Ahad, 17 Mei 2009

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang

Pada Pukul 5.45 petang, 16hb Mei 2009 ( Sabtu ) bertempat di Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah dijalankan mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang yang kali pertama dipengerusikan oleh Sdr Abu Jimi Samat selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang bagi sesi 2008-2011. Turut bersama hadir ialah YB Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi sesi 2008-2011. Beberapa pandangan dan nasihat telah disampaikan dan beliau juga menerangkan berkenaan Rukun Pemuda yang dilancarkan dijanda Baik, Pahang baru-baru ini.

RUKUN PEMUDA
1. Pemuda Yang Bersatu
2. Pemuda Yang Berprinsip
3. Pemuda Yang Inclusive ( Menyeluruh )
4. Pemuda Yang Relevan
5. Pemuda Yang Proaktif
( Insyaallah dalam posting yang seterusnya saya akan membuat penjelasan ringkas berkenaan dengan kelima-lima rukun Pemuda tersebut)

Saya juga telah menerima surat secara rasmi dari Setiausaha Agong Parti yang menjelaskan bahawa naib Ketua Pergerakan Pemuda hendaklah memangku jawatan ketua tersebut. Keputuan ini saya terima dengan redha dan hasti yang berat kerana saya sedar akan tanggungjawab yang terbeban keatas jawatan ini. Saya juga dalam mesyuarat sebentar tadi telah memohon kepada semua Ketua Pergerakan pemuda dalam Negeri Pahang supaya menyokokmg penuh rayuan yang sedang dibuat oleh Saudara Mohd Najuib kepada Lembaga Rayuan Parti. Saya juga memohon supaya kalau boleh melalui mana-mana saluran parti dapat dibantu kepada siasatan SPRM kepada saudara Mohd Najuib kerana beliau melakukan kesalahan tataetika parti dan telah pun dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin Parti. Oleh yang demikian adalah tidak wajar kiranya Sdr Najuib disiasat pula buat kali kedua kerana beliau telah menerima hukuman dari Lembaga Disiplin Parti. Saya juga menyeru kepada pucuk pimpinan parti supaya segala permasalahan disiplin ahli parti digunakan saluran dalam parti sendiri sahaja. Sikap membiarkan agensi lain yang tidak memahami etika ahli parti akan menyebabkan berlaku pertikaian yang tidak sewajarnya.

Senarai pegawai-pegawai Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang adalah seperti berikut :

1. Ketua : Sdr Abu Jimi Bin Samat ( KP PPU Lipis )
2. Naib Ketua : Sdr Mohd Azizan Bin Che Omar ( KP PPU Bera )
3. P/Setiausaha : Sdr Suhaimi Bin Jusoh @ Sulong ( KP PPU Indera Mahkota )
4. Bendahari : Sdr RodzuanBin Zaaba ( KP PPU Kuala Krau)
5. K/Penerangan : Sdr Mohammad Jafree Bin Wahab ( KP PPU Pekan )

Tahniah diucapkan kepada semua yang telah dilantik kejawatan masing-masing. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang demi Agama, Bangsa Dan Tanahair..

2 ulasan:

  1. selamat belaka kpd yg telah diberi amanah. senoga ianya akan menjadi pemangkin untuk melaksanakan rukun pemuda. jaga baik2 rukun ni sebabnya rukun jika di tinggalkan hukumnya tak sah. kalau kerja haji tak boleh bayar dam, kalau sembahyang kena tambah rakaat dan sujud sahwi. kalau tak silap kawan yg jahil ni lah. jangan ianya menjadi backfire pd pemuda dah lah. selamat berjuang dan tahniah.

    BalasPadam
  2. terlabih dahulu CTM mengucapkan tahniah kepada pegawai2 pemuda umno pahang yang telah dilantik..jalan lah tugas dengan adil dan saksama untuk agama bangsa dan negara.... walau ape pun saudara kne terima dengan positif keputusan daripada setiusaha agong tersebut, namun amat kecewa diatas apa yang berlaku kepada saudara najuib. perjuangan tetap perjuangan...hidup pemuda maran..

    BalasPadam