Isnin, 11 Mei 2009

Mesyuarat AJK cawangan Chenor

Pada 7hb Mei ( Khamis ) pada pukul 9.30 malam di Kg Baru Chenor, Pergerakan Pemuda UMNO cawangan Chenor ( cawangan saya) telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasanya kali pertama tahun 2009. Kesibukan yang dialami sepanjang awal tahun hingga kepada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini menyebabkan mesyuarat yang dirancang beberapa kali terpaksa ditunda beberapa kali sebelum dapat bersidang pada hari semalam.

Oleh kerana telah agak lama tidak berjumpa secara formal , maka saya mengambil sedikit masa dalam ucapan aluan Pengerusi mesyuarat.Beberapa perkara berkenaan perjalanan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian terpaksa saya ulas secara berhati-hati kerana tidak mahu menyinggung perasaan sesiapa. Beberapa isu nasional juga telah saya ulas termasuk kemenangan saudara Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar sebagai Ketua Pergerakan pemuda UMNO Malaysia.

Intipati mesyuarat dimulakan dengan isu-isu berkaitan UMNO sendiri dan juga beberapa isu yang berhubung kait dengan kepimpinan negara. Isu Altantuya juga telah disentuh dan setelah saya terangkan bahawa YAB Dato’ Seri Najib telah bersumpah dengan nama Allah barulah semua ahli jawatankuasa dapat merungkaikan hasutan pembangkang sebelum ini dikedai kopi. Isu berkaitan hukuman YAB Dato’ Seri Ali Rustam dan YB Khairy Jamaluddin juga telah dapat diselesaikan dengan penerangan berkenaan tatetika parti.

Oleh kerana ketika ini UMNO perlu fokus kepada menaikkan semula imej parti maka pergerakan pemuda UMNO cawangan Chenor secara sebulat suara supaya program kemasyarakatan dan keagamaan dipertingkatkan sesuai dengan asas UMNO membela Agama, Bangsa Dan Tanah Air. Oleh itu satu biro penting berkaitan perlaksanaan program dijalankan dengan diketuai oleh Saudara Samsul Kamal (Naib ketua Pemuda cawangan ) dan kemudianya Biro pengkedaran parti yang diketuai oleh Saudara Zamzaini dengan dibantu oleh saudara Syed Iskandar. Insyaallah dalam masa terdekat Pemuda UMNO Cawangan Chenor akan turun padang untuk benar-benar membantu rakyat sebagaimana saranan Presiden parti untuk ahli parti bekerja untuk memastikan kemenangan dalam PRU ke 13 nanti.

2 ulasan:

  1. Tahniah Sdr Amin,

    Satu gerak untuk menggempur telah bermula. Sepatutnya sesi penerangan sebegini perlu sentiasa di adakan samada secara ceramah, road show atau dlm majlis-majlis supaya dakyah-dakyah pembangkang dapat dipatahkan segera.

    Aliran maklumat yang tidak tepat dalam media blog, media kedai kopi adalah senjata yng akan menikam secara senyap. Kita perlukan lebih pemberi maklumat atau pemidato agar maklumat yang benar dan tepat dapat disampaikan.

    Teruskan perjuangan...

    .

    BalasPadam