Sabtu, 30 Januari 2010

Jamuan Makan Malam 1Malaysia

Tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Zon Luit kerana telah menguruskan dengan baik Majlis Jamuan Makan Malam 1Malaysia yang bertempat di Dewan Jubli Perak Maran semalam ( 29hb Januari 2010 ). Sikap kerjasama berpasukan yang tinggi telah memungkinkan kejayaan mengadakan program sedemikian berlangsung dengan jayanya. Tahniah Kepad Saudara Zamri selaku Pengerusi Penyelaras Zon Luit yang telah berjaya mengemudi Pemuda DUN Luit dengan baik sehingga hari ini.

Sekalung Penghargaan dan Terima kasih kepada YB Dato Haji Tan Mohd Aminuddin Bin Haji Ishak selaku Ketua UMNO Bahagian Maran kerana sudi menyempurnakan Perasmian Majlis tersebut sehingga sanggup untuk tidak hadir keprogram anjuran kerajaan negeri semata-mata ingin bersama dalam Majlis yang dianjurkan oleh Pemuda. Keprihatinan YB Dato' adalah sumber inspirasi dan teladan kepada Pemuda dalam lebih bertanggungjawab dan komited menjalankan tugas.

Juga sekalung Tahniah dan terima kasih juga kepada YB Dato Haji Ahmad Munawar Bin Abd Jali yang sentiasa memberikan sokongan dan bantuan kepada Pemuda DUn Luit sehingga dapat menjayakan program sebegini besar. Insyaalah pihak Pemuda akan sentiasa bersama dengan YB Dato' dalam apa juga tugasan berkaitan pemuda di Dun Luit untuk meastikan kekuatan parti UMNO dan BN ini kekal.

Jumaat, 29 Januari 2010

Pemuda UMNO Malaysia

Saya tidak mengetahui secara jelas mengenai apa yang berlaku dalam mesyuarat exco pergerakan pemuda umno malaysia semalam. Namun saya mengucapkan tahniah atas keterbukaan yang diperbincangkan dalam mesyuarat tersebut. Sebagai mesyuarat badan tertinggi Pergerakan Pemuda di seluruh negara maka sememangnya keterbukaan dan ketelusan amat diperlukan. Tidak perlu ada pengampu dalam mesyuarat tertinggi Pemuda ini kerana setiap keputusan yang dibuat akan memberi kesan kepada keseluruhan Pemuda diseluruh negara.

Oleh yang demikian adalah kurang tepat sekiranya saya mengulas mengenai isu ini seperti yang diulas dalam beberapa blog lain ( walaupun saya tidak menentangnya ) kerana bagi saya mesyuarat exco adalah sulit dan yang dikeluarkan hanya keputusan yang telah dipersetujui secara bersama. Saya juga tidak bercadang untuk menelefon semua exco pemuda untuk mendapatkan maklumat dan mencukupilah dengan saya mengambil pandangan dari sahabat saya yang merupakan exco angkat ppu maran iaitu saudara Iruan sahaja.

Bagi saya isu yang dibangkitkan oleh saudara Hisyamuddin ( saya kenali sebagai yoep ) ada kebenarannya walaupun maksud sebenarnya amat berbeza dengan penjelasan yang diberikan oleh beberapa blog lain dan juga individu-individu yang tertentu ( tetapi mungkin juga ada kebenarannya ) . Isu yang dibangkitkan itu sememangnya adalh isu dan dilema yang sama dihadapi dihampir semua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian -bahagian ketika ini.

Sememangnya hampir semua retorik-retorik kepimpinan atasa ketika ini melemaskan tenaga muda dalam parti. Kebimbangan akibat dari isu ini sememangnya amat berat untuk diungkapkan secara terbuka kerana pasti akan ada pihak yang dituding jarinya. Dengan respon yang seaya terima dalam beberapa posting saya sebelum ini yang menyentuh isu parti jelas tidak begitu disenangi oleh kepimpinan parti sehingga mengeruhkan hubungan sesama sendiri. Ini bukanlah perkara yang diingini dalam tempoh parti begitu mendambakan mengembalikan sokongan ahli dan rakyat kepada kepimpinan baru UMNO.

Perletakan jawatan juga bukanlah satu penyelesaian yang terbaik ( sekiranya ada pilihan lain - perlukan penelitian mendalam dan bukan hanya terpengaruh dengan nafsu) malahan jika tidak selsesaikan dengan baik akan menyebabkan lebih banyak buruk dari baiknya. Oleh yang demikian sebagai badan mesyuarat tertinggi maka satu perbincangan menyeluruh untuk penyelesaian isu ini perlu dibuat supaya ianya tidak menjadi barah dan berjangkit ke peringkat kepimpinan negeri, bahagian mahupun cawangan.

Sekali lagi ucapan tahniah kepada semua exco ppum yang benar-benar memikirkan masalah pemuda ( bukan yang hanya pandai berjanji tetapi lupa diri ) kerana ianya akan membantu memperkasakan Pemuda Umno dibawah yang akhirnya akan kembali kesannya kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu sendiri. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan jujur tanpa prejudis dan mestilah disokong sepenuhnya oleh kepimpinan lain kerana ianya hanya berjaya dengan kerjasama semua pihak...

Selasa, 26 Januari 2010

20 Sekolah Berprestasi Tinggi 2010 yang diumumkan TPM

25/01/2010 4:43pm

PUTRAJAYA 25 Jan. - Berikut senarai 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, dalam usaha mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.


1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.

3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.

4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.

6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.

8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.

12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.

13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.

15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.

17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.

18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.

19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor. - Utusan

Tahniah atas usaha yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang begitu bersungguh memartabatkan pendidikan dinegara ini. Kepada Semua warga pendidik di negeri Pahang usaha anda belum lagi boleh diiktiraf oleh Kementerian maka tiada sekolah dari Pahang yang dicadangkan. Semoga ianya menjadi pengajaran kepada semua pemimpin politik termasuk YAB Dato' Seri Najib supaya menggandakan usaha dan mencontohi beberapa negeri lain termasuk Johor yang mempunyai dua buah sekolah yang diberi kepercayaan.....

Ahad, 24 Januari 2010

Melayu sokong DAP?


Benarkah makin ramai Melayu menyokong DAP? Itulah yang digembar-gemburkan oleh para pemimpin DAP dalam ceramah, perhimpunan mahupun menerusi media kebelakangan ini.

Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang menyaksikan parti itu menang banyak kerusi, dijadikan modal pukal bahawa semua kaum termasuk Melayu memihak kepada DAP.

Bukanlah Awang mahu terjebak dengan sindrom penafian tetapi apa yang diuar-uarkan oleh parti tersebut tidak lebih sekadar muslihat.

Berdasarkan maklum balas yang akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia terima selain pemerhatian menerusi banyak blog, apa yang didakwa oleh DAP tidak benar malah makin ramai orang Melayu menolak parti berkenaan.

Awang turut menerima limpahan emel yang marahkan DAP sejak beberapa bulan lalu berikutan banyak isu termasuk penghinaan terhadap raja Melayu dan usaha membawa pemimpin PKM, Chin Peng pulang.

Anehnya para pemimpin DAP menggambarkan parti itu menerima sokongan secara langsung yang meluas daripada masyarakat Melayu sedangkan hakikatnya cukup berlainan.

Kejayaan DAP mendapat banyak undi Melayu pada PRU ke-12 adalah atas sokongan para penyokong Pas selain sebahagian lagi penyokong PKR. Jika tidak kerana faktor Pas, DAP tidak akan mendapat sokongan Melayu yang signifikan.

Sesungguhnya masyarakat Melayu masih menghindari DAP apatah lagi dalam senario pasca PRU ke-12. DAP menjadi lebih rasis dan semakin agresif dalam gerak tindak mereka untuk menulis semula Perlembagaan negara. Yang tersirat, hala tuju parti itu adalah bagi menubuhkan negara republik - tanpa raja, tanpa mengambil kira sejarah bahawa Melayu sebagai kaum teras dan tanpa Islam sebagai agama rasmi.

Jadi apa muslihat DAP? ia tidak lain bagi mengelirukan orang Melayu dengan memanipulasi sokongan secara tidak langsung yang diterima daripada penyokong Pas dan PKR atas tiket pakatan pembangkang.

DAP terpaksa menjaja gambaran palsu itu untuk terus memastikan sokongan Melayu bertahan jika tidak pun meningkat.

Dengan banyak perkembangan politik yang tidak memihak kepada pembangkang, parti itu bimbang Pas dan DAP gagal menarik sokongan pengundi Melayu pada PRU ke-13 nanti. Perpecahan dalam Pas dan banyak kepincangan PKR termasuk kemerosotan sokongan terhadap Anwar Ibrahim yang menjadi taruhan DAP, adalah petanda jelas.

Perkembangan dalam Pas turut berubah. Parti itu tidak lagi bulat menyokong Anwar, berbeza dengan senario PRU ke-12. Begitu juga sentimen terhadap DAP di kalangan ahli akar umbi Pas, yang kini lebih diwarnai negatif.

Jadi tidak hairan mengapa DAP makin agresif melaksanakan usahanya menarik sendiri sokongan Melayu termasuk melalui program outreach dan penubuhan cawangan khas Melayu terutama di Perak dan Selangor.

Selain itu, sudah lama diketahui DAP melantik seorang dua Melayu menduduki jawatan kanan tetapi mereka tiada pengaruh dan jadi pak turut. Semua orang tahu DAP mendabik dada sebagai parti semua kaum sedangkan realitinya ia dikuasai oleh orang Cina dan memperjuangkan kepentingan kaum itu.

Strategi terbaru ini menampakkan parti itu sendiri tidak percaya dengan kemampuan Pas dan PKR untuk memenangi hati bukan Melayu pada PRU ke-13 nanti. DAP turut khuatir Pas akan beralih arah dengan mengambil pendirian yang lebih mesra UMNO atas nama perpaduan umat Islam. Segala-galanya boleh berlaku. Sekarang ini pun ramai orang Islam sedar, kedudukan Islam semakin kritikal disebabkan perpecahan dan percaturan politik yang silap. Dengan kata lain, DAP tidak boleh mengharapkan Pas dan PKR selama-lamanya.

Selain itu, tujuan DAP menambah ahli Melayu juga kerana menyedari UMNO terus mendapat sokongan kuat orang Melayu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka tidak hairan DAP semakin terdesak untuk menjenamakan semula parti itu termasuk menerusi gagasan terbaru Middle Malaysia. Ia kononnya bersifat merangkumi berbanding konfrontasi dan menjadi milik setiap rakyat terutama generasi muda.

Ramai yang memberi reaksi terutama dalam blog. Ada yang menyatakan Middle Malaysia mempunyai agenda rasis. Menurut satu tulisan: "Sekiranya diterjemahkan Middle Malaysia ke dalam bahasa Mandarin, ia membawa maksud tersirat 'Malaysia untuk kaum Cina'. Ini boleh ditafsirkan kaum Cina mahu menjadi 'tauke Malaysia' kerana Chung adalah sinonim dengan 'Penguasa Cina' di Malaysia."

Awang tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Namun tanpa hujah seperti itu pun, Awang memang tidak mempercayai DAP. Jika DAP benar-benar menjadi parti untuk semua kaum, Awang tidak akan mempersoalkannya tetapi itu semua hanya pembohongan dan tipu daya. Banyak tindak tanduk parti itu membahayakan asas kenegaraan kita, ia umpama musuh dalam selimut.

Tindak-tanduk DAP menyerang secara konsisten agensi awam di bawah kepimpinan Melayu seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), institusi perundangan Islam dan banyak lagi, menyerlahkan lagi belang parti itu.

Sikap keterlaluan DAP memanipulasi isu yang membakar sentimen bukan Melayu juga tidak boleh diterima. Lihat sahaja isu kematian Teoh Beng Hock, penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Katholik dan kejadian gereja dibakar, amat tidak bertanggungjawab.

Pada Awang, DAP adalah parti paling ekstrem, yang berselindung di sebalik nama demokratik tetapi agendanya ultra Cina. Selagi parti itu tidak komited untuk menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan negara, selagi itu Awang tidak akan terpengaruh biarpun pemimpinnya memetik ayat al-Quran dan hadis. Biarlah Melayu yang tidak sedar diri dan yang punya agenda peribadi dipergunakan oleh DAP. Awang bukan jenis itu.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PPU KG JARA PADA 22HB JANUARI D