Ahad, 8 Februari 2009

Begitulah Sepatutnya

Semalam saya sempat bersama dengan Pemuda UMNO di Kampung Luit yang mempunyai dua cawangan Pemuda disana untuk bersama dengan program turun padang bermain badminton yang dianjurkan oleh Bir Sukan Pemuda. Tahniah kepada pihak Biro kerana dapat mengadakan program berterusan demi memastikan tujuan dan hasrat PPU Maran untuk turun padang tercapai. Mohon maaf kerana tidak dapat bermain sepenuh masa kerana tidak membuat persediaan yang secukupnya (alasan lah tu).

Semoga program yang dilangsungkan dapat menjadi contoh dan ikutan kepada Biro-biro lain dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai AJK yang dipertanggungjawabkan oleh perwakilan pada pemilihan yang lepas. Saya insyaallah akan sentiasa bersama sekiranya berkemampuan dan berkesempatan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini kita perlu berjimat cermat dalam melaksanakan program untuk memastikan impak yang maksimum kepada target program yang dijalankan. Dengan kaedah dan cara yang betul barulah program yang dijalankan akan berkesan dan memberi manfaat kepada pemuda secara keseluruhannya.

Beberapa hari yang lepas saya sempat mengikuti beberapa hujah yang disampaikan oleh penceramah parti pembangkang ( PAS + PKR) yang begitu ingin melihat parti UMNO ini dihapuskan. Sekadar menyentuh beberapa isu yang dibangkitkan ( isu Perak telah disentuh dan begitulah pendirian saya ), isu pertama ialah :

Pemimpin utama UMNO keluar parti seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan terkini Mahathir Mohamad.
- Saya melihat perkara ini sebagai satu hikmah dan juga bukti betapa konsisten ahli UMNO dalam memperjuangkan dasar parti kerana walaupun tidak berkompromi dengan seorang pemimpin tetapi parti yang lebih diutamakan. Pemimpin yang Agung hanyalah Rasulullah SAW sahaja manakala yang lainnya adalah manusia biasa yang tertakluk pada silap dan salah. Seseorang pemimpin juga mungkin sesuai untuk satu waktu yang tertentu dan kemudiannya akan diganti oleh pemimpin yang lain tetapi dengan niat yang satu untuk memastikan dasar perjuangan yang membela Agama, Bangsa dan Negara dapat dipertahankan.

Kerajaan UMNO /BN menyalahgunakan wang kerajaan untuk kepentingan peribadi.
- Melihat kepada rakyat ketika ini yang mempunyai pendidikan yang tinggi, boleh hidup dengan aman dalam negara, berdemonstrasi walaupun pada perkara yang salah, menggunakan internet walaupun parti pembangkang, bekerja dengan kerajaan walaupun dalam diam mengentam kerajaan, menggunakan bangunan kerajaan tanpa sewa ( masjid dan balairaya) dari kerajaan untuk menghentam kerajaan, ramai pemimpin pembangkang yang berniaga dan menjawat jawatan tinggi disektor kerajaan dan swasta, anak-anak ahli pembangkang bersekolah dan dikenakan yuran yang sama dengan ahli parti kerajaan, dan lain lain lagi menyebabkan saya berfikir sekali lagi. ( Tanpa prejudis pada individu tertentu yang melakukan kesalahan seperti pegawai kerajaan makan rasuah dsb).

Kerajaan UMNO / BN tidak mendengar suara rakyat.
- Siapakah rakyat sebenarnya. Adakah apabila rakyat hanya akan disebut rakyat apabila menyokong PR ( Penipu Rakyat ) ataupun rakyat ditafsirkan sebagai semua warganegara dan bukan warganegara yang tinggal di Tanah Malaysia ini. Ingatlah bahawa samada undi PR ( Penipu rakyat ) ataupun UMNO/BN semuanya adalah rakyat Malaysia dan layak mengundi untuk menentukan kerajaan. Di Parlimen masih lagi majoriti kepada BN. Jadi jelaslah bahawa rakyat jugalah yang menaikkan kerajaan yang ada sekarang ini.

Menceritakan secara tidak jujur masalah korupsi kerajaan dan mengaitkan dengan Parti UMNO/BN.
- Saya tidak bertujuan menafikan wujudnya masalah dalaman parti dan juga kerajaan tetapi biarlah dilihat isu ini secara adil dan saksama. Mengaitkan hal rasuah seorang pegawai kerajaan seperti contoh kerugian MAS beberapa tahun lepas dengan UMNO adalah satu perkara yang tidak rasional. Ini kerana MAS ditadbir oleh Lembaga Pengarahnya dan juga CEOnya dan bukan oleh UMNO. Jadi sepatutnya penyelesaian perlu dilaksanakan dengan mereformasikan masalahnya dan bukannya dengan cara mengaitkan semuanya kepada UMNO dengan membuat fitnah tanpa bukti. ( Seseorang adalah tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah).


Insyaallah dalam ruangan yang akan datang dan dari semasa ke semasa saya akan cuba menyentuh hal sebegini dan saya tahu bahawa akan perbezaan pendapat yang akan dikemukakan. Saya menerima dengan hati yang terbuka dan mengucapkan terima kasih.

1 ulasan:

  1. assalamualaikum,
    jika kita hendak mengetahui mengenai kelemahan kita, tanyalah pada musuh kita kerana mereka nampak kelemahan kita. kalau kamu bertanya kelemahan kepada kawan kamu, maka jawapan yang diberikan biasanya tidak ikhlas kerana menjaga persahabatan ataupun menjaga kepentingan dirinya.

    Jika ingin memperbaiki diri supaya lebih baik, langkah pertama akui kesilapan kita, kemudian perbaikinya. andai tidak diakui kesilapan kita, maka tiada apa yang hendak diperbaiki.

    saya ingin bertanya saudara, tidakkah berlaku rasuah dalam UMNO? secara khususnya tidakkah berlaku rasuah dan ketidakadilan dalam UMNO Maran dan Pahang? dalam pemilihan untuk Mac baru-baru ini tidakkah berlaku sogok menyogok dan rasuah merasuah?

    mengenai wang rakyat. Tidakkah berlaku pembaziran dalam kerajaan? bukankah sudah ada laporan dari Audit Negara dahulu? sebagai contoh, tidakkah membawa orang-orang tertentu melancong keluar negara contohnya Medan merupakan pembaziran? bukankah Malaysia ini banyak tempat pelancongan yang disarankan kerajaan? tidak adakah lagi orang miskin di Maran yang memerlukan bantuan? kalau ada apa yang dibuat oleh pihak anda? tidak adakah orang Melayu susah yang masih tak bertanah di Maran? kalau ada apa yang UMNO lakukan? atau tanah lebih baik diberikan kepada cina Srijaya untuk meraih sokongan? ataupun diberikan untuk membuat Kasino yang lebih besar di Genting?

    Jadi sebelum menjawab fikirkan dulu sedalam-dalamnya secara rasional kerana rakyat mempunyai telinga untuk mendengar, mempunyai mata untuk melihat, mempunyai mulut untuk berkata dan mempunyai kederat untuk bertindak. Apa yang berlaku sekarang bukan kerana prinsip UMNO yang salah atau lemah, tetapi kerana pemimpin sekarang yang mementingkan diri sendiri bukan rakyat. Ingatlah kisah Khalifah Umar yang berjalan seorang diri ditengah malam untuk mendengar rintihan rakyat. dan bila berjumpa rakyat yang merintih, dia memberi bantuan dengan usahanya sendiri kerana dia tahu masalah rakyat adalah tanggungjawabnya. Jangan hanya bertemu rakyat bila masa hampir dengan pengundian. tetapi selepas itu muka pun susah hendak ditemui. Jangan bersikap antara dua darjat, pemimpin dengan kereta besar mereka bercermin gelap pekat, dengan rumah besar berpagar tinggi yang hebat, dengan muka tanpa senyum sombong riak kerna ini akan menjauhkan rakyat dengan kamu dan membina satu ruang kosong antara pemimpin dan rakyat. Puluhan tahun yang berlalu, akan menyebabkan rakyat semakin menjauhkan diri dengan UMNO, jika ruang kosong itu tidak diisi, dan rakyat akan melihat UMNO bukan untuk mereka lagi, tetapi untuk segelintir yang berkepentingan. Rakyat adalah semua rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina dan India, dan tak kira Islam atau tidak. berlaku adillah kepada rakyat. Di hadapan Allah nanti pemimpin akan dihisab dengan lebih halus berbanding rakyat. kerana hidup rakyat adalah tanggungjawab pemimpin.

    BalasPadam