Khamis, 12 November 2009

PAKR@PPRM

Pembinaan rumah Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan Perumahan Rakyat Mampu Milik (PPRM) adalah ibarat seribu rahmat kepada semua golongan berpendapatan rendah terutamanya mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak mempunyai slip gaji. Harga rumah yang murah sekitar RM 30,000.00 memberikan keyakinan kepda mereka untuk memohon rumah tersebut dengan harapan ianya akan menjadikan hasrat untuk memiliki rumah tercapai. Tetapi beberapa perkara perlu diambil kira sekiranya hasrat kerajaan untuk benar-benar membantu golongan ini mendapatkan rumah sendiri. Sekiranya perkara-perkara ini gagal ditangani ianya bukan sahaja akan memberi impak yang buruk kepada kerajaan malahan ianya akan memberi kesan dalam pilihanraya umum akan datang.

Pertamanya hak untuk memohon dan mengisi borang rumah ini tidak pernah dihadkan kepada sesiapa malahan semua rakyat berhak untuk mengisinya. Oleh yang demikian senarai untuk memilih akan menjadi panjang dan menyukarkan panel pemilih. Sikap tidak bertanggungjawab dan orang lain boleh aku pun boleh menyebabkan borang tersebut terpaksa diproses sama seperti yang lain. Labih buruk lagi ramai dikalangan pemohon menipu pendapatan mereka terutama para peniaga yang agak sukar dibuktikan kecuali dengan siasatan yang rapi. Namun senarai yang panjang menyebabkan sukar untuk membuat siasatan menyeluruh terhadap semua pemohon. Oleh yang demikian satu mekanisme baru perlu dirangka untuk memastikan hanya golongan yang layak sahaja boleh memohon perumahan tersebut. Kerjasama pemimpin tempatan amat diperlukan supaya pemohon tersbeut dapat disahkan sebelum sebelum boleh didaftar sebagai pemohon yang layak.

Peruntukan yang terhad terhadap PAKR dan PPRM juga menjadi satu sebab yang perlu diambil kira. Beberapa projek PAKR di negeri Pahang adalah hasil dari proses tukar tanah antara pemaju yang mendapat tanah nilai tinggi dan sebagai gantinya pemaju akan membina rumah PAKR atau PPRM dikawasan yang ditetapkan oleh kerajaan. Sikap pemaju yang lepas tangan dan pemantauan yang lemah dipihak kerajaan menjadikan projek tersebut lambat disiapkan sehingga mengambil bertahun-tahun yang akhirnya menjadi bualan masyarakat setempat. Akhirnya projek tersebut rendah kualitinya kerana pemaju akan sedaya upaya untuk merendahkan kos kerana dengan cara itu mereka akan berjimat dan memaksimakan keuntungan. Akhirnya kerajaan akan dituduh menyediakan rumah yang tidak berkualiti kepada rakyat. Apabila lambat disiapkan mak sudah tentu lambat boleh diagihkan kepada pemohon dan akan menambah senarai pemohon sedia ada dan seterusnya jumlah yang layak akan melebihi bilangan rumah maka berlakulah lobi melobi, ugut mengugut dan sebagainya bagi memastikan mereka terpilih sebagai pemohon yang berjaya.

Kaedah pembayaran juga mestilah benar-benar memberikan kemudahan kepada pemohon supaya akan dapat memberikan gambaran sebenar tentang siapa yang layak untuk memiliki rumah tersebut. Kalaulah pemohon yang berjaya mampu membayar harga tunai tentulah ada sesuatu yang tidak kena dengan pemilihan rumah tersebut. Ketika ini sistem pembayaran dibuat melalui bank komersil dengan cara permohonan seperti biasa. Kerajaan kemudiannya mengumumkan Skim Jaminan Kredit Perumahan ( SJKP) yang kononnya untuk memudahkan orang yang tidak mempunyai pendapatan tetap mendapat pinjaman dari pihak kerajaan. Tetapi bak indah khabar dari rupa skim yang kononnya meluluskan permohonan dalam masa sejam ( kalau bermesyurat la) hanya menjadi bebanan seterusnya kepada bakal peminjam. Syarat yang terlalu ketat hanya menyusahkan pemohon dan akhirnya menjadi usaha yang sia-sia dan hanya melambatkan proses sahaja. Kemudiannya syarat-syarat bank itu sendiri yang terlalu ketat akhirnya menjadi pemusnah kepada golongan tersebut untuk memiliki rumah dan akhirnya jalan keluar yang menguntungkan sementara dicari. Jual sahaja rumah tersebut kepada yang mempunyai wang dengan harga yang melebihi harga belian dan memperolehi sedikit keuntungan. Akhirnya rumah PAKR dan PPRM menjadi rumah-rumah sewa untuk golongan kaya mencari duit lebih dan hasrat kerajaan memberikan rumah kepada golongan berpendapatn rendah hilang ditiup angin entah kemana. Kepada pemohon yang berjaya pula harga rumah asal akan meningkat kerana caj bunga yang dikenakan oleh pihak bank dan akhirnya harga rumah sebenar kadang-kadang meningkat hingga sekali ganda jika tempoh pembayaran yang panjang di buat oleh peminjam.

Sepatutnya keadah pembayaran dikembalikan kepada sistem lama dengan pembayaran dibuat kepada pihak kerajaan dengan diuruskan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan dengan dibantu oleh Pejabat Daerah yang berkenaan dan sistem kutipan kerumah boleh diperkenalkan untuk memudahkan golongan ini membuat pembayaran. Oleh yang demikian tidak salah jika sedikit caj pengurusan untuk kemudahan pembayaran dan tidak seperti caj tahunan bank caj ini mungkin boleh dikenakan sekali sahaja.

Peruntukan kerajaan untuk membina rumah PAKR dan PPRM perlu diperbanyakan ketika ini kerana melihat kepad keperluan semasa yang mana golongan muda yang telah berkahwin amat sukar untuk memiliki rumah. Harga rumah kos sederhana yang tinggi juga dan syarat ketat dari pihak bank tidak memungkinkan golongan muda berpendapatan rendah mampu memiliki rumah kos sederhana. Oleh yang demikian dalam suasanan keadaan ekonomi yang ketat dan memahami inspirasi rakyat maka sejumlah peruntukan yang besar perlu ditarik dari projek-projek mega yang memberikan impak kecil kepada kerajaan dan disalurkan kepada pembinaan perumahan PAKR dan PPRM ini supaya lebih banyak rumah akan dapat dibina dan kualitinya juga boleh dikawal kerana peruntukan yang mencukupi akan memastikan kontraktor melaksanakan kerja dengan baik kerana sebarang kecacatan akan menyebabkan harga pembayaran akan dipotong.

Dengan pemantauan yang baik dan berkesan serta beberapa pembalik pulihan yang boleh dilaksanakan ini mungkin akan memberi ruang kepada golongan yang benar-benar layak untuk memiliki rumah tersebut. Perubahan yang dibuat dari semasa ke semasa mestilah mengambil kira golongan sasaran yang betul supaya tidak jadi sia-sia sahaja....


"Rakyat Didahulukan"

4 ulasan:

  1. Dalam perkara ini peranan tok empat kampong amat perlu kit nye ngapakah perlantikan tok empat terdemut demut ?

    BalasPadam
  2. Salam tuan,
    Inilah suara yang ingin kita dengar yg membawa permasalahan rakyat. Mungkin kita tidak akan jadi polupar dan rating blog kita tidak meningkat tinggi namun inilah yang kita perjuangkan. Syabas sdr. Amin, saya tabik hormat untuk tuan ~ bRAVEhEART

    BalasPadam
  3. Salam bro, satu paparan yang patut diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan.... kawan setuju sangat pandangan tuan....

    Sikap amanah dan bertanggungjawab pegawai yang mengelolakan PAKR & PPRM juga perlu diperhatikan oleh kerajaan, golongan inilah yang kadangkala membuat birokrasi yang menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan....

    BalasPadam
  4. tapi yang pelik dan ajaib telah berlaku, kontraktor pun dapat rumah kos rendah tu, macam mane perkara yang sedemikian boleh berlaku, mane letaknye tanggungjawap pemimpin setempat.....

    BalasPadam