Pelik dengan sikap pucuk pimpinan tertinggi yang begitu bersungguh-sungguh untuk menawan Kelantan walaupun telah hampir 20 tahun berbuat demikian dan gagal dengan jayanya. Melihat kepada senario politik di Kelantan agak jelas dapat dilihat bahawa rakyat Kelantan masih menolak kepimpinan Barisan Nasional walaupun pelbagai usaha dilaksanakan oleh Barisan Nasional melalui kerajaan pusat tetapi masih lagi gagal untuk menawan kembali Kelantan walaupun peluang terbaik tercipta pada tahun 2004.
Kalau dilihat sumbangan kerajaan Pusat kepada Kelantan sentiasa jauh melebihi sumbangan yang diterima oleh negeri berhampiran seperti Pahang dan Terengganu ( mujur Terengganu ada royalti minyak). Contoh terbaik ketika pengagihan dana koridor ekonomi yang jelas menunjukan Kelantan menerima peruntukan tertinggi berbanding Pahang dan Terengganu. Seterusnya dari tahun ke tahun Kelantan sentiasa menerima peruntukan yang besar dari kerajaan pusat melalui JPP dan juga agensi Kementerian KKLW seperti KADA dan KESEDAR. Secara dasarnya dilihat kerajaan Pas di Kelantan tidak perlu memikirkan pembangunan negeri dan bantuan kepada rakyat kerana semuanya diuruskan oleh Agensi kerajaan pusat.
Tidak seperti negeri Pahang yang dipaksa untuk menutup ketiga-tiga agensinya iaitu AIDP, LKWJ dan juga DARA walaupun sejak kemerdekaan hingga kini tetap setia dengan Barisan Nasional dan memberikan sokongan tidak berbelah bagi walaupun dalam hati siapa yang tahu. Kini Kelantan menerima lagi imbuhan ( untuk apa tidak diketahui) berbentuk wang Ehsan minyak pula yang kononnya minyak Petronas turut meliputi kawasan negeri Kelantan ( tidak pula Pahang yang dilihat pantai kemaman termasuk sebahagiannya dalam kawasan Pahang ).
Sogokan kebendaan dan peruntukan ini jika dilihat tidak lagi memberi kesan kepada rakyat kelantan untuk mengubah sokongan mereka kepada Barisan Nasional. Ini kerana ajaran Nik Ajis yang menyuruh penyokongnya mengambil apa sahaja yang dihulurkan tetapi tetap mengundi Pas.
Bukan penulisan ini untuk mempertikaikan apa yang diperolehi oleh Kelantan tetapi jika perbandingan dibuat maka negeri Pahang ini akan tertinggal jauh dari segi peruntukan kerajaan Pusat dan ini akan memberi kesan politik kepada Pahang itu sendiri. Janganlah nanti peristiwa hitam Pulau Pinang akan akan berulang di Pahang apabila Negeri Presiden UMNO/ Pengerusi BN jatuh ketangan Pembangkang.Fikir-fikirkan lah...
Adakah suara ini berupa keluhan dan rintihan sahaja? Adakah ini suara cemburu terhadap dapatan Kelantan ? Sdr. Amin, di Kelantan rakyat yang berpolitik, pengundinya melaksanakan. Rakyat Kelantan berpolitik sehingga boleh mencipta parti politik MADE IN kELANTAN (HAMIM, BERJASA, SEMANGAT 46, MUSLIMIM)...dan apakah halatuju politik Pahang???????????????????????????????????????
BalasPadamSDR AWANG BALAK, balak pahang dah habis, politik balak dah kedaloi, kena bayar 63 juta pada masa Kelantan dapat 63 juta wang ehsan.. (duit royalti yang dalam perjanjian belum bayar lagi, itu kira lain pulok).AIR MATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT, PERIBUMI MERINTIH SENDIRI... (diatas kubur DARA,LKWJ,IADP....)
BalasPadamtahniah kepada orang kelantan , anda bijak berpolitik dan berpolimik....
BalasPadam