Selasa, 2 Jun 2009

Fikir dulu baru buat

Cubaan untuk menginiaya orang semakin berterusan nampaknya. Pemikiran jahat yang dimulakan semasa Menteri bukan Melayu di JKR nampaknya berterusan walaupun kini menteri yang bertanggungjawab ialah orang melayu Islam. Berbagai cara yang hendak dibuat termasuk mengecilkan saiz kontraktor kelas F ( Semua bumiputera) yang kononnya kontraktor ini terlalu banyak, tak berdaya saing, tidak mempunyai modal,separuh masa dan sebagainya. Yang Peliknya hanya kontraktor kelas F sahaja yang diusik. Tidak pula kontraktor kelas besar yang kebanyakannya memang mengalibabakan kontrak serta hanya pandai melobi tetapi tidak buat kerja ( serah pada orang bukan Melayu ) ..atau mungkin kerana kenalan lebih ramai di peringkat kelas besar berbanding kelas F.

Antara cadangan kementerian adalah untuk mengurangkan bilangan dan juga menubuhkan konsertium kelas F. Kalau nak kurangkan senang sahaja, ketatkan syarat untuk memberbaharui lesen dan juga tutup semua permohonan baru ( kecuali kroni????). Syarat yang ketat sudah semestinya akan membantu banyak dalam mengurang lesen dan dalam masa yang sama dapat menutup periuk nasi golongan bumiputera ( tahniah!!!!). Dengan cara menubuhkan konsertium pula akan menjadikan lebih ramai monopoli apabila hanya kontraktor yang mempunyai modal yang banyak sahaja akan menjalankan kerja manakala yang lain akan bertindak sabagai rakan kongsi tidur ( “ Sleeping partner “) sahaja.

Kerja-kerja kelas F akan dapat dikurangkan dan peluang untuk lesen kelas besar mendapat kerja akan bertambah kerana projek kecil akan dicantumkan untuk memberi perluang kepada pemegang lesen dari seluruh kaum ( 1Malaysia katakan)..Ini juga akan menambah peluang golongan bukan bumiputera kerana mereka mempunyai lesen selain dari kelas F dan persaingan harga akan berjalan secara tidak sihat kerana mereka mempunyai modal yang lebih dari kontraktor bumiputera.

Sepatutnya Dato’ Shaziman memikirkan bagaimana untuk menambah pendapatan golongan bumiputera dan memperbaiki sistem pemberian kerja yang melibatkan banyak urusan kakitangan kerajaan yang korup dan berkepentingan. Banyak idea-idea pemimpin tempatan terutama dari UMNO demi untuk kebaikan tempat tersebut ditolak oleh pegawai kerajaan kerana merasakan mereka berkuasa penuh membuat keputusan. Perkara begini akan memberi kesan kepada UMNO secara lansung kerana umno yang berkuasa ketika ini. Lebih baik Dato’ menteri memikirkan bagaimana untuk JKR dapat bekerja dengan parti memerintah kerana kerajaan dibentuk oleh parti. Kalau tidak kerana sokongan orang parti jangan harap kita akan memegang jawatan dalam kerajaan. Fikir lah...

2 ulasan:

  1. Saya menyokong penuh apa yang yang diluahkan. Mentang-mentanglah 'capital' orang Melayu ni kecil, kini nak disempitkan lagi. Cuba check kelas A atau B...solid ke 'bumiputera' tu? Atau ada tak mereka itu 'sub' jugak kat 'non-bumi'.

    Apa salahnya Kementerian tersebut pastikan pulak kelas2 yang besar tu mesti memberikan 'sub' kepada kelas2 kecik ni dan bukan 'di-sub kan' kepada sykt non bumi. Jadikan ianya syarat wajib, barulah kelas2 F ni boleh hidup, tak lah asyik2 nak mengharapkan kerja undi, berebut kerja atau seumpamanya!

    BalasPadam
  2. Sdr Amin,

    Isu ini kini melarat ke Kementerian-kementerian lain. Jika sebelum ini vendor-vendor kecil boleh cari makan dengan membekal perkhidmatan, kini, semua sudah berpusat.

    Contoh, perkhidmatan penyelenggaraan suatu bidang penting. Jika dulu syarikat kecil boleh memberi khidmat penyelenggaraan, kini telah ditamatkan atau tidak disambung. Ia diubah kepada kontrak secara berpusat di Kementerian. Siapa mereka kontrak pusat ini? Kroni?

    Apahal pun, kita hanya melaksana dasar "mereka" yang yang sentiasa diubah oleh "mereka".

    "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" (SYMP),
    Rentaka

    BalasPadam