Isnin, 1 Jun 2009

Barang yang lepas dilupa jangan

Mengimbas kembali kata-kata pemimpin kaum India dan Cina yang dipetik dari artikel Awang Selamat pada Mingguan Malaysia semalam menunjukkan betapa pentingnya sejarah diajar disekolah-sekolah rendah. Matapelajaran sejarah akan membantu kanak-kanak diMalaysia ( tanpa mengira kaum ) dapat memahami bagaimana Malaysia terbentuk. Kenapakah dinegara Malaysia yang majoritinya orang melayu mempunyai rakyat berbangsa cina dan India meskipun telah ada negara China dan India di timur dan barat Malaysia.

Sejarah ini perlu diceritakan dengan telus supaya apa yang berlaku dapat difahami dan dijadikan panduan kepada generasi baru. Ini akan membendung maklumat palsu berkaitan sejarah yang diceritakan oleh parti pembangkang demi untuk meraih sokongan undi pada pilihanraya. Fakta sejarah yang diputar belit akan menjadikan masyarakat berpecah belah dan keliru dengan status kedudukan masing-masing. Dalam negara majmuk ini, kestabilan politik, ekonomi dan sosial amat penting kerana ia akan menentukan keadaan negara tersebut. Jika rakyat Malaysia kini hidup saling mencurigai kerana maklumat palsu tersebut maka negara tidak akan stabil dan kebajikan rakyat akan terabai.

Oleh yang demikian kementerian pelajaran perlu segera mengemaskini fakta sejarah yang ada dan dibukukan supaya senang dipelajari oleh generasi baru. Ini akan menjadi bekalan kepada generasi baru dalam bagaimana harus negara ini ditadbir pada kemudian hari supaya kestabilan dan kemakmuran yang ada ketika ini dapat dipertahankan.

1 ulasan:

  1. Sdr Amin,

    Isu matapelajaran sejarah patut di ajar sejak sekolah timbul kerana ada golongan yang sudah lupa sejarah. Sudah lupa bagaimana mahu merdeka. Sudah lupa apa itu Jus Soli.

    Hak kaum Melayu terus dipertikaikan dan dipersenda.

    Pendekatan mengingatkan mereka tentang sejarah perlu segera dilaksana, sebelum ramai lagi yang tidar sedar diri...

    rentaka

    BalasPadam