersebut dibawa untuk memecah belahkan sesama Islam supaya mereka dapat mengambil kesempatan.

Oleh yang demikian jangan sebarang cerita buruk yang tersebar diterima secara total tanpa membuat kajian dan penyelidikan kerana ianya akan memberi kesan buruk pada masyarakat.

Tolonglah...

Apa yang difikirkan oleh pihak kerajaan ketika ini. Menaikkan kadar tol ketika dalam tempoh kegawatan ekonomi sekarang ini. Apalah sangat perjanjian konsesi yang menguntungkan segelintir pihak berbanding kesusahan yang akan dihadapi oleh rakyat yang setiap hari menggunakan jala-jalan tersebut. Dah lah penurunan harga minyak tidak banyak membantu dari segi penurunan harga barang. Ditambah pula keadaan ekonomi ketika ini menjadikan rakyat akan bertambah marah kepada kerajaan.

Kalu dilihat laporan tahunan yang dilaporkan oleh syarikat pemegang konsesi, tidak ada yang melaporkan kerugian sebaliknya keuntungan yang sentiasa bertambah. Sepatutnya dalam keadaan ini, kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO / Barisan Nasional memikirkan tindakan yang popular dan mesra rakyat untuk memastikan populariti yang menurun selepas PRU 12 dapat dikembalikan semula.

Sebagai pemimpin kecil bawahan, saya merayu kepada Kementerian Kerja Raya supaya memikirkan semula kelulusan untuk menaikkan kadar tol di lima lebuh raya dapat dihentikan dengan kadar segera. Satu mekanisma baru perlu diujudkan supaya setiap peningkatan kos oleh pihak kerajaan tidak disalurkan atau dibebankan pada rakyat. Barulah kerajaan akan dianggap betul-betul kerajaan yang bertanggungjawab dan adil. Ini perlu dilakukan kerana sedikit ruang kesilapan akan digunakan oleh pihak pembangkang sebagai senjata mereka walaupun banyak perkara yang dinyatakan tidak terbukti kebenarannya.

KURANG AJAR!!

Hari ini sebagai seorang ahli pergerakan Pemuda saya merasa sangat terhina dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Karpal Singh di Parlimen. Keceluparan mulut beliau hingga sanggup mengatakan pemuda UMNO celaka adalah satu perkara yang tidak dapat diterima oleh saya. Ini adalah satu kutukan yang dibuat oleh orang yang tidak tahu menghormati orang lain dan sentiasa mengganggap dirinya sahaja yang lebih baik dari orang lain.

Rasa tidak salah kalau saya mengatakan bahawa Yb Karpal ini samalah dengan Yahudi yang sentiasa mengganggap diri mereka sahaja yang baik dan mulia manakala orang lain semuanya bodoh dan hina. Selama saya bergiat dalam bidang politik tidak pernah saya dengar penghinaan secara terbuka yang dibuat oleh pemimpin UMNO dengan menggunakan perkataan makian seperti itu di Dewan Rakyat dan ianya ditujukan pada semua ahli pemuda yang kebanyakkannya tidak berada di Parlimen dan tidak boleh menjawab tuduhan tersebut.

Oleh itu, saya menyeru semua ahli pemuda agar dapat kita sama-sama berfikir apakah bentuk tindakan yang dapat kita buat untuk memastikan keceluparan seperti ini tidak akan berlaku lagi. Kita juga mengharapkan agar pihak polis mempercepatkan siasatan dan tindakan kepada YB Karpal atas dakwaan menghina Sultan seperti dalam laporan polis yang dibuat oleh pemuda baru-baru ini. Tindakan yang cepat dan adil perlu kerana ianya akan menjadi pengajaran pada orang lain agar tidak memandang remeh institusi Raja Berpelembagaan yang ada di Malaysia ini.

Rabu, 25 Februari 2009

JEMPUTAN

JEMPUTAN PADA SEMUA PEMUDA UNTUK MENGHADIRI PROGRAM PEMUDA BERSAMA MASYARAKAT DI FELDA JENGKA 4 PADA :

TARIKH : 28HB FEBRUARI 2009 (SABTU)
MASA : MULAI 9 pAGI


ANTARA AKTIVITI MENARIK :

1. KURSUS PENGURUSAN JENAZAH MULAI 10 PAGI BI MASJID FELDA JENGKA 4

2. CERAMAH POLITIK MULAI 9 MALAM DIHADIRI OLEH LOKMAN NOOR ADAM, YB DATO HAJI ISMAIL ABD MUTTALIB, MOHD NAJUIB HAJI MOHD SHAHAIMI

AKTIVITI LAIN TERMASUKLAH KENDURI KAMPUNG, PERTANDINGAN KAROM DAN BATU SEREMBAN, KAUNTER BIRO KEAHLIAN, BIRO PENGADUAN AWAM, PENDAFTARAN AHLI UMNO DAN SPR, CELCOM DAN BANYAK LAGI...

Teruskan Perjuangan

Sudah agak lama saya tidak menyentuh isu-isu politik tanah aiar tetapi beberapa posting yang lepas Cuma menyentuh isu-isu tempatan sebagai menyahut seruan beberapa rakan dalam komen-komen yang diberikan. Terima kasih kepada beberapa rakan yang turut menjayakan beberapa program Pemuda yang berlangsung baru-baru ini. Tahniah pada semuanya. Sememangnya inilah kepimpinan UMNO yang dimahukan oleh rakyat dan bukannya semata-mata pemimpin yang hanya bertindak untuk kepentingan diri sendiri.

Menyentuh beberapa isu yang ketika ini begitu hebat antaranya kes YB Eli yang menghadapi tekanan kerana gambarnya diedarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan Campuran di Perak tumbang kerana YB melompat parti, Ketua Menteri Pulau Pinang gagal mencapai matlamat, Menteri Besar Selangor menghadapi masalah salah guna kuasa, ADUN PKR di Kedah letak jawatan kerana masalah moral dan lain-lain lagi menjadikan saya berfikir dengan mendalam apakah yang sebenarnya berlaku ketika ini. Saya yakin dan percaya bahawa Allah SWT itu Maha Adil lagi Bijaksana dan kepadaNya lah kita berserah dan yakin dengan ketentuannya.

Mengenang kembali tuduhan demi tudahan dan segala perancangan jahat yang dibuat dan digembar-gemburkan oleh pemimpin parti pembangkang menjadikan saya lebih yakin bahawa Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar. Perkara-perkara yang pernah difitnah dan disebarkan dengan cara tohmahan oleh PR kepada UMNO kini melekat dimuka mereka. Kalau dulu setiap hari Dato’ Seri Khir dituduh menyalahguna kuasa ( Sehingga sekarang belum ada bukti pun ) kini Menteri Besar PKR Khalid Ibrahim akan menghadapi kes rasuah dan salah guna kuasa. Kalau dulu Anwar tuduh pemimpin UMNO tidak bermoral kini YB Eli ( bekas pegawai khas Wan Azizah ) juga melakukan perbuatan tidak bermoral. Lim Guan Eng juga kini seperti biasa menyalahkan orang lain apabila cakap besarnya untuk menghapuskan kemiskinan tegar Pulau Pinang dalam masa satu tahun gagal.

Apabila mengkaji dan mengkaji saya mula yakin bahawa perjuangan yang benar untuk Agama dan Bangsa akan sentiasa menghadapi tentangan dan rintangan. Saya insaf bahwa mungkin kali ini, sesi ini semua pemimpin UMNO yang dipilih dan akan dipilih pada PAU 2009 ini merupakan orang yang terpilih untuk mengembalikan perjuangan UMNO kelandasannya yang sebenar dan memimpin rakyat kearah kejayaan yang lebih gemilang, Insyallah.

Khamis, 19 Februari 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah , syukur kepada Allah SWT kerana permohonan keluarga sahabat saya untuk mendapatkan bantuan OKU sakit terlantar telah pun diluluskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Maran baru-baru ini. Saya mendapat makluman tersebut dari pegawai JKM Maran yang datang kepejabat saya semalam ( 18/2/2009 ). Terima kasih atas keperihatinan JKM dalam menyelesaikan kes terbabit. Terima kasih juga atas keprihatinan kepimpinan Pemuda UMNO Zon Chenor dalam menangani isu ini. Semoga ianya menjadi semangat kepada seluruh warga Pemuda UMNO Maran untuk memastikan kebajikan ahli dan rakyat di Maran ini sentiasa mendapat perhatian dari Pemuda UMNO. Kepada sahabat saya di RPSB Bukit Kening saya mendoakan kesejahteraan dan kesihatan selalu dan semoga tabah dalam menghadapi cabaran mendatang.

Selasa, 17 Februari 2009

Kaedah terbaik..

Melihat kepada perkembangan semasa politik hari ini menjadikan saya agak kurang berminat untuk menyentuh secara terus melalui blog ini ( Insyaallah dalam posting seterusnya akan saya ulas juga ) . Apatah lagi apabila terdapat beberapa rakan yang mohon supaya saya memberikan penumpuan yang lebih kepada isu politik tempatan terutamanya di Maran. Oleh yang demikian dalam beberapa posting sebelum ini saya post kan beberapa gambar yang saya ambil semasa menghadiri beberapa program yang saya sertai sepanjang dua minggu di bulan februari ini. Saya masih lagi memikirkan kaedah terbaik untuk saya menyampaikan jemputan program kepada pemuda diperingkat akar umbi kerana terdapat beberapa rungutan dari akar umbi bahawa mereka tidak dimaklumkan tentang program yang akan dijalankan.

Buat masa ini cara yang terbaik yang saya fikirkan ialah dengan cara sms dan juga hebahan didalam beberapa blog pemuda umno yang ada seperti pemudaluit.blogspot.com dan juga blog biro keahlian, cawangan dan daftar pemilih Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Maran. Namun masalah ahli tidak mengetahui program masih berlaku. Dalam kegawatan ekonomi ketika ini yang memerlukan perbelanjaan secara berhemat, maka saya tidak begitu berminat untuk melakukan promosi berbentuk banner dan juga iklan suratkhabar yang memelukan kos. Ketika ini saya cuma mempunyai maklumat nombor telefon ketua Pemuda dan juga dua perwakilan PPU Bahagian Maran pada 2008. Saya juga berharap jika dalam tahun ini saya dapat mengumpul lebih banyak nombor telefon ahli pemuda maran supaya saya dapat menghantar sms lebih kerap kepada semua orang supaya hubungan dan juga makluman akan sentiasa yang terkini.

Oleh yang demikian peranan Ketua Pemuda UMNO Cawangan dalam memaklumkan program kepada ahli-ahli juga amat penting kerana jika ahli akar umbi gagal mengetahui program yang dilaksanakan maka yang akan menjadi mangsa ialah nama UMNO itu sendiri. Ahli akan mengatakan UMNO tidak menjalankan program sedang yang berlaku adalah sebaliknya. Jadi secara tidak langsung akan menyebabkan rakyat juga tidak mengetahui program dan juga majlis yang dilaksanakan oleh UMNO. Oleh itu saya menyeru semua ahli yang mengetahui program yang dijalankan memberitahu rakan masing-masing supaya program yang dijalankan oleh UMNO akan disertai oleh semua golongan...Insyaallah.

Ahad, 15 Februari 2009

Seharian 14hb Februari 2009

Pagi : Pelancaran Reben Kuning Pemuda & Minum Pagi di Restoran inn Maran





Tengahari : Ramah Mesra Puteri Bahagian Bersama Puteri Dun Chenor di Dewan Orang Ramai
Chenor









Malam : Karnival Sukan PPU felda Sungai Nerek di Dewan Semai Bakti Sg Nerek







Tahniah dan Syabas pada semua yang terlibat....

Rabu, 11 Februari 2009

Turun Padang

Tengahari tadi saya dihubungi oleh Timbalan Pengerusi Zon Chenor, saudara Sapari Manaf ( Atan) yang memaklumkan pada saya bahawa keluarga rakan saya di RPSB Bukit kening ada masalah dengan permohonan bantuan JKM untuk anaknya yang OKU sakit terlantar di rumahnya. Oleh kerana ketika itu saya bersama dengan Penolong Pegawai JKM Maran En Ismail yang setiap hari dalam sebulan berada di pejabat saya untuk berjumpa dengan penerima bantuan JKM sebelah Jengka saya terus merujuk kes tersebut kepada beliau. Setelah mendapatkan penjelasan maka saya mengarahkan saudara Atan untuk berpakat dengan beberapa rakan yang lain untuk menyiasat situasi sebenar masalah yang berlaku.

Setelah mendengar cerita kedua belah pihak saya membuat kesimpulan bahawa kadang-kadang cara perhubungan dan pergaulan kita sesama sendiri memainkan peranan yang penting dalam urusan seharian kita. Saya dimaklumkan oleh JKM bahawa pihak Keluarga sahabat saya enggan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan kerana menganggap soalan tersebut tidak relevan dengan permohonan bantuan tersebut. Sebaliknya pihak JKM pula perlu mendapatkan maklumat tersebut kerana perlu membuat laporan diperingkat atasan untuk memastikan samada kes tersebut layak diberi ataupun tidak. Manakala apabila saya bertanya dengan keluarga rakan saya tersebut, beliau memaklumkan bahawa pihak JKM terlalu melampau dalam soalan sehingga memberi komen bahawa keluarga tersebut tidak layak dibantu kerana mempunyai rumah yang besar, kereta yang banyak dan adik beradik yang bekerja.

Bukan tujuan saya disini untuk mencari siapa yang salah dan siapa yang benar, sebaliknya yang mustahak ialah anak OKU tersebut perlu dibantu. Melihat keadaannya yang kurus kering dan menderita saya merasa sangat sedih kerana anak tersebut sememangnya memerlukan bantuan segera. Oleh yang demikian saya telah mengarahkan saudara Penolong Setiausaha PPU Maran , Sdr H.Salimi untuk merujuk pihak JKM supaya kelulusan bantuan JKM tersebut dapat dipercepatkan. Laporan kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Resam Negeri Pahang juga akan dibuat untuk memohon sumbangan wang zakat untuk membantu anak OKU tersebut.

Pihak PPU Bahagian Maran juga tadi telah menghulur sumbangan setakat yang termampu secara terkumpul . Terima kasih pada saudara Alinuddin (AJK PPU Bahagian) dan Saudara H.Salimi ( P/SU PPU Bahagian ) yang sudi menghulurkan sumbangan.

Melihat kepada senario yang berlaku saya memikirkan bahawa kita perlu bertolak ansur dalam pergaulan kita supaya perkara yang kecil tidak menjadi besar sehingga ianya merebak kepada unsur lain yang tidak berkaitan. Amat malang jika slah faham yang berlaku akan menyebabkan keluarga tersebut membenci semua pegawai JKM dan seterusnya memutuskan semua hubungan dengan pegawai kerajaan. Manakala tidak mustahil jika pegawai JKM yang terbabit akan membenci keluarga tersebut dan seterusnya akan menyebabkan anak tersebut menjadi mangsa tanpa menerima bantuan.

Amat malang sekiranya hasrat murni kerajaan diperingkat atasan yang begitu memikirkan rakyatnya terbantut kerana salah faham yang berlaku. Sebaiknya siasatan dibuat dengan hati yang terbuka supaya yang kusut dapat dileraikan dengan baik.

REBEN KUNING

Salam Sahabat dan Rakan Seperjuangan Pemuda UMNO Maran. Saya menyeru kepada sahabat semua atas dasar sokongan kepada KYDMM raja- Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Pemerintah dibumi Malaysia ini.. Marilah kita mulai hari sama-sama mengibarkan reben/kain kuning di kenderaan ( kereta, motor, van, bot, lori dan lain-lain) sebagai tanda perpaduan dan sokongan kita... DAULAT TUANKU..ALLAHHU AKBAR..HIDUP MELAYU..HIDUP UMNO...

Isnin, 9 Februari 2009

Petikan rakan Blogger

Diselekoh (Pada MAC), ada PAU
1. Kemelut politik Perak berakhir. BN telah berjaya tadbir negeri. DSN sudah keluarkan kukunya. Teman dan musuh akan terasa ngeri.

2. Pergolakan yang berlaku sangat menarik dan perlihatan kematangan dalam politik di Malaysia - dikalangan politkus.

3. Bagaimanapun diperingkat bawahan, masih berteraskan sentimen dan retorik. Kepercayaan dan kesetiaan membabi-buta - babi yang buta!

4. Kemenangan BN di Perak dialukan rakyat umum. Perubahan kuasa kepada BN memberikan keyakinan kepada bangsa Melayu dan seluruh rakyat.

5. Kegagalan dan kekecewaan politik DSA ibarat mengejutkan harimau yang luka. Awas serangan balas yang menggila dan BN mesti sentiasa sedia.

6. DAP kata PR tolak DSA sebagai ketua pakatan. Tetapi P051 berbelit lidah dan lembut gigi dari gusi. Jika bertemu ular dan yang ini, ketuklah dulu yang ini.

7.Musuh mungkin guna taktik dan senjata sama. Mugkin biarkan BN leka dan lena seketika. Bukan mustahil BN dapat satu negeri tetapi hilang satu negara. Mungkin mereka juga uji teori dan perundangan politik wang dan lompat parti.

8. PAU semakin hampir. Luka tempur harus dirawat segera untuk hadapi pemilihan dalam parti pula. Bagaimana pun jangan hanya fokus kepada satu kerana harus juga melihat kepada dua penjuru - harus berjaga-jaga dan jangan leka - awasi jerat yang tidak melupai kita.

9. Pelan peralihan dan 'reform' yang dijanjikan masih kelam. Dalam politik semua boleh berlaku. Bukan kita tahu No.2 mesti jadi 1.

10. Bukan semua pemimpin baik dan bijak akan terpilih, perwakilan juga memlih bulu - antara yang tebal dan yang nipis, yang lurus dan kerinting.

11. DSN perlukan gandingan yang baik. Perlukan penyokong yang dipercayai bukan wawasan satu legasi. Idealis dan nasionalis. Kritis tetapi bukan opertunitis. Lantang bersuara menyatakan kebenaran. Dari Johor nampak ada yang sebegini. P143 mungkin orangnya.

12. Sayap Pemuda perlu lantang bukan temberang. Menang debat bukan bererti hebat. Bijak berfikir dan bertindak bukan hanya bijak bercakap. Tapi, P005 nampak terserlah - bapak borek anak rintik.

13. Sayap Wanita ni penting juga, tiada dayang kemana pulangnya lembing si awang? Yang lama bukan tak berguna. Yang ini - P067 yang punya.

14. Sayap Puteri, harus berseri dan menyeri. Terpaksalah lihat didalam negeri sendiri. Nampak bistari dan seorang isteri. N025, dia disini sedia berbakti.

15. Yang itu dan tersusun untuk dipilih. 'Reform' parti (bukan 'Rebranding') mesti menjadi - baru lah UMNO gagah kembali.

Nota:Ucapan selamat bersara sebagai presiden UMNO dan PM kepada DS Abdullah Badawi.
Terima kasih kepada Beranikan HAti...

Ahad, 8 Februari 2009

SALAM THAIPUSAM..

SALAM THAIPUSAM PADA SEMUA PENGANUT AGAMA HINDU DI MARAN KHUSUSNYA, DI PAHANG DAN MALAYSIA AMNYA... SEMOGA KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN INI AKAN KEKAL SELAMANYA ...

Begitulah Sepatutnya

Semalam saya sempat bersama dengan Pemuda UMNO di Kampung Luit yang mempunyai dua cawangan Pemuda disana untuk bersama dengan program turun padang bermain badminton yang dianjurkan oleh Bir Sukan Pemuda. Tahniah kepada pihak Biro kerana dapat mengadakan program berterusan demi memastikan tujuan dan hasrat PPU Maran untuk turun padang tercapai. Mohon maaf kerana tidak dapat bermain sepenuh masa kerana tidak membuat persediaan yang secukupnya (alasan lah tu).

Semoga program yang dilangsungkan dapat menjadi contoh dan ikutan kepada Biro-biro lain dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai AJK yang dipertanggungjawabkan oleh perwakilan pada pemilihan yang lepas. Saya insyaallah akan sentiasa bersama sekiranya berkemampuan dan berkesempatan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini kita perlu berjimat cermat dalam melaksanakan program untuk memastikan impak yang maksimum kepada target program yang dijalankan. Dengan kaedah dan cara yang betul barulah program yang dijalankan akan berkesan dan memberi manfaat kepada pemuda secara keseluruhannya.

Beberapa hari yang lepas saya sempat mengikuti beberapa hujah yang disampaikan oleh penceramah parti pembangkang ( PAS + PKR) yang begitu ingin melihat parti UMNO ini dihapuskan. Sekadar menyentuh beberapa isu yang dibangkitkan ( isu Perak telah disentuh dan begitulah pendirian saya ), isu pertama ialah :

Pemimpin utama UMNO keluar parti seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan terkini Mahathir Mohamad.
- Saya melihat perkara ini sebagai satu hikmah dan juga bukti betapa konsisten ahli UMNO dalam memperjuangkan dasar parti kerana walaupun tidak berkompromi dengan seorang pemimpin tetapi parti yang lebih diutamakan. Pemimpin yang Agung hanyalah Rasulullah SAW sahaja manakala yang lainnya adalah manusia biasa yang tertakluk pada silap dan salah. Seseorang pemimpin juga mungkin sesuai untuk satu waktu yang tertentu dan kemudiannya akan diganti oleh pemimpin yang lain tetapi dengan niat yang satu untuk memastikan dasar perjuangan yang membela Agama, Bangsa dan Negara dapat dipertahankan.

Kerajaan UMNO /BN menyalahgunakan wang kerajaan untuk kepentingan peribadi.
- Melihat kepada rakyat ketika ini yang mempunyai pendidikan yang tinggi, boleh hidup dengan aman dalam negara, berdemonstrasi walaupun pada perkara yang salah, menggunakan internet walaupun parti pembangkang, bekerja dengan kerajaan walaupun dalam diam mengentam kerajaan, menggunakan bangunan kerajaan tanpa sewa ( masjid dan balairaya) dari kerajaan untuk menghentam kerajaan, ramai pemimpin pembangkang yang berniaga dan menjawat jawatan tinggi disektor kerajaan dan swasta, anak-anak ahli pembangkang bersekolah dan dikenakan yuran yang sama dengan ahli parti kerajaan, dan lain lain lagi menyebabkan saya berfikir sekali lagi. ( Tanpa prejudis pada individu tertentu yang melakukan kesalahan seperti pegawai kerajaan makan rasuah dsb).

Kerajaan UMNO / BN tidak mendengar suara rakyat.
- Siapakah rakyat sebenarnya. Adakah apabila rakyat hanya akan disebut rakyat apabila menyokong PR ( Penipu Rakyat ) ataupun rakyat ditafsirkan sebagai semua warganegara dan bukan warganegara yang tinggal di Tanah Malaysia ini. Ingatlah bahawa samada undi PR ( Penipu rakyat ) ataupun UMNO/BN semuanya adalah rakyat Malaysia dan layak mengundi untuk menentukan kerajaan. Di Parlimen masih lagi majoriti kepada BN. Jadi jelaslah bahawa rakyat jugalah yang menaikkan kerajaan yang ada sekarang ini.

Menceritakan secara tidak jujur masalah korupsi kerajaan dan mengaitkan dengan Parti UMNO/BN.
- Saya tidak bertujuan menafikan wujudnya masalah dalaman parti dan juga kerajaan tetapi biarlah dilihat isu ini secara adil dan saksama. Mengaitkan hal rasuah seorang pegawai kerajaan seperti contoh kerugian MAS beberapa tahun lepas dengan UMNO adalah satu perkara yang tidak rasional. Ini kerana MAS ditadbir oleh Lembaga Pengarahnya dan juga CEOnya dan bukan oleh UMNO. Jadi sepatutnya penyelesaian perlu dilaksanakan dengan mereformasikan masalahnya dan bukannya dengan cara mengaitkan semuanya kepada UMNO dengan membuat fitnah tanpa bukti. ( Seseorang adalah tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah).


Insyaallah dalam ruangan yang akan datang dan dari semasa ke semasa saya akan cuba menyentuh hal sebegini dan saya tahu bahawa akan perbezaan pendapat yang akan dikemukakan. Saya menerima dengan hati yang terbuka dan mengucapkan terima kasih.

Al Fatihah buat keduanya

Saya mengucapkan takziah kepada sahabat saya saudara Mohd Taufik Bin Rafar ( Ahli Jawatankuasa UMNO Maran ) yang telah kehilangan Ibunda tercinta pada sebelah tengahari tadi ( 7hb Feb 2008 ). Saya juga dimaklumkan dalam tempoh yang sama ayah saudara kepada saudara Mohd Taufik iaitu abang ipar arwah ibunya juga telah meninggal dunia pada waktu yang lebih kurang sama. Pada Roh keduanya saya pohon hadiahkan Fatihah dan semoga ditempatkan bersama orang yang beriman...Al Fatihah.

Jumaat, 6 Februari 2009

Penderhaka Agama dan Bangsa

Perkembangan terkini keadaan politik di Perak ketika ini menjadi tumpuan seluruh rakyat yang menyaksikan kerajaan pimpinan dato Seri Mohd Nizar terpaksa melepaskan jawatan atas titah dari Tuanku Sultan Perak. Ini kerana Tuanku Sultan mendapat maklum bahawa Mohd Nizar telah tidak mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak. Melihat kepada cara Tuanku Sultan membuat keputusan jelas ianya dibuat dengan penuh kebijaksanaan kerana sebarang keputusan yang dibuat tidaklah secara membuta tuli dan penuh dengan kebijaksanaan. Namun amat malang apabila keputusan tersebut telah dibangkang sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat ( atau Pakatan pembangkang yang kerjanya cuma membangkang sahaja) yang kononnya mengatakan bahawa hak rakyat telah pun dikhianati oleh Barisan Nasional.

Saya tidak mahu mengulas pannjang tentang isu politik dan polimik di Perak ini kerana sebentar lagi MB baru akan dijadualkan untuk mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar. Namun secara ringkasnya melihat kepada apa yang berlaku ini bukanlah asing di Negara ini kerana ianya pernah berlaku sebelum ini dan ianya mengikut perundangan yang ditetapkan. Tidak ada apa yang menghairankan kerana inilah juga taktik yang ingin dilaksanakan oleh pakatan pembangkang dengan cuba merobek demokrasi rakyat dengan cita-cita 16 September dan kemudian dotukar tarikh beberap kali untuk memastikan ianya kekal relevan walaupun nampak gayanya seperti omongan kosong semata. Kemudiannya seperti hidup kembali apabila seorang ADUN BN di Perak bertukar sokongan dari UMNO ke PKR dan disambut dengan baik, mesra , penuh khusyuk, beriman dan macam-macam lagilah perkataan yang digunakan untuk menghalalkan apa yang berlaku itu.

Inilah yang dikatakan apabila sebaik-baik perancang itu ialah Allah swt kerana segala perancangan jahat yang dilakukan oleh pakatan rakyat akhirnya setelah beberapa hari memakan diri dan beberapa ADUN mereka mula mengisytiharkan sokongan kepada Barisan nasional sehingga menyebabkan Pakatan kehilangan sokongan majoriti di Perak. Tetapi dengan angkuhnya pakatan mula melakukan beberapa tindakan yang seolah-olah mereka ini berada diatas maksum dengan ingkar kepada arahan Sultan supaya meletak jawatan dan sebalik bertindak menghasut rakyat untuk sama-sama menderhaka kepada Sultan. Berita yang terakhir yang diterima ialah Mohd Nizar yang derhaka itu akan menyaman Sultan Perak demi untuk memastikan Kuasa MB kekal ditangannya.

Inilah akibatnya apabila terlalu jauh asyik dengan kuasa akhirnya hukum, halal haram dan nasib rakyat tidak lagi menjadi agenda utama tetapi misi peribadi yang kemaruk kuasa menentukan cara perlakuan tanpa memikirkan rasional undang-undang. Saya berdoa agar institusi Raja Berpelembagaan yang menjaga kesucian Agama Islam ini akan berjaya dipertahankan dan memastikan supaya penderhakaan ini dapat dihapuskan bagi memastikan Keselamatan, keamanan dan dan kesejahteraan Agama, Bangsa dan Tanah air ini terus terbela. Sebagai pewaris perjuangan saya akan sentiasa mematuhi apa sahaja arahan dari parti, sekiranya saya diperlukan untuk berhadapan dengan penderhaka ini maka saya menyeru seluruh warga Pemuda UMNO Maran khasnya dan Pahang secara umumnya untuk kita bersatu hati menghapuskan penderhaka ini...Allahhu Akbar..Daulat Tuanku...

Khamis, 5 Februari 2009

ALFATIHAH

Malam tadi ( 5hb Feb 2009, 12.30am ) saya dimaklumkan dengan pemergian seorang sahabat yang juga seorang senior dalam UMNO iaitu Abdul Kadir Bin Jusoh atau lebih glamor dengan panggilan Pak Itam Kadir. Allahyarham dikenali dengan seorang yang lemah lembut dan mudah mesra serta amat tegas dalam perjuangan membela Agama dan Bangsa.. Beliau yang ketika menghembuskan nafas yang terakhir merupakan PemeriksaKira-kira UMNO Bahagian Maran bagi penggal yang kedua. Sememangnya ketegasan beliau dalam memastikan perjalanan kewangan UMNO Bahagian, Pemuda, wanita dan Puteri merupakan aset yang berharga kepada UMNO Bahagian Maran. Saya secara peribadi mengucapkan tahziah kepada Keluarga beliau, semoga tabah dan sama-samalah kita berdoa semoga Allahyarham ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman...

Rabu, 4 Februari 2009

Ketua Pemuda UMNO Maran

Sehingga semalam saya dimaklumkan oleh beberapa orang rakan bahawa masih terdapat usaha yang dijalankan oleh beberapa orang bekas pemimpin pemuda UMNO Maran yang bertanding pada pemilihan peringkat bahagian dahulu yang mengambil keputusan melaporkan kejadian salah laku kempen pemimpin yang telah memenangi jawatan diperingkat bahagian terutamanya diperingkat pemuda UMNO Bahagian Maran. Yang anehnya kejadian seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini setelah selesai pertandingan berlaku secara muhibbah diperingkat bahagian. Kesemua calon yang bertanding telah bersetuju untuk berkempen secara ‘gentleman’ dan tidak membuat sebarang sabotaj kepada pihak lawan. Ini kerana masing-masing menyedari pertandingan ini merupakan satu proses demokrasi kepimpinan dalam UMNO yang secara tradisi dan peraturannya mengikut kehendak demokrasi dalam parti. Walaupun terdapat calon yang dari segi pencalonannya telah pun kalah dari segi pencalonannya tetapi kerana koutanya telah layak maka sebagai menghormati prinsip dan peraturan parti, tetap kedua pihak bertanding. Ada yang mengeluarkan manifesto dan ada yang terus turun ke akar umbi untuk merapati ahli pemuda.

Dalam pada itu saya diberi mandat dan ruang sepenuhnya oleh perwakilan cawangan untuk menjawat jawatan Naib Ketua dan diisytiharkan sebagai menang tanpa bertanding pada sesi ini ( 2008-2010) seperti yang pernah berlaku pada sessi 2001-2004 semasa Saudara Nasaruddin Bin Abdullah menawarkan diri untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran. Tahniah dan juga terima kasih kepada beliau yang ada memberikan nasihat dan pandangan kepada saya sepanjang waktu kempen untuk jawatan tersebut. Ini memberikan sedikit tambahan kekuatan untuk saya membuat keputusan dalam menghadapi suasana pertandingan ketika itu.

Saya akur bahawa sehingga Ketua Pemuda baru dipilih Ketua Pemuda yang ada harus dijaga dan dipertahankan. Namun sebagai menghormati demokrasi dan setelah memikirkan semasak-masaknya saya memilih untuk menyokong Saudara Najuib berbanding Saudara Jisshealyz ketika pertandingan tersebut. Ini kerana saya merasakan sebagai seorang pemimpin yang dipilih oleh pemuda saya perlu mempunyai sikap tegas dan berterus terang untuk kepentingan parti dan juga ahli pemuda. Saya tidak mahu saya dituduh bermuka-muka dan juga tidak mempunyai pendirian. Amat malang seorang pemimpin pemuda yang dipilih keseluruhannya tetapi gagal dalam membuat pendirian yang tetap dalam hal kepimpinan. Wal hal siang malam berkempen supaya semua ahli membuat pendirian supaya kita tidak dicap sebagai dua alam dan sebagainya.

Tetapi apabila selepas pemilihan berlaku dan saya menyedari terdapat usaha untuk menjatuhkan Saudara Najuib dengan taktik laporan ke Lembaga Disiplin UMNO saya amat terkejut dan berasa hairan. Sepatutnya jika kita telah membuat keputusan untuk bertanding maka secara sahnya kita telah mengakui bahawa salah seorang dari kita telah kalah dan seorang sahaja yang akan menang. Jadi adalah tidak munasabah apabila kita secara peribadinya cuba untuk menganiayakan parti dengan cara sedemikian.
Namun saya juga percaya inilah masalah dan sikap buruk orang Melayu yang penuh dengan PHD ( Perasan Hasad Dengki) yang masih belum mahu berubah demi untuk kebaikan Agama dan Bangsa. Sama seperti Kepimpinan PAS dan PKR yang begitu beria-ia untuk menjatuh UMNO yang sememangnya telah dari dahulu berjaya untuk mendominasikan politik negara dan memperjuang dan menegakkan Agama Islam ditempat yang mulia dalam negara ini. Tetapi oleh kerana hasad yang tinggi maka semua itu tidak dipedulikan dan UMNO dicerca dan dihinakan dan lebih malang lagi apabila ada dikalangan ahli UMNO yang merasa kesenangan dan rahmat dalam pemerintahan UMNO sendiri pun mempercayai fitnah dan dakyah yang dibawakan.. Nauzubillah...

Selasa, 3 Februari 2009

Permulaannya...

Salam sejahtera kepada semua. Nampaknya sudah ditakdirkan bahawa setelah 50 tahun merdeka nampaknya kesedaran berpolitik mula menjelma kembali setelah selama hampir dua dekad rakyat membiarkan segala permasalahan politik dan kepimpinan diselesaikan oleh orang poltik samada dari parti Barisan ataupun pembangkang seperti PAS, DAP, PKR atau sekarang ni gabungan yang dinamakan Pakatan Rakyat. Alhamdulillah kerana kesedaran berpolitik yang tinggi dikalangan orang Melayu.

Sejak dahulu dari permulaan perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union dan kemudiaannya kemerdekaan sememangnya kemahiran orang Melayu berpolitik amat bijak dan diakui semuanya. Kemenangan mendapatkan kemerdekaan merupakan hasil seni orang melayu yang mampu mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah pun. Jiwa kemelayuan dan keislaman jelas terpancar apabila orang melayu dengan rela hati dan rendah diri menerima orang Cina dan India untuk bersama menjadi rakyat di bumi bertuah ini. Sejak itu perjuangan UMNO berterusan membangunkan negara bersama rakan komponen demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Walaupun tidak kesemuanya indah dan terdapat juga cacat cela dibeberapa bahagian tetapi tiada siapa yang boleh menuding jari bahawa UMNO gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dari semasa ke semasa.

Sebagai pewaris kepimpinan dan terlibat secara langsung dalam paksi perjuangan UMNO yang setelah saya kaji dan selidiki bahawa inilah platform terbaik saya untuk membalas budi dan jasa kepimpinan terdahulu lakukan untuk anak bangsanya. Jelas bahawa semua keputusan yang dilaksanakan sekarang akan memberi kesan kepada generasi akan datang. Sebagai contoh yang nyata dengan adanya penyata Razak dan juga biasiswa kepada anak melayu bumiputera suatu ketika dahulu menyebabkan sekarang ini sudah ramai cerdik pandai Melayu dan bumiputera dalam negara walaupun jumlahnya masih boleh dipertingkatkan.

Bukanlah niat saya untuk mengungkit jasa-jasa yang telah lepas kerana ada diantara jasa tersebut disulami oleh noda kepada rakyat. Namun tidak ada seorang pun pemimpin didalam dunia ini yang sempurna waima seorang yang bergelar ulamak sekalipun. Oleh yang demikian saya juga yakin bahawa diri saya sendiri sememangnya tidak akan sempurna dan dari semasa ke semasa akan sentiasa melakukan silap dan salah. Tetapi menginsafi bahawa saya juga telah dipertanggungjawabkan sebagai salah seorang pemimpin kecil dibahagian saya akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan tersebut.

Selepas dari pilihanraya 2008 yang begitu mencabar kepada UMNO diikuti pula oleh pemilihan parti yang berlangsung diperingkat cawangan dan bahagian ( Pusat akan bersidang mulai 24hb Mac 2009 ) banyak komen dan saranan yang diterima oleh UMNO dari rakyat dan juga ahlinya. Ada yang memberi cadangan, saranan, nasihat dan tidak kurang juga yang mencemuh, memaki, menghina, menyindir dan menuduh kepada parti UMNO tentang pelbagai perkara. Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan pemimpin UMNO itu sendiri termasuk yang ada diperingkat cawangaan dan, bahagian dan Pusat termasuk para menteri. Cerita dibahagian dan cawangan sahaja boleh mencecah masa yang panjang sehingga boleh habis sekotak rokok kalau dikedai kopi. Gelas yang bersusun menunjukkan sudah beberapa gelas air yang diminum dan selagi pencerita belum menamatkan hikayatnya meja akan penuh dengan pendengar setianya

Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Maran sendiri sebelum dari persidangan di cawangan sendiri sudah mula ada cerita tersendiri mengenai pertandingan tersbut tetapi akhirnya lain pula yang jadi. Dalam tempoh berkempen macam-macam cerita yang keluar dan saya percaya sehingga sampai bila-bila pun bermacam cerita akan sampai ke peringkat akar umbi pemuda UMNO cawangan di Maran. Namun apa yang pasti setelah tiga kali mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian tetap komited untuk memastikan tugas dan tanggungjawab dilaksanakan dengan sebaiknya.

Untuk itu , sememangnya pihak PPU Maran memerlukan semua kerjasama dari semua pihak tidak mengira siapa asalkan ikhlas memastikan Parti UMNO ini terus berada dilandasan untuk membela agama dan bangsa. Tidak ada istimewanya Khairul Amin bin Osman, tidak ada istimewanya Mohd Najuib Bin Hj Mohd Shahaimi, tidak ada istimewanya rakan AJK PPU Maran yang lain melainkan semuanya perlukan kerjasama dan bantuan dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Untuk peringkat yang pertama ini pihak PPU akan berusaha untuk memastikan semua hubungan dengan PPU dicawangan dijalinkan dengan baik untuk memastikan akar umbi pemuda benar-benar dapat bergerak dan berfungsi dengan baik. Marilah kita sama-sama dalam usaha untuk memastikan perjuangan untuk agama dan bangsa yang diasaskan oleh Nenek moyang kita ini akan terus relevan di bumi bertuah ini...Insyaallah...