Khamis, 9 April 2009

Anak dirumah disusukan ...Anak kera cari lah ibu sendiri

Barisan Nasional kini perlu sedar bahawa selepas dari pilihanraya perkara yang palaing penting ialah kembali berkhidmat dikawasan yang diwakili olehnya. Ini penting supaya isu-isu berbangkit seperti Wakil Rakyat tidak turun kawasan, aduan tidak diambil tindakan dan sebagainya tidak menjadi rungutan rakyat dikemudian hari. Melihat kepada trend Bn ketika ini yang begitu terhegeh-hegeh ingin menyumbangkan khidmat bakti dikawasan yang tidak diwakili adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan.

BN sepatutnya memberi peluang kepada wakil rakyat PR yang dipilih untuk menjalankan tugasnya . Biarlah dia berusaha untuk membangunkan kawasannya tanpa campurtangan dari BB. Barulah nanti rakyat akan dapat membezakan hasil kerja masing-masing. Oleh itu hasrat beberapa bekas calon BN yang tewas dalam pilihanraya untuk terus berkhidmat adalah sesuatu yang tidak patut dilaksanakan kerana Wakil rakyat yang sah telah pun dipilih oleh rakyat, maka biarlah dia berkhidmat dengan rakyat dan menunaikan janji-janjinya dan jangan hanya pandai bercakap dan berjanji sahaja. Apa yang boleh dibuat oleh Barisan Nasional dikawasan ini sepatutnya bertindak sebagai badan pemantau dan pembangkang kepada perkara-perkara yang tidak diambil tindakan dan juga janji-janji yang dilupakan oleh wakil rakyat tersebut. Perkara asas masalah rakyat perlu diselesaikan oleh YB tersebut dan janganlah pihak BN mencampuri urusan tersebut kerana nanti mungkin akan dipersalahkan oleh pihak PR kerana ingin campurtangan dalan urusannya.

Sama juga diperingkat Persekutuan apabila pilihanraya umum telah selesai maka BN yang ditunjangi oleh UMNO perlu mengambil isiatif menunaikan janji dan mengambil berat masalah-masalah yang berlaku dinegeri-negeri yang memberi kemenangan kepada BN. Ini perlu dipraktikkan kerana ianya akan memberi contoh teladan yang baik kepada rakyat apa yang boleh dilaksanakan oleg kerajaan BN. Jadi penyokong dan pengundi BN akan merasa bahawa mereka telah membuat satu keputusan yang baik dan akan berusaha membantu BN sentiasa menang dalam pilihanraya berikutnya.
Bukanlah pula bermaksud bahawa kerajaan Persekutuan BN tidak perihatin kepada kerajaan negeri yang berbeza parti tetapi tanggungjawab tersebut adalah tanggungjawab parti yang memerintah dan dipilih oleh rakyat dinegeri tersebut. Maka tidak perlulah mereka maksa kerajaan BN untuk membantu kerana rakyat sendiri telah menolak kerajaan BN seperti dibeberapa buah negeri iaitu, Kelantan ( Dah lama dah..) , Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Oleh yang demikian sebagai kerajaan Pusat yang bertanggungjawab kepada pengundinya maka kerajaan BN mesti memastikan kawasan yang memberi sokongan dan memenangkan mereka harus dititik beratkan berbanding kawasan yang telah jelas menyokong PR semasa pilihanraya.

2 ulasan:

  1. Betul apa yang ditulis oleh penulis blog di atas.BN tak perlu terhegeh-hegeh pergi ke tempat-tempat yang berlaku apa=apa masalah di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang.
    Kalau tidak BN akan terus berbakti tapi undi tetap pada pembangkang. Bagi penduduk pangkah apa-apa pun boleh. Kalau susah minta kerajaan. Sapa lagi kalau bukan BN.

    BalasPadam
  2. salam.
    saya sokong !!!

    BalasPadam