Jumaat, 5 Jun 2009

STRATEGI BARU

Berikut adalah strategi baru UMNO/BN untuk berkempen di Manek Urai.

1. Lantik Pengerusi BN negeri untuk menjadi Pengarah Jentera Pilihanraya dan dibantu oleh Pengerusi BN Bahagian disitu.

2. Pilih calon yang berkelayakan dalam DUN , jika tiada pilih calon dari asal bahagian tersebut dan jika tiada bolehlah diimport dari luar daerah. Pemilihan calon dari luar negeri amat tiak digalakkan kerana calon akan disabotaj oleh ahli parti tempatan.

3. Pengarah jentera berbincang dengan pengerusi BN tempatan menentukan gerak kerja dan bajet. Bajet dikemukakan kepada BN Malaysia.

4. BN Malaysia mesti memastikan permohonan bajet tersebut mengikut keperluan sebenarnya iaitu tidak melebihi ataupun terkurang satu sen pun. Segala bajet kemudahan asas mestilah ditolak kerana BN adalah pembangkang di Kelantan.

5. Semua kementerian adalah dilarang keras untuk menjalankan sebarang program diKelantan sehingga tamat tempoh pilihanraya kerana tidak mahu disalah erti sebagai rasuah. Lagi pun segala masalah boleh ditanggung oleh Kerajaan Kelantan yang memerintah lebih dari 18 tahun. Mana-mana menteri yang melanggar arahan ini hendaklah dipecat dari jawatan kerana melanggar undang-undang parti.

6. Tujuan utama kempen adalah untuk memperkenalkan calon sahaja kerana pengundi perlu mengenal calon secara rapat untuk mengundinya. Polisi BN tidak perlu ditonjolkan kerana selepas pilihanraya adun tersebut akan berkhidmat dibawah kerajaan negeri yang tidak sealiran polisi dengannya. Yang penting ialah bagaimana kemampuan calon menyampaikan masalah rakyat di dalam negeri ( JPP kan ada, senang la..)

7. Semua jentera BN dari negeri luar adalah dilarang sama sekali kerana akan menyebabkan penipuan berlaku dimana-mana. Ini kerana orang luar tidak mengenali hati budi dan juga adat resam dikawasan tersebut. Ini boleh menimbulkan masalah tidak puashati kepada calon dan membahayakan peluang untuk menang. Kos pengurusan parti juga boleh dijimatkan dan jentera hanya perlu menjalankan program dikawasan masing-masing dan berdoa supaya calon BN diberikan kemenangan oleh Allah SWT.

8. Tumpuan mencari pengundi adalah pengundi didalam kawasan sahaja.Ini kerana mereka telah dan benar-benar berada didalam kawasan dan akan menerima khidmat wakil rakyat tersebut. Bagi pengundi luar kempen hanya untuk mereka balik sahaja. INGAT! Jangan sesekali memberikan wang kepada pengundi luar ataupun tempatan kerana ianya adalah satu kesalahan rasuah yang boleh dihukum oleh akta SPRM 2009 yang dilaksanakan oleh Tun Lah dulu.

9. Kempen mestilah menceritakan keburukan parti lawan yang sehingga kini telah banyak menyesatkan pemikiran masyarakat dan bukannya bercerita dengan politik pembangunan yang jelas sudah tidak diterima oleh masyarakat.

10. Isu nasional juga memainkan peranan yang penting dan oleh itu kepimpinan tertinggi perlu memastikan supaya isu-isu peribadi pemimpin seperti tidak menutup aurat, sombong, lemah dan sebagainya harus diperbaiki secepat mungkin.

11. Oleh kerana tiada perubahan yang akan berlaku diperingkat kepimpinan negeri jika BN menang disini maka janganlah ditabur sewenang-wenangnya peruntukan kerajaan pusat disini kerana ianya hanya menguntungkan kepimpinan negeri sahaja.

2 ulasan:

  1. Sdr Amin,

    Pandangan sy...

    1. Setuju. Kenapa selama ni Timb Pengerusi BN tanggung kerja ni?
    2. Setuju. Pilih org situ jer. Lagipun situ rural area.
    3. Ubah sikit. Ambik bajet negeri jer. Yg federal simpan utk PRU13.
    4. Sudah tentu bajet akan overhead punya. Susah nak set to number.
    5. Fenomena biasa bila PRK. Biasanya tak untungkan BN pun. Baik semua menteri buat kerja mcm biasa.
    6. Menang pun tak akan ubah DUN Kelantan. Tapi boleh jadi anjakan pada politik Malaysia.
    7. Duduk kawasan masing-masing. Jaga pengundi tempat sendiri.
    8. Betul tu. Pengundi luar biasanya akan pilih yang mereka suka. Mereka tahu akibatnya mereka tak tanggung sebab mereka telah berhijrah.
    9. Pandangan yang sinikal. Tapi itu yang pengundi nak dengar sekarang. Pembangkang pun skrg dapat pembangunan. Lebih dari penyokong lagi...
    10. Setuju. Susah la orang bawah nak kempen, kalau yang atas pun tak tunjuk teladan.
    11. Setuju. Cukup-cukuplah susukan kera. Anak ni nak mati dah ni....

    Hanya pandangan peribadi
    rentaka

    BalasPadam
  2. tak yoh nk berialah,,, melayu kelantan ni lain sikit. cerdik2 belaka.
    pakai baju dacing, bwk bendera bn tp undi bulan gak..

    tgklh kempen kj 18 pade doh..dr bkt jalil pakai baju dan bendera umno msk gua musang tukar baju sampai kota bharu ..TAKBIR....

    hari 2 berita kata ramai ahli pas msk umno mcm dh abisdah ahli pas kelantan tp bila undi kalah gak..

    cuba2 check entah2 ketua pemuda dan pimpinannya pun pangkah bulan.

    apa2 pun prk ini mendatangkan beribu spekulasi sehinggalh keputusannya keluar.
    and people love speculation rather than reality.

    just an opinion more political action will harm the party. the better candidates doesnt shown the better result. In God we believe.

    BalasPadam