Jumaat, 1 Januari 2010

Garis panduan tanah felda

Guna tanah di kawasan Felda seringkali menjadi pertikaian di kawasan-kawasan felda diseluruh negeri Pahang. Polisi yang berbeza antara satu kawasan felda dengan yang lain sentiasa menimbulkan perasan tidak puas hati terutamanya kepada generasi kedua dan ketiga felda yang ingin memiliki tanah ataupun menggunakan tanah tersebut samada untuk bangunan perniagaan, kediaman mahupun penggunaan tanah untuk pertanian. Kawalan Akta GSA seringkali digunakan sebagai alasan oleh pengurusan felda untuk menghalang sebarang pencerobohan ataupun penggunaan tanah tersebut tanpa kebenaran dari pihak felda sendiri.

Ketika ini kebanyakan felda di negeri Pahang ( negeri lain ada perbezaannya tetapi yang akan disentuh ialah berkaitan dengan negeri Pahang sahaja )menetapkan kuasa pengurus rancangan ( felda ) sesuatu kawasan sebagai kata pemutus mengenai kegunaan tanah kosong didalam kawasan felda tersebut. Sebagai contoh dikawaasan Felda Sungai retang maka kata pemutusnya tertakluk pada Pengurus felda Sungai Retang tersebut tanpa campurtangan dari pihak pengurusan felda wilayah jengka sendiri. Oleh yang demikian sesiapa yang ingin mengusahakan tanah tersebut mestilah mendapatkan kebenaran dari Pengurus tersebut dan sebarang keputusan dari pengurus tersebut akan dianggap sebagai keputusan yang tetap dan mesti dihormati oleh semua pihak.

Namun keadaan ini menimbulkan masalah kerana tidak setiap pengurus mempunyai pandangan yang berbeza dan seterusnya membuat keputusan yang berbeza dalam menghadapi masalah yang sama. Oleh yang demikian setiap keputusan pengurus rabcangan akan dipersoalkan sekiranya ianya tidak sama kerana dianggap sebagai diskriminasi kerana gagal membenarkan seseorang itu untuk mengusahakan tanah tersebut walaupun difelda disebelahnya ianya dibolehkan. Polisi yang berbeza ini juga akan bertukar-tukar kerana seseorang pengurus kebiasaannnya akan bertukar-tukar dan seterusny polisi juga akan bertukar-tukar juga.

Keadaan struktur tanah yang berbeza juga akan menyukarkan pengurusan felda mahupun JKKK/JKKR membuat sesuatu keputusa. Kawasan yang luas dan strategik akan menjadi tumpuan dan seterusnya menarik ramai pengusaha tanah untuk membangunkan tanah tersebut dan seperti selalunya alasan GSA dan polisi pengurusn akan dijadikan alasan untuk tidak membenarkan tanah tersebut diusahakan oleh orang ramai.

Terdapat pula sesetengah pengusaha yang degil dan meneruskan juga pembangunan dikawasan tersebut samada dibenarkan atau tidak dan tidak ada pula sebarang tindakan tegas yang diambil oleh pihak pengurusan felda. Melihat kepada apa yang berlaku ketika ini pihak felda lebih suka untuk menyerahkan penguatkuasaan ini kepada kerajaan negeri dan Pentadbir tanah untuk menjalankan penguatkuasaan. Keadaan ini tidak memberi manfaat kepad mana-mana pihak kerana sepatutnya kerjasama erat diadakan bagi memastikan ianya dapoat diselesaikan dengan baik.

Saya menyambut baik cadangan dari pihak pengurusan kerajaan negeri dan felda neegri Pahang yang kini menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji dan membentuk satu bentuk garis panduan penggunaan tanah dikawasan GSA kerana ianya akn memberikan penyelesaian kepada isu yang telah berpuluh tahun ini.

Beberapa cadangan saya ialah :

1. Pembinaan rumah kedua di tapak rumah ibu dan bapa ( peneroka asal ) dibenarkan dengan syarat tidak mengganggu kawasan rumah berhampiran dan mendapat persetujuan dari semua kaum keluarga untuk mengelakkan masalah pusaka dan lain-lain perkara. Ini akan membantu generasi kedua dan ketiga yang telah berkeluarga dan masih belum mempunyai rumah tetapi bekerja dikawasan tersebut.

2. Kawasan kosong dalam kawasan penempatan dibangunkan oleh felda ataupun secara individu samada untuk tapak kediaman ataupun perniagaan mengikut kepentingan kawasan tersebut. Mungkin satu kaedah boleh dibuat seperti memberi hak milik tanpa mengeluarkan kawasan tersebut dari kawasan akta GSA ddan diberi keutamaan kepada generasi kedua , ketiga mahupun orang luar yang berpotensi dan benar-benar berkelayakan.

3. Felda mestilah mengisi semua lot kosong yang masih ada dengan peneroka-peneroka baru supaya semua lot yang kosong dapat dioptimakan penggunaan tanahnya. keputusan mesti dibuat supaya sebahagian peneroka baru yang layak akan dapat membangunakan hidup mereka setelah diterima sebagai peneroka.

4. Pembangunan dikawasan jalan utama terutamanya yang melibatkan tanah ladang ditepi jalan besar perlu dikawal supaya ianya akan jadi pembangunan yang terancang. Kalau tidak satu bentuk pembangunan tidak terancang akan menjadi masalah kepada kawasan felda. Satu garis panduan yang menyeluruh perlu dibuat termasuk meminda syarat guna tanah sekiranya kawasan tersebut benar-benar berpotensi dibangunkan untuk pembangunan.

Mungkin beberapa cadangan lain boleh digarap dalam perbincangan jawatankuasa tersebut namaun yang paling utama ialah memastikan supaya tanah-tanah dalam kawasan felda ini dapat direncanakan dengan baik dan masalah kekurangan tanah seperti yang diwar-warkan oleh generasi kedua dan ketiga felda ini akan dapat diselesaikan jika tidak sepenuhnya mungkin sebahagiannya ataupun secara terperingkat supaya ianya memuaskan hati semua pihak.

5 ulasan:

  1. article yg menarik, saya ingin bertanya pendapat tuan, saya ada tanah pusaka di felda sg kemahal,triang.Ada broker tanah ingin memajak tanah arwah ayah saya, utk dikorek/diambil tanah tersebut, utk menambak tanah di tempat lain, kerana ladang saya berbukit dan terletak di jalan besar, soalan saya, bolehkah sy mengorek tanah di ladang arwah ayah itu? klu boleh apakah procedure dia? terima kasih...

    BalasPadam
  2. salam...kena buat permohonan permit mengalih bahan batuan dari pejabat tanah ( kalau tak silap borang 4c)...bayaran mengikut meter kiub...maaf lambat jawab...tq

    BalasPadam
  3. salam...saya nak buat kerja kursus sejarah ni. saya perlukan undang2 tubuh/ undang2 kecil/ garis panduan penubuhan felda. boleh tolong tak, encik?

    terima kasih.

    BalasPadam
  4. salam...saya pun nak buat kerja kursus sejarah ni. saya perlukan perkembangan felda dari sumber kewangan, pengiktirafan/ penghargaan, saranan dan harapan & pembangunan prasarana/ fizikal. boleh tolong tak, encik?

    BalasPadam
  5. slam.. boleh tolong tuliskanm undg2 tubuh/kecil /garis panduan??

    BalasPadam