Sabtu, 20 Jun 2009

Post Mortem tak de ke?

Adakah UMNo masih belum sedar dan mahu berubah sepenuhnya. Gelagat Timbalan Presiden UMNO yang seolah-olahnya telah menjadi Menteri Besar Kelantan amatlah dikesali. Cara kempen saat terakhir ini adalah satu strategi makan tuan kerana telah beberapa PRK sebelum ini yang cara sebegini sudah tidak lagi berkesan. Apalah yang istimewanya seorang TPM menyampaikan kerusi roda sekiranya perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk meraih undi disaat akhir. Selama 5 tahun pasangan tersebut tidak pernah mendapat pembelaan dari KeRajaan Kelantan ataupun Umno bahagian disitu. Sudah tentu ianya akan menjadi senjata kempan orang PAS yang memperbodohkan pemimpin Umno.


Tidak kah Umno belajar bahawa sogokan projek juga tidak lagi membantu undi jikanya dilaksanakan ketika hampir PRU atau PRK. Tidak perlulah ketika ini baru nak bagi peruntukan membaik pulih sekolah di kawasan PRK ataupun tidak boleh kan ditunggu sehingga habis PRK baru diumumkan. Kempen di PRK sebelum ini yang memberi peruntukan luar biasa kekawasan pembangkang yang belum tahu menang atau kalah ini amat dikesali. Sikap menyusukan anak dihutan ini menjadi antara sebab utama kawasan yang majoriti Umno menjadi menyampah dan akhirnya mengundi pembangkang. Tidak cukupkah lagi dengan apa yang berlaku di Selangor dan Perak serta Pulau Pinang. Sikap parti memerintah yang begitu melebih-melebihkan KeRajaan Kelantan akhirnya menjadi senjata menikam diri di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang di PRU 12.


Mujurlah penyokong Umno negeri Pahang terutamanya bersikap lebih setia dari beberapa negeri diatas. Naum asakan kuat dari pihak pembangkang kadang-kadang tidak mampu ditangkis oleh pemimpin kawasan apabila kelihatan projek-projek melalui Pahang sepantas kilat untuk berada di KeRajaan Kelantan yang telah hampir 20 tahun tidak menyokong Umno. Entahlah sampai bila tetapi begitu terasa seperti tidak dipedulikan oleh pucuk pimpinan semenjak Pak Lah mengambil alih kerajaan. Disangkakan apabila YAB Dato’ Seri Najib mengambil alih semuanya akan pulih tetapi nampaknya seperti menunggu buah tidak gugur.


Bukannya tidak boleh berkempen di Manek Uari wahai pemimpin ku, tetapi berpadalah kerana KeRajaan yang memerintah negeri itu adalah Nik Ajis. Maka Nik Ajis buktikan lah kehebatan kamu memerintah dan jangan hanya mengangga mulut menunggu JPP tetapi tidak pernah bersyukur dengan Kerajaan yang menubuhkan JPP.

Dan Ingatlah Pemimpinku, tanggungjawabkamu bukan hanya kepada rakyat danpembangkang tetapi yang mustahak juga kepada ahli dan sahabat seperjuangan kamu yang dahagakan arahan dan tunjuk ajar serta dorongan supaya dapat bekerja dengan baik untuk terus membangunkan Agama, Bangsa dan Tanah Air

Tiada ulasan:

Catat Ulasan