Selasa, 17 November 2009

Kita Sama Sahaja

Perdebatan mengenai perundangan syariah ataupun yang selalu disebut pembangkang hukum hudud sentiasa digunakan sebagai senjata parti Pas untuk memujuk sokongan orang Melayu. Digambarkan kepada pengikutnya dan masyarakat betapa jahatnya UMNO kerana menolak hukum hudud yang kononnya cuba dibawa oleh Pas. pelbagai gelaran diberikan sehingga membawa kepada hukum kafir ( amanat hadi ) dan berterusanlah hingga ke hari ini.

Perkara ini berlarutan sehingga membawa kepada generasi baru ketika ini yangmedapat peluang pendidikan dan pelajaran sejak merdeka hingga kini ( semuanya dilaksanakan oleh kerajaan ditunjangi UMNO/BN ) . Generasi baru ini diberi peluang untuk menimba ilmu sehingga ramai yang berpeluang belajar di timur tengah dan sebagainya. Harapan supaya mereka ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara terbantut apabila mereka lebih suka untuk berceramah disana sini dan mengkafirkan kerajaan yang memberi mereka peluang. Ramai yang menggunakan hujah Nabi Musa untuk menghalalkan cara mereka menentang dengan menyamakan kerajaan sebagai firaun dan mereka pewaris perjuangan nabi Musa. Malangnya mereka gagal melihat perjuangan tersebut dalam ertikata yang sebenarnya apabila nabi Musa dengan lemah lembut dan begitu hormatnya kepada Firuan ( yang membesarkannya ) berdakwah kepada Firaun dengan kata-kata yang lembut dan bijaksana.

Seterusnya alasan mereka untuk mengkafirkan UMNO/BN kerana perlembagaan Malaysia yang kononnya warisan penjajah dan tidak berpaksikan kepada AlQuran dan Sunnah. Alasan dangkal ini mudah menyarap kedalam jiwa orang melayu yang kononnya begitu memamahi Al Quran dan juga orang muda ketika ini yang kononnya terlalu Islam berbanding orang lain sehingga berani mentafsir sendiri ayat-ayat Quran malahan dengan sewenangnya mengkafirkan rakan-rakan mereka yang tidak menyokong perjuangan mereka. Sedangkan semenjak pemerintahan UMNO/BN tidak pernah berlaku penindasan kepada agama Islam. Negara-negara Islam lain juga telah mengiktiraf malaysia sebagai sebuah negara Islam dan tidak ada salahnya perlembagaan negara kerana telah menjamin kedudukan ISlam sebagai Agama kepda Persekutuan ( Malaysia ). Walaupun agama lain boleh diamalkan tetapi Islam adalah agama tertinggi negara dan bersesuaian dengan keamanan dalam islam yang tidak akan menganggu rumah ibadat lain.

Kemudiannya UMNO dikafirkan pula kerana kerjasamanya dengan parti komponen seperti MCA dan MIC yang kononnya adalah haram bagi orang Islam untuk bekerjasama dengan orang kafir. Namun satu fakta yang sering mereka terlupa bahawa dalam kerjasama ini UMNO sentiasa berada diatas. Merujuk kepada struktur kerajaan Malaysia pemimpin umno ( melayu islam ) akan sentiasa diletakkan sebagai pemimpin tertinggi negara ( Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ) dan jika dilihat kepada struktur BN pula UMNO tetap berada diatas ( Pengerusi , Timbalan Pengerusi , Setiausaha, ketua Penerangan dan bendahari adalah orang UMNO ) . Struktur ini penting kerana ianya akan menentukan kepada siapa kepimpinan itu akan diberikan. Tetapi segala tohmahan itu akhirnya dijilat kembali oleh pemimpin Pas apabila dengan kepandaian mereka berbahasa arab ( kononnya ) mengatakan bahawa kerjasama mereka dengan parti DAP ( parti keluarga LIM ) dan PKR ( parti keluarga anwar ) adalah tahaluf yang dibenarkan . Kehebatannya sehingga mereka dibenarkan untuk menjatuhkan UMNO sekarang dan kemudiannya mereka pula berjuang bermati-matian untuk mempertahankan kerajaan boneka Perak selama beberapa ketika hingga kini.

Dan lebih menyedihkan apabila dengan sewenangnya apabila telah berkuasa dan untuk menarik sokongan pengikut meraka maka diberi pula gelaran menyamai Khalifah Umar Abd Aziz kepada Lim Guang selaku Ketua menteri Pulau Pinang. Seterusnya diberi hak pula kepada beberapa orang cina dan India untuk membaca hadis dan ayat Quran untuk menarik minat penyokong melayu walaupun mereka tetap dengan agama asal mereka tetapi kerana kepentingan politik maka lesen diberikan kepada meraka untuk mentafsirkan ayat Alquran dan hadis kepada orang melayu.

Namun Allah maha berkuasa dan kata-kata dan penampilan tidak dapat menutup bangkai gajah yang disorok selama ini. kelantangan kata-kata dan ayat Al Quran yang dibaca hanyalah mainan politik semata dan apabila diuji oleh Allah dengan sedikit kemenangan maka akan huru-haralah mereka. Pertamanya apabila Pas menawan Kelantan dan Nik Aziz sebagai menteri Besar kononnya membentangkan undang-undang syariah akhirnya ianya tidak banyak berbeza dengan apa yang ada di negeri-negeri lain. Cuma untuk menampakkan kecanggihan maka diubah beberapa perkara yang perlu. Selepas itu disalahkan pula kepada Tun Mahathir ( PM ketika itu ) kerana kononnya tidak menyokong perlaksanaan hudud mereka. Seterusnya kemudian Allah memberikan kemenangan di Terengganu dan Presiden mereka sendiri ( Haji Hadi ) menjadi Menteri Besar Terengganu dan sekoyong-koyongnya memberitahu semua bahawa hudud hanya 0.01 peratus dari agama Islam. Maka dengan itu terengganu dikembalikan kepad UMNO sehingga sekarang.

Kegagalan Pas di Selangor juga ketika ini sememangnya dijangka kerana mereka tidak mempunyai pengalaman dan hanya pandai bercakap besar tanpa memahami keadaan sebenar. Sumpah hasan Ali yang kononnya akan menutup kilang arak di Shah Alam sebelum subuh apabila memerintah diganti denga penjualan arak secara berleluasa di kedai-kedai runcit dengan undang-undang dipanggil pengawalan sendiri. Hadiah Ladang Babi terbesar juga hampir menjadi kenyataan di Selangor tetapi kerana bantahan ramai menyebabkan ianya tidak menjadi kenyatan.
Kesalahan-kesalahan ini tidak akan berakhir dan mempunyai senarai yang panjang sebagaimana penceramah Pas mempunyai senarai yang panjang mengenai kesalahan UMNO /BN . Namun apakah itu sahajalah kemampuan orang melayu dalam berpolitik dan menjaga negara. Berjaya mewujudkan Melayu Islam yang berpecah belah dan tidak mahu bersatu antara satu sama lain. Kini wujud pula golongan yang memandang hina pada politik kerana kononya tanpa poltik juga mereka akan menikmati keamanan dan kemakmuran seperti sekarang. Sebenarnya seperti juga cabang lain poltik juga salah satu cabang kehidupan yang penting yang menentukan pemerintahan yang akan mengujudkan suasanan yang ada sekarang. Jika sama sudah tentu tidak perlu diujudkan kerajaan kerana ianya berkait rapat dengan bidang politik secara langsung.

Oleh yang demikian adalah lebih baik sekiranya keadaan sekarang ini diperbaiki supaya Islam di Malaysia ini akan beroleh keuntungan dan keredhaan dari Allah SWT. Hasrat kedua-dua parti UMNO dan Pas hanyalah satu iaitu untuk memastikan kerajaan ini kekal dibawah pemerintahan kerajaan Islam dan Melayu kerana negeri dan tanah ini tanah Melayu. Apa sahaja yang diperbahaskan akhirnya akan kemabli kepada persoalan pokok iaitu kerajaan yang berkuasa ialah kerajaan Islam yang memberikan kemenangan kepada Islam di Malaysia ini.
Untuk sampai kearah itu perlu ada semangat toleransi dan kesederhanaan seperti yang dituntut oleh agama supaya tidak anti seperti pepatah melayu yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran dan menang sorak kampung tergadai....


" rakyat didahulukan "

2 ulasan:

  1. molek sangat kita mengaku
    orang kata kita kafir
    kito kato ya

    molek lagu mano?
    barulah kitanya
    bertaubat beristifar
    makanya balik kita kepada islam

    bertobat beristifar
    kito pakat buat
    sokmo sokmo
    tak kiro masa

    BalasPadam
  2. Paduli apo hok oreng kato
    kalu dio kata
    "Hei atas kepalo mu ado tandok"
    Ado kooo tak dok tanduk ???

    BalasPadam