Sabtu, 14 November 2009

Penipu Agama Sebenar , Parti Ajaran Salah ....

Akhirnya Pas terpaksa berbohong kerana ingin memastikan politik mereka akan kekal. S/U Agong mereka diarahkan mereka cerita dan membuat beberapa bai'ah baru untuk di edar kepada pihak media. Kalau dulu semasa isu Jamaludin dan Osman lompat parti di Perak dan kemudiannya pertukaran kerajaan diPerak mereka riuh sana dan sini. Hampir semua pemimpin mereka berceramah disana sini menerangkan kepada pengikut mereka untuk jangan risau kerana mereka ada senjata untuk mengikat semua Yang Berhormat mereka.

Rata-rata berbangga dengan bai'ah yang telah mereka ambil. Bai'ah yang menggadaikan maruah isteri mereka demi untuk kepentingan politik sempit mereka. Tidak pernah pula didengar dalam mana-mana kitab bahawa isteri dan anak-anak boleh digadai untuk agama sebaliknya Allah telah menetapkan binatang korban sebagai gantinya. Namun sebagai pemegang kunci Agama Islam sebenar, pasti mereka mempunyai seribu alasan untuk berbuat demikian. Ajaran puak Khawarij yang menetapkan bahwa Islam hanya kepada pengikut mereka sahaja telah benar-benar meresap dalam jiwa penyokong-penyokong mereka. Dengan begitu banyak pengakuan yang dibuat oleh pemimpin mereka tentang wujudnya baiah talak tiga ini mereka masih lagi cuba berbohong seolah-olah mereka boleh menipu Allah SWT yang sentiasa memerhatikan hambanya. Sikap keji ini tidak sepatutnya terpancar dari parti yang kononnya mengaku mereka adalah Parti Islam sebenar ( bila la pulak Islam ada parti nih) tetapi tidak begitu dalam perbuatannya. Malahan lebih buruk lagi mereka menuduh orang lain yang tidak menyokong mereka sebagai terkeluar dari landasan Islam sebenar.

Tetapi perkara ini bukanlah suatu perkara yang pelik kerana Ketua Agama Mereka (di panggil Mursyidul Am ) juga telah menunjukkan sikap yang sama. Beranggapan bahawa beliau adalah pewaris Nabi yang sebenar sejak beberapa ketika sering mengeluarkan fatwa mengikut seleranya ( nafsu ) sendiri. Fatwa-fatwa yang menyokong sebarang tindakan mereka seperti bekerjasama dengan parti DAP yang menentang negara Islam dihalalkan dengan menyamakan dan melebihkan lagi bahawa parti mereka boleh bekerjasama dengan Syaitandemi kemenangan parti mereka. Perjuangan untuk negara Islam disanggah dengan nada keras bahawa mereka akan menunggu arahan dari DAP dan PKR sebelum melaksanakan hukum Islam ( kononnya mengikut mereka , Hukum untuk penipu ada ke? ).

Seterusnya yang terkini ( tapi dah lama diamalkan ) ialah sesiapa boleh menaja pemimpin parti tersebut untuk membalas budi dan sebagainya kerana Ketua Agama mereka ini adalah pemegang kunci pintu surga ( hadis mana entahlah) . Oleh yang demikian mereka boleh mengambil hadiah dan sedekah ini ( kalau musuh akan dikira rasuah dan perlu dihapuskan dimuka bumi ) untuk kegunaan bersama keluarga masing-masing. Namun sebelum mengambil sebarang hadiah itu mestilah diniatkan bahawa mereka hanya akan menyokong parti Pas ini kerana ianya menjanjikan surga Allah SWT ( mungkin dinafikan kerana ia adalah kepakaran mereka ) . Bagi yang kurang berkemampuan ataupun tidak menerima hadiah ini bolehlah ke serambi rumah Ketua Agama mereka untuk mencuri selipar atau kasut kepunyaan ketua Agama tersebut kerana ianya boleh membawa berkat kepada pencuri tersebut dan dengan serta merta juga Ketua Agama tersebut akan mengampunkan dosa pengambil barang tersebut ( Syaratnya mestilah menyokong Ketua Agama tersebut).

Rujukan :


"Rakyat Didahulukan "

6 ulasan:

  1. Semuga akan bertambah ramai lagi akan menyertai gerakan mengumpul dana untuk MENEBUS ISLAM DI PAJAK GADAI PAS INI.

    BalasPadam
  2. korrek, korrek, korrekkk,

    kolek kollek koollek

    krek kkrek kreck

    BalasPadam
  3. dah jadi gini
    kito tak cayo doh
    kepuok puok pas

    kitanya gi lah pulok
    ke puok puok umno
    eeem paling punggung tengok...

    berat taun ni
    pada taun lepas

    eem serupo tu le..!!!

    BalasPadam
  4. Bro.. mantap.. PAS dah psiko skg ni. Isu baiah pun dah tunjukkan lidah tu cabang 10. Belum lagi bab Selipar berkat, Haji yg tak jadi.

    BalasPadam
  5. BAIAH TU CARA DIA. BAB SELIPAR PUN HAL DIA
    ORANG. PENGUNDI MINAT NAK TAHU APA UMNO NAK BUAT YANG PENGUNDI BOLEH TOMPANG MERASA.
    (yANG UMNO BUAT UNTUK ORANG UMNO KAMI TAK KACAU).KAMI LIHAT MULANYA NAK BUAT KERAJAAN PERPADUAN. APABILA TAK JADI, BEGINI PULOK DRAMA ENGAU ORANG. MANA POLITIKNYA????

    BalasPadam
  6. Salam Bro,
    Tulislah sebaik mungkin dengan isu yang sebaik mungkin juga. Saya akan link-kan blog bro setiap hari bagi membantu menambahkan bilangan pembaca untuk terus menuju ke puncak ~ bRAVEhEART

    BalasPadam