Dun Kota Seputih bakal berhadapan dengan PRK sekiranya rayuan yang dibuat oleh UMNO ditolak oleh mahkamah. Beberapa blog dan penganalisis politik telah membuat pelbagai ramalan berkenaan dengan calon-calon yang akan bertanding di Dun tersebut. Ketika ini nam yang popular disebut-sebut yang layak dicalonkan ialah YB Dato Mukhriz Mahathir yang ketika ini merupakan ahli parlimen Jerlun yang ketika ini merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
Pelbagai alasan diberikan untuk menyokong pemilihan YB Dato' Mukhriz sehingga ada yang membuat ramalan bahawa beliau sesuai dicalonkan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru sekiranya BN menawan kembali Kedah pada PRU-13 nanti. Sejarah kawasan DUn Kota Seputih yang mempunyai hubungan dengan mantan PM ke-4 iaitu YAbhg Tun Mahathir juga memungkinkan kemenangan berpihak kepada Dato Muhkriz sekiranya beliau dicalonkan.
Walau bagaimanapun beberapa perkara perlu dilihat dan dikaji supaya pemilihan calon ini nanti tidak akan menjadi beban kepada jentera BN sewaktu tempoh kempen supaya tidak terjadi seperti calon di Permatang Pasir.
YB Adun yang sedia ada juga perlu diambil kiran sekiranya beliau masih boleh bertanding dan dibenarkan oleh undang-undang. Ini penting kerana Umno tidak boleh menolak faktor bahawa YB Adun yang sedia ada ini menang dalam PRU-12 baru-baru ini dan sedikit sebanyak mempunyai penyokong beliau yang tersendiri. Sentimen ini penting supaya UMNo tidak terlihat terlalu tergopoh gapah dalam pilihanraya sehingga tidak berlaku adil kepada Adun yang sedia ada.
Sikap terlalu bergantung pada calon juga bukanlah satu kebaikan kepada UMNO kerana ukuran sebenar prestasi parti mesttilah seimbang antara calon dan parti yang diwakilinya. Ini penting kerana menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO sentiasa tidak ketandusan bakat kepimpinan dalam parti yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada ahli dan masyrakat. Sekiranya YB dato Mukhriz juga yang bertanding menunjukan bahwa UMNO ketandusan pemimpin dan hanya berharap kepada populariti seseorang tanpa membawa secara jelas bendera parti yang diwakilinya. Ini juga akan menunjukan bahawa UMNO masih lagi terkial-kial untuk meraih sokongan sehingga terpaksa menggunakan seseorang tokoh untuk memastikan kemenangan partinya.
Seterusnya jika YB Dato' Mukhriz bertanding dan ditakdirkan dia kalah maka ianya akan memberikan kesan yang buruk kepada imej belia dan ianya sudah tentu akan menunjukkan kebodohan PArti sendiri yang ketandusan pemimimpin yang perlu dicari segera oleh UMNO.
Oleh yang demikian saya menyarankan agar proses pemilihan calon ini dibuat dengan teliti dengan mengambilkira semua aspek bagi memudahkan kerja yang akan dilaksanakan oleh jentera parti akan berjalan dengan lancar

KALAU PILIH ORANG LAIN
BalasPadamITULA NAMANYA
"MELAYU MUDAH LUPA'
"MELAYU HAPRAK"
"BANGSA SUBSIDI"
Bro,
BalasPadamUMNO Kedah ni aku tak tau ler nak ckp. Awat bangang sgt depa ni. Cubalah fikir betul2 calon yang layak. Mesti ada punya di kalangan ahli-ahli UMNO yang berkaliber.
Amin, waima sesiapa pun yang layak, ianya mestilah disayangi masyarakat setempat macam TS Isa Samad di Bagan Pinang..........
BalasPadamSalam,
BalasPadamYB yang lama tu tak datang meeting kenapa? Rakyat naik muak la weh. Polih saja org lain. Nanti beban je nak jawab kenapa YB malas nak pegi meeting. Percayalah, jika letak YB lama yang malas tu confirm BN kalah.