Ahad, 29 November 2009

Lebih Mudah kan....

Apabila Nur Izati gagal untuk membanyar yuran maka lebih mudah untuk menyalahkan pihak sekolah dari kedua ibu bapanya sendiri. Secara logiknya seorang anak yang mempunyai kedua ibu bapa yang bekerja tidak sepatutnya mempunyai masalah untuk membayar yuran apatah lagi jumlahnya hanya RM57 sahaja. bayaran pula bukanlah dituntut serta merta tetapi sepanjang tahun semasa beliau ditahun enam. Adakah lebih mudah untuk kedua ibubapanya mengisi nilai pra bayar ataupun membayar bil astro daripada membayar yuran anaknya yang akan menyambung pelajaran untuk masa depanya dan juga masa depan keluarganya. Amat malang apabila masyarakat tanpa usul periksa juga telah menuduh sekolah dan juga jabatan pelajaran kejam apabila tidak membenarkan Nur Izati mengambil slip peperiksaan beliau. Amat mudah untuk menyalahkan....

Apabila pelajar ponteng ke sekolah dan gagal untuk menghadirkan diri kesekolah diakhir penggal maka sekolah dan guru dituduh tidak menyediakan program yang berkesan kepada pelajar. Kawasan yang kondusif perlu disediakan kononnya dan jika tidak pelajar akan bosan dan gejala ponteng akan berlaku. Tidak pula disentuh mengenai sikap dan disiplin pelajar yang kian merosot kerana dimanjakan oleh keluarga. Sesetengah ibu bapa langsung tidak melihat atau mengambil berat hal pelajaran anak-anak dan lebih mudah untuk mempercayai anak sendiri berbanding guru disekolah. Lagipun lebih mudah menyalahkan....

Apabila berlaku kemalangan dijalan raya maka yang dipersoalkan ialah ketiadaan polis atau JPJ untuk menjalankan penguatkuasaan ataupun keadaan jalan yang tidak elok. Sikap tidak endah polis ataupun sikap sambil lewa pihak JPJ dikatakan penyumbang kepada masalah kemalangan dijalan raya. Ditambah dengan keadaan yang tidak diselenggara menyebabkan berlaku kemalangan. Amat sedikit disebut tentang sikap pemandu kenderaan yang tidak mengikut undang-undang dijalan raya. Ada yang memandu terlalu laju sehingga membahayakan kenderaan lain. Malahan ada juga yang memandu terlalu perlahan dan mengikut lorong kanan seolah-olah mereka seorang yang membayar cukai jalan di Malaysia ini. Akibatnya menimbulkan ketegangan dijalan raya sehingga mengundang bencana dan diburukkan lagi dengan sikap tidak bertolak ansur dijalan raya yang semestikan boleh menyebabkan kemalangan. Lebih mudah menyalahkan...

Apabila Parti Pembangkang tewas dalam pilihanraya maka adalah lebih mudah menyalahkan agensi kerajaan seperti SPR yang kononnya menyeleweng dan berpihak kepada parti BN. Turut dipersalahkan ialah anggota polis dan juga mana-mana agensi selagi ada. Maka pelbagai dakwaan dibuat termasuk pengundi hantu kononnya diatur oleh BN tetapi tidak pernah pula komplen dibuat di negeri Kelantan kononnya SPR tidak adil apabila terus menerus memenangi pilihanraya sejak tahun 1990. Kemenangan besar semasa 1999 dan juga 2008 juga tidak disalahkan kepada SPR tetapi kononnya kemenangan rakyat yang sentiasa menolak BN ( yang selama ini menang dalam semua PRU ??? ). Satu persatu kemenangan dalam PRK selepas PRU 12 juga tidak pernah disalahkan kepada SPR kecuali di Bagan Pinang dan Batang Ai sahaja yang dipersalahkan....Lebih mudah kan....

Apabila Teoh Beng Hock disoal siasat maka dicanang seluruh negara kononnya SPRM menjadi alat kepada BN sedangkan apabila ditubuhkan maka ramai ahli UMNO yang disiasat dan didakwa oleh SPRM terlebih dahulu sebelum Teoh. Malahan ianya semakin menjadi-jadi apabila SPRM menyerbu pejabat PMBK berkaitan rasuah Menantu ( atau anak hantu ) Nik Ajis. Seperti orang gila tuduhan kepada SPRM semakin menjadi-jadi walaupun ketika ramai orang dari BN yang disiasat kesalahan terus diletak dimuka walaupun siasatan masih berjalan. Sedangkan ketika pembentangan akta SPRM merekalah yang kononnya menyokong penuh kerana akan diberkas semua pemimpin kerajaan atas tuduhan melalui fitnah yang dibuat oleh mereka sendiri. Namun apabila terkena batang hidung mereka sendir dengan secara sawan babi mereka menafikan tanpa memberi laluan kepada proses undang-undang untuk dilaksanakan...Menyalahkan lebih mudah kan...

Apabila tuduhan liwat dibuat oleh Saiful bukhari kepada Anwar yang didakwa meliwatnya maka sekonyong-konyongnya ramailah yang mempertikaikannya malahan ramai juga yang mencabar Saiful supaya bersumpah diatas tuduhannya. Maka hamba Allah yang teraniaya itupun melaksanakanlah kewajipannya untuk bersumpah di sebuah rumah Allah dengan disaksikan oleh sekumpulan saksi. Amat malang apabila niat untuk menegakkan keadilan diselubungkan dengan kebatilan apabila sumpah itu dipermainkan oleh pencabanya sendiri. Tidak sangka dengan sumpah tersebut menyebabkan mereka sekali lagi menghina dan mencaci maki serta menyalahkan saiful pula kononnya bukan senang untuk bersumpah malahan tidak semua orang boleh dipercayai sedangkan mereka pada mulanya yang gila talak untuk menyuruh si saiful bersumpah. Apalah salahnya bersumpah untuk menegakkan kebenaran dan selebihnya diserahkan kepada Allah SWT ( susah sangat ke ??? ) Sindrom menyalahkan terus berleluasa....

Apabila sokongan sudah mula merosot dan kemudiannya peluang keemasan untuk merebut peluang perniagaan dengan kuasa yang ada maka BTN yang tidak berdosa dilempar tahi. Alasan memecah belahkan perpaduan dijadikan alasan kononnya mereka sangat memupuk perpaduan ( melalui ajaran komunis agaknya...sibuk nak bawa Chin Peng balik) maka disalahkan BTN yang ada kaitan dengan kerajaan BN ketika ini. Pelik juga tuduhan ini dibuat setelah bertahun-tahun kursus BTN dijalankan dan semua rakyat berbilang kaum dibenarkan untuk mengikutinya dan sesetengahnya diwajibkan seperti kakitangan awam dalam semua sektor. Tidak pernah pula kakitangan awam yang berbilang bangsa melahirkan komplen malahan ketika saya mengikutinya seorang kakitangan awam berbangsa cina memuji kursus BTN dan menyarankan agar semua rakyat mengikuti kursus tersebut. Tetapi kerana peluang sudah didepan mata untuk mengaut kekayaan maka semuanya tidak diendahkan dan lebih mudah menyalahkan.....

1 ulasan:

  1. CHIN PENG ADALAH PEMBUNUH !!!
    PEMBUNUH SIR HENREY GURNEY
    PESURUHJAYA TINGGI BRITISH
    KETANAH MELAYU.

    DATO MAHARAJA LELA ADALAH PEMBUNUH !!!
    PEMBUNUH JWW BIRCH
    RESIDEN BRITISH
    KETANAH MELAYU.

    BalasPadam