Selasa, 19 Mei 2009

UMNO parti Kontraktor????

UMNO Perlu Berubah…itulah yang sentiasa disebut, diungkap, ditulis, disuarakan, dihayati oleh semua kepimpinan UMNO ketika ini. Tidak mengira pemimpin diperingkat Pusat, peringkat negeri, peringkat bahagian dan tidak ketinggalan juga peringkat cawangan dan juga termasuk ramai dikalangan ahli UMNO sendiri yang sentiasa mengungkapkan perkataan itu. Perkataan keramat yang menjadi taruhan dan juga modal dalam kebanyakan ucapan, ceramah, tazkirah, bual bicara, sembang petang, borak kosong dan sebagainya oleh pemimpin dan juga ahli UMNO. Alhamdulillah selepas dari pemilihan baru-baru ini kebanyakan kedudukan tempat teringgi UMNO, Wanita , Pemuda dan Puteri berubah dengan drastik sekali. Samada kerana pemimpin terdahulu sudah tidak relevan, tidak layak kerana beberapa faktor, dikenakan tindakan ataupun kehendak akar umbi yang menajalankan haknya semasa perhimpunan yang lalu.

Alhamdulillah pemilihan diperingkat Pemuda Pusat telah pun selesai dan keputusan telah pun diketahui. Hanya dua orang sahaja muka lama yang kekal ( kalau tak silap saya) iaitu, Saudara YB Khairy Jamaluddin yang kini memegang jawatan Ketua Pemuda dan juga Saudara Anis Hisham yang dilantik sebagai EXCO terlantik. Oleh yang demikian bolehlah dikatakan sekali lagi Pemuda UMNO pusat mengalami transformasi yang besar dengan perubahan kepimpinannya. Setelah beberapa ketika semua ahli Exco dan juga ketua pemuda negeri yang dilantik telah menjalani khemah kerja untuk menentukan hala tuju pemuda UMNO seterusnya.

Maka lahirlah rukun Pemuda yang telah saya tulis disini. Bukanlah menjadi prioriti saya untuk mengulas panjang berkaitan dengan Rukun Pemuda ini kerana kalau ianya diamalkan dengan baik dan tulus oleh semua ahli pemuda termasuk kepimpinan tertinggi maka Insyaallah Pemuda UMNO akan terus menjadi tunggak parti dan negara sentiasa. Namun secara terang-terangan ketika pemilihan Ketua Pemuda UMNo negeri-negeri dan juga perlatikan pegawai negeri juga menunjukan bahawa semuanya hanya orang yang menunjukan sokongan yang jelas kepada yang menang sahaja akan dilantik kejawatan tersebut. Tahniah pada semua kerana telah terpilih dan ingatlah bahawa telah terpikul satu tanggungjawab yang besar bagi anda.

Kini hampir semua pemimpin bercakap bahwa UMNO mesti relevan dan menjadi parti kesukaan dan juga parti utama untuk orang melayu menjadi ahlinya . Setiap hari pemimpin UMNO bercakap tentang penambahan ahli. Kalau diperingkat Pemuda bahagian pula dimestikan supaya turun padang, berjumpa dengan pengundi, menjalankan program untuk golongan muda dan belia, menyelesaiakan masalah orangmuda dan juga menyumbang kepada masyarakat. Amat besar sekali tanggungjawab pemuda diperingkat bahagian dan cawangan ketika ini bagi memastikan amanah ini tertunai.

Namun kini pemimpin UMNO diperingkat pusat lupa bahawa keadaan negara kini tidak sama seperti dahulu. Keadaan ekonomi dan sosial masyarakat kini tidak lagi sama. Golongan muda ketika ini bukan hanya golongan muda dahulu yang hanya mengenal Bola sepak, Sepaktakraw dan bBadminton sahaja. Golongan muda ketika ini sudaha pandai bermain woodball, golf, iPod, lumba motor, futsal, Snooker, karaoke dan lain-lain lagi. Kini tidak lagi seperti dahulu semua ada disediakan dengan kos yang murah, tetapi kini semuanya harus disediakan ongkosnya yang telah berlipat kali ganda jumlahnya. Cara hidup juga sudah berbeza, pekerjaan rakyat dan golongan muda tidak terhad dikampung sahaja malahan diluar negeri dan ada yang diluar negara. Malahan ramai dikalangan pemimpin UMNO diperingkat cawangan dan bahagian yang tidak menetap di bahagiannya sendiri. Semua program yang hendak dilaksanakan mestilah mempunyai bajet yang mencukupi supaya tidak lah seperti kata pepatah “ Rumah siap pahat berbunyi”.

Namun kekangan kewangan yang terlalu sedikit disalurkan oleh pemuda Pusat dan Negeri menyebabkan kepimpinan diperingkat bahagian terpaksa menggunakan kewangan sendiri bagi menampung program-program tersebut. Jika dikawasan itu YB Ahli parlimen dan ADUN membantu maka ianya bak kata pepatah “ Kecil tapak tangan nyiru ku tadahkan” . Untuk melayani permohonan dari pihak pemuda cawangan yang tidak jemu-jemu melaksanakan program untuk menguatkan parti maka tidak sedikit banyak terpaksa disumbangkan oleh Pemuda Bahagian dengan menggunakan peruntukan yang tidak mencukupi tersebut.

Oleh yang demikian tidak ramai ahli yang menawarkan untuk menjadi pemimpin kecuali setengah ahli yang mempunyai kemampuan termasuklah ahli perniagaan dan kontraktor. Mereka ini lebih berani bersuara kerana setengahnya mempunyai kewangan yang kukuh hasil perniagaan menguntungkan dinegara yang aman damai diMalaysia ini hasil kerja keras UMNO dan Barisan Nasional. Dengan dana kewangan yang kukuh ini mereka lebih mudah untuk membantu kewangan bagi program bahagian dan cawangan. Akhirnya kerana melihatkan tanggungjawab kewangan yang berat dalam UMNO diperingkat bahagian dan cawangan maka ramai dikalangan cerdik pandai melayu seperti guru, pensyarah, badan berkanun dan juga pekerja swasta tidak begitu melibatkan diri dengan kepimpinan UMNO.

Kos pengurusan yang tinggi untuk menjalankan program dan juga memastikan supaya perbelanjaan turun padang mencukupi untuk melayani kerenah anak buah dicawangan menyebabkan golongan diatas menjadikannya antara beberapa sebab untuk tidak aktif dalam UMNO. Akhirnya sekarang ini sudah menjadi trend UMNO hanya orang yang mempunyai kewangan yang banyak ( Ahli perniagaan & kontraktor) sahaja biasanya akan dipilih kerana kenyakinan itu akan bertambah dari ahli parti. Malahan jika berjumpa dengan kepimpinan dipeingkat pusat dan bercerita dengan masalah kewangan maka antara soalan spot ialah ada lesen atau tidak ?

Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya UMNO Pusat betul-betul merancang kewangan UMNO bahagian dan cawangan dengan baik. Pemimpin yang menawarkan diri tidak perlu risau tentang kewangan kerana ianya akan diuruskan oleh UMNO Pusat. Semua ahli akan berpeluang dan calon yang benar-benar berkebolehan dan berbakat akan muncul untuk terus mengukuhkan UMNO. Tidak perlu lagi pemimpin bahagian dan cawangan mahupun peringkat negeri dan pusat kehulu kehilir membawa lesen kontrak atau perniagaan atas alasan mencari kewangan untuk parti. Masa yang dihabiskan sepatutnya digunakan untuk memikirkan program ataupun melaksanakan program demi kebaikan ahli dan masyarakat. Alasan tetap ada namun jika semuanya ikhlas merealisasikan hasrat supaya UMNO berubah ini adalah perkara pokok yang perlu dikaji dan diberi keutamaan ketika ini. Janganlah apabila telah kehingan segalanya barulah memikirnya seperti bak kata pepatah “ Sudah Terantuk Baru Nak terngadah “ .

1 ulasan:

  1. rakyat dah faham , pembangunan yang dicanang bermaksud akan diwujudkan projek untuk kroni...

    BalasPadam